No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 2 November 2020

IjabKabul PKPB 04102020 Dahiyah and Zainol

     Syukur Alhamdulillah urusan pernikahan adik perempuan Tukang Kebun dapat juga dijalankan awal bulan Oktober lepas. Walaupun agak kelam kabut dan banyak pertukaran planning gara-gara selepas pilihanraya di Sabah angka yang positif Covid-19 meningkat hingga pecah rekod 3 digit kan. Emak pun memang stress bila dengar pengumuman weekend masa adik perempuan nak bernikah dah mula sekatan merentas daerah dan peralihan ke PKPB. Asalnya mak buat persiapan untuk jemput tetamu dalam 100 lebih orang sahaja. Dah siap tempat makan, besarkan tempat letak kereta untuk tempat berteduh buat makan, upah anak buah buat meja makan gunakan lebihan simpanan kayu-kayu buat rumah dulu, buat jalanraya simen sambung dari pagar hingga ke rumah, bayar deposit catering, kemas laman rumah dan lain-lain. Akhirnya semua kena ditangguhkan. Mak duduk dalam daerah kecil Kiulu sebahagian daerah Tuaran. Jadi Mak kata tak seronok sebab saudara mara dari daerah Papar, Kota Kinabalu dan Ranau nanti tak dapat hadir sebab sekatan rentas daerah.

     Jadi 2 hari sebelum majlis akad nikah sedang Tukang Kebun sarapan di Kota Kinabalu papa call kata dengar Tukang Kebun tak jadi balik kampung berada di Semenanjung Malaysia (dia silap dapat info). Aik dah di Kota Kinabalu dah ni. Kemudian Tukang Kebun tanya khabar macammana dengan urusan adik nak nikah ini. Papa passover call kat mak, mak kata mak dah sampai mengalir air mata kepenatan sangat dan sayu sebab terpaksa tangguhkan kenduri makan-makan. Lalu mak bagi arahan , Along buat persediaan makan-makan untuk barbecue lepas nikah mak teringin sangat nak makan dengan keluarga adik beradiknya yang dekat rumah untuk menceriakan keadaan. Mamapapa dan adik beradik Tukang Kebun memang panggil TK along sebab anak sulong dan papa TK orang Negeri Sembilan. Alamak adhoc pula projek diberikan, maka dari dapat arahan sampai malam sibuk projek peram ayam daging segala, yang nak sedia bahan tu ambil masa kopek-kopek bawang dan lain-lain.Selepas masak kari ayam untuk kuah roti jala dari lebihan bahagian ayam yang tak berapa ada isi gunakan untuk sate, sambil bagi makan late dinner dekat anak-anak dan Tukang Kebun cucuk-cucuk daging sate, bakal pengantin baru balik dari kampung selesaikan urusannya. Bakal pengantin terus kata baik along balik malam ni sebab arahan pekeliling baru kata sekatan jalan bermula tengah malam ni bukan seperti yang dikatakan esok Sabtu pagi. Adui tengok jam nak pukul 10 malam dah ni. Nak drive balik ambil masa 1 jam juga. Kelam kabutlah Tukang Kebun siapkan kerja dapur, susun-susun barang yang nak dibawa balik supaya dapat bergegas bertolak balik kampung sebelum pukul 11 malam. Pertama kali balik ke Kiulu waktu tengah malam dahlah jalan gelap gelita dangan berliku sebab dalam lembah banjaran gunung.
     Syukur Alhamdulillah selamat sampai, Abby pun dah lena sangat dalam kereta kena dukung bawa masuk rumah. Hari Sabtu pagi, Tukang Kebun kena turun pekan Tuaran beli makanan laut dan sayur-sayuran serta bekalan makanan lain untuk makan-makan. Majlis nikah adalah pada pagi Ahad pukul 9:30 pagi di Masjid Tuaran selepas pengantin lelaki singgah confirm sehari sebelumnya masih boleh ke buat urusan akad nikah di masjid.

     Rasa lucu pula bila fikir bakal pengantin perempuan belanja yang ladies make up dengan pendandan, tapi yang kami ni bila ambil gambar nampak mata je kan hehehe...itu je la nak menyeronokkan keadaan bagi semangat sikit. Ambil gambar selfie sikit sebab kita jadi Tukang ambil video. Bagi mempercepatkan urusan majlis akad nikah ditulis dahulu atas kertas senang tukang akadnya, papa nak ucapkan. Kemudian buat rehearsal sekali. Syukur Alhamdulillah selesai dengan satu lafaz sah.
Kasihan juga pengantin lelaki sebab datang sorang sahaja ke Sabah dari Kuala Lumpur untuk majlis akad nikahnya. Kesemua keluarganya tidak dapat hadir dan flight cancel sebab nanti kalau balik ke Kuala Lumpur nak kena kuarantin lagi 14 hari. Jadi ibubapanya tengok melalui video live sahaja sesi majlis akad nikah. Suami Tukang Kebun jadi saksi, dan saksi lagi seorang mohon bantuan ajk masjid yang memantau SOP sekali. Yang berada semasa pernikahan ini pun cuma 9 orang sahaja kami anak beranak. Kanak-kanak tidak boleh berada di dalam masjid, jadi Abby dan Rayyan tunggu dalam kereta sebab di rumah tiada dewasa untuk memantau. Nasib cuaca mendung seakan nak hujan jadi kereta pun enjin tak on, sekadar buka tingkap kereta. Abang Ilhan tidak dapat hadir sebab masa tu belum ada kata putus dari sekolah samaada anak-anak di asrama boleh bawa balik atau tidak. Keesokkan harinya papa kena ambil Ilhan di asrama setelah kebenaran diberikan sambil singgah di rumah Kingfisher ambil printer, beg-beg sekolah Abby dan Rayyan untuk kelas online dan lain-lain bawa balik kampung.
Ustaz yang kendalikan acara nikah dan ajk masjid pula banyak ingatkan posing-posing ambil gambar, mereka dah professional dah hehehe.....mengenangkan nasib pengantin baru sekarang yang majlis teramat ringkas. Sebab ramai yang masih kekok dengan SOP sekarang dalam sesuatu majlis. Duit mas kahwin di Sabah RM300. Dalam perjalanan balik ke rumah hujan lebat.
Lepas kembali ke rumah salin uniform, mula aktiviti barbecue. Sementara hujan reda bolehlah pengantin baru ambil gambar dekat sungai atau mana-mana. Kesian meja makan pengantin khas pun takde seperti raja sehari. Adik perempuan pilih hari akad nikah sama tarikh dengan hari lahirnya.

Yang datang hanya keluarga terdekat sahaja adik beradik mak dan anak-anak mereka yang tak perlu rentas daerah tak sampai 20 orang. Ada juga sebenarnya adik Tukang Kebun dah belikan barang-barang untuk doorgift lebih 100 orang, tapi kali ini cuma buat cukup syarat sediakan sedikit sahaja dulu bagi hari ini buat seronok-seronok bersama anak-anak buah. 

Gara-gara mula PKPB di Kota Kinabalu juga dan kes yang makin meningkat, flight nak keluar Sabah pun semua dah cancel sampai sekarang kan. Jadi kami semua tak dapatlah merentas daerah dan merentas negeri masih duduk mengopek dengan mamapapa lagi ni sama juga dengan pengantin perempuan. Pengantin lelaki pun patutnya duduk sini sampai honeymoon 2 minggu di Sabah je jadi extend kena work from home dari Sabah pula, sama kes dengan suami Tukang Kebun. Oleh itu, memang Kebun Bahagia Bersama tak dapat operasi membekalkan produk dari Kebun Bahagia Bersama kerana semuanya duduk di homestay mak Teratak Kiulu Lodge di Kiulu, dari hari tu check in menginap rumah no. 3 hehehe...kedai speedmart 99 pun tak sampai 100 meter jalan kaki dari pagar rumah sama juga kalau nak mandi sungai takde lah macam duduk di bandar berkurung dalam rumah. Nak ke sungai pun limpas satu rumah saudara je. Mudah nak jaga penjarakkan, anak-anak pun bebas main dalam kebun nenek dan tolong jaga anak-anak ayam dan itik baru menetas dalam incubator kalau tiada kelas online. Pengantin pula honeymoon check in di rumah no. 2 di Teratak Kiulu Lodge hahaha...Masing-masing pusing-pusing dalam kebun cari line bila line tak berapa elok nak dapatkan internet untuk hotspot.


Sepatutnya ikut perancangan asal sebelah pengantin lelaki untuk kenduri kahwin  bertandang hujung bulan Oktober di Lembah Klang juga kena tangguhkan. Pengantin pun tak dapat merentas negeri. Antara hikmah bagi pengantin baru ini, bolehlah duduk lama berkepit lagi sebelum mula phase pasangan jarak jauh (PJJ). Yang berminat nak lihat majlis nikah semasa PKPB ikut SOP di Sabah bolehlah tonton video link di atas.

19 ulasan:

Farrah MF berkata...

Tahniah buat kedua-dua mempelai. Selamat menempuh alam baharu berumah tangga.

Tahniah juga buat Tukang Kebun dan keluarga sebab bertambah ahli keluarga :)

Himawan Sant berkata...

Selamat menempuh hidup baru untuk adik admin Tukang Kebun.

Selamat berkumpul keluarga di homestay, kak.
Tunda dulu keinginan untuk mandi di sungai 😁

Atie Zieya berkata...

Tahniah, selamat pengantin baru buat kedua pengantin :)

Amie berkata...

Alhamdulillah. Segala halangan dapat diatasi. Kalau dah jodoh, itu memang aturanNya, apapun dah samapai masanya, berjalan lacar akhirnya. Tahniah, dan selamat menempuh hidup baru buat kedua mempelai.

KANG LATEP berkata...

Tahniah utk pengantin dan ahli keluarga

Azhafizah MN berkata...

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. walaupun serba ringkas,syukur akad dan nikah berjalan dengan lancar. Tahniah pengantin baru. Semoga bahagia sampai syurga. Aaminn

Ana Jingga berkata...

alhamdulillah selamat pengantin baru buat pasangan mempelai..

Shida Radzuan berkata...

Alhamdulillah selesai sudah :)
Tahniah kepada kedua-dua pengantin :)
Selamat Pengantin Baru.

nohas berkata...

Alhamdulillah, selamat diijabkabul..

cute doorgifts..hehe..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Farrah MF,

Thank you for the wish.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Pak Himawan,

Thank you for the wish.
Sekarang sini petang hujan nda dapat pula mandi sungai.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Diana,

Benar sekarang ni susah nak berkumpul2 kecuali ada kenduri penting baru lah berkumpul2 dengan saudara mara. COVID-19 ni lagi la sukar nak berjumpa dah.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Atie,

Thank you for the wish.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Syukur lama dah mereka berkenalan ada juga sampai jodohnya. Terima Kasih doakan kebahagiaan mempelai.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Pak Kang Latep,

Thank you for the wish.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Fiza,

Syukur Alhamdulillah dah selesai urusan akad nikah nya. Thank you for the wish Fiza.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Ana,

Syukur Alhamdulillah selesai sudah urusan akad nikah nya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shida,

Thank you for the wish.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nohas,

Terhad sikit pergerakkan nak cari bahan door gift waktu tu hehehe...