Antara kawasan kegemaran kami sekeluarga di bandar Tokyo adalah Ueno Park. Syukur Alhamdulillah diberikan rezeki lagi untuk melawat Ueno Park dan kali ini pula lawat pada masa yang tepat sesuai untuk menikmati musim bunga cherry blossom. Punyalah ramai manusia datang ke sini untuk tidak melepaskan peluang menikmati musim bunga ini yang mekarnya hanya setahun sekali sahaja dalam 2 minggu.
Kami mula aktiviti hanami di Ueno Park dah lewat petang dan lantern sudah mula dinyalakan di sepanjang jalan dalam Ueno Park ini. Cuaca pun sudah makin sejuk bila siang makin hilang tentunya jadi ramai pelancong yang lapar dan mula berbaris untuk membeli makanan seperti takoyaki.
Tetapi tempat nak duduk sudah banyak dipenuhi oleh mereka yang telah datang lebih awal lagi. Ini memang normal biasanya dari pagi lagi sudah ada yang hampar tikar ambil tempat dan bergilir-gilir dengan kawan atau ahli keluarga untuk jaga tempat. Kalau hari kerja biasanya yang staf junior la pergi cop tempat supaya lepas kerja ramai-ramai dengan officemate datang minum sini sampai malam.
Kalau tengok banner Ueno Park ini ada juga notis yang diberikan apa yang tak boleh dibawa sekali untuk aktiviti hanami ini ialah seperti meja, peralatan muzik seperti set karoake, peralatan setup lighting, dan pasang khemah tidak dibenarkan.
Hampir 2 jam juga kami berjalan-jalan di dalam Ueno Park ini menikmati musim cherry blossom dengan pengunjung yang lain. Oleh kerana Ueno Park ini memang terkenal sebagai salah satu spot paling popular untuk aktiviti hanami, sekiranya lawat di luar musim sebenarnya pokok-pokok sakura yang sudah tidak berbunga ini akan dipasang dan dihias dengan lampu untuk mimic musim bunga sakura for night viewing. Di luar musim bunga sakura ada light up waktu malam macam pokok sakura sedang berbunga seperti yang dilihat semasa lawatan kami di Ueno Park, Jalan Jalan Jepun 2017 (related posting klik sini).
Ada sekurang-kurangnya 2 jenis pokok sakura juga di dalam Ueno Park ini, lihat perbezaan gambar bunga sakura di atas dan bunga sakura di bawah ini. Gambar atas jenis single layer petal, manakala di bawah adalah double layer petal.
Sewaktu musim ini jika kelihatan jam di atas stesen keretapi Ueno ini menunjukkan bahawa pada pukul 6:30 petang sudah pun malam.
Semasa lawatan ini, kami duduk di Hotel Via Inn Asakusa yang belakangnya boleh nampak dekat Kuil Sensoji (related posting klik sini). Dari Ueno Park kami balik ke hotel jalan kaki sahaja perlahan-lahan dalam 2.5 kilometer. Selepas berehat sekejap di hotel, kami keluar makan malam. Kemudian terus bersiar-siar di Sumida Park pula (related posting klik sini) yang tidak jauh pun dari Hotel Via Inn Asakusa.
Seperti Ueno Park, Sumida Park juga adalah tempat yang sangat popular di Tokyo untuk menikmati cherry blossom di sebelah malam, siap boleh view dengan naik bentuk bot tradisional menyusuri Sungai Sumida. Jika dilihat dari Google Map, Ueno Park dan Sumida Park jaraknya hampir 3 kilometer melalui Asakusa yang juga adalah tempat utama pelancong di Tokyo untuk melawat Kuil Sensoji. Adalah jarak 5 kilometer lebih kami berjalan kaki pada hari tersebut. Tetapi rasa puas sebab dah dapat cover tengok 2 tempat spot utama aktiviti hanami di Tokyo.
10 ulasan:
Ueno park mmg best! but i went there with no sakura at the moment.. so tak secantik mcm gambar ni huhuhu
Bestnya. Tokyo ni ada dlm wishlist tempat-tempat yang Eina teringin nak pegi. Moga ada rezeki nanti. InsyaAllah. Aminn
Saya perasan kalau di taman taman macam ni kat Jepun memang sesak ramai orang duduk duduk. Nampak dalam gambar memang padat betul tak ada tempat kosong nak duduk.
Kalau dapat lepak sini memang best menikmati keindahan pokok pokok bunga sakura. No wonder lah ramai dan sesak. Baru tahu juga ada 2 jenis. Suka yang double layer. Tapi single layer pun cantik warna dia lebih menyerlah.
Walaupun banyak pengunjung lepak di situ, tapi nampak tenang saja suasananya. Begitulah keadaannya apabila rakyat Jepun sentiasa amalkan nilai murni dalam disiplin tinggi dalam kehidupan.
Sakura manakah yang lebih cantik antara single layer dan yang double layer petals.
Salam Bahagia Atie,
InsyaAllah suatu hari nanti boleh pergi Ueno masa musim sakura. Ueno Park memang banyak aktiviti setiap tahun ada untuk enjoy. BEST!
Salam Bahagia Sis Eina,
InsyaAllah suatu hari ada rezeki melawat Tokyo. Amin.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Budaya Jepun memang suka kan aktiviti hanami. Paling popular masa musim sakura. Hujung2 minggu Time hanami mesti semua nak menikmati sakura sebab masa kembang nya sekejap sahaja.
Salam Bahagia Kak Amie,
Jepun pemikiran lebih advance mereka lebih disiplin dan ada sifat hormat menghormati serta awareness tinggi yang kemudahan awam dikongsi perlu dijaga dengan baik.
Salam Bahagia Aunty meintheswim,
Beauty is in the eye of the beholder hehehe...
Catat Ulasan