Pada musim hujan ni nampak rancak merimbun pokok-pokok pandan yang ditanam oleh bonda dikeliling Teratak Kiulu Lodge. Sementara tunggu papa dan Atuk Abby balik dari beli barang basah dapur di pekan Tuaran, rehat dari kerja yang kena menghadap laptop sambil perah otak terpandang pokok pandan di luar dapur sambil meneguk air basahkan tekak. Jika siapa check in Teratak Kiulu Lodge House No. 3 memang buka pintu dapur terus ada pokok pandan. Tukang Kebun agak-agak kemungkinan papa Abby akan pulang dengan kepak-kepak ayam sebab stok ni dah habis walaupun tak dipesan. Lantas Tukang Kebun capai-capai bahan untuk peram ayam di dapur yang perlu dikupas.
Bahan-bahan peram ayam:
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Halia
Lengkuas
Kunyit
Garam
Kemudian intai di luar cari anak-anak ni buat apa. Kebiasaan abang Ilhan main game, kenalah panggil suruh kupas-kupas bahannya. Tengok yang adik-adiknya sedang main ke hulur hilir dengan anak-anak itik, pesan nanti adik-adik pula blendar kering semua bahan-bahan tersebut. Maknya sambung balik buat kerja menghadap laptop sehingga papa Abby balik dari pasar. Lepas dah papa Abby kemaskan kepak ayam, Tukang Kebun peram daging ayam dengan bahan kisaran gotong-royong adik-adik Ilhan dan bubuh garam sikit. Sambil itu papa Ilhan ambilkan daun pandan di belakang dapur dan tolong cucikan dah nak senja. Lepas kemas-kemaskan bahan belian lain sebelum itu. Lepas dah balut kepak ayam dengan daun pandan, kami simpan dulu dalam peti ais untuk goreng malam esok. Malam tersebut goreng ikan kembung segar sahaja dahulu.
Semerbak bau pandan datang dari dapur bila papa Abby menggoreng kepak ayam kena balut daun pandan yang prep hari sebelumnya. Jumlah dibuat kali ini cuma 24 kepak sahaja. Pandai pula Ilhan ni kata kalau biasa kita makan pesan 1 set ada 6 ketul ayam pandan di franchise makan cendol kegemarannya dah belas ringgit mama. Memang untung buat sendiri Ilhan sayang dan puas makan, cuma kena rajin tolong mama di dapur. Suka sangat Ilhan ayam pandan goreng ni, memang tak cukup 24 ketul dia seorang je dah lebih setengah dozen makan kalau tak dikawal separuh dia habiskan juga. Memang nak kena buat lebih-lebih lagi ni. Tambahan pula stok daun pandan yang memang merimbun banyak masa musim hujan ni. Jika rajin tuai daunnya dan kasi expose cahaya di batangnya masa musim hujan ini, InsyaAllah tumbuh sulur anak-anak pandan baru juga. Sementara ni setiap hari Tukang Kebun husha ayam kampung saiz dara Atuk Abby yang boleh jadi calon untuk pelengkap bahan next ayam pandan goreng.
Kalau minta bantuan anak-anak tuai daun pandan nampak ketara lain dari cara dewasa lah. Boleh tahu siapa punya kerja tuai daun pandan masih ada bahagian banyak tertinggal seperti link video yang dikongsikan. Takpela kan asal tahu juga rupa pokok pandan.
Video Link : (https://youtu.be/FhHYY9hpZ-k )
24 ulasan:
Sedapnya kepak ayam goreng dibaluti daun pandan. Aroma daun pandan yang best. Pulak tu kepak ayam yang memang sedap dan diminati ramai. Daun pandan saya lately jadi kering dan macam nak mati masa musim panas haritu. Seronok tengok pokok pandan akak rimbun je. Saya tanam dalam pasu, memang terhad pertumbuhan sikit.
Harum semerbak aroma kepak goreng daun pandan. Anak-anak saya yang dah bujang pun tak kenal daun pandan, masih tak boleh bezakan daun pandan dengan daun-daun lain.
Kebayang aroma wanginya daun pandan dari sini .., hmm yummy !.
Berkat aroma pandan yang menempel hidangan memang terbukti menambah cita rasa masakan jadi lebih nikmat.
Rasa teringin pula nak makan ayam goreng pandan apabila membaca posting TK. Rasanya saya pun boleh makan setengah dozen macam Ilhan :))
balut dgn daut pandan mcm ni, sure wangi kan ! tak pernah jumpa lagi jenis makanan begini.. hopefully dpt rasa one day
sedap ni..
mesti menyelerakan dengan aroma daun pandan wangi tu.
wow menarik ni :)
mesti sedap!
Seekor pun boleh ratah sorang kalu goreng mcm ni..
Terbayang-bayang aroma ayam goreng pandan ... terus lapar 🤤
bau dia ni, mengancam!
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Kalau musim panas mungkin boleh alih pasu ke kawasan ada shade Fiza. Sebab pandan kalau takde cahaya banyak pun boleh survive juga.
Salam Bahagia Kak Amie,
Nak kena berkali - kali juga tunjuk anak-anak mana stok pokok pandan di kebun Kak.
Salam Bahagia Mas Himawan Sant,
Ya terus diet dilupakan gara2 aroma pandan.
Salam Bahagia Aunty meintheswim,
Bolehlah tuai daun pandan Aunty di kebun yang makin merimbun masa musim hujan ni buat ayam goreng pandan.
Salam Bahagia Atie,
Wangi betul masa digoreng.
Salam Bahagia Sis Nohas,
Membangkit selera makan.
Salam Bahagia Pak Warisan Petani,
Macam seekor ayam dara kalau sembelih goreng balut daun pandan macam tak cukup kena prepare 2 ayam dara.
Salam Bahagia Sis Shida,
Syukur Alhamdulillah anak-anak suka selera makan.
Salam Bahagia Pak Kang Latep,
Betul2 lagi2 anak lelaki remaja yang sedang membesar dalam rumah ni.
Salam Bahagia Sis Farrah,
Aroma pandan yang memikat selera.
Salam Bahagia Syaz,
Mengancam sampai makan bertambah - tambah.
Ayam pandn favorite anak mama.ni tau
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Kegemaran anak-anak ayam pandan goreng ni kan.
Catat Ulasan