Sejak PKPB salah satu tugasan Rayyan adalah membantu jaga anak-anak itik yang menetas dengan bantuan incubator yang tiada ibunya untuk menjaga. Maka kenalah Rayyan ambil alih jadi ibu itik semasa 1 ke 2 minggu awal pertumbuhan itik selepas baru-baru menetas dari telur. Jika nak kepastian samaada telur itik tersebut adalah telur yang menjadi boleh check telur tersebut setelah 1 minggu lebih diletakkan di dalam incubator. Telur itik memerlukan pengeraman selama 28 hari. Jika dah hampir 3 minggu lebih kita boleh lihat perkembangan pertumbuhan embryo itik di dalam telur dan pergerakkan jantungnya berdegup. Boleh lihat dalam video link di bawah embryo itik berdegup-degup semasa Tukang Kebun bagi hands on konon-konon subjek Alam dan Manusia kepada kanak-kanak riang di rumah ni.
Video Link : ( https://youtu.be/RRc671GGbHA )
Jika ada anak-anak itik yang baru menetas keluar mesti ralit si Rayyan asyik belek-belek buat main bawa ke sini sana. Kekadang banyak juga aktiviti anak-anak ni secara spontan dapat juga kita belajar benda baru sama-sama. Sebagai contoh, Tukang Kebun mohon kanak-kanak riang ni kupas kelopak luar isi buah roselle untuk buat versi air ribena mereka. Si Rayyan sengaja lepaskan anak itik baru hari kedua menetas kat atas upih ada buah-buah roselle. Rupa-rupanya itik instinct dalam usia begitu muda pun dah jadi pest exterminator yang baik. Kalau jenis buah roselle yang jenis kelopak besar-besar ni permasalahannya serangga perosak menyorok di dalamnya. Bila kopek maka keluarlah serangga perosak ni. Cekap pula anak itik baru lahir 2 hari menyerang serangga perosak tersebut (boleh tonton telatah itik 2 hari serang serangga di video link atas). Itik memang salah satu pengawal serangga perosak yang baik untuk penanaman secara organik. Semasa pertengahan tahun ni banyak negara luar yang telah diserang sejenis species belalang yang dipanggil locusts. Salah satu yang membantu membasmi masalah serangan belalang ini adalah melepaskan itik-itik di tempat yang kena serang. Masalah serangan locust amat teruk seperti di Afrika, India, China dan lain-lain. Serangan belalang species locusts ini juga menyebabkan banyak bekalan makanan tidak mencukupi sekarang termasuklah jenis tanaman bawang. Tambahan pula bencana banjir yang berlaku selepas serangan belalang melanda beberapa bulan lalu yang menyebabkan tanaman musnah. Banyak permasalahan petani tahun ni untuk mengeluarkan hasil dengan pergerakkan terhad Covid-19, serangan belalang locusts dan bencana banjir, satu demi satu dugaan mereka yang bakal mengganggu bekalan makanan kita.
Sekarang ni pun di Malaysia musim tengkujuh banyak kawasan dah dilanda banjir. Di sini pun banyak dah kawasan berlopak dengan air. Yang seronoknya ialah itik-itik lah yang sedang membesar ni. Masa hujan termenung tengok itik-itik berenang dalam lopak air. Batch atas kelahiran antara pertengahan September dan awal Oktober.
20 ulasan:
Tak lama lagi bolehlah buat telur itik masin.
bagosnya rayyan... now dah ada ilmu nak jaga itik..
Bagusnya rayyan jd mak pak angkat itik
Jd bapak angkat itik ye kak hheheh
sukanya tengok, anak2 dapa pengalaman yang sangat2 berharga!
Pengalaman yang sangat berharga ni. Bagus juga ada aktiviti untuk mereka masa PKPB ni kan kak. Seronok membela itik ni. Telur pun dapat buat telur masin :)
Bagus juga ada aktiviti yg menguntungkan bg so rayan
Salam Bahagia Warisan Petani,
Musim hujan ni kurang sikit itik2 ni nak bertelur.
Salam Bahagia Atie,
Little scientist juga ni jangan buat frakestien sudah. Rayyan dia tak jenis penggeli. Habis dibelek-beleknya binatang2 tu.
Salam Bahagia Dana,
Ya jadi bapa angkat hehehe...
Salam Bahagia Syaz,
Pengalaman zaman kanak-kanak begini best kan.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Harap2 tahun depan lepas dah matang itik2 batch baru ni makin banyak hasil telur kutipan setiap hari.
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Kekadang rasa macam dah cuti sekolah sebab dah periksa akhir tahun. Tapi belum lagi mula cuti sekolah sebenar. Ada aktiviti untuk Rayyan bila tak boleh keluar pagar rumah.
Ooo.. anak itik makan serangga rupanya.
Salam Bahagia Kak Amie,
Baru 2 hari Lahir dah pandai cari serangga.
okey ke tu anak2..1 ke 2 minggu tu..heheee
Salam Bahagia Sis Shida,
Anak-anak itik mudah sikit nak jaga. Boleh lasak sikit.
hands on experience..tengok telur itik menetas..
suka tgk itik, teringat donald duck..
Salam Bahagia Sis Nohas,
Zaman kita kecik dulu seronok tengok kartun Donald Duck kan.
Oh, banyak benda boleh tahu, baca blog TukangKebun ni. Pandai anak itik makan serangga ye.
Catat Ulasan