Syukur Alhamdulillah semasa fasa PKPP yang masih jumlah jangkitan Covid-19 berkurangan pada pertengahan August 2020 lepas kami dapat mendaki Gunung Kinabalu seperti yang telah dirancang hujung tahun lepas. Ini adalah kali kedua percubaan kami menaiki Gunung Kinabalu di mana kali pertama adalah awal tahun January 2019 (Related Posting - Klik Sini). Kami hanya membawa Ilhan Mikhail (13 tahun) dan tidak bawa Rayyan Haniel (10 tahun) bersama untuk pendakian Gunung Kinabalu kali ini. Kali ini semasa mendaki Kinabalu kami dapati pada altitude tinggi ada pokok yang sedang berbuah di mana seakan buah raspberry dan boleh juga dinikmati.
Setelah berkurung lama kerana PKP dengan berat badan pun makin meningkat dan kurang stamina tak sempat nak buat persediaan. Rasa macam buat kerja gila juga panjat Gunung Kinabalu kali ini dengan keadaan tak fit langsung. Tetapi nak tarik diri pun dah selesai bayar tunai dari tahun 2019 lagi untuk menempah slot. Ada had pendaki Gunung Kinabalu setiap hari. Jika sempadan dibuka memang kena booking awal sebab daki Gunung Kinabalu adalah aktiviti popular di kalangan pelancong antarabangsa ke Sabah. Bila Taman Kinabalu dibuka dengan fasa PKPP siap boleh walk in sebelum pukul 9 pagi sebab banyak slot kosong akibat sempadan tidak dibuka dan kurang pelancong ketika itu. Ramai ambil peluang untuk daki Kinabalu semasa PKPP kerana harga pun sangat diskaun berbanding kebiasaannya.
Ilhan antara sampai paling awal dalam group kami di stesen Panabalan. Pastu terus tidur lena atas katil. Kemungkinan dia pening-pening sikit sebab naik laju dan ada rasa altitude sickness. Kali ini kami menginap di Lemaing Hostel dengan satu kumpulan 4 orang Korea. Nasib baik Guru HEPA dan warden asrama bagi kebenaran Ilhan balik untuk daki Gunung Kinabalu walaupun ketika itu clash dengan bengkel robotik.
Daki Gunung Kinabalu kali ini masih dengan group sama masa pendakian Gunung Kinabalu tahun lepas cuma Rayyan dan nenek tak ikut. Yang baru join kami kali ini ialah tunang adik perempuan Tukang Kebun. Bulan lepas dah selamat akad nikah mereka berdua (Related posting - Klik Sini). Perjalanan dari Gate Timpohon ke Panalaban Station kali ini ambil masa lebih kurang sama dengan tahun lepas. Dengan langkah kecil kali ini kurang ada rasa kaki kejang dan tiada masalah apa-apa seperti altitude sickness kecuali stamina yang tak banyak dan penat angkat berat badan berlebihan sendiri. Ketara sangat semasa PKPP naik badan dengan seluar hiking tahun lepas sikit lagi tak boleh pakai, sendat teramat.
Gambar di atas adalah pemandangan pekan Kundasang dari Panabalan Station. Syukur Alhamdulillah hari kami mendaki ke Panabalan Station tidak hujan dan cuaca sangat baik.
Kebetulan hiking Gunung Kinabalu kali ini sama hari dengan Wedding Anniversary yang ke 14. Masa badan sihat belum sakit-sakit lagi hari pertama di Kinabalu macam bulan madu di atas awan with one kid tagging along. Restoran pun di atas awan hehehe...cuma rindu daging lamb tiada kali ini semasa PKPP mungkin tak kesampaian stoknya. Biasanya di Panabalan menu makan malam ada masakan daging lamb.
Tahun 2020 ini langsung tak naik kapal terbang. Maka kenalah daki Gunung Kinabalu kalau nak berada atas awan.
Bila dah lepas Sayat Sayat Hut last check point mulalah kaki dah terasa penat dan mungkin sebab dengan keadaan kekurangan oksigen sudah menguji mental.
Bila sampai selari dengan Low's Peak di Gunung Kinabalu bolehlah senyum sekejap. Kemudian dah mula kabus tebal rasa mental balik nak patah balik je rasa dengan hujan gerimis bermula. Dalam gerimis dengan kabus tebal tak nampak apa yang ada di hadapan jadi tak boleh agak jarak nak sampai ke last check point untuk dapatkan sijil warna dah berjaya panjat Gunung Kinabalu tu. Mula la grumpy dan asyik nak marah-marah je hubby hahaha...bukan rasa mood ala-ala honeymoon lagi tapi macam kena dera dan bully je masa hari wedding anniversary sobsobsob...
Bahaya juga pada beberapa meter terakhir nak sampai ke tempat papan tanda Kinabalu Park World Heritage tu. Suami punya rambut pun macam penuh air batu je dengan gerimis dalam cuaca sangat sejuk berangin. Nasib guide tak suruh patah balik sebab dah hujan alang-alang sikit lagi nak sampai pun. Jika hujan biasanya malim/guide akan suruh pendaki-pendaki patah balik atas keselamatan.
Syukur Alhamdulillah kali ini Tukang Kebun dan Ilhan Mikhail berjaya juga sampai ke puncak Gunung Kinabalu nak dapatkan sijil warna hehehe... Kesian Ilhan lama dah tunggu Tukang Kebun dan hubby nak sampai ke puncak. Tapi memandangkan dia dah tunggu lama, guide bawa je Ilhan balik dulu sebab dah mula hujan. Jika kanak-kanak memang kita kena ambil guide khas untuk dia seorang masa SOP ketika itu.
Cuma papa Ilhan hairan juga kenapa ramai makcik-makcik mohon confirmation gender Ilhan ini kerana mereka rasa dia girl. Adui jambu sangat ke muka anak mama ni pakai hood masa turun Gunung Kinabalu.
Dekat nak puncak Kinabalu pun masih ada tikus liar berjalan-jalan di situ mengharapkan pelancong-pelancong sedekahkan makanan. Kali ini dah berjaya Tukang Kebun sampai puncak Kinabalu tapi bila nak turun lenguh kaki semacam nak menahan dah overused agaknya. Dari Panabalan Stesen Tukang Kebun turun ke Timpohon Gate nak dekat 1:00PM dan sampai dah hampir gelap dah pukul 6:00PM lebih. Masa perjalanan turun halfway dah hujan. Boleh juga tonton video hiking Gunung Kinabalu kali ini di link bawah:
Video link (https://youtu.be/Xef2cdBR278)
30 ulasan:
Seronoknya di puncak.
14th anniversary challenge daki gunung? this is so new and unik! hehehe bestnyaaa
Tahniah!
Cantik sungguh pemandangan dari puncak Gunung Kinabalu. Teringin nak daki tapi badan dah tak mampu. Cukuplah 3 kali daki, terakhir tahun 2014. Itu pun hanya sampai di Laban Rata. Pertama kali sampai puncak zaman bujang dulu, rasa kagum sangat! Bintang dan bulan terasa sangat dekat. Rasa ajaib dapat berada di atas awan. Tapi, terakhir daki itu, suhunya tidak sesejuk dahulu.
Bestnya celebrate anniversary weeding di atas gunung tertinngi di Asia :)
wahh..terer Ilhan..bestnya bulan madu di atas gunung, menggapai awan..
Tahniah kak dapat jejak kali kedua bersama bersama dengan keluarga.
Happy anniversary akak dan husband. Semoga bahagia sampai syurga. Aaminn..
Lain macam celebrate atas puncak gunung Kinabalu. Mencabar betul nak naik ke atas tu. Kalau saya surrender awal sebab tak fit lansung. panjang bukit pun dah mengah inikan gunung. gunung paling tinggi pernah panjat pun gunung datuk rembau tu je.
cantik trail landai ke puncak tu berbatu-batu. Ini kalau saya pun mesti ada altitude sickness juga. huhu
sweetnya! tak kembang pun, manis je ;)
Ilhan jmbu,macam korean.. hihi..anyway happy anniversy semoga bahagian til jannah
Happy Anniversary!
Bestnya sambut momen indah di puncak gunung. 😊
Wahh..dasyat giler boleh smp puncak kinabalu..sya baru smp kaki gunung saja...
ada plan mau hike M.Kinabalu but after earth quake terus takut n cancel plan hehe
Salam Bahagia Sis NA,
Masa dah sampai puncak seronok amat. Nak daki, nak turun rasa nak nangis.
Salam Bahagia Atie,
Kebetulan pula hari kosong masa reserves slot jatuh sama dengan 14th Anniversary.
Salam Bahagia Kak Amie,
Betul Kak makin tak sejuk dah puncaknya banding dulu. Dah makin ada vegetation banyaknya atas Puncak tu.
Salam Bahagia Sis Shima,
Happy la juga dah kahwin 14 tahun sampai juga ke puncak tertinggi di Asia Tenggara.
Salam Bahagia Sis Shima,
Happy la juga dah kahwin 14 tahun sampai juga ke puncak tertinggi di Asia Tenggara.
Salam Bahagia Sis Nohas,
Syukur Alhamdulillah kali ni berjaya juga Ilhan sampai.
Hehehe bulan madu di atas awan.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Thank you for the wish.
Makin naik elevation akan makin banyak Batu berbanding dengan bawah yang cuma Batu kurang sikit. Kalau naik Perlahan-lahan InsyaAllah boleh hindar kan altitude sickness. Kalau terlalu laju je sukar nak adapt.
Salam Bahagia Sis Syaz,
Posisi optical illusion hehehe...
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Thank you for the wish.
Hehehe muka Jambu semua anak2 lelaki ni.
Salam Bahagia Sis Diana,
Bahagian bawah kurang Batu, bila makin elevation naik tinggi makin berbatu. Sebab graviti dan air hujan akan bawa tanah dari atas turun ke bawah. Kalau dah lepas pondok layang layang dalam 3000 meter ke atas dah mula berbatu-Batu besar.
Salam Bahagia Sis Farrah,
Syukur Alhamdulillah ada rezeki dan tenaga lagi nak sambut di puncak gunung.
Salam Bahagia Pak Kang Latep,
Saya pun macam dreaming je rasa sampai juga ke puncak Kinabalu lepas PKP kena berkurung berbulan dengan lack stamina.
Salam Bahagia Litah,
Kami ni pun takut juga tu gempa bumi, berbanyak berdoa.
Sangat mencabar tetapi TK berjaya! Tahniah . Dapat pula meraikan wedding annivesary sekali di puncak gunung dengan pemandangan yang indah.
Salam Bahagia Aunty meintheswim,
Syukur Alhamdulillah sampai juga ada rasa nak putus asa pun ada sebab pergi masa berkabus windy tak nampak puncaknya yang last tu.
mungkin saya org yg terakhir yg wish :)
Happy Anniversary kak TK :)
satu hari nnt saya pun nk jejak ke sana..seronoknya!
Salam Bahagia Sis Shida,
Thank you so much for the wish.
InsyaAllah Shida pasti boleh Perlahan-lahan daki sampai juga tu.
Ya Allah..bahagianya kalau berjaya naik ke atas
Salam Bahagia Sis Andaiannya,
Atas puncak dah sampai terasa amat Bahagia. Tapi nak naik tu struggle sebab tak fit sangat.
Catat Ulasan