Zaman Malaysia kini sudah terdapat banyak restoran Jepun di pusat membeli belah. Semakin ramai rakyat Malaysia pernah makan sushi ataupun mengenal jenis makanan Jepun ini. Tidak lengkaplah sushi terutamanya jika mengandungi bahan yang tidak dimasak atau mentah tanpa ada wasabi bersamanya. Wasabi ini penting dimakan bersama makanan mentah di Jepun suatu masa dulu sebelum adanya peti sejuk dicipta untuk mengelakkan keracunan makanan. Wasabi dapat menghindari keracunan makanan mentah kerana mempunyai sifat anti-bakteria. Yang kurang gemar wasabi ada dalam sushi tu, moga sudah maklum kenapa perlu wasabi bersama. Maklumat lanjut mengenai Wasabi boleh tengok gambar yang Tukang Kebun ambil di mini museum wasabi.
Semasa buat perancangan Jalan Jalan Jepun 2019, Tukang Kebun ingat trip kali ini teringin nak tengok dengan kaca mata sendiri ladang wasabi supaya boleh faham lebih mendalam cara penanaman dan habitat yang disukai oleh wasabi ni. Di Jepun penanaman kebun wasabi yang boleh dilawat oleh pelancong adalah 2 negeri, samaada negeri Nagano atau negeri Shizuoka. Selepas rangka jadual perjalanan sekitar bandar Fuji (related posting klik sini) di Negeri Shizuoka, Tukang Kebun teragak-agak nak rancang turun lagi ke arah Selatan dalam negeri Shizuoka ke atau ke negeri Nagano untuk dapat ke kebun wasabi. Tanya pendapat dearest hubby (persetujuan driver penting), katanya kita cuba selit lawat negeri Nagano jugalah kali ini dah alang-alang takde lah jauh sangat nak rentas. Maka, kami buatlah lawatan ke kebun wasabi paling terkenal di negeri Nagano iaitu Daio Wasabi Farm. Kalau musim sejuk tiada public transport seperti bas ke sini. Sedangkan hujung bulan March pun belum mula seperti Tukang Kebun tengok notis di perhentian bas depan Daio Wasabi Farm ini. Masa musim dah panas baru ada perkhidmatan bas awam.
Tukang Kebun amat syorkan pergi ke Daio Wasabi Farm ini kerana tiada pun dikenakan yuran kemasukan apa-apa. Kita boleh sahaja pusing-pusing kawasan ladang wasabi ini menikmati pemandangan. Aktiviti yang dikenakan yuran adalah kalau kita nak masuk dalam kilang proses wasabi dan ikut aktiviti-aktiviti yang ada ketika itu. Jika aktiviti di luar santai-santai lawat tempat kincir air, tengok kuil, masuk mini muzium dan lain-lain bebas sahaja. Kawasan ladang wasabi ini pun luas untuk diteroka dan sangat sesuai meluangkan masa dengan keluarga.
Sejarah pembukaan dan penanaman wasabi di kawasan ini sudah lama. Kalau baca kisah sejarahnya pun bukan projek mudah sebab zaman tu tiada mesin lagi semua pakai tenaga kudarat dan peralatan kebun asas. Seakan sama seperti pembinaan terusan air dulu-dulu di Malaysia mahupun negara lain banyak pengorbanan dan dedikasi dari ketua penyelia. Kini, tanaman wasabi di daerah ini memainkan peranan penting untuk membantu ekonomi penduduk di sini. Penduduk di sini amat menghargai jasa dan pengorbanan pelopor penubuhan ladang-ladang wasabi di kawasan ini yang mencari sumber untuk menaikkan ekonomi kawasan ini pada zaman dahulu. Pertumbuhan tanaman wasabi perlukan sumber air bersih yang mengalir dan sejuk semasa musim panas. Banjaran gunung ala Alps Jepun yang boleh diperhati dari sini yang masih puncaknya diselubungi salji tebal itulah yang memberikan sumber air gunung sejuk ketika musim panas. Pokok wasabi ni kalau ikut standard tanam di Jepun pun bukan tumbuhan yang mudah dibela.
Tukang Kebun pun tak sangka juga masa lawat Daio Wasabi Farm masa hujung bulan Mac di kawasan ini pokok-pokok sakuranya dah mula berbunga. Siap ada lebah-lebah berterbangan dah, menandakan cuaca dah makin panas dan binatang dah mula bergerak keluar bukan hibernasi lagi. Tempat lain yang kami singgah di dalam negeri Nagano ketika itu belum lagi mula musim bunga sakura.
Di kawasan promenade Daio Wasabi Farm ini juga ada restoran soba untuk yang nak alas perut. Ada juga gerai-gerai makanan lain untuk mengisi perut. Cantik pemandangan dari atas bukit tengok panorama berlatarbelakangkan banjaran gunung Alps Jepun dan kebun wasabi di depan mata.
Terdapat juga beberapa kuil kecil dan kawasan yang ada kisah lagenda kepercayaan orang-orang dahulu di beberapa kawasan dalam kebun Wasabi ini.Sambil berjalan-jalan kita boleh lihat pekerja-pekerja Daio Wasabi Farm sedang menjalankan urusan mereka. Air mengalir di antara batas-batas wasabi boleh kelihatan sangat jernih. Sudahlah wasabi ni kalau nak tunggu dituai akarnya panjang berisi tu tumbuh mau dekat hampir setahun paling cepat.
Banyak usaha untuk menambahkan tarikan pelancong ke kawasan ini dengan pembinaan kincir air. Sempat jugalah merasa ice-cream perisa wasabi boleh juga telan.
Tukang Kebun lihat di sini ada banyak burung-burung helang berterbangan sekeluarga. Secara tidak sengaja tempat ini pun sesuai dijadikan habitat yang dapat melindungi haiwan yang jarang dapat dilihat seperti burung helang tersebut.
Sebelum balik memang kena singgah beli macam-macam produk dari wasabi kan. Atuk Abby pun dah mula suka wasabi sebab dah tua deria lidah dah berkurangan jadi kena ada benda yang rasa kuat. Ada juga pelbagai kerepek dan biskut perisa wasabi. Semasa ni ada juga produk soba adun dengan wasabi yang kami beli juga untuk bawa balik dari Malaysia dengan pes wasabi. Wasabi bunganya berwarna putih mirip je macam bunga sayur daun. Selain dari akarnya yang lebih banyak digunakan, daun wasabi dan bunganya pun boleh makan juga buat macam sayur. Ada kami rasa pergedil kentang wasabi campur dengan daunnya, sedap juga. Bagus juga konsep mereka buat tiada yuran kemasukan buatkan rezeki makin murah, sebab mereka masih dapat banyak untung dari jualan.
18 ulasan:
i suka study bab2 history tentang mcm mna adanya kuil2 dekat satu satu tempat tu.. sbb kisah dia sometimes mistik
tak tahan betul makan yang ada wasabi ni sebab dia menyengat heheheh... tak la pedas mcm cili tp sengatan dia tu aduhhhh
good looking wasabi farm, mungkin suatu hari saye nak ke sana hehe
Pertama kali saya tengok raw wasabi. macam sayur. saya ingatkan rupa dia macam cili. Tak pernah makan wasabi the real one. Mesti sangat menyengat.
Menarik tempatnya.
Terima kasih Tukang Kebun sudi share gambar pokok wasabi. Selama ini hanya tahu makan, tapi tak dapat bayangkan rupa pokok wasabi.
pernah tengok zizan pergi sini masa dia punya prog yang jejak jepun tu. seronok tengok, paling unik dia kata tak sangka aiskrim wasabi sedap :)
wasabi..tk sukanya..hihi..ada aiskrim jg..teringin lak nk rasa..
Salam Bahagia Atie,.
Menarik kaji latarbelakang kuil di Jepun especially dalam kawasan Kampung pedalaman yang jenis kecil dan terbiar mesti ada long history behind it.
Salam Bahagia Dana,
Ada tactic juga cara nak enjoy wasabi ni supaya tak menyengat kat hidung.
Salam Bahagia Sudibjo,
A very enjoyable place to go, hopefully ada rezeki lawat sana.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Akar dia yang guna dalam sushi tu diparut halus. Kak biasa kalau makan sushi, dalam piring kecil tu letak paste wasabi dan kicap cair sushi tu.
Salam Bahagia Warisan Petani,
Seronok dapat perhati kan teknik penanaman wasabi.
Salam Bahagia Kak Amie,
Tukang Kebun pula tak sangka yang wasabi ni akar dia boleh tumbuh besar celah batu-batu sungai kecil.
Salam Bahagia Syaz,
Ais krim wasabi dia memang sedap.
Salam Bahagia Sis Nohas,
Ais krim dia tak rasa pedas dan menyengat, anak-anak boleh habis makan juga.
Bagus ni.. masuk free aje. Rupanya mcm tu rupa pokok wasabi
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Begitu la rupanya wasabi warna hijau isi dalamnya.
Catat Ulasan