No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 28 November 2020

Bilit Kinabatangan River Sunrise and Sky View

      Sudah 2 minggu lebih tak terkeluar dari laman Teratak Kiulu Lodge ini dengan mengejar tugasan secara online lain yang perlu dilangsaikan sehingga hampir 3 hari kehabisan data internet langganan postpaid. Tidak pernah jadi sehingga habis penggunaan langganan postpaid dah bertahun-tahun. Nasib baik hari ini dah mula balik bulan baru langganan internet postpaid. Tambahan pula cuaca sekarang hampir setiap hari hujan sehingga tak dapat berehat keluar ambil ketenangan di tepi sungai kerana air sungai besar dan deras tak selamat untuk bermandi manda. Hujan kadangkala waktu baru masuk tengahari sudah mula turun membataskan pergerakkan di luar. Tiba-tiba teringat kenangan 2 tahun lalu bercuti bersama keluarga di Sungai Kinabatangan dalam kawasan Bilit. Cuaca dan pergerakkan awan di Kinabatangan pun menjadikan pemandangan langit berubah-ubah dalam satu hari. Pertama kali kami bercuti di Kinabatangan adalah pada tahun 2016 (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini) iaitu di kawasan Abai, Kinabatangan yang lebih ke arah hilir sungai Kinabatangan. Kemudian pada tahun 2018, kami bercuti di kawasan Bilit, yang lebih masuk ke hulu sungai Kinabatangan berbanding di kawasan Abai.
    Kali ini guide yang ditugaskan menjaga kami dari Nature Lodge Kinabatangan, Kg Bilit ialah dari kalangan orang tempatan iaitu dari kumpulan etnik Orang Sungai. Etnik Orang Sungai memang salah satu penempatan asal mereka ialah di sekitar Sungai Kinabatangan sejak zaman dahulu lagi. Etnik Orang Sungai adalah salah satu sub-etnik kaum Kadazan di Sabah. Selain keluarga Tukang Kebun, guide Orang Sungai ditugaskan untuk menjaga 3 orang pelancong wanita Peranchis. Hebat juga bila difikirkan semula rombongan keluarga Tukang Kebun sahaja dah 9 orang dan termasuk pelancong-pelancong Peranchis dah 12 orang, guide tempatan Orang Sungai ini kena jaga. Bukan sekadar guide sahaja yang kena jaga keselamatan pelancong, dia juga seorang kena bawa bot dan mencari haiwan-haiwan liar sepanjang trip menaiki bot kecil menyusur Sungai Kinabatangan - so multi-tasking. Namun, tugasan yang diberikan ini dilakukan dengan sangat cekap dan banyak bintang-binatang liar yang dapat kami tengok sepanjang bersama guide etnik Orang Sungai ini. Mohon maaf dah lama sangat kakak ni lupa dah nama adik guide. Adik guide memang hebat, belajar sendiri je untuk fasih berbahasa Inggeris setelah lama terjebak dalam industri pelancongan. Kebiasaannya kalau bot trip sebegini ada sekurang-kurangnya 2 guide bersama, yang seorang memang khusus kemudi bot dan lagi seorang guide yang akan scout haiwan liar. Memang berbeza kalau dapat guide dari golongan orang tempatan yang membesar di situ kita pun dapat belajar banyak dari pengetahuan tradisional penduduk asal.
     Hari pertama kami check in, sebelah petang ada boat trip untuk tengok haiwan-haiwan keluar di tepi sungai mencari makanan. Pada mulanya cuaca biasa-biasa cerah dan tenang. Lepas tu guide kata dia tengok keadaan awan bergerak kemungkinan hujan lebat ni kejap lagi. Guide syorkan kita patah balik cepat sebelum hujan lebat turun habis basah nanti. Betul guide kata bila patah balik tiba-tiba masuk satu kawasan hujan selebat-lebatnya turun habis kuyup kami semua. Nak elak hujan pun tak dapat sebab menyusur sungai kan jadi redah sahajalah dengan harapan nanti sampai kawasan yang hujan tak turun. Itu penting dengar nasihat bila naik bot bawa baju hujan dan jacket sekali. Waktu senja bila kawasan hutan tebal ni menyusuri sungai memang suhu boleh turun mendadak rasa sejuk, elok bawa jacket kalis air dan angin. Bila dah gelap nak kemudi bot pun kena berhati-hati takut terlanggar kayu balak hanyut pun satu hal pula kan. Itu mereka sentiasa kena beringat bawa lampu suluh juga. 
Kami di Nature Lodge Kinabatangan, Kg Bilit selama 3 hari 2 malam. Kebiasaannya mesti awal pagi akan ada satu bot trip untuk scout binatang sebab waktu awal-awal pagi mula cerah lah masa binatang-binatang sibuk keluar cari makan. Di Kinabatangan memang ada rezeki nampak burung enggang bertenggek di pokok tepi sungai. Kadangkala nampak burung enggang terbang tinggi atas kepala. Jika Tukang Kebun tak silap di kawasan Kinabatangan ada sekurang-kurangnya 7 jenis species burung enggang. Burung enggang biasanya setia dengan pasangannya dan semasa pasangannya burung betina mengeram telur atau menjaga anak-anak baru menetas, burung jantan akan mencari makanan dan hulurkan makanan dalam lubang sarang untuk isteri dan anak-anaknya.
Semasa musim hujan di sekitar hulu Kinabatangan, walaupun awal-awal pagi cuaca tenang kita boleh nampak kabus naik atas air sungai Kinabatangan macam gerimis.
Semasa di kawasan Abai, hilir kawasan Sungai Kinabatangan kami berpeluang setiap hari di sana menikmati suasana matahari terbenam semasa menyusuri Sungai Kinabatangan waktu lewat petang.
Di kawasan Bilit di mana Sungai Kinabatangan lebih hulu berbanding kawasan Abai di sini kami dapat menikmati pemandangan matahari terbit semasa menaiki bot.
Salah satu pengalaman menarik juga menikmati panorama langit semasa menyusuri Sungai Kinabatangan ketika matahari sedang terbit pada awal pagi. Kedua-dua gambar berdekatan ini, anak-anak kata macam movie black panther rupa bentuk awannya. Anak-anak jadi seronok menikmati aktiviti mencari haiwan-haiwan liar di hutan menyusuri Sungai Kinabatangan. Seharusnya kita patut bangga kerana hutan dara di Sungai Kinabatangan, Sabah usianya adalah lebih tua dari hutan dara di Sungai Amazon, Brazil.
Dengan kelembapan tinggi bila suhu cuaca masih rendah di awal pagi atau suhu turun di lewat petang kita boleh lihat phenomena kejadian pelangi bersama-sama gumpulan awan di sekitar Sungai Kinabatangan.
Terasa rindu pula nak menikmati pemandangan matahari terbit sambil naik bot menyusuri sungai sebab bila ikut aliran sungai pemandangan matahari naik dan background akan jadi berubah-ubah.
Jika di kawasan Sungai Kinabatangan ini memang mudah je nak terserempak dengan kumpulan species monyet belanda atau Probiscus Monkey di awal pagi dan lewat petang. Kebiasannya species monyet jenis ini akan keluar mencari makanan di tepi sungai pada waktu itu. Probiscus Monkey liar atau Abby suka lagi panggil Monyet London ini memang antara guarantee dapat dilihat semasa bot trip di Sungai Kinabatangan.
Tukang Kebun perhatikan tiang-tiang elektrik yang kelihatan berdekatan kawasan kampung di Sungai Bilit ini dijadikan strategy burung-burung pemangsa/predator untuk monitor kawasan kelilingnya mencari mangsa. 
Syukur Alhamdulillah kali ini nampak juga kelibat burung species Storm's Stork (Ciconia stormi) macam adik beradik bangau ini yang jumlah bilangannya dah hampir nak pupus sedang bertenggek atas wayar elektrik.
Crested Serpent Eagle sejenis species burung helang yang menjadikan ular sebagai mangsanya untuk sumber makanan juga bertenggek atas wayar elektrik memerhati kawasan sekelilingnya. Perbezaan jenis burung helang crested serpent eagle ini ialah jambulnya yang tegak di atas kepalanya memudahkan untuk mengenalpasti dirinya dengan burung helang jenis lain.
Sejenis species burung helang lain berterbangan di atas Sungai Kinabatangan nampaknya telah berjaya mendapat sarapan pada awal pagi. Kelihatan burung helang tersebut memegang seekor ikan besar dengan kuku kakinya terbang ke dahan pokok untuk menu pagi tersebut.
Haiwan liar ini pun biasanya memang ada rezeki untuk dijumpai ketika menaiki bot menyusuri sungai Kinabatangan ialah Orang Utan. Saiz orang utan dewasa kan besar biasanya dari jauh boleh nampak dirinya. 

Challenge gambar di atas, boleh nampak kah mana orang utan tersebut berada?
Bila dah pulih keadaan pandemik di Malaysia, mari kita sokong industri pelancongan tempatan kita.
 

25 ulasan:

Azhafizah MN berkata...

Seronoknya dapat naik bot menyusuri sungai sambil menikmati permandangan yang indah alam flora dan fauna. Betullah kak nampak macam bentuk black panther awan tu. Nice shoot :)

Nor Azimah Ali berkata...

Agaknya yg berwarna coklat di atas dahan tu ye.
Betullah kawan cakap tak perlu pergi jauh untuk menikmati pemandangan yg indah, di Sabah pun cukup indah. Seronoknya. Belum pernah sampai lagi di Sabah. Salam kenal puan.

Fizah Abdul Halim berkata...

Rindu Sabah lepas tengok gambar-gambar ni semua :)

Warisan Petani berkata...

Indahnya pemandangan

Atie Zieya berkata...

cantiknya dekat sana, naik bot boleh nikmati kejadian Alam then boleh pula tgk hidupan liar mcm monkey london tu ... bestnyaa..teringin nak pergi

Puan Hazel berkata...

Ye TK, habis PKP ni memang nak jalan-jalan keliling Malaysia... Nak support local tourism dan rilekskan fikiran. Mudah-mudahan...

Himawan Sant berkata...

Indah sekali view momen matahari terbenam di Kinabatangan ini, kak .., seperti sebuah lukisan.

Saya juga kagum dengan guide lokal yang jadi fasih berbahasa Inggris karena seringnya berbicara dengan turis asing.

mamapp berkata...

Subahanallah cantiknya Bilit Kinabatangan River Sunrise dan Sky View

Syazni Rahim berkata...

cantik burung enggang, di hutan gunung angsi pilan ni pun ada juga kadang2 nampak enggang, dia terbang straight je kan :D

Amie berkata...

Macam sama tempat yang Kak Amie pergi dulu. Kak Amie kongsikan bloglink tentang Sukau di entri terkini Tukang Kebun.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Macam feel masuk alam movie Black panther pula bila nampak awan tu. Naik bot ni rasa relax tak Yah keluar tenaga.

TukangKebun berkata...

Salam Kenal Sis Nor Azimah Ali,

Ya yang kecil kat tengah2 tu nanti ada rezeki masa baru tunjuk yang besar close up orang utan hehehe...
Benar di Sabah ni banyak tempat indah boleh diteroka saya pun belum puas lagi.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Fizah,

Samalah sebelum dapat duduk Sabah sentiasa rindu.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Pak Warisan Petani,

Pemandangan ni buat rasa bersyukur dan lupa kan perkara asyik kejar duniawi.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Atie,

Best naik bot kat Kinabatangan ni tak yah redah hutan pakai tenaga. Dari bot pun pelbagai haiwan liar boleh tengok.

Shida Radzuan berkata...

Pertama kali tgk burung enggang..cantik kak TK :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Puan Hazel,

Mudah-mudahan Covid19 ni cepat2 hilang.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Mas Himawan Sant,

Benar seperti karya sebuah lukisan pemandangan matahari terbenam tersebut.
Self-learned tanpa berguru usaha sendiri amat kagum.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mamapp,

Tak sangka indah sunset di Kinabatangan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Syaz,

Kan tak toleh kiri kanan si enggang terbang hehehe... Dia tak peduli orang.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Nanti Tukang Kebun check. Terima Kasih Kak.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Shida,

Besar yang jenis species burung enggang ni. Bila perhati semula macam ada makanan dalam perut dia berbonggol.

nohas berkata...

wahh..cantiknya gambar2 semua..ala2 NatGeo..

enggang terbang tu rare sight..first time tengok..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nohas,

Banyak episodes Natgeo boleh buat focus kat Kinabatangan ni.

Nur berkata...

Cantik pemandangan sunrise tu. Tenang je tengok awan dan langit. Akak ada juga tengok burung enggang pagi-pagi. Kalau dia terbang atas kepala, bunyi sayap dia macam helikopter. :)