Posting kali ini Tukang Kebun ingin kongsikan tentatif plan yang dibuat semasa kami Jalan Jalan Jepun 2019. Mana tahu selepas keadaan pandemik sekarang telah pulih dan sempadan dibuka semula seperti biasa, ada teman pembaca yang akan melawat Jepun nanti dapat membantu serba sedikit nak buat itinerary. Sekiranya rakan-rakan melawat sekitar kawasan Gunung Fuji yang berada di antara negeri Yamanashi dan Shizuoka, bolehlah juga buat lawatan 1 hari di negeri Nagano yang bersempadan dengan negeri Yamanashi. Negeri Nagano pernah menjadi tempat acara Olimpik musim sejuk 1998 dan di sini juga adalah salah satu negeri yang terkenal untuk winter sport seperti ski atau snowboard. Tukang Kebun masa zaman anak dara adalah beberapa kali turun ke Lembah Hakuba, Nagano untuk bermain ski dengan kawan-kawan. Kalau yang datang lawat pada musim sejuk bolehlah bermain winter sport di negeri Nagano. Gunung Fuji pun masa musim sejuk cantik diliputi salji. Jika datang penghujung musim sejuk dah nak masuk musim bunga bolehlah tengok musim sakura dengan berlatarbelakangkan banjaran gunung Alps Jepun dengan salji masih selubung di puncaknya.
Setelah melawat tempat-tempat menarik di kawasan Kawaguchiko (Negeri Yamanashi) yang menjadi tumpuan pelancong antarabangsa (Related posting-Klik Sini), dah nak lewat petang dan kebanyakkan tempat tarikan sudah tutup bolehlah bergerak ke negeri Nagano untuk check in di tempat penginapan yang berdekatan dengan tempat akan dilawati di negeri Nagano. Kami buat perbandingan harga dalam negeri Nagano jika kita travel dengan kereta sewa jimat duduk di hotel budget rangkaian brand Chisun Inn adalah antara paling murah dan dengan renovation konsep moden. Disebabkan kami 5 orang termasuk anak-anak, ini adalah pilihan yang antara paling budget. Hotel Chisun Inn sangat selesa dan ada menyediakan breakfast. Hinggakan kami duduk malam pertama di Chisun Inn Shiojiri Kita Inter dan malam berikutnya di Chisun Inn Suwa Inter. Antara kelebihan kedua hotel Chisun Inn ini ialah lokasinya ada restoran-restoran berdekatan dengan jalan kaki sahaja, kedua-dua tempat ini dekat ada franchise sushi murah iaitu Sushiro.
Selepas sarapan dan check out dari Hotel Chisun Inn Shiojiri Kita Inter kami bergerak ke Daio Wasabi Farm (Related Posting - Klik Sini). Tempat letak kereta di sini adalah percuma dan tiada yuran masuk dikenakan. Ada juga beberapa restoran di sini untuk mengalas perut dan mencuba beberapa produk dari wasabi. Boleh juga cuba rasa ais krim wasabi dan soba wasabi yang menarik rasanya dan tak pedas pun. Selain itu boleh shopping produk dari wasabi di kedai khasnya. Jika datang hujung bulan March dan awal bulan April kita dapat juga melihat musim bunga daffodil dan sakura di sini.
Setelah puas pusing-pusing menikmati keindahan kebun Wasabi Daio, bolehlah juga melawat ibu negeri Nagano iaitu Matsumoto yang menjadi salah satu tempat pentadbiran terkenal semasa dalam sejarah Jepun gemelut dengan perang saudara. Di dalam bandar Matsumoto terdapat sebuah istana Matsumoto berwarna hitam yang sangat terkenal di Jepun termasuk dalam Top 3 istana tradistional paling lawa di Jepun (Related Posting - Klik Sini).
Kemudian tidak jauh dari istana Matsumoto ini dengan berjalan kaki kita boleh window shopping di deretan bangunan kedai-kedai lama warisan zaman dahulu yang masih utuh digunakan hingga sekarang dikenali sebagai Jalan Nawate. Di hujung Jalan Nawate terdapat sebuah kuil Yosashira tempat ibadat beratus tahun usianya. Di dalam bandar Matsumoto juga ada muzium jam. Terdapat juga pelbagai tempat-tempat menarik lain yang boleh dikunjungi sekiranya ada masa.
Bagi peminat animation "Kimi No Wa" dan manga "Rurounin Kenshin" bolehlah melawat Tasik Suwa. Jika nak lihat pancutan air panas tinggi di Suwa Geyser Lake Centre rancang masa supaya tiba di sini sebelum pukul 3 petang semasa musim sejuk. Jika musim sejuk pancutan air panas terakhir adalah pukul 3 lebih dan yuran kemasukkan adalah percuma. Jika melawat negeri Nagano pada musim panas dalam bulan Ogos kebiasaannya ada pesta persembahan percikan bunga api di Tasik Suwa. Boleh juga bersiar-siar di atas Tasik Suwa dengan menaiki perkhidmatan bot. Bersebelahan dengan Suwa Geyser Lake Centre ada tempat kolam air panas untuk rendam kaki yang disediakan dengan percuma (Related Posting - Klik Sini). Terdapat banyak tempat perkidmatan untuk mandi air panas hot spring di sekitar Tasik Suwa sebelum kita bergerak keluar makan malam atau tidur bagi aktiviti terakhir pada hari tersebut.
Berdekatan Tasik Suwa ada istana yang dikenali sebagai Istana Terapung Suwa kerana dahulunya istana ini memang berada dalam Tasik Suwa. Tetapi proses sedimentasi telah menyebabkan istana terapung ini terpisah dengan Tasik Suwa. Istana Terapung Suwa atau lebih dikenali sebagai istana Takashima sekarang ni lokasinya adalah sebahagian dengan taman awam. Jika nak lawat istana Takashima ini setakat ambil gambar dan bukan masuk di dalam bangunan boleh dilakukan pada waktu bila-bila sahaja.
Dalam 1 hari banyak juga tempat-tempat yang boleh dilawati di negeri Nagano ini jika menggunakan kereta sewa.
16 ulasan:
i went there to nagona , tapi tak jalan2 pun.. sbb pergi semata2 tgk concert wekekek ..
Lawa dan bersihnya Jepun.Salah satu negara yang ingin dilawati. InsyaAllah one fine day :)
Haduh, mupeng [muka pengin] lah saaayaa .. lihat lokasi piknik tukang kebun di Jepang.
Keren-keren sekali view nya ya, kak ..., bikin kagum.
Sudah merancang utk ke Jepun tahun ini, tapi tak ada peluang pula. Mudah-mudahan akan sampai juga ke sana.
kat jepun kene banyak berjalan kaki ye kak untuk layan pemandangan cantik....
Kalau ada rezeki dan berpeluang ke sana, saya akan rujuk entri akak nanti. Terima kasih sudi kongsikan pengalaman kat sana.
Bila lah agaknye shida boleh jejak jepun ni :)
Salam Bahagia Atie,
Tengok2 concert apa? Kat Jepun selalu rajin ada concert events.
Salam Bahagia Shima,
InsyaAllah ada rezeki Shima lawat Jepun one fine day.
Salam Bahagia Pak Himawan,
Pemandangan dalam Jepun bertukar2 sepanjang tahun tidak jemu view nya.
Salam Bahagia Kak Amie,
InsyaAllah bila keadaan dah bebas Covid19 boleh lawat Jepun.
Salam Bahagia Dana,
Kalau enjoy nature memang banyak berjalan Dana di Jepun.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Moga ada rezeki Fiza lawat Jepun nanti.
Salam Bahagia Sis Shida,
InsyaAllah ada rezeki nanti bila COVID-19 dah tiada lagi merebak.
Seronok mama baca pengalaman tk per sana sini..
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Memang seronok betul pengalaman di negeri Nagano ni bersama-sama orang tersayang.
Catat Ulasan