No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Kunyit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kunyit. Papar semua catatan

Ahad, 20 Disember 2020

PKPB Siput Spiral Unicorn Masak Lemak Cili Api

Semalam Syukur Alhamdulillah ada rezeki masa nak turun ke pasar basah pekan Tuaran untuk membeli stok protein. Sudah 2 minggu lebih kami tak berpeluang beli daging protein hanya habiskan stok yang ada dalam peti beku atau makanan kering. Kebetulan semasa di pasar ikan Tuaran ada satu tempat menjual sejenis siput. Stok hidupan laut bercangkerang sekarang masa musim PKPB jarang-jarang ada. Pertama kali kami nampak jualan jenis siput ini. Lepas tu untuk memudahkan pembeli, penjual dah siap potongkan hujungnya untuk mudah makan. Harganya hanya RM10 sekilogram. Mula-mula kami beli 1 kg je, pastu baru teringat ada kemungkinan adik-adik juga balik lawat mama papa sebab hari cuti kerja belilah 1 kilogram lagi.

Dah alang-alang turun ke pekan, Tukang Kebun ingat nak carikan basikal untuk Abby supaya dah mula cuti sekolah ni bolehlah dia belajar naik basikal pusing-pusing dalam laman luar rumah. Semasa beli bawang merah and the geng, Tukang Kebun tanyalah penjual kaum adam kalau ada kedai basikal berdekatan. Rupanya ada 2 kedai basikal mengapit kedai hypermarket 99. Singgah kedai pertama tengok basikalnya, tiada cash cukup jadi kami kata takpe kami fikir-fikir dahulu nak kena keluar duit dulu. Kemudian ada lagi satu kedai basikal selang 1 kedai ketika menuju ke bank. Tukang Kebun tengok yang kedai di sini pula nampak ada design basikal dia yang nampak lebih tahan lebih banyak logam aloi dari yang sebelah sana kebanyakannya parts plastik. Lagipun yang di kedai ini siap boleh ada pembonceng duduk di belakang dan raga di depan sesuai untuk budak perempuan. Dah berkenan jadi Tukang Kebun kata kami kena keluarkan duit dulu. Tauke kata takpe kalau pandai transfer duit online pun boleh tak perlu cash. Kami pun terus ok je lah lagi mudah, tauke pun terus tunjuk no akaun bank dia. Tauke pun tunjuk 7 Eleven berdekatan, tengok sana sekarang mau keluar duit pun kena beratur panjang kan. Siap transfer duit online, kedengaran bunyi notification dalam poket Tauke menunjukkan duit dah berjaya transfer. Lantas Tauke angkat basikal dan pasang mana yang perlu serta kasi rapi parts basikal. Video di atas kenangan Abby dapat basikal pertamanya.
Abby dapat basikal terus yang jenis 2 tayar. Sementara papa Abby ajar Abby naik basikal, Rayyan teman Tukang Kebun cari bahan untuk masak lemak cili api. Semasa nak ambil daun kunyit baru perasan yang pokok kunyit sedang berbunga mekar. Bunga kunyit ni pun sedap buat makan ulam. Sekejap sahaja Abby dapat control naik basikal sendiri. Siap dah lewat petang nak parking basikal, nak cuci dulu. Kali ni Tukang Kebun masak lemak cili api, gunakan perahan jus limau telur buaya sebab asam kepingnya tak terasa masam dia.
Seronok juga ramai-ramai kumpul makan malam bersama menikmati lauk siput masak lemak cili api. Tukang Kebun tak tahu nama jenis siput ini. Jika ada yang tahu mengenai siput ini, mohon kongsi pengetahuan. Kerana bentuknya Tukang Kebun teringat kepada character popular anak-anak perempuan zaman sekarang macam tanduk binatang mitos unicorn tu, panggil jelah siput spiral unicorn. Jenis siput ni macam kemungkinan antara laut dan bakau. Berlainan dari siput sedut dari sawah atau sungai, jenis siput ini tidak berlendir sangat. Mula-mula yang anak Tukang Kebun fussy eater abang Ilhan tak nak cuba, lepas dipujuk cuba terus suka. Agaknya tengok adiknya si Rayyan berselera semacam tambah banyak kali cedok lauk siput masak lemak cili api ni siap ada mangkuk sendiri. Rayyan sebelum masak siput ni pun dari balik pasar asyik tanya je, mama beli siput apa ni? nak masak apa ni? Yang seorang ni pula jenis suka mencuba benda baru.

Khamis, 26 November 2015

Terjah Tamu Tamparuli

  Awal-awal pagi Rabu minggu ini kami bergerak ke Tamu Tamparuli. Syukur Alhamdulillah dalam musim hujan ini, cuaca pagi Rabu amat cerah. Air sungai masih besar tetapi masih kereta dapat limpas sungai.
 Abang-abang Abby pernah sudah ambil gambar di atas jambatan gantung Tamparuli yang antara terkenal di negeri Sabah ini. Ambil jugalah gambar untuk kenangan si Abby.
 Beginilah suasana pagi Rabu di Tamparuli setiap minggu, ramai pekebun turun ke sini untuk menjual hasil-hasil tuaian mereka.
 Terasa minggu ini di Tamu Tamparuli lebih ramai pekebun yang turun. Walaupun tidak menjual cuma turun ke Tamu membeli keperluan, ramai juga meneman kawan-kawan mereka meniaga hasil tuaiannya. Minggu ini nampaknya ada juga yang menjual pinang masak atau muda.
  Tukang Kebun perhatikan minggu ini banyak bekalan jenis pisang boleh didapati di Tamu Tamparuli. Bibit-bibit pisang ada juga pekebun yang menawarkannya. Dapat jugalah Tukang Kebun menambah koleksi jenis pisang baka dibawa dari Sabah dibahagikan untuk ditanam di Kingfisher, Sabah dan juga di Sungai Buloh.
  Subur dan lumayan sungguh hasil tuaian kunyit dari pekebun ini. Bukan sahaja rizom kunyit ditawarkan tetapi ada juga bunga kunyit. Tambahan lagi untung sungguh pembeli bila beli daun kunyit masih ada juga bahagian rizom kunyit yang boleh digunakan juga.
  Tukang Kebun perhatikan di Tamu Tamparuli jagungnya lebih rupa kepada jagung kampung bukan seperti jagung manis yang berlambak di Tamu Tuaran. Minggu ini banyak ubi mirip seperti ubi badak dijual di Tamu. Dalam bahasa Dusun-Kadazan ubi ini dipanggil 'kasau'. Jenis limau mirip limau kapas lebih banyak terserempak berbanding dengan limau nipis.
  Di Tamu Tamparuli tidak janggal lagi bila kelihatan ada nursery bergerak yang juga berjual bibit bunga agaphantus atau Lily of the Nile yang banyak menghiasi kawasan Kundasang. Lily of the Nile ini dijual secara tanpa tanah atau bare-rooted sahaja dengan keadaan sedang berbunga.
  Minggu ini limited stock available untuk dipos hari Isnin depan ataupun self-collect pada Sabtu /Ahad depan ialah seperti:

Bawang/Bibit bunga Crinum seperti gambar di bawah:

1 bawang RM15.

Info bunga crinum boleh klik sini.
  Back in demand juga adalah bawang berlian dan halia bara.

Kali ini selagi stok masih available adalah bawang berlian. Kali ini dibekalkan seikat seperti di gambar bawah. Boleh digunakan terus untuk masak atau berubat. Nak tanam jadikan bibit pun boleh. InsyaAllah kalau tanam semula dapatlah tengok bunga putihnya yang cantik kembang sebelah petang.

Tips untuk teruja bawang berlian berbunga dan sebagai ubat tradisional klik sini.

~ 1 ikat bawang berlian RM12 ~
  Juga merah menyala-nyala si Halia Bara atau juga dikenali Halia Merah rizom segar available semula.

~ 1 set rhizome Halia Bara RM10 ~

Info Halia Bara klik sini.

Isnin, 16 November 2015

Future Petak F moga diam berisi

  Selepas selesai merumput di Petak F minggu lepas (related posting klik sini), takkan nak biarkan kosong pulakan. Jadi curi-curi masa lagi menyelit pokok-pokok tumbuhan jenis berubi atau rizom tanam di situ. Hujung tahun ini lebih banyak fokus tanam makanan jenis berubi atau rizom tak perlu nak risau hasil kena ngap ngap dengan avian sangat. Dah banyak binatang perliharaan berlegar-legar di belakang waktu siang nak kena tukar cara berkebun nanti satu hasil pun tak dapat. Lagipun masih terdapat pelbagai jenis ubi-ubi yang sesuai ditanam di dalam iklim tropika ini untuk dipelajari dalam diri Tukang Kebun yang masih kurang ilmu pengetahuan ini. 

  Terima kasih banyak-banyak kepada Gardener Awin di Petak Hijau buat pertama kalinya dapatlah kami rasa makan fresh ubi sagu larut buat untuk makan tengahari pada Diwali tahun ini. Rebus ubi sagu larut makan panas-panas dengan yakiniku (daging panggang/bakar) versi Japanese suami buat.  Kebetulan lepas baru selesai tuai dan tanam pokoknya semula hujan dah mula turun. Berlari-lari masuk ke rumah terus masak untuk lunch. Terima kasih dekat Ilhan yang temankan Tukang Kebun di Petak F tolong ambil baju bila lihat awan yang hitam. Moga anak-anak rizom ubi sagu larut yang ditanam pada Diwali tahun ini akan tumbuh dengan jayanya dapatlah merasa lagi tahun depan. Manis ubinya. Ada juga yang dah tua tu silap Tukang Kebunnya tak tuai awal-awal. Itu sebab kena catat dalam posting ini bila ditanam untuk nota peringatan.
  Kemudian ubi sago bemban pula dituai semua dari Petak F ini. Kemudian ditanam semula di belah lain dalam Petak F untuk crop rotation. Tempat yang ubi sago bemban dituai menjadi petak tempat ubi sago larut pula tumbuh. Bila check semula rasanya bulan November ini kebarangkalian dah boleh juga tuai ubi sago bemban yang ditanam di Petak A dan Petak B bulan March tahun ini (related posting klik sini). Jika dituai semuanya rasa tak termakan jadi minggu ini Tukang Kebun offer untuk yang teringin nak makan atau buat ubat dengan ubi sago bemban (boleh dipos). 

~ Organik Ubi Sago Bemban 200gram for RM7.00 ~
~ 1 pot for RM7.00 pokok ubi sago bemban ~
  Selain dari pokok mulberry yang juga hidup bersama dalam Petak F ini ialah pokok sayur manis atau asin-asin. Pokoknya baru dicantas jadi baru naik pucuk-pucuk baru semula. Jika nak pokok sayur manis yang merimbun kena juga mencantas supaya ianya dikatakan 'branching' tumbuh dahan-dahan baru. 

 Gambar di bawah ini pokok sayur manis jadi dormant sekejap sebab kurang cahaya matahari terlindung oleh pokok liar bunga telang yang merimbun di atasya. Ini dah nampak bangun semula dengan terkeluarnya tunas-tunas baru. Minggu ini juga ada ready stok baru anak pokok sayur manis yang ditanam bukan melalui keratan tapi dari pembahagian pokok yang dah dewasa sudah mempunyai akar-akar yang panjang mudah hidup di kala musim kemarau. Bila pindahkan pastikan gali dalam ikut panjang akarnya ke dalam tanah, jadi bila kemarau akar pokoknya dah mampu nak hirup air yang terletak lebih jauh dalam tanah. Kalau dekat dengan tanah kan air mula-mula tersejat. Salah satu tips untuk mudah jaga pokok sayur manis tahan lama ketika kemarau jika tiada masa untuk menyiram kerap. Tukang Kebun seminggu sekali pun susah nak cari masa siram dekat Petak F masa musim kemarau.

  Jika kita kerap menyiram akar-akar tumbuhan seperti sayur manis akan jadi manja, malas nak tumbuh akar dan hanya akarnya membesar dekat dengan paras aras atas tanah. Jika kita tak manjakan dengan air tapi amalkan deep watering katakan dalam 3 hari sekali menyiram dengan quantity air banyak. Akan memaksa tumbuhan ini akarnya bergerak jauh ke dalam tanah mencari air. Biasanya masa musim kemarau kita tengok macam takde pertumbuhan je pokok sayur manis ini. Tapi sebenarnya pokok sayur manis ini fokus kepada akarnya yang kita tak nampak menjalar lebih jauh ke dalam tanah mencari air. Tukang Kebun kalau gembur-gemburkan tanah di Petak F ini berselirat jumpa akarnya jauh ke dalam tanah. Kekadang yang terluka bila Tukang Kebun tarik dekat permukaan atas tanah boleh menjadikan tunas-tunas baru anak pokok sayur manis. Salah satu caranya juga untuk menghasilkan pokok-pokok baru sayur manis bukan sahaja dari biji benih ataupun keratan.

~ 1 pot anak pokok sayur manis/asin-asin RM5.00 ~
  Selain dari itu Jumaat lepas ada juga menyelit anak-anak pokok kunyit di Petak F. Moga ayam tak makan tunas-tunas baru dari anak pokok kunyit yang baru timbul. Ayam ini suka tau pucuk-pucuk muda daun kunyit untuk snack dia.
  Syukur Alhamdulillah lepas ambil Ilhan dari sekolah agama kelam kabut kami berdua menuai setandan pisang bantan. Dah beberapa ulas yang masak sudah menjadi santapan makhluk Allah yang bebas di belakang. Sebelum semuanya dah masak, bolehlah Tukang Kebun buat masak lemak cili api pisang muda bantan dengan ikan masin untuk lauk makan malam Jumaat lepas. Sementara nak tunggu Tukang Kebun tukar jadi Tukang Masak bolehlah jadi snack anak-anak yang mana pisangnya dah masak.

Selasa, 14 Oktober 2014

Petak A dan Petak B October 2014

  Sabtu lepas dah nak dekat tengahari, tukang kebun dan dearest hubby mengemas Petak A dan Petak B. Bila check nota dalam previous posting, kali terakhir mengemas ruang ini ialah pada bulan June lepas. Nasib baik kemas kalau tak mama Abby tak perasan yang pokok mulberry di Petak B ada buahnya dah masak jadi adalah hadiah dari kebun boleh diberi dekat anak-anak yang menunggu di dalam rumah. Jerebu ni tak bagi sangat mereka melepak di luar rumah. Sambil mengemas, pokok mulberry di Petak A diberikan hard pruning. Tengok tu kotornya tangan mama Abby mencabut weed degil di Petak A & B. Adalah stock fresh mulberry untuk Abby minggu ini dari Petak B.
  Petak A juga tak ketinggalan memberikan rezeki iaitu kunyit yang dah lama tersimpan dalam tanah. Walaupun dibiarkan begitu sahaja petak ini dari bulan June, tak juga rugi berbudi pada tanah ada juga rezeki yang dapat. Mana yang dah ada pucuk sikit di rizom tukang kebun tanam semula. Lepas tu berserah sahaja kalau ada rezeki ia tumbuh dengan baik. Petak A ini memang selalu menjadi tempat menanam kunyit sebab tanahnya amat sesuai. Jadi tukang kebun rancang tanam jenis tumbuhan yang hasilnya yang bahagian ingin dituai tumbuh dalam tanah. 
  Sambil merumput tukang kebun perasan banyak anak-anak halia baru mula naik, tahun ini memang adik beradik halia dengan cuaca kemarau yang berpanjangan kebanyakkan tak mau muncul duduk senyap-senyap je dalam tanah. Tak berapa prosper sangat halia di Kebun Bahagia Bersama rentak cuaca tahun ini. Tapi tampaka tak menjadi masalah sangat yang disumbat bawangnya pada Jun lepas ada beberapa dah naik dengan pembesaran yang pelbagai.
  Yang sangat bahagia di petak A dan B ialah Ubi Bemban. Di Petak A ini sebenarnya ada pokok durian tengah membesar jadi kawasan ini tak beberapa dapat full sun. Makin lama makin teduh sangat kawasan ini. Cahaya jadi samar-samar di kawasan ini tak berapa dapat secara langsung. Jadi tukang kebun tengah fikir dan buat trial tumbuhan apa yang sesuai tumbuh di sini supaya tanah tidak terbiar. Ubi Bemban yang ditanam di Petak A dan Petak B pada bulan Jun lepas nampak sangat subur so ada possiblity boleh buka kebun mini ubi bemban di sini. 
 Nampak tak gambar Petak B di atas ada 'Jentera Tolak" gebu buat havoc sekelip mata je. Itu yang kekadang rasa malas nak kasi nampak weed clear habis sebab ada tukang koreknya, Habis rumpunan ubi bemban yang ditengah tu dah dikambus. Pantang nampak tukang kebun buat spring cleaning mulalah dok kais-kais tanah menyibuk. Sabar jelah sebab sumber telur.
  Dah makin teduh Petak A dan B ni tak sesuai nak tanam ubi kayu lagi dah, batang-batang ubi kayu kesian tengok halusnya. Ubi Bemban nampak bahagia.
  Tabung Kebun Bahagia Bersama ni sebenarnya ada bahagian allocate untuk food for the non homo sapien. Macam koperasi, a brief report:

    Sebagai contoh pesanan-pesanan yang dihantar pada 7hb Oktober 2014 lepas, sebahagian tukang kebun gunakan untuk beli makanan group avian di belakang kebun tu. So the avian is grateful to you and Thank You for the FOOD. Biasanya sekali beli 1 guni jagung sekarang harganya RM54. Bolehlah tahan sebulan lebih dengan bilangan avian yang ada sekarang.

    Sebagai contoh pesanan-pesanan yang dihantar pada 8hb Oktober 2014 lepas, sebahagian tukang kebun gunakan untuk beli makanan kucing. Kucing yang tak dibela pun dah pandai menumpang sekali. So the feline wish to express their gratitude for the food.