No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 7 Disember 2020

Bandar Travnik, Bosnia I Herzegovina

Sehari sebelum kami bertolak balik ke tanahair berkesempatan dapat 1 hari extra untuk jalan-jalan di Bosnia I Herzegovina setelah selesai tugasan hakiki (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Kali ini teringin untuk melawat kawasan dengan landscape dan cuaca continental. Maka kami pilih trip yang singgah melawat bandar Travnik yang banyak sejarah dan pertembungan budaya. Cantik sungguh pemandangan sepanjang perjalanan dengan baru masuk musim luruh banyak flora sedang bertukar daun ke kemerahan. Bosnia I Herzegovina ini terbahagi kepada 2 jenis cuaca. Jika sebelah Bosnia lebih ke arah continental, manakala Herzegovina pula cuaca ala Mediteranean (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini).
Semasa kami melawat bandar bersejarah Travnik banyak bangunan yang sedang dalam keadaan pembaikan dari kesan perang 1990-an. Proses baikpulih ini pun bergantung kepada funding yang diterima dari pelbagai pertubuhan dari luar negara. Salah satunya adalah madrasah yang lama ini. Banyak bangunan bersejarah di sekitar kawasan Travnik ini kerana menjadi antara pusat pentadbiran governer yang dilantik oleh empayar Ottomon selama 150 tahun. Di kawasan bukit tinggi dalam bandar Travnik boleh kelihatan istana lama dan kubu pertahanan Travnik sejak zaman medieval lagi masih berdiri. 
Kebetulan masa kami melawat madrasah yang sedang dibaikpulih ini ada rombongan pelancong dari Malaysia juga. Dalam madrasah ini boleh kelihatan bahagian kelas-kelas untuk belajar berpisah di tepi kedua belah bangungan 2 tingkat dengan warna pilihan sangat menarik menceriakan. Tambah menariknya di tengah ada courtyard bertutup tapi terang untuk buat perhimpunan atau aktiviti lain.
Setelah melawat madrasah ini kami dibawa ke kawasan yang dipanggil Plava Voda. Di Plava Voda ini ada air sungai yang cantik berhubung dengan air mengalir dari istana lama Travnik. Di Plava Voda ini ada juga bazaar kecil menjual cenderamata. Jika nak budget beli cenderamata di Travnik area Plava Voda ini lebih murah dari bandar Sarajevo. Benda sama tapi di Sarajevo harganya jadi lebih mahal pula.
Tujuan utama ke Plava Voda ini sebenarnya nak minum air kopi. Sementara tunggu air kopi siap, guide kata pergilah bersiar-siar dulu sementara dia tunggu di cafe. Ada cafe yang best spot dia tepi sungai ini nampak harmoni dengan persekitaran dengan peninggalan kincir air lama. Diorang kata tak sah kalau sampai di bandar Travnik tak minum kopi di sini sebab dulu-dulu ada kerabat raja singgah sini puji habis kopi di sini sedap dan bagi tip besar kat Tukang Bancuh Kopi.
Inilah set kopi yang ditunggukan tu. Siap ada dibagi sebatang rokok dan sekotak mancis. Budaya di Bosnia ni agak lain dari budaya kita jadi nak kena faham kenapa ada servis rokok tu sekali. Mula-mula masa sampai di Bosnia Tukang Kebun agak hairan juga perhatikan ramai wanita muslim bertudung labuh hisap rokok. Sehinggakan baru sampai di airport Sarajevo pun sambil tunggu kenderaan awam, Tukang Kebun perhatikan kaum hawa sambil berkumpul di cafe dengan kawan-kawan mereka bersahaja hisap rokok sambil membawang. Ramai penduduk Bosnia yang muda memang macam suka hisap rokok. Di Bosnia memang norma biasa mereka tiada persepsi seperti di Malaysia. Kalau wanita hisap rokok di sana tidak menimbulkan rasa kurang senang atau persepsi seperti di Malaysia, macam hak sama sahaja wanita dan lelaki hisap rokok. Budaya mereka begitu.
Kotak mancis itu kita boleh bawa balik sebagai kenangan. Ini untuk membantu industri mancis tunggal mereka yang telah beratus tahun kilang itu wujud dan nak kekalkan ia sehingga sekarang macam konservasi. Mohon maaf untuk review rasa kopi Travnik ni Tukang Kebun tak boleh bagi sebab bukan penggemar kopi. Tapi Tukang Kebun minum sampai habislah juga.
Setelah habis minum kopi, guide kata kita pergi lawat bandar Jajce dulu tengok air terjun dan tempat menarik lain di sana (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Kemudian nanti patah balik ke bandar Travnik tengok istana lama Travnik dan kubu lama atas bukit boleh nampak seluruh bandar Travnik.
Tidak besar istana Travnik dan kubu sekelilingnya. Tapi syoklah perasan kejap bayang macam mana dulu askar-askar berjaga di keliling kubu ini sambil tengok bandar Travnik di bawah masa zaman medieval dulu. Apalah perasaan queen atau princess yang duduk kat istana lama Travnik ni zaman dulu-dulu.
Masa zaman kanak-kanak kekadang papa Tukang Kebun suka ajak teman tengok wayang ala Robin Hood lah, King Arthur lah dan yang seangkatan dengannya. Oh beginilah rupa real istana dan kubu lama kat Eropah cuma yang ni tak kena keliling air je kena masuk guna jambatan.
Dari Istana lama Travnik ini boleh kelihatan dengan jelas tempat-tempat persinggahan tadi sebelum minum kopi seperti madrasah dan Plava Voda.
Sedang jiwang sorang-sorang atas kawasan istana lama ni, mata Tukang Kebun tertarik pula kepada tumbuhan jenis succulent ini tumbuh elok semulajadi atas dinding istana ni tanpa ada tanah yang ketara atas batu. Ini yang dah tumbuh besar yang Tukang Kebun tangkap gambar. Banyak lagi dikelilingnya masih halus-halus nampak macam lumut tapi sebenarnya adalah dia masih micro lagi.
Tadi Tukang Kebun ada sebutkan pasal jambatan nak masuk biasanya ada air kan. Di sini jambatan tinggi untuk melintas masuk ke istana ini masih macam dalam fairy tale medieval lah. Di dalam bandar Travnik ini terdapat banyak menara jam lama.
Selepas ronda dalam istana lama Travnik kami dibawa juga ronda-ronda dalam bandar Travnik. Masa kami lawat sini Masjid Suleimania sedang dalam proses baikpulih dan ditutup. Apa yang menarik mengenai Masjid Suleimania ini adalah tingkat bawahnya adalah bazaar atau pasar dan muralnya yang hasil seni menarik . Manakala tempat beribadat terletak di bahagian atas bazaar. Bandar Travnik ini memang banyak sejarah kerana penempatan kawasan ini sejak zaman logam lagi. Kalau sehari pun macam tak puas nak teroka bandar Travnik ni.

26 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Allahu..cantik sungguh warna pokok2 di sana, berwarna warni. Saya bayangkan tentu bandar2 di sana nampak berwarna warni disbbkan warna daun2 pokok tu kan.
Oh mcm tu budaya mereka ye, hisap rokok menjadi satu budaya, sampai wanita2 pun pandai merokok, kalau tempat kita tentu nampak janggal kan.

abuikhwan berkata...

Cantik dan menarik sangat foto-foto tu. Sungguh! saya teringin benar berwisata ke tempat-tempat begitu yang ada tinggalan dan nilai sejarah. Kalaulah kupunya sepasang sayap hehehe..
kalau kat tempat kita pun ada perempuan muda hisap rokok tapi bukan menjadi budaya hanya segelintir.. biasalah lihat terutama dibandar-bandar.

Atie Zieya berkata...

cantiknya tempat dia .. waaaa teringin nak pegi.. suka tgk blog akak sebab akak pergi tempat2 yg bukan tourist punya tumpuan kan ... please share more

Himawan Sant berkata...

Waduuh, cantik nian pemandangan dedaunan berwara warni di Plava Voda .., kapan ya aku bisa mrlihat langsung keindahan mudim gugur , hahahaha ..
Cuma baru bisa membayankan di foto.

Yang unik juga di Bodnia adanya jamuan rokok :).
Terus, disana admin Tukang Kebun merokok jugakah :D ?

Intan Sudibjo berkata...

pemandangannya penuh warna macam berada di negeri dongeng, sungguh luar biasa

i really like it

ANDAIANNYA berkata...

Cantik sungguh...Pokok2 pun macam2 colour...

Wak Lat berkata...

mmg nmpk menarik negara orang .,

Nur berkata...

Saya pernah tengok satu drama melayu dulu, shooting kat sini la, Plava Voda dan Travnik, lakonan Remy ishak dan Sara Ali. Memang cantik Bosnia Herzegovina. :)

Amie berkata...

Pengalaman minum kopi Bosnia meninggalkan kenangan! Rupanya minum kopi Bosnia ada caranya yang tersendiri.

Mell berkata...

Cantiknya permandangan dkt Bosnia ni... mula² tekejut jugak tgk set kopi tu, set sekali dgn rokok... rupanya mmg kebiasaan disana...
~saya dah follow TukangKebun #322.. 🤗

Azhafizah MN berkata...

cantik pergi sini pada musim luruh. Suka tengok daun merah merah coklat tu. Menarik cafe tepi sungai tu sambil mengopi. Kalau suka kopi mungkin suka dengan rasa kopi tu kot, kan kak? sbb orang besar pun suka minum situ dan bagi tip besar, kira sedap sangat tu.

Semacam pelik budaya merokok disana tak kira kaum lelaki atau perempuan. Kalau kat Malaysia memang dah kena kecam. Budaya orang, kita tak boleh nak komen. Dah budaya mereka.

Seronok tu dapat tengok in real istana dan kubu lama ala cerita Robin Hood tu. Tertarik juga dengan tumbuhan succulent tu. Boleh hidup juga di celah batu tu.

Satu tempat yang menarik untuk dilawati. Thanks share kak :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nor Azimah Ali,

Bandar Travnik cantik dilawati masa musim luruh bila daun pokok bertukar ke kemerahan. Pastu bila cuaca sejuk nampak rumah serombong keluar asap.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ustaz Abuikhwan,

Ya di Malaysia pun ada tapi segelintir.
Tapi di sana nampak tak janggal pula orang muda di mana-mana ramai mengeteh sambil hisap rokok.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Atie,

InsyaAllah ada rezeki nanti Kak kongsi di blog. Kak jenis rimas pergi tempat ramai orang hehehe... Suka jiwang sorang2.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Pak Himawan Sant,

Mungkin ada tempat di Nusantara ni Jamu rokok daun hehehe...
Baru baik batuknya masa pergi sana terlalu penat dengan langsai urusan kerja sebelum berangkat. Alasannya nda berani cuba nanti batuknya datang kembali.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia kakak Intan Sudibjo,

Ya macam dalam negeri dongeng terasa berada di sana. Indah sekali.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Andaiannya,

Kebetulan melawat musim luruh jadinya pemandangan nature berwarna warni.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Wak Lat,

Negara orang ada yang menarik dan tak menarik pun ada. Ambil pengajaran dan pengalaman.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis iamaSlowRunner,

Tukang Kebun belum tengok lagi drama tu, bila baca komen lepas baru tahu ada drama Melayu buat pengembaraan di Bosnia.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Ada caranya kan Kak. Tapi saya dah lupa.
Ada juga beli kopi Bosnia tu bawa balik untuk bagi souvenirs.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mell,

Memang dekat sini sambil lepak di cafe ada segelintir suka hisap rokok cara mereka enjoy social networks kut. Lagipun orang muda sini ramai stress susah dapat pekerjaan.
Terima kasih singgah dan follow.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Kalau yang suka minum kopi rasanya sedap je kut.
Cuma Kak tak berani bagi review tak pandai nak bagi express rasanya tu hehehe...
InsyaAllah pasti enjoy kopinya sambil di kelilingi nature yang cantik.

Syazni Rahim berkata...

cantik Bosnia ni, kawan sekerja pun pernah pergi, dia upload video sungai kat sana, indah sangat macam kayangan kot hehe

Shida Radzuan berkata...

Indahnya ciptaan kat sana kak TK..pengalaman yg menarik kalau dpt pergi sana..best tgk suasana..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Syaz,

Ya indah Bosnia ni macam ibarat kita boleh bayang kan kayangan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shida,

Syukur Alhamdulillah sampai juga ke sana. Kekadang rindu nak tengok pemandangan tu semula. Moga suatu hari ada rezeki Shida juga tengok keindahan sana di depan mata.