Teringin nak simpan kenangan Rayyan dan Abbiyana tanam sendiri biji benih bunga matahari yang berjaya hidup dengan subur dan mekar semasa PKPB. Sempatlah mereka tengok sendiri bunga matahari yang ditanam oleh mereka mekar dan banyak lebah hinggap di bunga matahari yang mereka tanam sebab kami PKPB di Teratak Kiulu Lodge. Bunga matahari ni Rayyan dan Abby tanam semasa fasa PKPP semasa singgah melawat atuk dan nenek di kampung. Biji benih bunga matahari tersebut ditanam secara semaian langsung di tanah yang tidak memerlukan proses pemindahan anak pokok.
Semasa PKPB ini ada juga anak-anak ni tengok cara sembelih ayam sehingga cabut sendiri bulu ayam yang dikongsikan di video di bawah. Anak-anak mohon simpan resepi sos cili nasi ayam yang Tukang Kebun buat kali ini tanpa menggunakan cuka, tapi salah satu bahannya menggunakan 1 saiz jumbo buah limau telur buaya sebagai pengganti bersama gula batu perang. Sebab sampai atuk Abby pun puji sedap dari kedai hahaha...tahan lama juga disimpan dalam peti ais dan dipanaskan sekali sekala masa nak gunakan semula untuk dijadikan sos masakan lain bersama. Dah 2 minggu masih elok simpan dalam peti ais lebihannya.
Bahan - bahan Sos cili Nasi Ayam yang dikisar bersama:
Setengah labu bawang putih saiz besar.
10 biji cili merah besar
1 biji saiz tomato besar
perahan jus 1 jumbo saiz buah limau telur buaya.
kalau nak pedas sikit tambah 5 cili pedas
Kemudian, panaskan kisaran tersebut dan masukkan 1 genggem gula batu perang
Garam ikut cita rasa.
Dah mendidih masak dan gula batu larut.
Boleh terus dihidangkan.
12 ulasan:
Wah :) sedap dari kedai ye kak TK kena cuba ni resepi akak :)
Saya pernah semai biji benih bunga matahari, tapi tak menjadi. Cantik bunga matahari anak-anak TukangKebun tanam.
Dulu mak di kampung pun ada tanam pokok bunga matahari. cantik bunga matahari bila kembang dan pokok tinggi.
Patutlah sedap sos cili nasi ayam tu, rasa masam ganti dengan perahan jus limau telur buaya :)
atie baru beli seed sunflower nak semai... tatau la jadi ke tak ... pandainyaa rayyan tanam, sis atie nak tips boleh ?
Whoaaa. menariknyaaa.. dulu ada akak senior sy suka tanam bunga matahari.. hidup subur.. rindunyaaaa aih
Salam Bahagia Shida,
Hehehe pujian dari seorang ayah tak tau la ambil hati ke nak kasi sedap hati.
Salam Bahagia Kak iamaSlowRunner,
InsyaAllah boleh Cuba lagi kekadang tanah semaian mungkin tak sesuai.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Rasa fresh dan segar bila ganti kan dengan pure juice limau telur buaya. Pastu kasi manis guna Gula Batu perang.
Salam Bahagia Atie,
Moga sunflower Atie tinggi dan besar bagaikan matahari.
Salam Bahagia Nona Sani,
Kalau dah tengok yang real pasti rindu nak tatap semula.
wahhh nice!
Terima kasih, TK untuk resepi sos cili nasi ayam tu. Nanti boleh cuba.
Catat Ulasan