No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Teratai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teratai. Papar semua catatan

Rabu, 28 Oktober 2020

Botanical Park Bangladesh Agriculture University

Semasa menghadiri persidangan di Bangladesh Agriculture University (BAU), Mymensingh peserta-peserta dari luar negara ditempatkan di guest house Bangladesh Agriculture University. Walaupun bangunan dan interior guest house BAU seperti zaman 1970-an, ianya masih dijaga dalam keadaan yang baik. Bolehlah ada rasa feeling retro sikit. Malahan taman laman kawasan guest house BAU juga dijaga dengan rapi kerana memang ada tukang kebun yang menjaga. Yang amat menarik perhatian Tukang Kebun ialah kolam yang meriah dengan bunga teratai warna pink ini. Ada juga katak melompat-lompat di atas kelopak daunnya. Juga kelihatan seperti ikan keli lebih besar dari lengan Tukang Kebun banyak timbul-timbul buka mulut yang menakutkan macam ular sehingga tak berani nak hulurkan tangan dekat air nak capai-capai bunga teratai ini.
Berhadapan dengan bangunan Guest House BAU pula kelihatan Sungai Brahmaputra yang masih lagi dijadikan penghubung menggunakan bot atau sampan membawa barangan. Depan kawasan sungai ini dalam laman Guest House BAU ada pengawal-pengawal keselamatan membawa senjata api sentiasa memastikan keselamatan pelawat-pelawat antarabangsa. Ada juga banyak pokok buah limau sedang berbuah di taman Guest House BAU ini.
Bangladesh Agriculture University di dalam kampusnya ada botanical garden. Bolehlah kasi buang kalori berjalan-jalan di dalamnya sambil melihat koleksi tumbuhan-tumbuhan di sini. Asyik kena bagi makanan berat sedap-sedap je hehehe....Itupun mula-mula tuan rumah suruh tunggu naik van, kami kata tak pelah bukan jauh sangat pun.
Papan di atas adalah jenis-jenis tumbuhan perubatan yang ada di koleksi taman botani, Bangladesh Agricultural University.
Laju sangat kami berjalan sebab nak mengejar masa jadi Tukang Kebun pun tak sempat nak ambil gambar sangat. Tambahan pula, ramai sambil berjalan ajak berborak dan berkenalan. Yang menarik perhatian Tukang Kebun adalah batu bata di Bangladesh pun ada cap SONY.
Botanical Park ini juga bersebelahan dengan Sungai Brahmaputra. Tenang sahaja airnya nak banding dengan sungai di Malaysia yang berada di kawasan hulu. Tahukah teman-teman bahawa kawasan hutan bakau terbesar di dunia adalah terletak di negara Bangladesh iaitu di tempat dipanggil Sundarbans dan telah dapat anugerah UNESCO World Heritage Centre. Air Sungai Brahmaputra ini juga mengalir keluar ke arah hutan bakau terbesar tersebut. Tukang Kebun pun baru tahu masa check tempat menarik di Bangladesh sebelum pergi ke Bangladesh.
Taman Botani ini tak lah luas sangat kalau ikut standard taman di Malaysia, peranan utama adalah sebagai simpanan benih supaya tak pupus. Terdapat juga beberapa kawasan yang seperti memerlukan maintainance. Ada juga taman kaktus dan taman orkid di dalam Taman Botani ini. Semasa Tukang Kebun lawat banyak jenis pokok menjalar atau melilit sedang berbunga di pelbagai sudut taman botani ini seperti garlic vine, air mata pengantin, bauhinia kockiana dan lain-lain.
     Semasa nak balik ke guest house, mungkin rezeki kami nak merasa naik beca berkuasa dynamo di Bangladesh ni, van terkunci pula dari dalam kuncinya tertinggal. Harga naik beca ini pun terlalu murah berpuluh kali ganda beza dari harga naik beca di Melaka. Harga sebungkus saiz kecil roti gardenia kat tempat kita pun tak sampai (sayu gak rasa). Bergoyang-goyang jugalah rasa macam nak menari Bollywood pula takut terbolos jatuh ke bawah hehehe....sudahlah naik dua orang di belakang dah lebih 100 kilogram.
     Makan malam tukang masak di guest house sediakan semuanya masakan original Bangladesh. Tukang Kebun perasan yang daging ayam mereka masak berbeza dari ayam daging beli kat supermarket. Jenis ayam mereka gunakan memang tak pakai suntik hormon bentuk rangka pun ayam kampung yang masih muda. Rata-rata makanan mereka memang akan jenis berempah. Pekerja-pekerja di guest house semuanya orang lelaki, dari memasak, dari yang housekeeping dan melayan hidang makanan. 

Ahad, 23 Oktober 2016

Pink Lotus

  Saban tahun minat Tukang Kebun terhadap tumbuhan air makin mendalam kerana ianya sejenis tumbuhan yang tak perlu disiram tiap-tiap hari masa musim kemarau. Nak menjaga pun tak berapa susah. Tambahan pula ianya cukup cepat membiak. Bunga pink lotus adalah antara bunga yang tak jemu ditatap tatkala ianya senyum lebar kepada kita.
  Kesinambungan dari posting tumbuhan air semalam (related posting klik sini), antara tumbuhan yang dikemas juga ialah pokok-pokok pink lotus. Memandangkan sejak ditanam tak pernah dikurangkan dan makin padat duduk dalam pasu di atas. Tidak perlu pasu besar pun nak bela pokok lotus, yang ini cuma tinggal dalam pasu yang biasa dijual di nursery seperti gambar di atas. Malahan di balcony juga boleh. Maka diluangkan masa yang ada dalam panas terik bersama suami tersayang yang beri bantuan keluarkan dari pasu tersebut, perlahan-lahan Tukang Kebun bahagikan kepada bekas-bekas baru. Asal pokok pink lotus yang ditanam dalam pasu tersebut dahulu adalah dari semaian biji benih dari induk pokok pink lotus dalam halaman sendiri atas minat nak mencuba-cuba. Kisahnya ada Tukang Kebun ceritakan di posting sebelum ini, tak sampai 6 bulan biji benih disemai pokoknya sudah menghasilkan bunga (related posting klik sini) mirip kepada ibunya. Sudah nak genap 3 tahun usianya hidup di situ. Dari pembahagian rizom pokok-pokoknya , InsyaAllah lebih pantas berbunga kalau cukup makan dan minumnya.
 Pokok bunga pink lotus ini pun bila keluar tangkai kudup bunganya yang membesar itu juga menarik nampaknya macam obor api. Ada juga yang suka makan kelopak bunga lotus ini digigit-gigitnya seperti gambar di atas. Yang berminat mulai hari ini kami officially bekalkan juga pokok pink lotus. Lebih elok kalau self-collectlah sebab tanahnya berat. Next self-collect tentatively awal bulan depan pagi 5/6 November 2016. Minggu depan tiada self-collect, holiday.

~ 1 bekas RM30.00 (selagi stok masih ada) ~ 
  Tempat baru yang dipindahkan pokok-pokok lotus adalah bersebelahan dengan jenis teratai hardy lemon ini berdekatan pagar ke kebun belakang. Asalnya pasu tersebut pickerelweed yang menghuni tapi habis diratah oleh si angsa setiap kali dibiarkan makan rumput kebun depan. Jadi biarkanlah pink lotus pula menghiasi kawasan tersebut. Teratai kami belum mula bekalkan, jika ada rezeki InsyaAllah. Tak mau usik lagi takut merajuk pula nanti.

Hari ini nak menyelit ada limited stok benih bulb bunga baru yang berminat nak cuba-cuba.

Rujukan tips menanam boleh refer ke posting dahulu label archives 'gladiolus' (klik sini).

Gladiolus Charm 1 bulb RM15.00.

Out of Stock.

Watsonia 1 bulb RM25

Chile Iris/Herbert's Iris/Herbertia pulchella 1 bulb RM12

Isnin, 5 Oktober 2015

Pelbagai Kelapa Muda

  Tukang Kebun nak buat coretan mengenai kerja yang dilakukan pada Ahad baru-baru ini. Bermulanya dengan langkah permulaan Tukang Kebun nak ke kebun belakang waktu bagi makan ternakan, gembira melihat ada kudup bunga teratai lemon bersebelahan pagar nak masuk kebun belakang. Kemudian setelah memilih ayam kampung yang hendak diproses dan hantar ke kedai, mulalah kami menuai pesanan-pesanan hasil organik segar dari kebun yang akan diambil selepas pukul 9pagi.
  Antara tuaian pada pagi Ahad lepas yang masih available diambil pesanan untuk self-collect minggu ini  bagi yang berminat adalah seperti:

~ Buah kuning telur/canistel sekilogram RM5.
~ Buah limau campur-campur 500gram RM3.
~ Daun Assam gelugor seikat RM1.
~ Daun pucuk ubi kayu seikat RM1.
~ Seekor ayam kampung segar telah diproses RM25.
   Minggu lepas Sabtu kami tak buat kerja di kebun, hari Ahad pun curi-curi masa dan tema ialah kelapa. Untuk mengurangkan kos bagi makan kepada ternakan, salah satu sumber makanan yang penting ialah dari kelapa. Dari bulan lepas, Tukang Kebun ada intai satu atap ni dah macam banyak kelapa yang jatuh atasnya keluar pucuk-pucuk daun, dah siap boleh buat benih dah untuk tanam ke tanah. Yang mana nampak tak elok yang keluar pucuk-pucuk tu, Tukang Kebun dah sorting ketepikan untuk stok makanan ternakan. Biasanya yang dah keluar pucuk dekat pokok kelapa tua tu memang dah ada isi tombongnya tu. Itu memang kegemaran angsa-angsa. Pantang nampak tengah belah kelapa datang manja gesel-gesel minta simpati nak kelapa yang ada berisi tombongnya sekali.
  Bukan angsa dan itik je yang suka makan tombong kelapa, budak kecil berdua ni pun kalau ada mood nak juga makan bila nampak Tukang Kebun tengah kukur kelapa ada yang dalamnya dah ada isi tombong kecil. Nak pilih sendiri pula tu. Dah kata yang kecil lagi sedap nak juga ambil yang lebih besar.
  Yang jenis kelapa di sebelah sangkar dah banyak jatuh buah kelapanya dah boleh jadi bibit adalah berbentuk sangat bujur tajam di hujungnya macam bola rugby. Tukang Kebun pun tak tahu nama khas kelapa jenis ini, google pun tak jumpa-jumpa. Jadi untuk mudah Tukang Kebun panggil kelapa bola rugby je sebab bentuknya. Masa kecil lagi pun kelapa-kelapa muda dah bentuk sangat bujur macam bola rugby. Bila dah tua keluar pucuk pun masih nampak bentuk bola rugby seperti gambar No. 4.
   Walaupun nampak buahnya bujur macam kecil, sebenarnya isinya tebal cuma sabut je tak tebal. Big Boss biasanya suka gunakan isi kelapa tua ini untuk santan sebab dia dah biasa agak yang kalau nak masak rendang ayam nogori seekor guna santan 3 biji kelapa tua bentuk bola rugby ini. Kalau tangan kecil macam Tukang Kebun ini senang sikit nak pegang tempurung kelapa nak kukur isinya. Bentuk kelapa yang jarang sekali kelihatan, biasanya bentuk bulat sahaja. Ada lagi satu juga kelapa koleksi Big Boss bentuk bujur juga tapi lebih nipis macam piring tajam dan saiz kecil kurang setengah dari saiz kelapa bola rugby ini. Ya kelapa bukan sahaja berbentuk bulat macam bola sepak ada juga bentuk macam bola rugby. Yang berminat untuk dapatkan jenis kelapa bola rugby ini ada limited ready stock di Kebun Bahagia Bersama.

~1 Bibit kelapa bentuk bola rugby RM7 ~

  Sekiranya ada gardeners yang ketahui mengenai jenis kelapa bentuk bola rugby ini, silalah berkongsi.
  Syukur Alhamdulillah semalam banyak juga hasrat mengidam Tukang Kebun yang dah lama bersabar tu, dearest suami dah tunaikan. Sebenarnya ada beberapa koleksi pokok kelapa yang Big Boss kumpul dan tanam, dah lama Tukang Kebun teringin nak rasa air kelapa mudanya. Biasalah yang lebih cekap nak memanjat dari Tukang Kebun tak berapa motivated nak pergi ambil, biasa ada beberapa pokok je yang dikait buahnya jika ada permintaan Tukang Kebun terasa nak minum air kelapa muda sambil buat kerja. Lepas diambil semua kelapa bentuk bola rugby yang jatuh atas atap tu, kami beralih fokus dekat pokok kelapa gambar atas yang bersebelahan pokok gajus. Ada 3 jenis kelapa dapat kami uji-uji rasanya semalam. Setiap tandan, buahnya kami testing untuk memastikan masih muda atau belum.
  Hati makin ceria sebab dah dapat rasa beberapa jenis kelapa muda apabila tengahari dah ceria kembang penuh juga teratai kuning sambil Tukang Kebun lalu lalang ke dapur nak tengok ayam kampung yang sedang panggang dalam ketuhar. Kemudian setelah dipetik semua kelapa muda dan kelapa tua dari pokok tersebut, kami beralih kepada pokok kelapa yang berbentuk bulat dan saiz sederhana. Sambil perhatikan dearest suami yang sedang berhempas pulas-pulas kelapa, baru perasan ada pokok pisang nangka dah keluarkan jantung bunganya.
  Pokok kelapa pertama yang dikait buahnya dalam kereta sorong yang berwarna hijau berbentuk bujur (nampak mirip macam buah kelapa bentuk bola rugby tapi ada perbezaan, hujungnya tak berapa tajam masih lengkung bulat). Pokok kelapa yang kedua dikait buahnya sedang dikumpulkan longgok di sebelah kereta sorong.
  Yang dalam gambar bawah ini pula jenis kelapa lain, berbentuk bulat dan hampir 2 kali ganda lebih saiznya dari yang pokok kelapa dikait giliran no. 2. Nampak buahnya besar macam keras, tapi yang buah muda ada jatuh boleh pecah tempurungnya, lekas-lekas dearest suami panggil atas pokok suruh kutip minum sayang airnya. Ketika dipanggil Tukang Kebun pula tengah proses menanam bibit kelapa jenis pokok yang dikait giliran no. 2. Walaupun saiznya lebih kecil, tapi salah satu objective Kebun Bahagia Bersama ialah semua jenis kelapa tak kira saiz dan bentuk mempunyai nilai yang sama, conservation is one of our target. Biasanya dekat Malaysia ini ada trend dan easily go with the flow, orang sibuk tanam misalannya kelapa pandan, semua nak tanam kelapa pandan. Sekarang sibuk pula dengan kelapa jenis matag. We tend to forget the importance of diversity. Do not devalue fruits due to its saiz and shape, they might have something more of a value than meets the eye.
   Giliran NO. 3 jenis kelapa yang dikait buahnya jenis besar. Ada beberapa perkembangan umur buahnya dituai yang muda, yang kira dah tua tapi belum bertukar coklat kulitnya dan sudah tua sabutnya.
  Syukur Alhamdulillah Ahad baru-baru ini walaupun cuaca berjerebu dapat dikemas kini pokok-pokok kelapa ini supaya moga ia lebih teruja nak berbunga dan menghasilkan buah-buah kelapa berterusan lagi. Potong pelepah yang dah tua kering dan buah kelapa yang dah tua. Dry kitchen Big Boss sekarang ini tengah susah nak jalan banyak simpanan buah-buah kelapa muda sebab tempat yang paling sesuai nak simpan untuk tahan lama. Kelapa muda biasanya jika disimpan dengan elok paling kurang 2~3 minggu masih segar dan elok. Buah kelapa gading muda yang disimpan ada dah seminggu dituai minggu sebelum ini (related posting klik sini), masih elok segar rasa airnya macam yang awal minum dahulu bila Tukang Kebun check. Untuk simpan buah kelapa muda supaya tahan lama memang elok biarkan sahaja dengan kulit asalnya begitu bila nak minum baru potong bentuk mana kita suka, simpan di kawasan yang tak kena cahaya matahari secara langsung, teduh, keadaan kering dan tidak panas (suhu normal bilik dah memadai). Kiranya biarkanlah airnya tersimpan dalam natural tupperware dia tak perlu potong lagi.
  Minggu ini gardeners yang dah cop reservation sekurang-kurangnya 5 biji kelapa muda, bolehlah Tukang Kebun cuba campurkan jenis-jenis lain dapat merasa nanti. Yang berminat untuk self-collect kelapa muda dari Kebun Bahagia Bersama masih ada very limited kelapa muda available belum kena booking lagi. Juga available ialah kelapa tua yang masih hijau lagi kulitnya lebih enak isinya untuk dibuat kuih untuk self-collect minggu ini selagi stok masih ada.

~ Kelapa Muda sebiji RM2 ~
~ Kelapa Tua sebiji 50sen ~
~ Kelapa sudah dikukur sebiji RM1 ~
  Tersengih-sengih sorang-sorang pula si Tukang Kebun sambil berehat minum air kelapa di kebun tengok message dari Kak F di Rawang. Terima kasih di atas perkongsian Kak F. Kebetulan pula musim jerebu ini dah 2 kali weekend kami berjemur jerebu di kebun sambil minum-minum beberapa biji air kelapa muda sambil bekerja. Mungkin memang amat baik amalkan minum air kelapa muda masa musim jerebu ini. Bila masuk dari berkebun pula, biasanya Tukang Kebun sediakan air teh limau home-grown untuk bersama makan late lunch.


  Sebelum masuk rumah, sempatlah kutip telur ayam, buah katak puru dan pucuk-pucuk mulberry. Minggu ini juga available ialah pucuk muda daun mulberry seikat RM1.


Self-Collect Schedule Minggu Ini:

~7/8 Oktober 2015, 2:00PM~2:30PM di stesyen minyak PETRONAS berhampiran D'Kayangan Seksyen 13, Shah Alam menghadap Stadium Shah Alam.

~ 7 Oktober 2015 Rabu malam, 9:00PM~9:30PM berhampiran Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 10/11 Oktober 2015 Sabtu/Ahad pagi, 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Isnin, 14 September 2015

Hardy WaterLily (Pre-Order)

  Bermula dari hujung bulan Ogos lalu, tumbuhan air sudah bermula rancak berbunga. Antaranya ialah pokok bunga teratai yang bunganya berwarna lemon. Gambar teratai lemon yang dipaparkan ialah jenis hardy waterlily bukan tropical waterlily. Teratai yang dalam kumpulan 'hardy waterlily' asalnya dari kawasan cuaca ala-ala Mediterranean tapi  kerap juga berbunga di Kebun Bahagia Bersama yang berlokasi di Lembah Klang.
  Setelah habis setangkai bunga yang pertama kembang, ada pengganti No. 2 cukup bahagia Tukang Kebunnya. Biasanya teratai berbunga kembang untuk 3 hari. Yang ini jenis kembang siang, bila senja ia kuncup semula. Kemudian siang datang ianya kembang mekar semula.
  Kebelakangan ini bila hujung minggu, Tukang Kebun dah mula rajin gunakan jenis serbuk teh style dulu perlu ditapis. Jarang yang guna dalam uncang zaman instant and convenient. Dulu malas guna jenis serbuk sebab kena tapis bila zaman yang uncang punya dah ada. Sekarang malas nak koyakkan uncang satu persatu sebelum masukkan dalam pasu ada tumbuhan air. Nampak juga sekarang ada perbezaan subur pakai serbuk teh sebagai baja untuk tumbuhan air, lagipun serbuk teh bila tuang dalam air tak terapung, mendap masuk ke dalam tanah. Kalau pakai baja tahi kambing dulu timbul terapung pula kalau tak guna pemberat. Serbuk teh kitarsemula jadikan baja terus tenggelam dalam air. Jimat juga pakai serbuk teh dalam sehari boleh masak semula masukkan air banyak kali. 
  Teruja pula Tukang Kebun bila intai dalam air masa bunga teratai lemon yang kedua sedang kembang, ada kudup bunga di dalam air yang akan muncul tunggu giliran dia nak kembang pula. Memang cuaca hujung bulan Ogos dan awal bulan September, pokok-pokok bunga teratai meriah berbunga. Bulan ini Tukang Kebun buka pre-order untuk jenis Hardy WaterLily. Salah satunya berwarna lemon.

~ Hardy WaterLily Lemon 1 pot for RM70~
   Jika penggemar bunga warna kuning, nak ceriakan taman dengan tumbuhan air. Yang rajin berbunga sepanjang tahun ialah bunga yang warna kuning dipanggil 'Water Poppy' (1bekasRM10).  Semasa pokok teratai lemon berbunga yang tidak mahu ketinggalan berbunga juga ialah jenis Louisiana Canna  (1bekas/rizom RM15) berwarna kuning dalam gambar di bawah. 
  Louisiana Canna ini berkongsi pasu dengan pokok Sagittaria (RM7) yang meriah menghasilkan bunga berwarna putih. Gabungan pokok bunga Louisiana Canna dan Sagittaria duduk berkawan dalam pasu yang sama adalah gandingan menarik.
 Boleh juga gandingkan duduk dalam pasu yang sama bersama-sama Louisiana Canna, sagittaria ialah si Sakura Putih air berasal dari Jepun ini (Persicaria japonica). Panggilan di tempat asalnya ialah ShiroiHana SakuraTade (1bekasRM7). Yang menarik perhatian bela tumbuhan air ini bagi Tukang Kebun selain dari faktor tak perlu siram ialah, dalam 1 pasu boleh digandingkan dengan pelbagai tumbuhan duduk bersama. Jadi jimatlah belanja beli pasu. Bila buat arrangement tumbuhan air dalam pasu yang sama bayangkan ialah satu mini kebun yang baru. Tambahan pula bukan sahaja pokok-pokok yang hidup di dalam pasu itu, tetapi ikan atau berudu pun ada. Pokok bunga Sakura Air Putih ini juga sesuai digandingkan dengan pokok bunga lotus seperti gambar di bawah ini. Tangkai-tangkai daun pokok lotus kan tinggi jadi bolehlah jadi cover di bawahnya pokok bunga Sakura Air Putih selain dari pokok kiambang.
  Antara pasu teratai kuning dan Louisiana Canna kuning itu dalam gambar no. 6 ada pasu yang botak, baru je daun-daunnya kena santap dengan angsa MOMO. Memang setiap kali masuk kalau dibiarkan lama-lama MOMO berlegar dekat frontyard mesti dia ratah daun-daun pokok air pickerelweed (1bekas RM10). Nasib pokok pickerelweed ini memang tahan lasak, dah berapa kali kena ratah pun cepat je keluar pucuk baru untuk snack MOMO lagi. Kami harapkan si MOMO ini betina, rupanya jantan bila nampak dia naik atas Lady yang seekor je betina. 

More info on pickerelweed refer previous posting (Click Here).
    Selain dari Hardy WaterLily bunga warna lemon yang boleh pre-orders reservation untuk bulan ini sahaja adalah sebagai contoh warna putih (RM70/pot).

  ~ Hardy Water Lily Pink (above) <further inspection click here> or Red (below) 1 pot for RM70, limited pre-orders for this month~

  Tips menanam dan belek teratai warna merah (klik sini).
  Tuaian yang kerap di Kebun Bahagia Bersama bulan September ini ialah buah limau, jambu, belimbing buloh, terung pipit dan Telur Itik. Kebelakangan ini Tukang Kebun asyik experiment mencuba beberapa hidangan gandingkan dengan belimbing buloh.
  Jika cuti-cuti minggu ini ada masa nak main masak-masak di dapur yang berminat untuk dapatkan bekalan bahan masakan dari Kebun Bahagia Bersama, yang available untuk self-collect minggu ini ialah:

~ Telur Itik sebutir 70sen.
~ Kelapa parut sebiji RM1.
~ Ayam kampung fresh sudah diproses seekor RM25.
~ Buah Pisang Nangka sesisir RM5.
~ Buah Canistel/Kuning Telor sekilogram RM5. 

  Self-Collect Schedule This Week:

~ 16hbSeptember2015, Rabu pagi antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (dekat dengan exit Paya Jaras, Guthrie Highway).

~ 20hb September2015, Ahad pagi antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (dekat dengan exit Paya Jaras, Guthrie Highway).
  Sehari sebelum dearest husband pergi Jakarta last week, Tukang Kebun masak lemak cili api telur itik dan belimbing buloh. Hari yang dibalik lepas hantar Ilhan ke sekolah, Tukang Kebun sambung masak dah agak-agak sampai tengahari balik dari short trip outstation ni macam kebulur je nanti dearest husband. Elok je dearest husband sampai rumah, tengah nak panaskan lauk last lebihan masak lemak cili api telur itik, memang makan berselera tambah 3 kali macam orang pergi outstation berminggu-minggu padahal 2 malam sahaja.

  Sekarang di Kebun Bahagia Bersama sudah officially masuk musim buah canistel atau dipanggil juga buah kuning telor. Minggu ini kami buka pesanan semula untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama, di mana salah satu fresh goodies dalam pek ialah buah canistel dan musim-musim buah yang lain dituai sebelum nak packing goodies untuk shipment.

~ Pasar Online Kebun Bahagia Bersama total fresh goodies almost 2 kilogram, 1 pek include shipment total RM21 ~.