Syukur Alhamdulillah masuk fasa pemulihan PKP ni untuk hiburkan hati tak henti-henti hampir setiap malam ada bunga bakawali yang mengembang. Masalahnya beberapa kali juga tak sempat nak tengok sebab tertidur bila cuaca nyaman. Esok harinya boleh tahu lah ada tanda bunga yang suduh mengucup setelah kembang waktu malam. Nasib baik jugalah ada sahaja pengganti yang bakal akan mengembang juga.
Biasanya tanda-tanda bunga bakawali yang kemungkinan akan kembang mekar pada malam nanti adalah kudup bunganya dah nampak gemuk atau puffy dah tak ketat nampak sikit kelopak-kelopak putih di dalam.
Kalau nak tengok bunga bakawali mekar dalam gelap gelita secara gambaran video (KLIK LINK VIDEO Sini) bolehlah tonton di bawah.
Di atas permintaan, Kebun Bahagia Bersama dah officially buka pesanan untuk keratan bunga bakawali putih.
1 keratan bunga bakawali putih RM15.00 .








