Syukur Alhamdulillah masuk fasa pemulihan PKP ni untuk hiburkan hati tak henti-henti hampir setiap malam ada bunga bakawali yang mengembang. Masalahnya beberapa kali juga tak sempat nak tengok sebab tertidur bila cuaca nyaman. Esok harinya boleh tahu lah ada tanda bunga yang suduh mengucup setelah kembang waktu malam. Nasib baik jugalah ada sahaja pengganti yang bakal akan mengembang juga.
Biasanya tanda-tanda bunga bakawali yang kemungkinan akan kembang mekar pada malam nanti adalah kudup bunganya dah nampak gemuk atau puffy dah tak ketat nampak sikit kelopak-kelopak putih di dalam.
Kalau nak tengok bunga bakawali mekar dalam gelap gelita secara gambaran video (KLIK LINK VIDEO Sini) bolehlah tonton di bawah.
Di atas permintaan, Kebun Bahagia Bersama dah officially buka pesanan untuk keratan bunga bakawali putih.
1 keratan bunga bakawali putih RM15.00 .
13 ulasan:
bunga bakawali ini memang kembang waktu malam je kan kak? teringat lagu yang tajuk bunga bakawali.... cantik bunganya
cantik bunya bakawali ni..teringat lirik lagu siti nordiana..ada terselit nama bunga bakawali..
Saya cukup teruja menunggu bunga bakawali kembang. Dulu, sanggup tak tidur malam untuk saksikan sendiri betapa cantiknya bunga ini berkembang, sebab esok paginya dah mula layu.
Salam Bahagia Dana,
Yang baka Kampung kembang waktu malam Dana. Ada juga baka modern baru kalau tak silap yang kembang juga belah siang.
Salam Bahagia Diana,
Putih suci dalam kegelapan malam.
Salam Bahagia Sis Shida,
Macam ada bentuk teratai sikit kelopak Bunga dia tu dan tangkai.
Salam Bahagia Kak Amie,
Setia menanti nak tengok kembangan mekar indah ini.
Cantiknya bunga bakawali. Teringin nak bau bunga bakawali ni. Tapi tak pernah jumpa lagi.
cantiknya..
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Waktu malam ja boleh bau Bunga bakawali ni. Biasanya Bunga yang baka kampung warna putih ni pada waktu malam la bau kuat macam Harum sundial malam, cempaka dan lain-lain.
Salam Sis Nohas,
Seronok bila tengok dalam 1 malam ada banyak bunganya yang mekar.
Biasa tanam bunga ni success juga sebab biasa berbunga. Tetapi sekarang sudah pupus di garden saya. Nak juga cuba tanam lagi.
Salam Bahagia Aunty meintheswim,
Mudah nak jaga dan ditinggalkan kan, sebab tak perlu banyak air, cuma hati2 tak kena overcrowded dengan tumbuhan lain.
Catat Ulasan