Acara larian ultra trail ke-2 yang kami sertai pada tahun 2019 setelah Borneo Ultra Trail Marathon 2019 (related posting Klik sini) ialah Super Kerbau 2019 dengan penganjur yang sama. Ini adalah pertama kali sertai acara larian di kawasan Tambunan. Acara larian Super Kerbau 2019 ini papa Ilhan dan Ilhan sertai yang kategori jarak 30km, manakala Nenek Rayyan , Rayyan dan Tukang Kebun sertai acara 15km. Kali ini adalah acara ultra trail jarak jauh paling kami bertiga pernah challenge, dulu paling jauh pun dalam 12km bagi Tukang Kebun manakala Rayyan 9km. Tahun 2019 ini pula mula kami latih biasakan Rayyan larian ultra trail dan masa larian Super Kerbau 2019 ini Rayyan umurnya 9 tahun.
Syukur Alhamdulillah cuaca agak cerah pada hari ini. Yang bestnya di Tambunan ini ialah kita boleh kelihatan dua puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu dan Gunung Trusmadi. Bila dah Tambunan ini diapit oleh 2 gunung tertinggi ini pastinya bentuk muka Tambunan ini berbukit lah jadi naik turun bukit lah kita ini.
Kali ini merasa semputlah juga Tukang Kebun nak naik pergi arah lalu sampai ke puncak yang ada menara tinggi di Tambunan dipanggil Sinurambi Tambunan. Pertama kali tiba menara ni naik kereta awal tahun 2018 (related posting klik sini), kali ni ambik kau pakai kaki sendiri mendaki sampai ke sini macam ala-ala melancong jugalah sambil berlari bagi yang memang lari, kami ni santai jalan kaki ja. Pastu tak berlatih sebelum acara ultra trail ini memang cari pasal lah. Sebenarnya ada juga hiking trail kalau ada sesiapa nak jalan kaki ke Sinurambi Tambunan tu rupanya bagi ada yang tenaga. Ini kelebihan sertai ultra trail dapat ikut jalan yang bukan kebiasaan orang melancong guna.
Bila dah naik puncak ni trail ikut jalan merah walaupun tak mendaki lagi ikut jalan kereta bila dah makin matahari naik, aduiii panasnya ni yang tak tahan lain kali memang kena bawa payung lipat simpan dalam beg. Tak sabarnya nak keluar ke trail yang ada pokok-pokok sikit kurang panas di kepala ini.
Tukang Kebun dan Rayyan memang dah antara terakhir ni dah hampir separuh jalan. Ada juga kami lalu kebun asparagus macam gambar di atas seronok lah sekejap menjamu mata. Selepas lintas jambatan kecil ini dah masuk tempat kawasan ada pembalakan dan dekat sini dah nampak Rayyan sudah agak kepenatan dan degupan jantung dia mungkin teramat perit. Tanda-tanda degupan jantung kuat sangat ialah dia dah mula style squatting dan angkat lutut tinggi ke dada. Air mata dalam diam dah mengalir.
Jika yang dah lama berkawan dengan Tukang Kebun perkenalan di blog ini dah sama-sama nampak pembesaran anak-anak Tukang Kebun dari lahir dulu masa zaman Rayyan Haniel ni dah maklum yang dia ni lahir dengan jantung tak sempurna dan dah 3 kali buat pembedahan jantung. Walaupun cuba di raut muka Tukang Kebun tak nampak khuatir, di hati khuatir juga ni apa tindakan sepatutnya nak dibuat ketika itu sudahlah kami masih dalam pinggiran antara hutan dan kampung di kawasan pembalakan. Lepas nampak Rayyan dah ok, kami mula bergerak jalan balik. Ini permasalahan bila dah ketinggalan orang terakhir di belakang ni boleh tersesat jalan sebab tak nampak arah tanda red tape tu dengan betul bila dah mental pun low tak le berfikir dengan tajam dengan risau dengan Rayyan, patut ada satu tempat belok naik jalan kecil kami terus sahaja. Pertama kali sesat masuk acara larian ini nasib tergerak hati Tukang Kebun untuk patah balik walaupun ada 1 km lebih sudah kami berjalan ikut jalan lori kayu balak bila tak nampak tanda-tanda. Itu sebab masa bila masuk acara ultra trail Malaysia Action Trail 50 (related posting klik sini) akan Tukang Kebun push diri jangan jadi paling kebelakangan mesti ada ikut orang jalan di depan khuatir sesat lagi tempat trail kita tak pernah cuba.
Antara trail yang Tukang Kebun ikut rasanya dekat sinilah paling curam sakit menahan kaki menurun bukit ikut laluan lori balak. Sakit ibu jari kaki menahan nak turun slope yang curam terasa gayat pula nak menurun. Lepas dah hampir semula perkampungan ada kebun terserempak dengan 2 runners lain salah satunya sebab kaki dia dah sakit cramping dan tanya jika kami masih ada extra air kerana dia sudah kehabisan air. Kami pun share lah dan peserta tersebut mengekor di belakang sementara jumpa tempat yang ada telephone coverage semula untuk contact rakannya supaya mohon penganjur untuk ambil dia memandangkan keadaan kakinya yang sudah teramat sakit. Penganjur datang ambil peserta yang sakit kaki dan yang lain dah tak nak teruskan lagi dengan balik naik kenderaan. Kalau kawasan begini pun kekadang line pun takde nak tak nak kena juga gerak sampai jumpa line. Kami masih meneruskan berjalan kaki untuk habiskan lagi beberapa kilometer lagi walaupun cut off time hampir sudah. Tough decision nak teruskan cabaran habiskan bila terkenangkan Rayyan, tapi tengok lepas berhenti berehat dia OK semula. Fikir kena training Rayyan supaya tidak mudah putus atas dan mentally strong sebab awal tahun 2019 tu kalau Rayyan tak putus asa dah berjaya menawan puncak gunung tu. Really risky tapi pacer Rayyan alias Tukang Kebun pun pace slow, the last 2 kilometers paling mencabar dah nampak Rayyan resist nak jalan asyik tertinggal di belakang berhenti-henti tapi sebab Tukang Kebun tak layan masih gerak ke depan takut ditinggalkan dia terpaksa gerak jugalah dengan air mata berguguran. Cuma bila ada beberapa kenderaan berhenti bila trail sudah masuk jalan raya tanya Rayyan ok atau tidak, Rayyan pula tak jawab cepat-cepat jalan malu agaknya.
Sebenarnya kami sampai pun dah lewat 1 jam dari cut off time dia, cuma mungkin ramai peserta merungut sebab asal trail 15km tapi kebanyakkan peserta yang ada gadget canggih kata perjalanan tu sebenarnya 18km lebih. Alahai kalau kami ni yang campur lagi kilometer extra sebab sesat ada mau 20km kut. Lepas tu acara yang kononnya dikatakan 15km jarak ni cut off time 5 jam rasanya, dalam average kena habiskan 3 km dalam sejam. Memang betul-betul kena jadi super kerbau nak habiskan ultra trail kali ini. Memang kalau kiraan pace Tukang Kebun dah setting 3 km dalam 1 jam tapi kalau dah 18km memang lah jadi terlebih 1 jam. Tahniah kepada Rayyan umur 9 tahun pada ketika itu dapat habiskan dari starting point hingga ke finishing point dengan selamatnya. Nasib baik lambat 1 jam pun diorang kasi medal biasanya kalau Borneo Ultra Trail Marathon atau The Most Beautiful Trail diorang tak bagi kalau lepas cut off time. Mungkin atas consideration yang jarak trail tu berlebihan dari dijangkakan banyak sangat. Nenek Rayyan pun habis satu jam awal dari kami dan dia pun kata lain kali tak nak lah kalau yang 15km jadi serik. Nenek Rayyan pun dah bagi full blast bebelan ke Tukang Kebun lain kali jangan paksa sangat si Rayyan tu dah begitu jarak nya ... Ya mama Rayyan dah reflect, siapa sangka 18km???
Kali ini Papa Ilhan revenge sebab kaki tak cramp jadi dia laju dari Ilhan lah kali ini. Ilhan pula ada cramp sikit. Masa Borneo Ultra Trail Marathon dia cramp, Ilhan tinggalkan papa dia ikut group lain. Cuma bila dengar papa Ilhan kata kat satu check point kononnya dia tunggu Ilhan 1 jam memang bukan kena puji tapi kena marahlah dengan mama Ilhan sebab tinggalkan anak berlari tanpa penjaga dahlah anak tu baru umur 12 tahun kerana ini bukan lari atas jalanraya macam marathon tapi off road. Walaupun kami cuma lari 15km tapi papa Ilhan dan Ilhan sampai selesaikan 30km beza satu jam lebih sahaja dengan kami. Kalau larian 30km ada lari masuk kawasan sawah padi.
Nasib baik atuk Abby kali ini ikut sekali ke Tambunan sebab nenek Abby join jadi adalah atuk meneman Abby di lodging. Kemudian ambil kami ni ulang-alik 3 kali balik ke lodging sebab sampai finishing point asing-asing untuk mandi dan isi perut. Syukur Alhamdulillah tempat yang kami menginap 1 malam di Tambunan iaitu di The 7 Lodge berikan kesempatan untuk check out lambat jadi sempatlah nak bersihkan badan dan isi perut di restorannya. Walaupun nampak lodge ini simple tapi ada juga restoran. Ada kami pesan nasi goreng ikan masin dan kampung untuk makan malam sebab malas nak keluar bagi tambahan makanan yang kami bawa tapau dari rumah.
Syukur Alhamdulillah Rayyan yang lahir dengan jantung tidak sempurna dengan "Tetralogy of Fallot" bila dah genap 9 tahun sudah dapat capai milestone habiskan jarak perjalanan 15km dalam panas dengan selamat bila terkenangkan keadaan kesihatannya di awal fasa pembesaran. Teringat pembedahan corrective surgery Rayyan yang last sekali dan kali ketiga masa Rayyan berumur 18 bulan. Sehari sebelum pembedahan , kami kena ulang alik untuk monitor keadaan Rayyan di Hospital dan lodging sebab masa tu oxygen saturation dia dah makin menurun tahap low sahaja. Kebiasaannya kalau orang normal oxygen saturation adalah dalam tahap 95-100% terpampar di mesin tu. Yang buat risau bila Rayyan ada "tet spell" boleh drop sampai level 40% je. Sebab Doktor shift petang yang memantau rasa tak sedap hati masa senja dia call suruh kami tidur je di emergency room in case ada apa-apa. Kalau tengok dalam gambar walaupun Rayyan sedang tidur lena oxygen saturation dia cuma dalam level 70%.
Lagipun pembedahan ini terpaksa ditunda beberapa minggu gara-gara Rayyan lompat katil dan fractured shoulder dia kena tunggu pulih dulu untuk kurangkan risiko. Masa tu Tukang Kebun pun sedang mengandungkan Abby. Bila pagi agak kalut dan terpingga-pingga sikit ada miscommunication sebab team surgery hairan kami ni pergi mana tak datang-datang call di lodgings rupanya kami dah ada di hospital dan di emergency room je supaya dapat monitor jantung Rayyan. Syukur Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan kemungkinan bila dah dewasa sikit serta jantung dah membesar akan ada lagi satu pembedahan. Kini cuma setahun sekali check up di Hospital Serdang. Sekarang ni nak bimbing dan latih supaya bila Rayyan dah dewasa he will lead a healthy life sebab yang dilahirkan sakit jantung lebih ada risiko chronic disease.
SELAMAT HARI MALAYSIA
12 ulasan:
Semoga Rayyan terus sihat dan membesar sebagai johan
Mencabar. Lari dalam hutan? Kalau saya jalan perlahan-lahan.
Tahniah.
Incredible feat. Tough 18km, complete umur baru 9 tahun. Saya percaya Rayyan akan menjadi seorang yang berjaya di masa dewasa nya nanti.
Alhamdulillah rayyan semakin baik!
Waktu kami sampai di Tambunan pada 20 Ogos lepas, tak dapat masuk kawasan Sinurambi tu sebab tutup. Kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan.
Salam Bahagia Warisan Petani,
Amin.Moga Rayyan membesar sebagai Johan.
Salam Bahagia NA,
Kami pun Jalan perlahan-lahan juga ni asal sampai.
Salam Bahagia Aunty meintheswim,
Amin. Terima Kasih doa kan Rayyan.
Salam Bahagia Sis Shida,
Syukur Alhamdulillah sekarang ni sihat2 selalu.
Salam Bahagia Kak Amie,
Harap-harap kerja pembaikan tersebut letak asphalt. Baru lah mudah pelawat nak sampai sana Lebih-lebih lagi musim hujan.
Hebat Rayyan. Tahniah berjaya sampai ke puncak. Best trail macam ni. ada kebun, landai, ada jambatan. Kalau jenis trail pacak tu memang pancit awal.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Larian denai memang best sebab laluan pelbagai yang jarang kita dapat lalui. Ya kekadang ada trail event jahat awal lagi di bagi nya kita mendaki rasa tak sudah-sudah. Memang pancit awal.
Catat Ulasan