No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 19 September 2020

Air Terjun Ryuzu Nikko

Trip ke Jepun 2019 kali ini banyak juga kami singgah tengok air terjun spot terkenal di Jepun. Mungkin sebab kali ini naik kereta sewa lebih mudah nak jenguk kawasan air terjun berbanding dengan naik public transport. Lagipun kawasan air terjun ni biasanya masuk ke kawasan pergunungan nak tunggu public transport macam bas sehari tak banyak lalu jadi kena buat jadual betul-betul lah supaya tak tertinggal bas atau keretapi nanti nak kena tunggu yang next lama. Semasa kami melawat negeri Tochigi di kawasan daerah perlancongan terkenal iaitu Nikko pada tahun 2017 (related posting klik sini) kami melawat tempat-tempat dalam pekan sahaja dengan berjalan kaki. Kali ini dapatlah lawat kawasan yang di dalam kawasan Nikko tapi di luar pekan yang terkenal seperti air terjun Ryuzu. Air terjun Ryuzu amat sesuai untuk dilawati oleh kanak-kanak kecil dan warga emas atau orang kurang upaya sebab jarak dari pintu masuk hingga ke air terjun cuma 30 langkah sahaja seperti dinyatakan oleh papan tanda di gambar atas. Tiada bayaran masuk ke air terjun Ryuzu ini, free entrance.
Inilah air terjun Ryuzu dan ketika kami pergi adalah peralihan dari musim salji ke musim bunga. Airnya masih tidak banyak mengalir dan masih terdapat sedikit ais batu di celah-celah batu. Jika musim luruh pasti nampak cantik kawasan ini. Jika rakan-rakan kebetulan lawat kawasan ini pada awal Oktober, di sini adalah musim luruh yang cantik dengan daun-daun bertukar kemerahan. Ryuzu bermaksudnya naga. Air terjun ini ada rupa naga disebab itu dinamakan ia sebagai air terjun naga. Ada nampak bentuk muka naga di gambar atas?
Ada restoran berdekatan yang menghadap air terjun ini. Oleh itu, pelawat sambil minum air teh atau minuman panas dan kuih tradisional Jepun boleh menikmati hidangan sambil menikmati pemandangan air terjun ini. Makanan berat seperti juadah mee soba juga ada bagi yang ingin isi perut. 
Semasa kami berada di sini tidak ramai pelawat tapi kalau musim luruh boleh bayangkan ramai juga singgah di sini. Di sebelah restoran ada juga kuil kecil di sini. Yang menariknya di air terjun Ryuzu ini ada tangga yang landai boleh menyusuri air terjun naik ke atas. Jika kurang fit pun boleh enjoy perlahan-lahan naik sambil menikmati pemandangan indah.
Tukang kebun perasan ada juga kamera untuk rekod kehadiran binatang di kawasan ini bagi penyelidikan haiwan liar. Di sini kami ternampak seekor monyet Jepun yang punggung merah tu berjalan dalam celah semak. Ini mesti monyet jantan kalau jalan keseekoran ni, elok tidak diganggu sebab boleh jadi garang.
Naik naik tangga sampailah ke jambatan Ryuzu untuk menghubungi jalanraya di sini pun pemandangan cantik.
Dari sini kita boleh lihat kawasan pemandangan air terjun Ryuzu yang airnya mengalir hinggalah masuk ke Tasik Chuzenji. Banjaran gunung di sini pada akhir bulan Mac masih lagi ada salji di bahagian puncaknya.
Aliran air sungai kecil yang mengalir di celah-celah batu.
Minggu ini sales pokok tumbuhan Dove Tail untuk yang berminat cuba tanam pokok ini boleh rujuk cara penjagaan dan maklumat lanjut di posting sebelum ini (KLIK SINI). 

5 moist bare-rooted Dove Tail plants for RM10.00 (Sales valid until 31st October 2020). Selain dari Self-Collect boleh juga dipos. 
Pesanan boleh contact wassup Nizam (019-293-1340).

16 ulasan:

Ana Jingga berkata...

Subhanaallah cantiknya pemandangan air terjun kat sana

Amie berkata...

Kagum dengan negara Jepun. Rakyatnya bersopan dan berdisiplin. Rajin berusaha. Negaranya bersih, pemandangannya pun cantik. Alam sekitar terjaga. Nampak tenang dan mendamaikan.

Himawan Sant berkata...

Wuaah keren view air terjunnya ..
Sudah begitu gratis pula tanpa tiket masuk untuk liburan masuk lihat air terjun Ryuzu yang airnya mengalir sampai ke Danau Chuzenji.

NA berkata...

Saya suka pergi tempat begini.
Banyak jalan tapi seronok.

Shida Radzuan berkata...

tgk air mengalir mcm ni..teringat kampung..
tp skg kampung dah xde sungai..dah kering kontang huhuu

Unknown berkata...

cantiknya kawasan ni..Nampak semulajadi kawasan nya.. Mungkin sebab orang jepun tak mandi air terjun jadi tempatnya lawa la..hahahah

Azhafizah MN berkata...

Cantik air terjun Ryuzu Fall ni. Datang pulak tu musim luruh. Lagi cantik viewnya kan

nohas berkata...

Best travel dgn kereta...boleh explore kwsn2 mcm ni..cantik air terjun ni..landai je..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Ana,

Bercabang, kemudian bertemu, kemudian terpisah, kemudian bertemu kembali air terjun ni.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Kesedaran civic orang Jepun ni tinggi tu mudah alam sekitar nya nak dijaga.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Himawan,

Cocok Bahasa nya pakai Danau.
Di Malaysia kurang ada Danau asli dari Gunung Berapi jadi Jarang di pakai Danau, selalu panggil tasik sahaja. Suka saya guna Danau.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia NA,

Tempat nya pun amat tenang.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shida,

Kenapa dah kering kontang pula air sungai kat Kampung?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Diana,

Betul2 org Jepun ni jarang mandi sungai, air terjun jenis freshwater ni. Diorang biasa enjoy pantai je untuk mandi Manda.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Ya untung dapat datang sini kalau pada musim luruh lagi cantik.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nohas,

Kalau travel dengan kereta lebih banyak tempat boleh explore dan ikut masa kita.