Gunung Fuji ni dia berkongsi dengan beberapa negeri dalam Jepun sempadan dia, salah satunya adalah Negeri Yamanashi di mana negeri bak kita, bak diaorang negeri dipanggil prefecture. Masa lawat Jepun pada awal musim bunga tahun 2019 bukan semata-mata cuti sahaja tapi atas amanah bekerja juga menghadiri persidangan di Tokyo. Sebelum tiba hari persidangan kami pusing-pusing dulu di keliling kawasan berdekatan Gunung Fuji. Bila hari nak bertolak balik ke Tokyo kami singgah lawat jambatan yang dipanggil Saruhashi ni di mana "Saru" - monyet dan "Hashi" - jambatan. Keunikan jambatan ni yang rekabentuk kat tepi jambatan tu ada bumbung dengan seakan beberapa rumah kecil style Jepun tu.
Jambatan monyet ini adalah antara jambatan traditional top 3 yang paling terkenal di Jepun antara salah satu sebab sengaja singgah lawat kawasan ini. Walaupun dipanggil jambatan monyet tapi masa kami datang lawat sini tak de pun nampak bayang seekor monyet di depan mata. Nak ke sini pada awalnya kami gunakan navigator yang memang ada dengan kemudahan kereta sewa tu dan juga Google Map kemudiannya kerana jalan yang diberikan bagi jalan kampung pusing bukit yang lorongnya sempit macam muat2 je satu kereta. Kalau bertembung kereta lain memang masalah. Tapi masalah lain ialah jalan sempit berlingkar bukit tu tak boleh tembus lalu sebab ada pohon2 kayu yang tumbang belum dibersihkan kena reverse balik. Keberangkalian masa musim salji memang jalan ini tak boleh pakai dan belum dibersihkan lagi sebab salji pun baru cair. Pakai Google map pun masalah dia suruh pakai jalan yang sama. Tukang Kebun syorkan jangan pakai destinasi "Saruhashi" tapi gunakan "Saruhashi Train Station" - kalau tak nanti awal lagi dia bagi tunjuk jalan redah yang jalan belakang kawasan terpencil mana entah. Elok gunakan destinasi "Saruhashi Train Station" dahulu dan apabila dah masuk nampak pekan baru ubah destinasi ke "Saruhashi" ya.
Semasa kami melawat di Jambatan Monyet ini tak ramai pelancong jadi boleh parking berdekatan dengan kedai-kedai jual cenderahati di situ. Pada musim panas dan musim luruh boleh naik bot menyusuri sungai di bawah Jambatan monyet ini untuk menikmati pemandangan cantik ketika itu. Jambatan ini pun kerap digunakan sebagai model lukisan tradisional Jepun. Di sini tak perlu allocate masa banyak kalau awal mula musim bunga dalam 30 minit.
Yang berminat teringin makan ubi kayu ada stok atau nak tanam pun ada keratan segar boleh didapati dari Kebun Bahagia Bersama:2 kilogram ubi kayu RM5.00.
Pucuk assam gelugor pun ada .
100 gram RM3.00 .
Pesanan boleh dibuat dengan directly message Whatsapp Nizam (019-293-1340).
Yang ingin self-collect pesanan boleh dibuat pada pagi Sabtu atau Ahad (12 & 13 hb September 2020) di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh. Please contact dahulu sebelum itu.
4 ulasan:
Bestnya pegi jambatan monyet
Menarik dan cantik tempat ni. Tapi jambatan tu macam seram pulak. Tinggi juga ye.
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Tengok gambar dengan yang betul2 depan mata apa bezanya hehehe sampai popular sangat jambatan di Jepun.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Ya tinggi juga tu tapi ada yang lagi tinggi diorang buat jumpee jumping kalau di Jepun tu.
Catat Ulasan