No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 22 September 2020

Perjalanan ke kawasan Tasik Chuzenji

Selepas selesai amanah kerja di Shinjuku, Tokyo bolehlah teruskan saki baki hari cuti yang Tukang Kebun ambil peluang melawat kawasan di luar Tokyo pula. Hujung bulan March tahun 2019 dah mula musim peak mekarnya bunga sakura. Di dalam kereta sewa sepanjang perjalanan dalam Tokyo boleh kelihatan pokok-pokok sakura penuh bunga sakura sedang mekar di tebing sungai yang menyusuri Tokyo. 
Destinasi pertama kali ini keluar dari bandar Tokyo ialah ke negeri Tochigi melawati kawasan Nikko yang sememangnya sangat popular sebagai destinasi pelancong dalam negeri dan luar negara di Jepun ini. Ini adalah kali kedua anak-anak pergi ke kawasan Nikko ni, kali pertama semasa tahun 2017 pada musim luruh (related posting klik sini). Memang cantik kawasan ini pada musim luruh, memang ramai orang Jepun pun akan berduyun-duyun bercuti di kawasan Nikko pada musim luruh dengan pertukaran daun dari hijau ke kemerahan dan kekuningan mencantikkan keindahan alam semula jadi. Kawasan yang akan jadi jem masa musim luruh terutamanya pada hari cuti am dan hari minggu penuh dengan kenderaan ialah di Jalan Irohazaka. Jalan Irohazaka dalam kawasan lembah gunung ini juga merupakan kegemaran orang berlumba kereta sebab banyak selekoh tajam seperti yang digambarkan di skrin car navigation gambar di atas. Kawasan terkenal Initial-D lah, papa Abby pun feeling bawa kereta macam dalam Initial D, mama jeling-jeling lah mata sekali kala dekat dashboard. Irohazaka Winding Road ini jalan sehala sahaja.
Ketika kami ke sini baru nak musim bunga, kenderaan pun tidak banyak di sini. Pokok-pokok pun masih kering lagi belum tumbuh daun. Jika di kawasan pergunungan lambat panas walaupun di Tokyo pokok sakura dah mula kembang mekar, di Nikko belum lagi musim sakura dan masih sejuk lagi.
Berhenti seketika di tepi jalan supaya papa boleh streching kaki dan menikmati pemandangan di ketinggian paras laut 1173 meter ini.
Hmmmm....yang 3 kanak-kanak riang ni tak pandai lagi nak lompat tinggi kena kasi training ni. Jalan Irohazaka ini adalah di dalam kawasan Nikko National Park.
Selain dari menikmati pemandangan indah semulajadi di kawasan ini pada musim luruh, ada satu air terjun yang sangat popular di sini iaitu Air Terjun Kegon. Siap ada lif lagi kalau sesiapa nak tengok dengan lebih dekat di bahagian bawah. Kalau naik lif kena bayar, selain dari itu free lah jika tengok dari platform lain yang disediakan.
Kawasan ini masih sejuklah lagi sebab di bawah air terjun Kegon ini airnya masih beku banyak lagi. Kawasan ini memang hot tourist spot masa musim luruh. Dari carpark ke sini tak jauh pun berjalan kalau musim bukan peak tourist season. Air terjun Kegon ini pemandangan sekitar dia berubah-ubah mengikut peredaran pertukaran musim. Air terjun Kegon ini memang dalam kebiasaan di Jepun termasuk dalam senarai Top 3 air terjun paling popular di Jepun lah.
Di kawasan Nikko ni sememangnya terkenal dengan makanan yang diperbuat dari kacang soya iaitu Yuba. Belilah sikit yang deep fried tofu skin yang disaluti breadcrumbs. Rayyan suka juga makannya. Eh baru perasan si Rayyan ni bawa teddy baru dia berjalan-jalan keluar sekali ke time ni. Nak sangat Teddy Bear ni masa di Nippori, Tokyo tak nak bergerak keluar, terpaksalah papa top up belikan sebab duit pocket Rayyan dah tak cukup. Kali ni Rayyan bawa teddy bear jalan-jalan pula, biasanya ada tu benda dia bawa di tangan kekadang Tukang Kebun pun tak perasan mana dia sisip.
Selepas melawat Kegon fall, kami singgah menikmati pemandangan di Tasik Chuzenji. Semasa musim panas di Tasik Chuzenji ni ramailah buat aktiviti main bot. Musim sejuk ni yang tahan angin sejuk saja lah sanggup.
Pelancong pun tidak ramai masa musim ini, kami singgah picnic makan tengahari di sini dengan bentou makanan yang kami singgah beli di perhentian R&R highway. Tujuan asal berhenti R&R nak pergi tandas, tapi nampak sedap pula tengok rice ball vegetarian yang dijual di situ. Budget juga beli bentou dari nak mencari kemudian restoran yang for sure tak banyak pilihan dibuka kalau bukan musim peak pelancong datang kalau kawasan di sini masa musim sejuk ni. 
Selepas dah isi perut sambil menikmati pemandangan Tasik Chuzenji kami bergerak pula untuk melawat air terjun Ryuzu (related posting klik sini). Semasa pusing-pusing menurun Jalan Irohazaka ada patung dewa Jepun yang jenis Tengu diletak di atas lereng batu dengan peringatan pandu berhati-hati.
Sesiapa yang teringin nak cari bahan fresh daun kaduk Kebun Bahagia Bersama ada juga bekalkan dengan harga RM3.00 -100 gram atau nak cuba tanam sendiri 7 moist bare-rooted Daun Kaduk dengan harga RM5.00 .
Hujung minggu ini (Jumaat hingga Ahad) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh. Pesanan boleh contact wassup message Nizam (019-293-1340).

16 ulasan:

Unknown berkata...

biaanya kalau budak berjalan bawak teddy bear ni mesti anak manje.heheh..

Amie berkata...

Cerita tentang negara Jepun memang sentiasa menarik.
Bestnya baca yang terakhir tu...daun kaduk! Boleh buat miang kam!

Warisan Petani berkata...

Bestnya dapat melancong ke luar negara

nohas berkata...

Cantik view tasik...sib baik jalan sehala, perghh...corner baring selekohnya..

Wak Lat berkata...

日本のなんて美しい景色
Nihon no nante utsukushī keshiki

Shida Radzuan berkata...

cantik view..shida suka tgk :)
tenang..indah :)

noted:
Suami shida pun ex sbp seratas tahun 2001 - 2005

Cikgu Bada berkata...

Bestnya

Azhafizah MN berkata...

Memang cantik view musim luruh. Kalau lama lagi sikit tu boleh layan musim bunga sakura pulak. Sedang elok sampai di Tasik musim panas kan. Kalau tidak mahu kebekuan kat situ menahan sejuk. Cantik betul view tasik Chuzenji dengan berlatarbelakangkan gunung ganang.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Diana,

Hehehe betul2 anak mak kalau anak lelaki.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Betul Kak sedap guna kaduk buat miang kam.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Warisan Petani,

Syukur Alhamdulillah ada rezeki melawat Jepun. Ni tak tahu la bila selamat nak melawat negara orang lagi.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nohas,

Syok tu drive macam Fast and Furious buat drift.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Wak Lalat,

Malaysia mo keshiki ga monosugoku utsukushi.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Shida,

Waktu zaman suami Shida di SERATAS saya sedang zaman mahasiswi di Jepun. Ada seorang kawan Ex-SERATAS pun sesama kami menuntut di Jepun.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Cikgu Bada,

Kenangan manis bersama anak-anak.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Kan kalau di sini paling indah musim luruh la. Musim sejuk pun cantik bila gunung-ganang diliputi salji. Aktiviti air musim panas baru best.