Tinggal lagi sejam lebih sikit untuk masa keretapi yang akan direct terus (tak perlu transfer di station lain) ke Kinugawa Onsen station tiba di Tobu Nikko station dalam 4:20 petang, kami mula bergerak kembali ke Tobu Nikko station. Rayyan dan Abby seronok main baling-baling daun merah, sampai melekat-lekat kat rambut Abby.
Dekat dengan patung batu yang menunjukkan cerita epic pengasas kuil Futarasan (related posting klik sini) atau paderi pertama kuil tersebut yang dikenali dengan nama 'Shodo Shonin' yang tidak dapat menyeberangi Sungai Daiya suatu masa dahulu. Sungai Daiya ini kan ada masanya boleh deras airnya (related posting klik sini).
Paderi Shodo pun berdoa mohon bantuan Buddha dan dewa-dewa supaya dia dapat menyeberangi sungai Daiya dengan selamat. Maka jelmalah dua ekor ular atau serpent (bunyi mystical sikit) untuk bantu paderi Shodo menyeberangi sungai dengan bertukar menjadi jambatan.
Maka itulah kisah pembentukan jambatan tradisional paling lama di Jepun iatu 'Jambatan Shinkyo'. Jambatan Shinkyo tu hak milik Kuil Futarasan. Nama lain untuk Jambatan Shinkyo juga dipanggil Yamasugeno-jabashi yang juga membawa maksud Jambatan Ular (related posting klik sini).
Lepas dah limpas Jambatan Shinkyo sikit, Papa dah kena dukung Abby khuatir tak sempat sampat Tobu Nikko Station pula nanti. Apabila tengok masa macam sempat baru diturunkan Abby.
Memandangkan Abby banyak berusaha berjalan kaki hari ini, mama belanja Abby stokin kenangan Hello Kitty di Nikko. Ini barang pertama kami beli selain dari makanan sebenarnya. Sebenarnya mama lupa nak packing stokin Abby berlebih sikit. Mula tak perasan yang kedai ada patung Hello Kitty ini sebenarnya salah satu cawangan khas brand Sanrio seperti Hello Kitty. Jadi peminat brand Sanrio seperti Hello Kitty jangan lupa beli limited edition barang Hello Kitty khas untuk Nikko ya. Kami kebetulan sahaja singgah sebab nak beli stokin untuk Abby, bila tengok resit baru perasan. Patung Hello Kitty dah pakai baju menyambut Christmas, walaupun ada sebulan lagi. Bagi penganut agama Kristian - Selamat Hari Natal!!!
Syukur Alhamdulillah kami sampai juga awal di Stesen Keretapi Tobu Nikko ini dalam pukul 4. Abby pula sibuk dah nak ke tandas jadi semasa papa berkejaran bawa Abby ke tandas, kami bergambar depan stesen keretapi. Lama tak jalan kaki nak juga ada 10kilometer dalam sehari dengan tak duduk sangat asyik berdiri, lenguhnya tu terasa juga kaki.
Keretapi yang dinaiki ke Kinugawa Onsen Station dari Tobu Nikko Station adalah yang menuju ke arah AizuTajima. Comel juga keretapinya berwarna merah dan ada maskot gambar anjing. Bilangan gerabaknya juga tak banyak. Apabila sampai di Kinugawa Onsen Station, kami naik bas ke Hotel.
Apabila sampai di Hotel dah nak dalam 5:30PM, sementara tunggu makan malam, minum teh hijau panas dulu. Bilik hotel ini kan layout dia terkenang dengan bilik sewa Tukang Kebun dulu masa belajar di Jepun. Bilik hotel ini lagi luas dari bilik sewa Tukang Kebun masa zaman student dulu. Dalam pukul 6:00PM kami turun untuk makan malam. Tetapi malam ini ramai orang sebab hari Jumaat malam esok Sabtu tak kerja, dah ramai pengunjung orang Jepun yang datang berehat hujung minggu di sini. Sebab ramai betul orang hari ini, kami kena tunggu giliran makan untuk meja kosong. Kalau musim luruh ini memang ramai pelancong domestik suka berehat di hot spring hujung minggu. Jika susun program lawat ke Jepun, elok pergi hot spring pada hari bukan bekerja. Pilihan makan malam buffet untuk malam ini juga berlainan dari malam sebelumnya, rambang mata.
Lepas naik makan malam dah tersusun tilam untuk tidur. Sebenarnya malam ini, Tukang Kebun ada mini reunion dengan dua classmate orang Jepun lelaki sama-sama belajar dahulu. Lama Tukang Kebun tak jumpa diorang sejak kenduri kahwin Tukang Kebun diorang datang sama-sama bantu gotong-royong meriahkan kenduri kahwin kami. Tak sangka selepas 10 tahun kami dapat kumpul begini dengan keluarga masing-masing. Lepas mandi air kolam panas, kami kumpul di bilik kawan, riuh dengan anak-anak kecil bermain. Terharu mereka sanggup ambil cuti hari Jumaat untuk kumpul ke Kinugawa Onsen ini. Tukang Kebun ada inform nak lawat Jepun dan inform mana tempat akan kami lawat. Diorang yang suggest boleh ke kita jumpa berkumpul di Kinugawa Onsen ini. Gembira mereka dapat datang. Balik ke bilik dah tiada siapa di lobby hotel.
Yang teringin di kebunnya ada pokok nampak macam musim luruh ada transient macam dari hijau bertukar ke merah, Tukang Kebun recommend pokok bunga 'False Eranthemum'ni. Pokoknya pelbagai warna. Pokok bunga False Eranthemum ini sama keluarga dengan Blue Crossandra dan penjagaannya amat mudah, tak cerewet. Pokok ini juga boleh tumbuh dengan baik dalam pasu sebab pokoknya taklah besar.
Pokok False Eranthemum ini pucuk-pucuk barunya berwarna kemerahan. Pokok ini juga cepat bushy jika rajin pruning akan bercabang-cabang dengan sekejap sahaja.
More info on pokok bunga False Eranthemum (click Here).
~ 1 pot False Eranthemum RM7.00 ~Pesanan boleh email ke (kebunkmg@gmail.som).
Boleh dipos.
2 ulasan:
Cantiknya pokok berdaun merah tu Diana...pokok apa tu.
Salam Bahagia Kak Mala,
Kalau pokok yang merah menyala gambar pertama tu, pokok maple rasanya.
Catat Ulasan