No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 30 Disember 2017

JR OFUNATO Line

 Pada hari keempat di Sendai iaitu bersamaan hari minggu kena bangun gerak awal. Kami tidur dua malam di Sendai di Richmond Hotel Sendai yang jarak jalan kaki dari Sendai Station dalam 10 ke 15 minit. Makan buffet breakfast dulu baru kami gerak keluar sebelum 7:30AM. Sedap juga sarapan makan ikan salai jenis species tenggiri yang sedang musim, berlemak manis. Sayur bendi celur kemudian dengan dressing roasted sesamee seeds juga sedap. Bendi kalau petik masih muda lembut yang saiz kecil lagi sedap. Itu salah satu keistimewaan tanam pokok bendi sendiri, sebab kita boleh petik saiz suka hati kita. Kalau bendi bukan bermakna saiz besar panjang lagi sedap, takut cepat keras je saiz tu. Kalau nak masak gulai saiz besar okaylah. Tapi kalau celur cicah sambal belacan yang lebih kecil lagi sedap makan.
 Anak-anak geram tengok poster Pokemon. Belum lagi buka tu wahai anak-anak, tengoklah kalau sempat bila balik Sendai semula lepas jalan-jalan tempat lain dulu. Di department store berdekatan stesen keretapi Sendai ini ada kedai Pokemon centre untuk cawangan kawasan Tohoku. Pokemon fan biasanya akan singgah beli pokemon limited goods Sendai sebab ada karakter hanya ada di Sendai sahaja.
 Lambat juga orang bandar Sendai ni bangun ya pada hujung minggu musim sejuk luruh ni. Jarang-jarang terserempak dengan orang on the way ke stesen keretapi Sendai. Walhal ini adalah antara tempat paling sibuk kalau hari kerja biasa. Bandar Sendai adalah bandar terbesar dalam kawasan Tohoku. Kalau dalam Jepun termasuk dalam top 15 bandar besar di Jepun. Ini kali pertama Tukang Kebun sampai ke bandar Sendai yang menghadap Lautan Pacific. Ada jam besar depan stesen keretapi Sendai memudahkan penumpang semua tengok masa sambil berjalan samaada perlu bergegas atau tidak.
 Sambil menunggu bullet train sampai di platform, kami beli dulu sekotak bentou takut nanti dah jalan-jalan tak sempat nak mencari kedai. Kemudian tak makan masa siang hari dah berapa kali senget simpan dalam kotak pun amat hairan bila dibuka di hotel untuk makan malam masih tak berterabur isi kandungannya macam gambar di atas. Siap dengan dalam beg galas berlari lagi kotak bentou tu berada (related posting klik sini). Corak isi kandungan pun ikut musim macam lobak merak dipotong bentuk daun maple. Musim luruh ini, jangan lupa rasa ubi keledek dia sebab musim luruh adalah tuaian musim keledek yang sedap. Tukang Kebun ketagih makan ubi keledek di Jepun, isi manis asli. Walaupun terkejar masa, jangan risau kalau di stesen keretapi Sendai, di platform sambil menunggu bullet train ada gerai jual lunch box dan banyak pilihan yang boleh dimakan oleh Muslim.
 Pada pagi hari keempat di Jepun, kami menaiki bullet train Yamabiko 41 pada pukul 8:02 pagi di stesen Sendai untuk ke stesen Ichinoseki. Bullet train sampai di stesen Ichinoseki pada pukul 8:36 pagi. 
 Seronok anak-anak tengok banyak pikachu di stesen keretapi Ichinoseki. Kenapa banyak pikachu di Ichinoseki station? Sebab di kawasan Tohoku ini sahaja yang ada keretapi pokemon dengan play gym bergerak hehehe.... Keretapi pokemon ini ikut Ofunato line sahaja di mana perjalanan pertama adalah dari stesen keretapi Ichinoseki ke stesen keretapi Kesennuma. Keretapi pokemon ini bukan sentiasa ada, hari tertentu sahaja dengan sehari sekali, kena check calendar di website official Pokemon train (official website). Kena ada seat reservation in advance juga. Sesiapa yang ada singgah di stesen keretapi Ichinoseki boleh ambil gambar kenangan bersama pikachu dan kumpul stamp pokemon.
 Hari keempat di Jepun ini memang kami fokus di kawasan JR Ofunato line sahaja. Persinggahan pertama kami di Ofunato line ialah Geibikei station. Keretapi yang kami naiki akan ke arah Kesennuma dan tiba di Ichinoseki station pada pukul 9:10AM local time. Tempat kami tunggu juga adalah platform sama bagi penumpang yang bakal naik pokemon train. 
 Platform bersebelahan pula untuk yang nak pergi ke arah bandar Morioka, Iwate prefecture. Yang ni JR Tohoku Line. Kalau yang nak ke UNESCO Heritage Site Hiraizumi naik di platform sebelah ini sama keretapi dengan ke Morioka.
 Kebanyakkannya warga emas sahaja yang naik keretapi awal pagi masa hujung minggu ni. Ambil haba cahaya matahari sambil menunggu keretapi nak sampai dalam cuaca sejuk. 
 Sedap dah duduk dalam keretapi suhu bilik warm je.....rasa kena dodoi si Rayyan sedap terlelap sambil tengok pemandangan luar. Lama kelamaan kena penyek dengan si Ilhan yang duduk di sebelah nak tengok luar. Yang minat nature dan gardening baru boleh enjoy pemandangan kampung sepanjang JR Ofunato line ni.
  Tiba-tiba tak sangka salji turun di luar semasa kami dalam 10~15 minit dah berada di dalam keretapi perjalanan ke Geibikei station. Tak sangka pula first snow turun masa ini. Rezeki anak-anak.
 Selepas melawat kawasan Geibikei, kami naik keretapi ke last station di JR Ofunato lain dekat dengan laut iaitu stesen Kesennuma. On the way ke Kesennuma semua lentok kena recharge dulu. Menarik juga betapa pemandangan boleh berubah dalam beberapa jam sahaja di JR Ofunato line masa transition dari musim luruh ke musim salji. Masa pergi dari Ichinoseki ke Kesennuma salji baru mulai turun. Bila patah balik Kesennuma ke Ichinoseki dah tukar banyak diliputi salji.
 Di last stop JR Ofunato Line juga boleh ambil gambar kenangan dengan Pikachu. Tandas awam di Kesennuma station berada di luar station ya kena redah angin sejuk juga. Tourist information centre lain bangunan depan stesen keretapi Kesennuma. Kami tak sempat nak jalan-jalan di pekan Kesennuma sebab nak naik keretapi semula patah balik ke Ichinoseki station. Cuaca pun sejuk dengan angin dan saljinya turun.
 Tak sangka pula kali ini kami pusing dah JR Ofunato line ni dari starting Ichinoseki station hingga ke end station iaitu Kesennuma station. Tetapi sebenarnya asalnya JR Ofunato line ini bukan sampai Kesennuma station yang terakhir, masih ada beberapa stesen lagi. Tapi selepas kedatangan Tsunami pada Mac tahun 2011 kerosakan yang dialami sangat teruk. Maka sekarang dari Kesennuma ke stesen-stesen asal selepas itu dihubungkan dengan sistem JR Bas. Kos untuk baiki semula landasan keretapi amat tinggi. Pekan Kesennuma adalah salah satu pekan yang teruk kena kesan tsunami dan salah satu tempat yang tsunami meragut bilangan nyawa yang tinggi berbanding tempat lain. 

Terbayang semula masa hari kejadian tsunami, cuaca seakan sama masa hari kami melawat. Sebab kebanyakkan tempat masa itu, tengah datang tsunami beberapa kali datang wave, menyelamatkan diri tempat tinggi, salji juga sedang turun.

Stok bunga petunia campur-campur ada semula dari Jepun punya original packaging (1pek RM15.00. seeds volume 0.5ml-more than 150 seeds). Biji benih petunia sangat halus, jangan tanam dalam-dalam. Masa menyiram biji benih petunia juga berhati-hati supaya air tak melimpah dan hanyutkan biji benih.

2 ulasan:

mamapp berkata...

Meriah Dan segarnya petunia kat jepun tu

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mamapp,

Oh ini bukan gambar petunia di Jepun ni, tapi di Malaysia yang gambarnya dikitar semula.