No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 16 Disember 2017

Kinugawa Onsen Station


 Pada hari Pertama perjalanan di Jepun kali ini (16hb November 2017), sampai sahaja di Kinugawa Onsen Station, mendung dan angin kuat (related posting klik sini). Lepas dah pakai jacket, rancangan asalnya ingat nak jalan kaki sahaja ke tempat penginapan yang dah booking 2 months in advance yang agak-agak ambil masa 15 minit berjalan kaki. Memandangkan semua pelancong-pelancong Jepun  yang turun sesama naik keretapi sama pun tiada siapa gagah nak berani angin, semua macam tak jadi jalan kaki, gayanya semua tukar rancangan menunggu bas. Perbezaan suhu tu ketara sangat kalau siapa yang dari Tokyo. Angin pula kencang. Lepas dah check bas pukul berapa sampai (jadual bas nak ke kawasan hotel-hotel utama sebelah stesen keretapi je), kami pusing-pusing la meneroka sekitar kawasan Kinugawa Onsen Station. Sini bas kampung pun datang on time ya, jadi make sure dah sedia di situ sekurangnya 5 minit awal.
 Yang nak cuba juga collect cop-cop tugu raksasa di Kinugawa Onsen ni, gamber pertama tu adalah tugu raksasa point pertama (related posting klik sini). Pamphlet tu boleh dapatkan kat tourist information centre Kinugawa Onsen Station. Mana tourist information centre Kinugawa Onsen Station? Dekat je. Tengok gambar No. 1 di atas, ada pokok maple merah terang menyala tu kan, lintas jalan sana dah tourist information centre. Dia menghadap pintu masuk stesen keretapi Kinugawa Onsen cuma lintas jalan besar je. Bolehlah tanya macam-macam sementara panaskan badan sampai waktu bas nak dekat. Ada juga pondok awam tempat nak panaskan kaki dengan air hot spring di depan stesen tu juga berdekatan tourist information centre. Banyak juga benda boleh hiburkan anak-anak dalam information tourist centre Kinugawa Onsen. Bukan anak-anak je, mak bapak budak pun boleh tengok peta Kinugawa Onsen yang besar sambil tekan-tekan butang nak tengok mana tempat nak pergi menyala macam dua kanak-kanak riang seperti gambar no. 2 di atas.
 Banyak betul character ala anime dalam Information Tourist Centre Kinugawa Onsen Station tu. Kat Jepun ni pun biasa banyak tempat tarikan dan setiap stesen keretapi mesti ada Papan yang macam atas untuk letak muka kita. Atas tu siapa teringin nak lakon jadi Princess Kinu. Yang versi Princess Kinu Abby tu Papa sedang dukung di belakang.
 Pada hari kedua di Kinugawa Onsen, sebelah pagi lepas kami melepak di Jambatan Fureai bergeraklah kami berjalan kaki ke Stesen Keretapi Kinugawa Onsen. Banyak juga pokok bunga French Marigold yang tumbuh sendiri terbiar di celah-celah batu. Gardeners yang berminat untuk dapatkan biji benih marigold campur pelbagai jenis ada stok dari Jepun punya packaging asal (1pek RM18.00 , volume benih lebih 3ml).
 Sambil tunggu Papa dan Abby sampai, kami yang dah dekat dengan Stesen Keretapi Kinugawa Onsen duduk melepaklah tunggu dekat depan luar kedai souvenir. Biasalah Abby kalau ada Papa asyik mohon dukung je bila rasa tak terkejar, bagi nak training dan elak kena dukung Papa kenalah ikut pace Abby dan pujuk princess papa.
 Bila kami sampai dalam platform Stesen keretapi Kinugawa Onsen ramai sedang excited ambil gambar depan steam locomotive train ini. Termasuklah heroes kami ini pun teruja tengok dan nak ambil gambar kenangan. Train fan memang tak lepaskan peluang ini dan yang beriya ambil gambar keretapi ini lebih kepada warga emas lelaki yang rajin belek-belek enjin dia. Revive the good old days.
Tukang Kebun pun excited bergegar jantung bila dengar whistle blow dari steam locomotive train ini. Kuat sungguh gema dia. Yang steam locomotive train biasa kat area Kinugawa Onsen lalu ini namanya kalau tak silap SL Taiju yang baru beroperasi semula pada Ogos lalu (info here). Kami kira bernasib baik dapatlah tengok si SL Taiju ni. A good memory for the children first time nampak in real life a moving steam locomotive train. Kalau ada rezeki teringin juga nak naik sebab route dia lalu pun gorgeous views (wish list💕).
 Yang merancang untuk travel ke Jepun, kami recommend juga jika ada yang nak merancang melawat kawasan Nikko yang terkenal sebagai tempat pelancongan for nature and World Heritage site untuk ambil penginapan di Kinugawa Onsen. Dari Tokyo paling mudah pakai Kinugawa Spacia Express direct from Shinjuku Station or Ikebukuro Station (info here). Dekat Kinugawa Onsen ni kurang sesak berbanding dengan Nikko. Tambahan pula, di kawasan sekitar Kinugawa Onsen pun banyak juga kawasan menarik yang bukan jadi tumpuan utama interinary produk pelancongan antarabangsa. Nasihat Tukang Kebun kalau nak puas sekurang-kurangnya stay 3 hari di sini. Sebab di Nikko dah ambil sehari. Untuk teroka Kinugawa Onsen pun kalau dengan anak-anak punya pace 2 hari paling kurang baru puas. Kami tak rasa puas sebab duduk sini 2 hari je, tak sempat nak jelajah semua. Anak-anak pun dapat kumpul 2 cop raksasa dari 7 cop. Sebab course perjalanan untuk ambil cop raksasa pun dengan kanak-kanak riang dah ambil setengah hari kalau nak kasi complete semua tengok route dia sambil nak menikmati pemandangan dengan puas. Bergantung dengan musim kita datang melancong sebab kalau musim luruh dan musim salji masa jadi singkat. Masa kami di sini sebelum 5:30PM sudah maghrib di Kinugawa Onsen. Dekat Kinugawa Onsen ini sahaja ada 2 jenis theme park Edo Wonderland dan Tobu Square. Kalau nak pergi kedua theme park ini pun dah ambil sehari. So our recommendation sekurang-kurangnya 3 hari jika nak melawat Kinugawa Onsen baru puas. Yang syok pelancong boleh cover banyak sini ada tema park, ada Japanese traditional hot spring, UNESCO heritage site, beautiful scenic Japanese nature dan lain-lain. Sekurang-kurangnya rasa macam melancong dalam Jepun dari asyik berkerumun dengan international tourists sahaja. Salah satu faktor utama kami tak pilih duduk di kawasan Nikko.

Tiada ulasan: