Pokok buluh adalah sumber bahan semula jadi yang amat penting pada zaman dahulu untuk dibuat pelbagai peralatan bagi memudahkan manusia menjalankan kehidupan seharian. Pokok buluh juga ada pelbagai jenis. Salah satu jenis buluh yang menghuni Kebun Bahagia Bersama ialah jenis buluhnya tak besar dan berwarna kuning. Yang ini pun jenis rumpun buluh dia tak invansive, tak berjalan-jalan. Tak dia mengacau jirannya si pokok bunga Cina yang juga dah berbelas tahun berjiran lama. Sesiapa nak buat pagar kasi privacy boleh juga buat pokok buluh gading halus ini seperti dinding pagar.
Pokok buluh ini boleh pruning sampai ke hampir dekat tanah. Kemudian dia akan bangkit cepat naik tinggi semula dan merimbun. Pokok buluh ini sekeluarga dengan rumput. Tapi kebolehan buluh untuk tumbuh tinggi cepat sama macam sifat rumput kan. Lagi-lagi kalau musim hujan, cepat je rumput di laman tinggi kan. Oleh itu bolehlah tuai batang-batang buluh tersebut untuk buat digunakan pelbagai. Jadikan pancang untuk tumbuhan menjalar juga cantik. Nak buat penyapu pun boleh atau peralatan berguna lain.
Pernah juga Tukang Kebun testing tanam di dalam pasu dan tumbuh elok juga seperti gambar no. ketiga dan keempat ni. Yang nak design lamannya ada unsur macam Japanese boleh jugalah tanam buloh jenis ini. Kalau limited space boleh tanam dalam pasu besar. Kemudian peminat origami yang pandai buat burung tsuru (crane), boleh decorate di atas pokoknya kasi sangkut-sangkut. Kadangkala ada batang buluh gading halus kuning ini yang berjalur-jalur hijau coraknya.
Yang berminat untuk mendalami ilmu mengenai buluh dan dari segi kaca mata orang Jepun terhadap buluh, boleh tonton documentary mengenai buluh di bawah. Tukang Kebun pun sebenarnya tak sangka bahagian coklat antara node buloh tu ada anti-bakteria property boleh dijadikan alas makanan yang baik. Lain kali tak perlu beli pinggan kertas dan plastik, pakai je pelepah buluh warna coklat tu hehehe....environmental friendly.
Pada Jumaat pagi ini, one of my favourite uncle telah kembali kepada Rahmatullah. Damailah di sana.
8 ulasan:
Hebatnya tk berkebun. Nak menuntut la kalau macam ni. Mama no tanam cilinpun tak lepas huhuu
Di Jepun sekarang ni...tanaman hiasan apa yang paling menonjol ya...
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Tanam buluh lagi senang dari cili sis.
Tak banyak serangga perosak nak menyerang seperti pokok cili.
Salam Bahagia Kak Fida,
Ikut musim juga Kak.
Sana dia ikut musim bertukar-tukar.
Tapi campur dengan old time favourite.
Buluh ni memang kegemaran orang Jepun la.
Pergi mana-mana pun mesti ada benda yang diperbuat dari buluh.
As...Salam tuan...
Saya Rosdi... Nombor h/p :- 019-3575955
Saya nak Tanya... Bagaimana cara Saya nak dapatkan atau beli buluh gading halus ni? Terimakasih...
Salam Tuan Rosdi,
Boleh contact wassup Nizam 0192931340 untuk maklumat lanjut jika hendak self-collect.
Terimakasih tuan...
Saya juga peminat buluh. Menarik membaca artikel tuan serta video yg dikongsi. Harap tuan dpt terus menulis ttg buluh ni.
Salam Bahagia Ummu Min,
Terima kasih sudi membaca perkongsian ini. Buloh ni memang berpotensi untuk dijadikan banyak produk yang mesra alam, ada juga cuba membuat lampin pakai buang bayi, mungkin juga untuk dewasa.
Catat Ulasan