Syukur Alhamdulillah selamat tiba di Narita Airport pada 16hb November 2017 sebelum 7:30AM dengan menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines. Selepas selesai beli long awaiting item di Terminal 2 Narita Airport dan ambil JR East Pass di JR EAST kaunter yang terletak di basement berhampiran dengan tempat tunggu keretapi dalam hampir pukul 11AM baru kami mula perjalanan untuk destinasi pertama ke arah tempat penginapan untuk malam tersebut. Lama juga kami di JR EAST kaunter hampir sejam untuk dapatkan tiket-tiket dan susun perjalanan, macam-macam persoalan yang kami tanya sebab itu lama. Pelancong-pelancong juga ramai yang beratur menunggu yang belum beli in advance JR EAST Pass. Nasihat Tukang Kebun boleh beli siap-siap di Malaysia ada diskaun, kami booking di JTB Shah Alam Aeon Mall. Jimat sikit tak perlu bayar caj tukar duit ke Japanese Yen banyak kali. Boleh terus bayar dengan Ringgit Malaysia dan lebih mudah nak budget duit sebab dah bayar in advance. Travel ke Jepun kali ini kami gunakan JR EAST PASS TOHOKU AREA (klik sini).
Hari pertama perjalanan kami dari Narita ke Kinugawa Onsen Station. Untuk ke Kinugawa, kami dinasihatkan ke Shinjuku Station dahulu untuk tukar keretapi yang akan terus ke Kinugawa Onsen Station. Tukang Kebun minta nasihat route perjalanan yang sesuai tak nak banyak kali tergesa-gesa tukar keretapi sebab nak usung 3 kanak-kanak dengan ada 2 luggage tarik (1 luggage tarik paling besar kami dah buat penghantaran terus di Narita airport untuk tempat penginapan kedua yang akan kami check in hari ketiga). Syukur Alhamdulillah memang cadangan paling tepat yang diterima. Perjalanan dari Terminal 2 Narita Airport ke Shinjuku Station mengambil masa dalam 1 jam menggunakan keretapi Narita Express. Kali terakhir Tukang Kebun naik Narita Express pun March 2006. Dalam kawasan daerah Narita pemandangan dari keretapi banyak bendang padi dah selesai dituai (gambar 1). Bila dah hampir kawasan Tokyo padat dengan bangunan pula. Nampaklah menara Tokyo Skytree. Yang perasan pun si Ilhan dulu (gambar 2).
Kami tiba di Shinjuku Station dalam pukul 12 tengahari dan ada hampir satu jam masa untuk menunggu keretapi yang akan ke Kinugawa Onsen Station (ke arah Aizu). Sampai Stesen Shinjuku kami masing-masing pergi tandas dahulu. Di depan tandas ada banyak locker untuk simpan barang. Lain kali jika ada sesiapa nak ke Shinjuku, salah satu tempat kawasan locker menghadap tandas jika nak simpan barang yang besar.
Elok kami ada hampir sejam di Stesen Shinjuku, dapatlah kami beli bekalan makanan boleh nanti makan dalam keretapi juga. Sarapan pun tak sempat nak fikir masa di Narita airport banyak benda nak diuruskan. Tak susah di dalam Stesen Shinjuku ada pelbagai makanan yang boleh dimakan oleh Muslim. Rambang mata nak pilih.
Masa di Narita Aiport JR EAST counter, rezeki anak-anak ni dapat gasing buatan dari kertas origami sorang satu diberikan oleh pekerja JR EAST yang hasil buatannya sendiri sementara kami ni sibuk bincang planning perjalanan. Sibuklah mana-mana tempat menunggu asyik main pusing gasing sahaja. Perjalanan ke Kinugawa Onsen Station akan ambil masa dalam satu jam setengah juga.
Masuk je dalam keretapi, masing-masing kelaparan tak sabar nak isi perut. Tukang Kebun untuk diri sendiri beli bento ada species belut dan salmon. Perut kenyang dah masuk Tochigi Prefecture, anak-anak semua dah keletihan mengantuk terlelap. Biar tidur dulu bagi charge bateri.
Syukur Alhamdulillah kami selamat tiba di Kinugawa Onsen Station dalam pukul 3. Boleh rasa betapa beza suhu di kawasan pergunungan ini berbanding di bandar Tokyo. Lekas-lekas Tukang Kebun buka beg ambil jaket tebal kebetulan sampai angin kuat pula. Jaket tebal tu je yang banyak pakai ruang. Isi jaket je dah satu luggage beg. Bawa je keluar jaket dah kosong satu beg.
Bulan ini ada biji benih baka kampung Sabah padi sawah jika ada yang berminat. Gambar di atas ini adalah biji benih sama iaitu baka Pandasan yang dituai masa ambil gambar usianya ialah 3 bulan. Baru dipindahkan ke bendang dalam 2 bulan. Biasanya biji benih semai dahulu di satu tempat, bila dah dalam usia sebulan baru dipindahkan susun di bendang gini. Tapi yang nak cuba tanam dalam besen atau bekas kitar semula apa salahnya. Semai je dahulu biji benihnya, kemudian boleh diasingkan ke bekas yang berbeza pun okay juga.
~ Biji benih Padi Sawah Pandasan ~
Anggaran 100 biji benih RM3.00 .
3 ulasan:
ptt la lama senyap, jln2 sampai ke jepun rupanya
Salam kak D thanks sharing your journey to Japan kalau ada rezeki mmg teringin nak p ke sana.macam best ja
-Niza sg petani
Salam Bahagia Dana,
Hehehe.....lama tak balik kampung Jepun.
Akhirnya ada rezeki juga.
Salam Bahagia Niza,
Kak doakan Niza juga satu hari dapat berjalan-jalan ke Jepun.
Kak menunggu lebih sedekad baru dapat pergi lepas membesar 3 anak-anak ni.
Catat Ulasan