No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 31 Disember 2017

Geibikei Station

 Dari Ichinoseki Station ikut JR railway yang diberikan nama Ofunato line, biasanya antara stesen keretapi yang keretapi akan lalu di Ofunato line yang Stesen Geibikei jadi tempat ramai pelancong antarabangsa dan domestik yang turun di platform sini. Stesen Geibikei ini kecil sahaja platform dia kalau nak bandingkan stesen-stesen lain. Di sini pun takde kaunter tiket atau mesin jual tiket. Tiada staf stesen keretapi di sini. Tiket kena beli ambil dalam keretapi. Bila passenger nak turun hanya pintu depan dekat pemandu keretapi sahaja yang buka. Macam sistem naik public bus. Di situ pemandu keretapi akan check tiket. Jika anda pakai JR East Tohoku Pass, tunjukkan pass anda. Pemandu keretapi di Ofunato line kena multi-tasking, dialah pemandu, dialah conducter keretapi check ticket.
 Di Ofunato line ini memang ada banyak stesen keretapi yang platform simple sahaja dengan pondok kecil je untuk berteduh. Tiada pun staf railway untuk check tiket di pondok tersebut. Di stesen Geibikei pun landasan keretapi cuma hanya satu sahaja. Biasanya ada dua landasan kalau penempatan ramai untuk dua keretapi boleh jalan serentak berlainan hala. Memandangkan ini kawasan kampung, bilangan keretapi yang lalu atau kena tunggu adalah lama ya. Kena rancang check perjalanan betul-betul. Kalau kawasan kampung ni kekadang keretapi yang berhenti sejam~2 jam mungkin satu. Pastu tengok arah kita nak pergi kena check betul-betul. Jangan asal sampai keretapi main masuk je. Kami jejak kaki sahaja keluar dari keretapi apabila sampai Geibikei station sedang meriah turun salji.
 Excited sungguh anak-anak merasa salji pertama turun di kawasan Tohoku ini dan memandangkan ini kali pertama mereka rasa natural snow. Rezeki anak-anak sebab anggaran Tukang Kebun kali ini berjalan kawasan yang hendak melawat di travel Jepun kali ini sepatutnya bukan waktu salji turun lagi. Boleh dikatakan masih musim luruh lagi. Orang tempatan pun tak budget first snow was the day we visit Geibikei. Pokok maple di depan stesen keretapi Geibikei pun masih merah menyala lagi baru nak tukar ke kuningan.
 Sedang berjalan kaki pantas nak menuju ke destinasi sempat juga nak skodeng kebun orang sambil lalu. Tukang Kebun seronok tengok depan masuk rumah orang ini banyak bekas polistrin kitar semula dibuat sebagai tempat semaiannya. Boleh je nak tabur biji benih sayuran daun macam gambar di bawah ini sementara nak tunggu ruang yang kosong untuk dipindah-pindahkan. Mana yang tumbuh besar dulu tinggi dah boleh pun buat sayur campur dalam nasi atau bee hun goreng kan. Sebenarnya tuai yang saiz masih mini lagi manis banding yang besar. Saiz ini pun boleh buat campuran salad.
 Across the road rumah orang ni, kelihatan Tukang Kebunnya baru sahaja selesai tuai lobak merah dan lobak putih dia. Mungkin salji tiba-tiba turun, kelam kabut juga Tukang Kebunnya dibuatnya hehehe...sebab daun lobak merah ni nampak ketara baru je pagi tersebut dituai. Nampaknya macam hasil tanaman yang sayur daun macam Pak Choi pun dah boleh dimakan. Organik ni nampak gayanya sebab daun-daunnya ada dah kena makan. Macam tak putus-putus bekalan sayur Tukang Kebun ni. Keluar masuk jugalah Tukang Kebunnya kalau gini, nak kena tuai mana yang tak tahan salji. Lepas dah tuai carrot ni, batas ni bolehlah agaknya Tukang Kebun nak pindahkan anak-anak sayur macam dalam polistren tu.
Ada beberapa jenis biji benih sayur daun yang favourite Jepun pun ada dengan harga RM1.00 sepaket:

~ Bok Choi Vitaminna ~
~ Komatsuna ~
~ Pak choi ~
~ Tatsoi ~
~ Kailan ~

Berlari-lari ke destinasi yang hendak dituju di Geibikei ni. Dari stesen keretapi Geibikei dalam 5 minit jalan kaki. Yang turun sesama dari Geibikei station semuanya menuju ke sini juga. Semangat betul hahaha...Tukang Kebun orang first sampai di kaunter tiket sebab nak pastikan dapat naik bot yang pukul 10 pagi. Kalau tengok video nampak jam di kaunter tiket, Tukang Kebun terpacak kat sana pukul 9:50AM. Kami turun di platform stesen keretapi Geibikei dalam pukul 9:40AM. Bila tanya staf di kaunter sempat tak pukul 10AM punya, katanya sempat lagi. Pastu siap tak caya confirm betul sekali Tukang Kebun ni...hahaha...betul ke masih boleh naik pukul 10 punya. Sebab kalau tak dapat pukul 10 pagi kena tunggu pukul 11 pagi setiap sejam waktunya bot berlepas.


 Di atas ini adalah jadual keretapi sampai di platform stesen keretapi Geibikei untuk ke arah Kesennuma station atau Ichinoseki station. Tak banyak kan keretapi dia. Kalau last train nak balik Ichinoseki station pun pukul 8:25PM. Memang kena catat dulu masa keretapi supaya kita tak menunggu lama.
 Ini bilik kecil untuk menunggu atas platform, tiada heater atau kipas tapi bolehlah berteduh dari angin atau kena basah. Di sini juga tempat simpan barang-barang untuk kemas stesen keretapi macam penyapu. Bila tengok penyapu  panjang dia tersandar di dinding tu rasa inspired nak kena rajinkan diri buat penyapu sendiri dari bahan yang ada di dalam kebun. Tak boleh tahan kan Tukang Kebun ni, sambil menunggu pun boleh belek-belek penyapu. Jangan main-main daam bilik kecil ini pun ada CCTV ya.
 Salah satu perbezaan keunikan stesen Geibikei ini dengan semua stesen dalam Jepun ialah di rail pagar platformnya ada bahagian yang diwarnakan dengan character pokemon and friends. 
Selepas bersiar-siar di kawasan Geibikei, kami naik keretapi ke arah Kesennuma dahulu pada pukul 1:18PM. Kami berada di Geibikei selama 3 jam setengah. Bila kami naik keretapi untuk balik ke Ichinoseki station semula dari Kesennuma station, keretapi singgah Geibikei station pada pukul 5PM sudah beza pemandangannya. Pokok-pokok keliling Geibikei station dah diliputi dengan salji.

5 ulasan:

Bunda_nora berkata...

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Fida Z Ein berkata...

Suka tengok pokok pokok depa...unik unik

TukangKebun berkata...

Selamat Tahun Baru 2018 juga Kak Nora.

Selamat Tahun Baru 2018 Kak Fida.
Bila Orang Jepun datang tempat kita, mereka pun rasa pokok-pokok kita unik hehehe...

mamapp berkata...

Wah bestnya merasa salji

TukangKebun berkata...

Syukur Alhamdulillah Sis mamapp,

Dapat jugalah anak-anak merasa salji.