No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Manggis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manggis. Papar semua catatan

Khamis, 7 Jun 2018

Anak Pokok Pulasan

  Pada musim buah pulasan seronoknya lah makan ramai-ramai sambil pulas kulit buah pulasan untuk dapat makan isi buahnya. Tukang Kebun suka makan buah pulasan lagi berbanding dengan buah rambutan kerana isinya kurang berair dan kenyal sikit. Buah pulasan lebih kekal lama nampak cantik di suhu bilik kerana tiada berambut halus yang kecut macam rambutan.
 Terdapat beberapa pokok pulasan di Kebun Bahagia Bersama. Yang seronoknya ada beberapa pokok pulasan jenis renek sahaja pokoknya. Dahan pun masih halus-halus lagi. Mudah untuk buahnya dipetik-petik. Pokok pulasan yang gambar di atas sebenarnya berdekatan dengan pokok Peropok yang tumbuh sendiri di mana jarak antara pokok dalam 30cm sahaja. Siapa perasan ada jenis daun yang berlainan bentuk pokok Perupok di celah-celah rimbunan daun pulasan.
 Ada stok baka pokok pulasan mula dibekalkan di Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 bekas anak pokok pulasan RM10.00 .
  Sekarang ini bukan musim buah pulasan di Kebun Bahagia Bersama. Tetapi tak sabar nak tunggu buah manggis yang lebat di pokok untuk ranum. 

Rabu, 9 Disember 2015

Green Mountain Spiral Ginger

   Ada pelbagai jenis halia di dalam dunia ini yang dicipta olehNYA untuk dimanfaatkan kepada makhluk yang dicipta olehNYA. Bila direnungkan kebesaran Maha AdilNYA, jenis-jenis halia seperti halia makan, kantan dan lengkuas yang keseluruhan pokoknya mempunyai pelbagai khasiat berasal di benua Asia. Untuk mereka yang duduk di kawasan tropika benua Amerika pula dikurniakan pula lebih banyak pelbagai jenis sepupu halia dalam bentuk 'spiral ginger' atau juga dipanggil 'costus'. Dipanggil 'spiral ginger' kerana batang pokoknya tumbuh dalam arah lingkaran. Kalau macam kantan dan lengkuas kan batangnya tumbuh menegak ke atas.

  Dengan adanya phenomena globalisation sekarang, beberapa tahun ini kelihatan di Malaysia juga menggunakan pokok keluarga spiral ginger yang berasal dari benua Amerika dalam landskap bukanlah sesuatu perkara yang janggal. Kerana pokok keluarga spiral ginger ini lebih mudah dijaga dan low maintenance. Tambahan pula terdapat beberapa jenis spiral ginger yang amat sesuai ditanam di dalam pasu dan menjadikan hiasan dalaman yang cantik di dalam bangunan. Salah satu faktor ianya sesuai digunakan dalam kawasan bangunan kerana ada juga jenis spiral ginger dapat juga hidup dalam kawasan yang mempunyai kurang cahaya matahari. 

  Sebagai contoh jenis spiral ginger 'Green Mountain' kantung bunganya yang juga boleh dipanggil cone/bract ini tahan lama berminggu-minggu menjadikan ianya juga cantik sebagai hiasan bunga. Cone costus green mountain berwarna merah dengan lapisan hujungnya ada warna kehijauan. Dari kon bunga ini akan terkeluar bud bunga berwarna jingga yang akan makin mengemuk yang kemudiannya akan kembang mengeluarkan bunga berwarna merah berbentuk bibir berlipstik seperti gambar no. 1. Bunga sebenar 'Green Mountain' ini hanya kembang sekejap sahaja dan tidak berbau.
  Yang menarik minat Tukang Kebun dalam mengenali dunia spiral ginger sebenarnya ialah yang ada sesetengah jenis spiral ginger boleh dimasukkan dalam kategori tumbuhan yang boleh dimakan. Bahagian bud bunga yang sedang menggemuk belum lagi kembang bunganya itu boleh dimakan segar begitu setelah dipetik. Rasa bud bunga mengikut jenis spiral ginger juga mempunyai rasa yang berlainan. Tukang Kebun cukup suka bud bunga yang dikeluarkan dari jenis spiral ginger 'Green Mountain'. Sambil meronda dalam kebun, jika Tukang Kebun ternampak ada kudup bunga yang dah besar gemuk akan segera dituai dan terus masuk dalam mulut kunyah-kunyah sambil berjalan menjadi kudapan. Untuk bud bunga 'Green Mountain' rasanya masam-masam manis. A fruity flavor? Lihatlah di mana dalam gambar yang cone terkandung banyak kudup bunga si kerengga pun rajin nak menumpang rasa manisannya.

Maklumat mengenai spiral ginger 'Green Montain' juga boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

   Kalau gardeners yang suka rasa masam-masam macam pucuk assam gelugor sebagai ulam, bud bunga spiral ginger 'Green Mountain' boleh dijadikan sebagai pengganti pembuka selera juga. Begitu juga bud bunga 'Green Mountain' boleh dicampurkan dalam campuran hidangan salad untuk menambahkan keceriaan sidedish tersebut atau pengganti buah tomato cuma texture lebih ranggup. Jika nak kekalkan kerangupan bud bunga spiral ginger 'Green Mountain' ianya lebih elok dimakan segar mentah. Pernah juga Tukang Kebun campurkan dalam nasi goreng jadi layu sudah tak ranggup tapi rasanya menjadi lebih kuat atau orang putih kata more intense. Mungkin sedap juga dicampurkan dalam asam pedas ataupun masak lemak cili api.

~ 1 set rhizome RM8.00 ~

   Seperti halia makan, pokok spiral ginger juga ada yang berizom. Kalau pokok yang simpan tenaga dalam rizom ini bagi orang berkerja yang selalu outstation atau travel tak perlu beberapa nak risaukan takut pokoknya kering mati. Bila disiram akan keluar tunas-tunas baru apabila pokok asalnya sudah mengering, jika rizomnya masih tidak kecut kering disimpan dalam tanah. Untuk balcony gardener atau container gardener yang minat untuk menambahkan kepelbagaian edible food di kebun ala-ala ulam gitu bolehlah mencuba bela spiral ginger 'Green Mountain'. Kebarangkalian lebih mudah nak bela costus green mountain dalam pot berbanding dengan pokok grafted asam gelugor dalam bekas terutamanya jika anda adalah weekend gardener.



   Ini pula jenis spiral ginger yang berasal dari Asia Tenggara atau native kepada tanahair kita. Salah satu nama panggilan orang kita untuk pokok bunga ini ialah Setawar Putih manakala orang barat panggil Crepe Ginger. Seperti ' Green Mountain' kudup bunganya pula yang berwarna putih pun boleh dimakan cuma tak de rasa sangat tawar. Jadi bolehlah juga kalau nak campur dalam salad mix kasi warna warni dengan 'Green Mountain' with your favourite dressings. Ataupun cicah dengan budu atau sambal tempoyak dengan ulam-ulam lain.

Cerita-cerita tambahan mengenai Crepe Ginger juga boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 set rhizome Crepe Ginger/Setawar Putih RM8.00 ~

  Pokok-pokok spiral ginger ini senang dijaga sebab tak de sangat masalah serangan serangga. Cuma just to note ini adalah pokok yang selamat untuk PETS. PETS dekat belakang tu suka sangat makan pokok spiral ginger yang muda terutamanya si angsa habis diorang makan. Dari pemerhatian Tukang Kebun PETS lebih suka makan yang tunas spiral ginger 'Green Mountain' dari Crepe Ginger. Habis diratahnya bila kebuluran atau musim kuat makan. Hai nasib baiklah jenis pokok berizom jadi bolehlah selamat dipindahkan ke tempat lain rizomnya.


  Minggu ini tiada self-collect day, tapi ada pengeposan minggu depan InsyaAllah.

   Jika ada yang mengidam fresh organic produces dari Kebun Bahagia Bersama yang available untuk penghantaran dengan Pos Laju minggu depan ialah :

~ 1 ikat pucuk asam gelugor RM1.00 .

~ 5 biji buah nam nam / katak puru RM2.00.

~ 500gram limau mixed RM3.00 .

~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .

~ 1 kilogram buah canistel/kuning telor RM5.00 .

Sabtu, 19 Julai 2014

Musim Manggis Julai tidak diJangka

 Sekarang ini di tempat-tempat tertentu di Semenanjung Malaysia adalah musim buah manggis. Manggis dah mula dijual di pasar-pasar. Biasanya musim manggis setiap tahun di Kebun Bahagia Bersama adalah bulan November. Tetapi kali ini ada juga pokok manggis yang berjaya menghasilkan buah bulan ini. Di penghujung kemarau lepas, pokok-pokok manggis tiba-tiba teruja nak berbunga jadi musim buah pada bulan Julai bukanlah sesuatu yang dijangkakan setiap tahun. Syukur Alhamdulillah ada buah yang berjaya dapat dinikmati mulai minggu ini. Rezeki buah manggis pada bulan Ramadhan jadi taklah terliur tengok yang dijual di pasar. 
 Yang dinobatkan sebagai Ratu di Kebun Bahagia Bersama minggu ini ialah pokok Manggis Japanese Bonsai di gambar bawah. Pokok manggis ini memang rajin berbuah setiap tahun dan umurnya pun dah belasan tahun. Ini antara koleksi baka pokok manggis Japanese Bonsai big boss punya. Pokoknya memang bukan jenis besar, setiap tahun sikit-sikit je pokoknya meninggi. Pokoknya bushy rendah dan compact memang sesuai juga untuk mereka yang tidak mempunyai banyak ruang seperti terrace house. Setelah berbelasan tahun tumbuh, baru sahaja mencapai ketinggian 5 kaki. Kalau ikutkan musim buahnya yang betul, berbuah lebat puas makan. Sehari sebelum puasa bermula, tukang kebun ada kasi upah baja compost dekat dia. 

Musim buah apa di kebun kawan-kawan sekarang?

Jumaat, 29 November 2013

Grafted Oval Lemon Plant

 Bila tukang kebun bandingkan pertumbuhan pokok lemon yang disemai dari biji benih dan secara tut, pembesaran pokok lemon yang disemai dari biji benih sebenarnya lebih cepat dari segi perkembangan ketinggian dan akarnya. Cuma dari biji benih kena tunggu beberapa tahun sebelum berbuah. Tapi sebenarnya untuk pokok lemon yang jenis grafted juga perlu memberikannya masa untuk membesar sehingga satu tahap dulu. Jika tidak memberikan peluang pokok lemon grafted kukuh membesar dahulu ada kemungkinan jangka hayatnya tidak panjang selepas memberikan buah beberapa musim. Pokok grafted yang baru dibiarkan berbuah lebat sebenarnya tidak mempunyai banyak energy terkumpul seperti pokok-pokok yang disemai dari biji benih mengumpul tenaga sehinggalah ia rasa ready untuk berbuah. Dalam bakul atas adalah antara tuaian/kutipan lemon dari Kebun Bahagia Bersama untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama yang selamat dihantar dari pokok lemon dalam gambar bawah sebelum dituai. Model itik kali ini untuk anggaran besar buah lemon oval berdekatan kolam. Minggu ini tak sempat nak meronda kebun sampai banyak lemon ranum tergolek-golek atas tanah, weed pun dah meninggi di bawah pokok lemon. Sambil tuai/kutip tu sambil tukang kebun cabut-cabut weed kalau tidak tak nampak dah lemon-lemon yang jatuh tu.
 Minggu ini tukang kebun release batch pokok grafted oval lemon dari clone pokok lemon dalam gambar (sebagai kenangan yang menerimanya tahu dari pokok mana dalam Kebun Bahagia Bersama disertakan gambar). Tukang kebun tak pernah spray pokok-pokok lemon yang dibekalkan jadi ada nibble here and there dekat daunnya. Lagipun kalau tengok pokoknya zoom in di gambar atas pun does not look perfect tapi pokoknya menghasilkan buah untuk kami sepanjang tahun, setiap minggu paling kurang pun mesti ada 1 biji boleh ambil. Seelok-eloknya kalau pokok grafted lemon biarkan ianya membesar sekurang-kurangnya ketinggian 40cm baru bagi ia peluang berbuah. Kecil-kecil sekarang pun pokoknya dah mula menggatal nak berbuah, jadi buang bunganya. Memang seronok tengok dah mula berbuah kecik-kecik pokok grafted lemon tapi keseronokkan sekejap, harap bersabar menunggu ianya membesar lagi untuk kutip bilangan berjuta-juta lemon.
~ Grafted Oval Lemon Tree ~

1 Bekas RM25.00  (enquiries kebunkmg@gmail.com).


Minggu depan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama masih available, antara tuaian yang available dari Kebun Bahagia Bersama untuk dimasukkan goodies: lemon, manggis, rambutan dan lain-lain.
 Manggis tak perlu dipetik, jatuh-jatuh masak ke tanah jadi dibekalkan bukan diperam tapi yang sudah ranum dengan sendirinya. Selalunya pokok manggis yang utama terletak dekat depan pagar rumah selalu tukang kebun curi-curi masa sambil menunggu anak-anak tengah lunch. Lepas mereka habis lunch meal untuk pencuci mulut antaranya buah manggis. Setiap hari minggu ini penuh satu bakul seperti dalam gambar dikutip.
 Minggu ini memang series tanaman bunga putih, tukang kebun tak ada cheating ya sebab pokok oval lemon dalam posting ini bunganya adalah warna putih. Selain itu, gladioli berwarna putih tengah berkembang di Kebun Bahagia Bersama juga.