No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Mahkota Dewa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahkota Dewa. Papar semua catatan

Khamis, 22 Oktober 2015

Buah Mahkota Dewa

  Pokok mahkota dewa yang ditanam sejak matang mula berbuah sehingga sekarang, Tukang Kebun perhatikan jenis tumbuhan yang tidak putus-putus berbuah di Kebun Bahagia Bersama walaupun tidak dipedulikan sebab tuan sebenarnya dok jauh seberang Laut China Selatan. Belum lagi buahnya habis kesemuanya ranum gugur di tanah, ada yang masih hijau, diperhatikan pokoknya dah teruja nak berputik bunga sekali lagi.

  Pokok mahkota dewa ini cukup serasi duduk di kawasan yang menerima separa cahaya matahari. Masa awal pemindahan anak-anak pokoknya perlu berhati-hati dengan akarnya dan disiram kerap, tetapi setelah ianya menyesuaikan diri tidak perlu kerap disiram. Yang sudah ditanam di atas tanah bukan dalam pasu, sudah usia remaja boleh hidup dengan memadai penerimaan hujan sepanjang tahun. Sebagai contoh, pokok mahkota dewa ini yang matang dalam gambar ini tak pernah disiram oleh Tukang Kebun hanya bergantung kepada taburan air hujan.
   Bunga pokok mahkota dewa yang berwarna putih juga amat cantik bentuknya membuatkan ianya kelihatan juga seperti pokok hiasan. Ada juga pernah menerima pertanyaan dari peminat bunga-bunga warna putih, apa pokok bunga warna putih yang tak berhenti-henti berbunga? Terfikir pula Tukang Kebun pokok mahkota dewa juga adalah pokok yang kerap berbunga, untung juga tanam nampak macam pokok hiasan, buahnya juga nampak comel, jika mahu boleh juga jadikan ianya sebagai ubat herba alternatif bila diperlukan. Double Happiness. Rasa buahnya dah masak biasanya pahit, jika tergigit pun biasanya tak termakan lekas dibuang.
   Biasanya bila Big Boss balik, barulah buah-buah yang masak dipetik oleh Big Boss. Biasanya diracik-racik, kemudian dikeringkan di luar. Buah mahkota dewa bahagian paling racun adalah bijinya sebenarnya, tetapi dengan mengeringkannya dahulu akan mengurangkan kandungan racunnya. Penggunaan mahkota dewa sebagai herba dalam dunia perubatan boleh dikatakan masih baru atau recent findings. Belum lagi banyak penyedilikan secara scientific terperinci dilakukan lagi, termasuklah catatannya dalam kitab-kitab perubatan lama juga tiada. Pokok buah mahkota berasal dari Papua New Guinea yang beriklim tropika menjadikannya pokok yang mudah juga tumbuh di Malaysia.

   Dalam kajian nilai kandungan anti-oxidant dikatakan buah mahkota dewa adalah lebih tinggi dari pelbagai jenis berry yang diketahui dijadikan sumber anti-oxidant (Andrean et al 2013). Bukan sahaja buahnya yang berguna, tetapi daun pokok mahkota dewa juga menurut kajian membantu dalam masalah impotence lelaki dalam proses pembiakan masalah zahir dan batin. Dalam kajian menggunakan buah mahkota dewa atas tikus dilaporkan  kandungan tertentu dalam buahnya boleh menaikkan level hormone testosterone dan juga kelakuan libido haiwan tersebut (Parhizkar et al 2013).
   Buah mahkota dewa tidak boleh dimakan ketika masih segar, perlu dikeringkan betul-betul. Setelah kering pisahkan bijinya dan simpan isi buah yang sudah kering dalam botol bersih. Buat seperti teh rebus isinya untuk diminum. Yang menghadapi masalah kencing manis boleh cuba amalkan minum sehari sekali air rebusan mahkota dewa setiap hari dalam seminggu tengok sesuai ada perubahan atau tidak dahulu. Kekadang side-effect minum rebusan teh buah mahkota dewa boleh membuatkan ngantuk, minum air banyak-banyak jika rasa mengantuk. Untuk orang sedang mengandung tidak sesuai untuk ambil buah mahkota dewa sebagai ubat, boleh menyebabkan keguguran atau mempercepatkan kelahiran. Ambil nasihat pakar dahulu sebelum cuba lebih elok.
 Pokok mahkota dewa boleh dibonsaikan pokoknya supaya tidak besar. Bila pruning biasanya cepat sahaja ianya tumbuh tunas-tunas baru di dahannya (related posting klik sini). Bulan ini nampak banyak buah mahkota dewa meranum di atas pokok, Big Boss pula tiada balik. jadi tak dimanfaatkan buahnya sebab Tukang Kebun pun tak de masa nak belek-belek ada projek lain. Big Boss pun tak kuasa nak bising sebab tahu Tukang Kebunnya di Sungai Buloh tak cukup kakitangan. Lagipun kampung Big Boss di Kiulu juga ada pokoknya baru kecil macam tinggi si Tukang Kebun kecil Rayyan dah berbuah masa kali terakhir Tukang Kebun balik dulu. 

 Pasti di KingFisher juga ada sudah anak pokoknya yang sedang membesar. Adik lelaki Tukang Kebun pun sekarang kerap balik ke Kiulu sedang buat projek tanam cili sama saudara mara sana, jadi yang di kampung ada buah mahkota dewa boleh dibawa balik untuk kegunaan Big Boss. Itulah kehidupan kami macam nomad, pokok-pokok pun macam mengembara sama-sama menetap di tempat lain. Kalau kebun Sungai Buloh di sini terputus takde, InsyaAllah dekat kebun bahagian Borneo pun ada back up. Semoga generasi seterusnya seperti tumbuhan-tumbuhan di Kebun Bahagia Bersama dah beberapa generasi ada dipindahkan merata-rata di mana tanah kebun yang ada akan berterusan bekalan tidak terputus.

Anak pokok mahkota dewa ada ready stock baru, beranak pinak dari pokok mahkota dewa di atas yang dipindahkan ke dalam bekas beberapa bulan-bulan lalu.

~ 1 bekas anak pokok mahkota dewa RM8~

Bulan ini pun InsyaAllah selagi ada fresh stock buah masak mahkota dewa juga dapat kami bekalkan.

~ 500gram buah mahkota dewa RM7~

Jumaat, 17 Oktober 2014

Anak pokok cili burung

   Minggu lepas rezeki kongsi dari burung ialah 'Terung Pipit' (klik sini). Minggu ini pula jika rezekinya selalu dikongsikan bersama burung banyaklah pokok 'Cili Burung' tumbuh merata-rata di kebun. Gambar di bawah beberapa buah cili kesan dimakan oleh burung satu gambaran yang tidak asing di Kebun Bahagia Bersama setiap hari. Tapi tidak mengapa sebab memang pokok cili burung menghasilkan buah yang lumayan tak perlu berebut. Pokok cili burung memang antara pokok jenis yang paling mudah untuk hidup di tanah rendah Malaysia ini. Untuk yang baru berjinak menanam cili elok ambil pengalaman tanam pokok cili burung.
  Asalnya dulu tiada pun pokok-pokok cili burung tumbuh merata-rata di Kebun Bahagia Bersama seperti sekarang. Tapi atas usaha Big Boss sekarang tak putus-putus bekalan cili burung di Kebun Bahagia Bersama dan banyak muncul pokok-pokoknya di pelbagai sudut kebun. Masa adik-adik rajin kutip dulu kalau rajin kutip tiap minggu jika dijual di kedai bolehlah dapat mereka beli Top up handphone. Ketika musim kemarau lalu pun tak pupus pokok-pokok cili burung di KBB walaupun tidak disiram langsung ada juga yang tumbuh begitu subur sekali tak putus-putus juga berbuah. Variety cili burung sangat sebati dan sesuai dengan cuaca negara kita ni. 
  Masa musim panas kemarau, pokok jenis cili burung tak perlu full sun boleh cope dengan light shade dan partial shade jadi boleh hidup subur seperti yang tukang kebun perhatikan sepanjang tahun ini. Masa musim hujan lebat pula full sun lebih bahagia tumbuh subur. Begitulah kalau nak susun tanaman seperti cili burung untuk memastikan bekalan tak putus sepanjang tahun. Pokok cili burung ini boleh hidup lama jenis 'short perennial' dalam 2~3 tahun.
  Semasa Hari Malaysia lalu tukang kebun ada pangkas pokok cili burung yang tinggi lebih 2 meter tumbuh sendiri duduk depan pokok mahkota dewa (klik sini). Tak sampai 2 minggu keluar semula pucuk-pucuk baru di tunggul pokoknya. Gambar di bawah pula adalah pokok yang sama diambil pada 12hbOktober 2014. 
 Masa ambil gambar di atas pun, baru tukang kebun perasan yang pokok mahkota dewa di belakangnya yang bahagian dahan bawah yang tukang kebun pangkas nak kasi kemas juga ada tumbuh pucuk-pucuk baru. Yang was-was nak trim pokok mahkota dewa yang dah matang tak perlu was-was boleh saja dipangkas dapat lagi banyak ranting baru. Anak pokok mahkota dewa juga bulan ini ada stock RM8.00 sebekas (klik sini).
  For novice gardener kami masukkan lagi 1 pilihan untuk "3plants mix for RM10" page (klik sini). Menjadikan masuk minggu ini ada 15 pilihan untuk "3plants mix for RM10". Cuma bulan ini dalam senarai tersebut stok yang tiada ialah 'Arachis Pintoi' dan 'Serai' (raya banyak pakai). Yang lain selagi stok masih ada masa pesanan dibuat.

Atau 1 bekas cili burung RM4.00 .
  Yang biasa memotong rumput atau merumput di Kebun Bahagia Bersama biasanya dah kena 'eye-training' cam anak-anak pokok cili burung yang tumbuh sendiri untuk dibiarkan tumbuh bahagia di Kebun Bahagia Bersama. Minggu banyak hujan ni mulalah banyak anak-anak pokok cili burung naik dalam kebun. Pokok bunga kertas yang digondolkan pada Hari Malaysia lalu juga dah naik pucuk-pucuk baru. Minggu ini banyak tukang kebun kongsi mengenai "pruning" sebab memang sekarang musim 'Spring Cleaning' di Kebun Bahagia Bersama. Kalau pokok cili burung naik bena biasanya tukang kebun tak fikir panjang, potong je tangkai yang kena bena tu, nanti keluarlah pucuk baru dari nak berperang tiap hari. Kadangkala tumbuhan-tumbuhan memerlukan baju baru juga, jadi dengan 'pruning' dapatlah mereka berwajah baru.

Rabu, 17 September 2014

Malaysia Day Quest

 Pada Hari Malaysia 2014, team members Kebun Bahagia Bersama buat "Spring Cleaning" ambil kesempatan hujan tak turun di sebelah pagi. Ahad lepas, pagi-pagi lagi hujan dah turun jadi hajat nak mengemas tertangguh. Antara kawasan yang dikemaskan adalah di sebelah tempat letak kereta seperti gambar di atas. Dah nampak makin gelap dah kawasan ini jadi macam jalan-jalan dalam KBB in Wonderland. I "wonder" if any frightening creatures lurks in that piece of land. 
  Lagipun hujung bulan ini, big boss balik nanti bad mood pula big boss tengok pokok mahkota dewa dia dah jadi pokok cabai burung pula. Pokok cabai burung tu tak ditanam tumbuh sendiri tak pernah siram tapi hidup subur masa kemarau. Sebelum tukang kebun pangkas ketinggian pokok cabai burung tu dah lebih 2 meter.  Gambar bawah antara hasil bahagian pokok cabai burung yang dah dipangkas. Tengok batangnya pun dah besar kalah batang pokok markisa.
 Tuaian cabai burung dari hasil meneras lebih 1 bakul. Itupun tak terambil semua.
  Yang ambil masa mengemas semalam juga adalah calathea. Masa tengah kemaskan calathea tu tengah pegang daunnya tiba-tiba tangan tukang kebun terpegang genggam sesuatu yang sejuk dan squishy. Apalagi terkejut punya pasal sambil berteriak toleh ke tangan lah terpegang katak rupanya yang suka duduk atas pokok. Nasib baiklah katak. Kalau yang takde kaki tu.....
 Tukang kebun pun tak pasti calathea jenis apa tapi bunganya seperti gambar di bawah. Sekiranya ada yang tahu jenis apa, kongsikan knowledge dengan tukang kebun ya. Dalam penghantaran pos laju yang dipos hari ini, sekiranya ada ruang dapatlah ole-ole dari Kebun Bahagia Bersama sama-ada cabai burung ataupun rizom calathea ya.
  Hasil meneras pada Hari Malaysia semalam. Barulah terang dunia di situ. Barulah nampak si pokok mahkota dewa yang sedang berbuah masih hijau mungkin bila tuannya balik elok dah merah kut. Pokok mahkota dewa big boss punya ni tak putus-putus berbuah walaupun diselubungi dengan dahan-dahan pokok cabai burung hidup bahagia bersama. Tapi pokok cabai burung tu tukang kebun kasi tinggalkan tunggul tinggi nak dekat 1 kaki di depan pokok mahkota dewa. Tukang kebun tak hairan kalau tunggul cabai burung tu tumbuh pucuk-pucuk baru balik nanti. Belakang pokok-pokok lipstick palm tu pun rupa-rupanya ada pokok kemuning dah tinggi nak 3 meter.
 Gardeners lain ada projek special tak masa Malaysia Day?

Rabu, 26 Februari 2014

Ada Kerengga buah tak putus-putus

 Semasa mencari rancangan kanak-kanak yang berhubungkait dengan mengenali organ struktur tanaman, tukang kebun terserempak dengan video clip pendek ni. Tukang kebun tertarik dengan kata-kata Otai dalam memelihara species-species tumbuhan native di Hawaii. Seperti yang Otai tu berkata bila kita mendengar sesuatu tumbuhan tu ada potensi untuk merawat AIDS atau pun cancer maka initiative dibuat untuk memelihara tumbuhan tersebut. Manakala terdapat banyak lagi tumbuhan yang belum dikaji dan ada kebarangkalian mereka akan pupus begitu sahaja jika tidak diperlihara. Banyak lagi tumbuhan yang belum dikaji secara terperinci mungkin ada penawar yang lebih mujarab, selamat dipergunakan dan lebih sesuai. Tukang kebun pun bahagia dengan pokok-pokok yang ada di Kebun Bahagia Bersama tidak mengira apakah fungsi masing-masing, mereka adalah bagaikan keluarga sama-sama bertambah usia memerhatikan kami menguruskan kerja seharian.

 Salah satu tanaman yang bernasib baik tidak pupus kerana popularity makin naik ialah pokok mahkota dewa, ramai yang ingin menjadinya sebagai koleksi di kebun. Anehnya, pokok ini di kawasan asalnya, penduduk di sana tidak makan buah ini ataupun menggunakannya sebagai ubatan tradisional. Orang luar yang mencuba kebolehan buah mahkota dewa di mana di kawasan asalnya hanyalah sebagai pokok hiasan. Buahnya yang merah menyala-nyala seperti memanggil untuk dipetik tapi awas buahnya beracun. Makhluk dalam Kebun Bahagia Bersama yang suka mencuba pelbagai jenis buah pun tak sentuh buah ini dibiarkan sahaja. Untuk orang yang mengandung elak dari mengambil hasil proses buah mahkota dewa dalam apa bentuk. Memandangkan banyak sumber telah menulis manfaatnya tukang kebun tak sentuh topik tersebut cuma nak rekodkan pemerhatian.
 Pokok mahkota dewa tukang kebun perhatikan sentiasa ada kerengga bertapak di situ semasa berbunga dan berbuah. Sama juga dengan pokok lemon yang tidak putus-putus buah sepanjang tahun. Kebiasaannya pokok yang rajin berbunga dan berbuah kerengga rajin menapak di situ. Walaupun bagi kita macam ngeri je tengok kerengga berkerumun, tapi sebenarnya tetamu ini memberikan rezeki kepada kita. Biarkanlah dia,kedatangan mereka kekadang memberikan kejutan yang baik untuk kita. Pokok buah mahkota dewa ni tak pernah tukang kebun siram tapi masih hidup bahagia tak berhenti-henti menghasilkan buah di partial shade. Tengoklah berkerumun si kerengga.
 Semasa ketiadaan big boss, buah mahkota dewa yang masak-masak tidak dimanfaatkan oleh team members Kebun Bahagia Bersama yang lain. Jika ada yang ingin tukang kebun sertakan buah-buah mahkota dewa yang dah ranum dalam pack goodies Pasar Online Kebun Bahagia Bersama bolehlah merisik.

 Tukang kebun nak ucapkan terima kasih dekat adik Azwan dari Ipoh sanggup singgah di Kebun Bahagia Bersama borang kelapa tua untuk santan. Mula-mula tukang kebun terkejut juga tiba-tiba dearest hubby beritahu ada orang nak datang rumah nak beli kelapa tua. Kalau urusan kelapa tua biasanya dearest hubby yang uruskan, dia pun terpinga-pinga mula-mulanya sebab tiba-tiba ada permintaan kelapa tua. Memandangkan hubby masih berada di luar kawasan rumah terpaksalah tukang kebun kumpul-kumpul dulu yang dah berguguran check yang masih boleh digunakan dan kumpulkan ke satu tempat dulu sambil-sambil kemaskan area bawah pokok kelapa. Syukur Alhamdulillah dapatlah capai target no. permintaan Adik Azwan. Tukang kebun kagum adik Azwan masih muda-muda generation Y ni dah ada azam nak buka kedai bekal santan sendiri di kawasan kediamannya. Adik Azwan sekarang mencari pembekal kelapa untuk santan, jika ada sesiapa yang boleh bekalkan kelapa di sekitar kawasan Ipoh bolehlah contact adik Azwan (azwanbiz91@gmail.com). Kebun Bahagia Bersama mendoakan supaya perniagaan adik Azwan berjaya berkat usaha gigih.

Rabu, 8 Januari 2014

Kawan Baik Si Cabai Burung

 Tukang kebun suka tengok pokok yang dikatakan ada kebarangkalian potensi dalam perubatan jika dikaji dengan lebih mendalam secara klinikal ini, bila tiba musim bunganya sangat meriah sekali memenuhi seluruh dahan pokok. Apatah lagi menceriakan suasana di kawasan partial shade. Menjamu mata sahaja, jamu masuk badan buahnya tanpa proses belum nanti masuk hospital pula. Lebih baik tanya pakar bagi kendalian proses buahnya.Yang menarik perhatian tukang kebun ialah self-seeded pokok cili burung tumbuh dengan suburnya sihat walfiat.  Pokok cili burung ini pun sangat bushy dan ketinggiannya melebihi 1 meter tak putus-putus berbuah disamping pokok mahkota dewa yang matang. Dalam kongsi pemerhatian, tukang kebun rasa untuk menggunakan ruang yang ada lebih produktif boleh cuba-cuba tanam pokok cili burung bersama-sama dengan pokok mahkota dewa bagi mereka yang mempunyai masalah dengan penanaman pokok cili burung as companion planting.

~ Pokok Mahkota Dewa ~
1 bekas RM8.00 .

Khamis, 9 Mei 2013

Mahkota Dewa

  Pokok mahkota dewa dikatakan banyak membantu dalam mengurangkan atau mencegah pelbagai penyakit sebagai ubat tradisional. Elok dapatkan juga nasihat pakar. Buahnya apabila ranum berwarna merah hati tidak boleh dimakan begitu sahaja dikatakan beracun terutama bijinya. Jadi perlu diproses dengan mengupas isinya atau diracik dan buang bijinya. Isinya dikeringkan dahulu sebelum dibuat teh.
 Bunga pokok mahkota dewa berwarna putih sangat cantik juga. Setakat dalam pemerhatian tukang kebun pokok mahkota dewa berbuah sepanjang tahun dan tidak bermusim. Pokok mahkota dewa selesa juga hidup di tempat yang mendapat separa cahaya matahari.


~Anak Pokok Mahkota Dewa~

1 pokok (RM8) + Kos penghantaran Pos Laju (RM10) = RM18.

Sekiranya ada pesanan bulb atau biji benih tiada penambahan kos penghantaran.
Gardener yang berminat boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).

Selasa, 16 Oktober 2012

Buah Menanti

Jalan-jalan cari buah...
 Pokok nangka yang manis benihnya dari Thailand rajin berbuah yang untung binatang-binatang peliharaan sebab tukang-tukang kebun tak termakan. Buah-buah ni dekat tanah syokla pet tu makan.
 Pokok Markisa yang sentiasa berbuah dah menjalar dan bertenggek atas ampaian baju. Perlu ubahkan susah nanti nak jemur baju dan potong rumput.
 Pokok Mahkota Dewa banyak buahnya dah masak jatuh-jatuh. Tukang kebun baru tahu ada pokok ni mama tanam dekat rumah. Apa rasa agaknya.
Pokok buah salak pernah berbunga tapi tiada buahnya lagi, Pokok betik tinggi berbuah nak kena jolok.