Tukang kebun suka tengok pokok yang dikatakan ada kebarangkalian potensi dalam perubatan jika dikaji dengan lebih mendalam secara klinikal ini, bila tiba musim bunganya sangat meriah sekali memenuhi seluruh dahan pokok. Apatah lagi menceriakan suasana di kawasan partial shade. Menjamu mata sahaja, jamu masuk badan buahnya tanpa proses belum nanti masuk hospital pula. Lebih baik tanya pakar bagi kendalian proses buahnya.Yang menarik perhatian tukang kebun ialah self-seeded pokok cili burung tumbuh dengan suburnya sihat walfiat. Pokok cili burung ini pun sangat bushy dan ketinggiannya melebihi 1 meter tak putus-putus berbuah disamping pokok mahkota dewa yang matang. Dalam kongsi pemerhatian, tukang kebun rasa untuk menggunakan ruang yang ada lebih produktif boleh cuba-cuba tanam pokok cili burung bersama-sama dengan pokok mahkota dewa bagi mereka yang mempunyai masalah dengan penanaman pokok cili burung as companion planting.
~ Pokok Mahkota Dewa ~
1 bekas RM8.00 .
4 ulasan:
belum penah tgk lg pokok mahkota ni, tentu byk khasiatnya kan
Gemuk betul buah cili burung diana... Dah selamat tiba... Terima kasih...
Pokok mahkota dewa ni senang tumbuh Sudais.
Syukur Alhamdulillah Selamat Terima Ima. Sama-sama.
Catat Ulasan