No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 23 Januari 2014

Serai Acheh

 Dah bertahun-tahun kau menghuni di kawasan ini, tapi penghuni homo sapiens di Kebun Bahagia Bersama tak perasan yang sebenarnya kau memberikan bunga yang indah dan harum semasa embun pagi masih ada bila digoyang-goyangkan. Termasuklah big boss yang menanam kau setelah dibawanya pulang dari Kulim, Kedah beberapa tahun dahulu melawat jiran tanah depan yang pulang kembali ke kampung setelah retired early dan membuka home-stay di Kulim serta tauke berkolam-kolam ikan air tawar jadi bekalan restoran di Kulim. Betapa banyaknya zuriat kau membiak dengan cepat secara rizom-mu yang menjalar-jalar creeping di dalam tanah.  Lihatlah bagaimana kau memenuhi ruang di bawah pokok belimbing besi berdekatan dengan pagar rumah adalah juga lebih 2 meter persegi sudah kau menjelajah. Dalam sebulan kalau masak tomyam tiap-tiap hari pun tidak kehabisan stok Serai Acheh yang ada tumbuh di Kebun Bahagia Bersama. 
 Tahun lepas awal pagi semasa embun masih ada selepas menghantar Ilhan ke tadika kemas hendak tarik pintu pagar maka bergoyang-goyanglah pokok-pokok ini, kenapa bau segar sedap lemoney je dihirup udara pagi ini macam iklan 'Febreze'? Bila diintai eh ada banyak bunga-bunga putih cantik kembang di dasar pokok yang tukang kebun dah lama syak adik-beradik keluarga 'ginger' (Zingiberaceae) bila melihat morphology struktur pokoknya. Tukang kebun buat siasatan tanya tok guru sini sana yang arif mengenai keluarga halia native di Malaysia, Sean datang pun tukang kebun minta tolong perhatikan pokok Serai Acheh ini juga dan juga angkat pokok-pokok Serai Acheh nak tengok macam mana struktur isinya dalam tanah. Seperti biasa, Big Boss kalau dengar sesuatu pokok jika ianya mempunyai nilai buat ubat tradisional pasti ditanamnya di Kebun Bahagia Bersama tanpa ambil tahu namanya. Bila tunjuk gambar pokok ini berbunga, big boss pun terkejut eh ada bunga ya cantik ya. 
 Kebetulan pula akhir tahun lepas jiran tuan tanah depan ada balik untuk menghadiri kenduri kahwin kenalan rapatnya, papa tukang kebun punyalah excited menjerit-jerit panggil tukang kebun yang baru sahaja balik dari Sunway Pyramid beli keperluan anak-anak sekolah belum lagi jejak kaki ke rumah nak mengajak berjumpa dengan Pak Cik Mat dan Mak Cik Kiah. Rindu sangatlah tu nak jumpa jiran lama yang memang rapat sebab merekalah banyak menolong kami sejak berpindah ke Kebun Bahagia Bersama. Big boss pun ajaklah tukang kebun sekali sebab dah lama hajat di hati tukang kebun nak merisik kalau mereka nak jual tanah depan rumah kami 1 ekar tu. Borak punya borak Pak Cik Mat yang buka cerita dulu yang dia dah nak jual tanahnya yang 1 ekar ada banglo setingkat tu dengan harga  1.3 juta (nasib tak risik lagi)...Gulp...Gulp...Gulp...telan air liur jelah over over over budget. Big boss pun dah menjeling ke tukang kebun faham sangatlah tak mampu lagi kami nak merealisasikan impian tersebut (takpelah suatu hari nanti jika ada rezeki). 
 MasyaAllah tidak disangka harga pasaran Kebun Bahagia Bersama nilainya pasti lebih dari itu, berkat usaha gigih kedua ibubapa tukang kebun yang berhijrah ke Sungai Buloh dari Shah Alam dengan papa seorang yang berkerja sebagai pensyarah UITM. Pinjaman 25 tahun loan buat rumah yang kami tumpang duduki pun tidak lama lagi InsyaAllah sudah habis dibayar oleh papa yang masih gigih berkerja kontrak dengan University Malaysia Sabah walaupun sudah lama pencen. Sekarang barulah tukang kebun faham masa kami adik-beradik membesar kenapa begitu jarang sekali kami makan luar dalam setahun boleh kira dengan jari tangan dan pergi bercuti pun jarang sekali kerana ibubapa kami puas berjimat supaya ada tempat yang tetap untuk kami berteduh, a place we call 'home sweet home'. Papa tukang kebun sebelum sekolah masih kecil adalah anak yatim, setelah neneknya yang menjaganya meninggal dunia, berpindah sini sana menumpang kasih dengan saudara mara.  Bila tukang kebun dewasa mencari rezeki sendiri barulah diri ini faham kenapalah setiap kali ambil gambar family masa beraya zaman budak hingusan mesti belakang background rumah Kebun Bahagia Bersama.
 Ada juga beberapa kali menerima meminta pertolongan merisik-risik harga tanah di Sungai Buloh. Jangan tertipu memang dengar awalnya bunyi Kampung sekian sekian...tapi nilai pasaran tanah di Sungai Buloh makin melambung, seperti contoh sekarang 1 ekar dipecahkan kepada 12 lot tanah, yang satu lot tanah dijual dengan harga RM80K (12 lots X RM80K = RM960K). Bagi mereka yang masih teragak-agak dan sudah ada peruntukkan tukang kebun punya advise to grab the chance sebelum harga makin menjulang. Sebab 7 tahun dulu, satu ekar masih boleh dapat dalam RM300+K, boleh nampak perbezaan yang ketara. Kebun Bahagia Bersama hujung jalannya memang terus nampak di Guthrie Corridor Highway. Tukang kebun dah survey tahun lepas, rata-rata harga rumah teres di sekitar Sungai Buloh kalau corner lot tengok saiz RM800+K , kalau yang di tengah-tengah rumah teres RM500+K. Kebetulan bincang-bincang dengan staff jual properties rumah-rumah ni pun sendiri cakap sebab dia tau kami orang local duduk di kampung, kebanyakkan rakan-rakan mereka lebih jimat banyak bila beli tanah lot. Katakanlah beli 2 lot dan buat rumah sendiri upah kontraktor dengan budget RM100K lebih besar dari design rumah teres harga kosnya jauh lebih murah. Bila tukang kebun congak-congak betul juga cakap staff tu (RM160 for 2 lots + kos binaan rumah (RM100K), campur ini itu probably be RM300+K), kawasan pun lebih luas nak menanam dan senang nak bela ternakkan. Opppsss....panjang lebar pula cuma selingan nak berkongsi sebab ramai yang berminat nak ada tanah di Sungai Buloh. Kadang-kadang tukang kebun pun mmm... gelisah dan segan juga nak beri jawapan secara depan bila berborak-borak mengenai pasaran tanah di Sungai Buloh untuk kediaman sebab bunyinya macam tak percaya je bila ditanyakan 1 ekar berapa? Iyalah takut orang ingatkan tukang kebun main-mainkan ke...kalau jawab nak dekat 1 juta. Sedangkan impian tukang kebun nak depan rumah pun tak terkata (speechless).
 Panjang mula membebel keluar topic dari tanaman 'Serai Acheh'. Serai Acheh ni kalau dengar secara lisan dan bukan dari Pak Cik Google tapi dari Pak cik Mat katanya orang buat mandi boleh nak segarkan badan dari lesu, buang angin ataupun demam (demam tu tukang kebun macam ingat tak ingat jadi lebih baik tanya yang lebih pakar). Bolehlah buat spa sendiri di rumah ya, kalau gaya kerja nak cepat macam tukang kebun boleh ambil je the whole plant racik-racik daunnya rebus dalam air. Rebusan air tulah nanti bila dah suam-suam boleh buat mandi. Ada juga yang melaporkan untuk kegunaan lepas bersalin ataupun melancarkan pengaliran darah. Selalunya akar/rizom untuk keluarga tanaman ginger lebih banyak kandungan nilai perubatannya disebabkan di situlah tempat tumbuhan tersebut menyimpan tenaganya atau makanannya. Selain dari nilai perubatan, pokok serai acheh juga digunakan untuk perencah atau flavouring masakan. Kalau tak de serai masak biasa tu bolehlah orang Siam menjadikan ianya pengganti untuk rencah tomyam, rasanya orang Pantai Timur boleh gantikan untuk masak lauk singgang. Kalau ada balcony garden bolehlah reservekan atau gilir-gilirkan penggunaan Serai Acheh dengan Serai masak biasa tu untuk supply dapur yang berterusan harvest from your own balcony.
 Pokok-pokok Serai Acheh dalam Kebun Bahagia Bersama, tukang kebun perhatikan hidup bahagia tanpa dihiraukan di kawasan partial shade ~ shade. Ya, pokoknya boleh tumbuh di kawasan shade tapi pertumbuhannya tak merebak cepat seperti di partial shade. Ataupun di bawah kanopi pokok-pokok besar. Sekiranya anda mempunyai ruangan menanam yang terhad, tukang kebun suggest tanam di kawasan yang kurang menerima cahaya matahari, jika mempunyai ruang menanam di mana menerima matahari dalam kebun yang limited kepada tumbuhan yang lebih memerlukannya. Yang tukang kebun tunjuk dalam gambar ialah yang menerima cahaya matahari separa, kalau dijenguk betul-betul sebenarnya sudah banyak Serai Acheh menjalar di kawasan shade di dalam Kebun Bahagia Bersama. Dalam barisan di mana pokok belimbing besi, bidara dan nam-nam tumbuh di tembok depan KBB, di bawah pokok-pokok tersebut sudah banyak dipenuhi pokok-pokok Serai Acheh. Serai Acheh tidak perlu full sun. 

~ Pokok Serai Acheh ~

1 pot RM7.00 (Enquiries kebunkmg@gmail.com) .

20 ulasan:

Awin berkata...

menariknya cerita tanah! serai kat rumah ni comel je. boleh lah nak minta Diana reserve 1 pot.

Tanpa Nama berkata...

TK sebab tayang akar serai. Dah tau kegunaan. SA ni mudah membiak jadi semak bila dah banyak sangat.

SriKota Garden berkata...

Saya nak satu ye, Diana.


Farah berkata...

Seronok baca cerita Diana kali ni, panjang lebar tapi penuh info! Saya pun mula terfikir macam best je kalau dapat duk Sg Buloh, mungkin tanah kat sana subur2 kot sebab ramai yang bukak nursery dan berkebun dekat sana...tapi bila tengok harga macam tu, mcm Diana cakapala, telan air liur jela....hahaaa... Oh suami Diana lecturer UiTM ye? Fakulti apa? dulu saya Fakulti Sains Gunaan. Diana study mane dulu?

Tanpa Nama berkata...

Salam diana,
Reservekn eila 1 pot, lepas abis pntang ni mau ku lenjan tanah yg penuh dgn weed.ganti dgn serai acheh hehe

Sean L berkata...

I nak serai acheh 1 jugak, nak cuba buat indoor plant, hehe. Will come by one of these days to pass you the cili Rocoto 'Dieng' and Vasconcellea seeds. Cili Dieng dah naik, so far nampak ok.

Avia Mishat berkata...

Salam diana..reserved kan avia 2 pot yer.thanks

TukangKebun berkata...

Dear Awin ~ Bolehlah buat gilir-gilir pakai serai acheh dan serai masak biasa tu.

Kalau dah banyak bolehlah rebus untuk mandi, tak perlu rejuvenate badan mandi di Spa.

SriKOta Garden ~ Boleh untuk cikgu.

Farah ~ Kalau kawasan Kuang mungkin masih berpatutan harga tanahnya kalau nak cuba husha-husha. Asal nursery di Sungai Buloh pun bermula dari pesakit kusta di sekitar Hospital Kusta Sungai Buloh zaman dulu yang kini sudah upgrade menjadi Hospital Sungai Buloh. Suami Diana bukan lecturer. Kami berdua buat undergraduate di Jepun.

Salam Eila,
Boleh dear tapi sabar-sabar dulu lepas pantang hehehe....

Sean for you can take your own pick nanti ya hehehe.... menarik tu buat as indoor plants letak dekat area dining table or kitchen buat selera sikit baunya.

Semoga selamat sudah diterima di kebun Avia.

ZielaEyla berkata...

Assalamuaalikum boleh sy beli serai aceh nie x? Lokasi dimana ya? Kalau jauh boleh poskan rizom pokok sahaja. Hubungi sy segera. O133972626

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam ZielaEyla,

Lokasi Self-Collect di Sungai Buloh.
Penghantaran pokoknya via Pos Laju boleh. Further details email (kebunkmg@gmail.com).

Noor Afifah berkata...

Assalamualaikum.. boleh sy tahu Mcm mana guna serai aceh ini? ambil batang ke isi atau daunnya?

Noor Afifah berkata...

Assalamualaikum. Boleh sy tahu mcm mana kegunaan sireh aceh ini? Ambil batang ke isi atau daunnya?

Noor Afifah berkata...

Utk masak tomyam guna daun ke batang?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Noor Afifah,

Boleh digunakan kedua-dua daun dan batang untuk masak tomyam.

Unknown berkata...

nak Beli serai acheh lokasi Dimana?

Unknown berkata...

Nak Beli serai acheh Ada dimana boleh dapat

Unknown berkata...

Nak beli serai acheh lokasi Dimana?

Unknown berkata...

Saya nak beli serai aceh. Boleh wassap saya.

Unknown berkata...

Nak beliserai aceh. Boleh pos tak?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Serai Acheh bekalan banyak.

Boleh contact wassup Nizam 0192931340 untuk maklumat lanjut.