No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Sengkuang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sengkuang. Papar semua catatan

Ahad, 13 Ogos 2017

Mexican Turnip Bigger than My Foot

 Assalamualaikum didoakan semua pembaca Kebun Bahagia Bersama dalam keadaan sihat walfiat. Hari ini hanya berkongsi sajian gambar dari mulanya pembentukan buah kacang sengkuang yang hijau keputihan hinggalah menghasilkan biji benih yang matang. Bentuk bunga pokok sengkuang juga mirip sahaja macam kacang pea di Eropah tu dan berwarna lavendar bunganya atau boleh nak masuk kategori warna mauve. Cuma kacang sengkuang ini tak boleh dimakan kerana ianya beracun. Sebab tu ianya salah satu tumbuhan yang mudah nak dibela secara organik kerana jarang sekali ada serangga perosak menyerangnya. Unggas pun tak rajin sentuh pokok sengkuang ini. Bahagian yang boleh dimakan ialah akarnya atau ubinya.
 Cara-cara penanaman sengkuang ini tak berapa sukar. Apa yang penting ialah persiapan tanah untuk menyemai biji-biji benihnya. Untuk percambahan biji benih yang baik, pastikan tanah tersebut berada di posisi yang banyak menerima cahaya matahari secara langsung. Harus diingat bahawa sengkuang ini berasal dari kawasan tropika bermakna ianya sukakan suhu 21 Celsius ke atas untuk bercambah. Malahan ubi sengkuang pun jika dibiarkan dalam tanah yang bawah 15 Celsius boleh reput ubinya. Jadi elakkan ubi sengkuang disimpan dalam peti ais ya. Bagus disimpan di suhu bilik. Jika tanam sendiri lebih baik biar je dalam tanah seperti kunyit, gali yang perlu sahaja keluar.
 Walaupun kelihatan biji benih sengkuang itu keras, ianya tak suka direndam air dengan lama. Reput nanti. Walaupun bercambah, lama-kelamaan akan ada potensi mengalami gejala akar benih yang reput atau tunas batangnya lembik terputus dari biji benih. Sama je bila disemai benihnya di tanah, kita akan siram juga tanah itu terjadi lembap. Jadi memadai air yang terkandung pada tanah tersebut. Elok sebelum menyemai biji benih sengkuang di tanah, gembur-gemburkan tanah tersebut terutamanya pada jenis tanah yang keras. Biji benih sengkuang lebih mudah bercambah pada komposisi tanah yang lebih kepada jenis berpasir. 

 Hasil kajian mini projek yang dijalankan oleh beberapa pelajar yang ramai tidak berpengalaman berkebun berkenaan tekstur tanah dengan mencuba pelbagai jenis tanah untuk lihat perkembangan anak pokok sengkuang yang bercambah ialah lebih cepat membesar dengan jenis tanah yang berpasir (bacaan lebih lanjut klik sini). Hasil kajian jenis gunakan tekstur tanah yang sama tetapi siraman regime air yang berbeza menunjukkan keperluan air sengkuang juga tidak banyak pada awal pertumbuhan, sederhana sahaja (bacaan lebih lanjut klik sini). Awal perkembangan biji benih bercambah juga nampak anak sengkuang ini suka tanah yang pengudaraan yang baik. Bila diperhatikan cara-cara tenaga tangan pelajar yang berbeza lepas semai compress/compact tanah/padat tanah juga memberikan pengaruh peratusan percambahan. Jika tanah yang keras, jangan lepas semai kita tekan-tekan atau compress padat sangat tanah, sukar untuk biji benih tersebut bercambah. Perkara-perkara kecil ini juga adalah faktor yang penting untuk sukses percambahan biji benih sengkuang yang tinggi.

Faktor-faktor yang dapat mempengaruhi percambahan biji benih sengkuang:

  1. Suhu
  2. Penerimaan Cahaya
  3. Jenis tanah - lebih suka tanah yang ke arah berpasir dan mempunyai pengudaraan yang baik
  4. Keperluan air sederhana (jangan rendam biji benih)
  5. Elakkan tanah menjadi mudah padat, kadangkala cara siraman yang ganas juga menyebabkan tanah jadi compress atau compact (Air pancutan dari hose yang kuat dan tempat tinggi, boleh compact tanah). Cara siraman juga menyebabkan biji benih hanyut atau jadi tertimbul ke permukaan tanah.
  6. Lepas semai gently pat pat sahaja tanah ya...jangan tekan kuat sangat.
  7. Semaian biji benih sengkuang dalam kedalaman 2~3cm dari permukaan tanah.
  8. Sebelum semai biji benih gembur-gemburkan tanah dahulu.
  9. Lebih digalakkan direct sowing biji benih dari memindahkan anak pokok kemudian.
  10. pH tanah yang berdekatan lingkungan neutral.


 Buah ubi sengkuang memang boleh hidup dibiarkan bertahun-tahun dalam keadaaan berpasir di cuaca tropika ya dengan pengaliran air yang baik. Ubi sengkuang ini dah berapa kali bekalkan biji-biji benih sengkuang kepada stok segar Kebun Bahagia Bersama. Dah paling kurang 3 tahun hidup di sini (related posting klik sini), dah besar dari tapak kaki Tukang Kebun. Dah tertimbul dari tanah pun unggas tak makan. Ada juga biji benih yang bercambah sendiri berdekatannya. Berapa kali ingat dah mati dah pokoknya sebab tak pernah disiram masa musim kemarau. Tapi bila tiba musim hujan, naik balik tunas dari ubinya cepat naik melilit pokok kemboja. Stok segar biji benih sengkuang ada semula di Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 pek anggaran 30 biji benih sengkuang RM3.00 ~

Rabu, 6 Januari 2016

Tamu Tamparuli Terakhir Tahun 2015

  Syukur Alhamdulillah seperti tahun 2014 (related posting klik sini), untuk tahun 2015 juga kami berpeluang untuk menjenguk Tamu Tamparuli yang terakhir dalam tahun 2015. Seperti biasa kami suka menyusur masuk ke pekan Tamparuli menggunakan river crossing dengan jambutan gantung Tamparuli boleh juga kelihatan bila dongak ke atas.
  Kelihatan akhir tahun 2015 lebih ramai petani-petani turun menjual hasil-hasil dari kebun mereka direct ke pembeli berbanding dengan akhir tahun 2014. Tahun sebelumnya 2014 dan 2013 semasa Tukang Kebun ke Tamu Tamparuli di deretan kedai ini biasanya bukan menjadi tempat petani berjual. Biasanya kedai di belakang itu buka juga masa pada hari tamu. Tetapi sekarang pada hari Tamu kedainya tutup dan di kaki limanya sudah boleh dijadikan tempat untuk petani menjual hasil-hasil segar mereka. Tukang kebun rasa bilangan petani yang menjual akhir tahun 2015 ini naik lebih 25% berbanding dengan tahun lalu. 
  Mata tertarik pula tengok creativity auntie ini menjual ikan-ikan air tawar pelbagai jenis di dalam botol air yang di kitar semula.
  Di sudut jualan hasil-hasil laut pula kali ini Tukang Kebun teringin pula nak cuba beli anak ikan kerapu buat masak 3 rasa. Biasanya beli yang hampir 2 kali ganda saiznya untuk masak. Lagipun sepiring banyak itu cuma RM5 sahaja. Rupa-rupanya kerapu walaupun saiz kecil begini pun tulangnya dah sangat kuat, nak kena hati-hati jangan tercucuk sahaja semasa makan. Kawan-kawan pula biasanya masak apa dengan anak ikan kerapu kalau saiz begini?
  Harga setompok udang juga di sini bolehlah dapat dalam RM15. Harga lebih kurang sama seperti di Tamu Tuaran untuk harga hasil laut. Cuma di Tamu Tuaran lebih banyak pilihan jika nak dibandingkan dengan Tamu Tamparuli. Sebab Tamu Tuaran lebih dekat dengan laut.
 Ada satu sudut di Tamu Tamparuli ini peniaga-peniaga menjual barangan runcit kira macam kedai runcit bergeraklah. Biasanya di Tamu Tamparuli jenis barangan yang dijual agak tersusun. Kalau hasil laut di satu sudut, barangan runcit di satu sudut macam gambar di atas dan non-halal item biasanya jauh terpinggir sedikit dari kawasan Tamu dipisahkan.
  Jika teringin nak beli keratan tebu segar untuk diratah-ratah, biasanya nenek ni ada jual. Tukang Kebun dah berapa kali juga beli keratan tebu dari nenek ini untuk anak-anak. Mula-mula diorang tak berapa pandai juga nak makan. Sekarang ini mereka suka dah. Terkejut juga fussy eater Ilhan Mikhail hari itu request minta tolong potong-potongkan tebu lagi nanti setelah satu pinggan tebu dia meratah. Dah berapa minggu setiap kali pergi tamu kalau ada tebu, belikan untuk Ilhan. Dekat Kebun Bahagia Bersama pula yang gemar meratah batang-batang tebu ialah anak angkat angsa Tukang Kebun si Momo. Macam manalah tebu-tebu nak membesar asyik kena ratah dengan Momo.
  Antara item a must buy di Tamu Tamparuli untuk bekalan dapur Big Boss ialah sengkuang Cina.  Big Boss banyak consume sengkuang cina dalam dietnya seminggu jadi ndak cukup yang tanam sendiri di Sabah ini. Kalau orang tempatan di tamu ini bilang hasilnya ini "tak dibaja" itu maksudnya tiada diberikan baja-baja artificial//tiruan/synthethic. Maknanya organically grown dengan tanah di kebunnya. Sengkuang kampung ini sedap manis walaupun rupa bentuknya pelbagai ikut keadaan tanah yang ianya tumbuh. Kalau commercial grown tengoklah kat supermarket standard je bentuk rupanya cantik gitu tapi rasa tawar. Cos those are grown quickly and showered with lots of synthetic fertiliser. 

  Have you ever tasted fresh harvested sengkuang less than a few minutes dug out from earth?

  Rugi ko manis oooo....lagi muda lagi manis.

  So newbie gardener antara tumbuhan mudah untuk mula berkebun ialah 'sengkuang'. Creatures yang nak kacau pokok-pokok sengkuang pun jarang sekalilah. Untuk jimat lagi biji-biji benih yang terhasil dari pokok sengkuang dalam kekacangnya itu pun boleh dijadikan natural pesticide. Tak perlu kalut pun nak gali-gali keluar ubi sengkuang dari tanah, bila baru rasa nak makan baru galilah. Bila dapat harvest ubinya akan bergantung kepada pembesaran faktor persekitaran ianya tumbuh macam jenis tanah dan penerimaan cahaya. Kalau kurang cahaya lambatlah sikit ubinya membesar. Tapi bukan bermakna partial shade ianya tidak boleh tumbuh, cuma ambil masa lebih sikitlah dari full sun. Kalau tanah keras lambat sikitlah dari tanah yang gembur. Biasanya mini-mini saiz sengkuang boleh dah nak dapat lepas 4 bulan dalam keadan optimum condition pertumbuhannya, kalau nak besar sikit tunggulah dalam 6~7 bulan ke.

  Untuk tanaman sengkuang, Tukang Kebun tak sarankan guna tahi ayam ya. Nanti pokoknya nampak sihat betul, subur sangat mabuk daun tapi isi ubinya tak berapa ada nak tumbuh. Kita bukan nak tuai daun dari pokok sengkuang tapi ubinya. Pokok sengkuang bukan jenis tamak baja ya kawan. Elok guna tanah yang tak kaya sangat nitrogen seperti tanah bakar.

More info mengenai sengkuang baca di posting lama (klik sini).

 Sebelum Kebun Bahagia Bersama cuti berehat dari kebun, sempat jugalah tuai benih-benih sengkuang yang baru dari pokok yang melilit pokok kemboja. So adalah fresh stock biji benih untuk dibekalkan bulan ini selagi ada.

~ 1 pek anggaran 15 biji benih RM3.00 ~
  
   Sekarang ini musim menuai, berebut-rebut orang mencari beras fresh sebab tahu baru lagi diproses. Sampai Tukang Kebun pun tak sempat nak tanya harga dulu kena peluk-peluk dulu stok beras bukit yang tinggal dari petani kecilan supaya orang lain tak ambil beli dulu sebelum sempat Tukang Kebun nak menanya. Dah biasanya orang tanya-tanya dulu nanti terlepas pula kan, baik hamba pegang peluk dulu hehehe....

  Beras padi huma seperti di gambar di atas separuhnya manually grinding nak buka dari husk/kulit buah padi itu ya. Manually grinding maknanya tumbuk dengan kuasa kudarat tangan bukan fully process by machine. Beras perang padi huma yang manually grinding adalah lebih banyak khasiat sebenarnya berbanding dengan yang fully process dengan machine. Sebab tumbuk dengan gunakan kuasa tangan, maka kita boleh lihat bentuk hasil berasnya berbeza-beza dari yang mesin. Kalau mesin semuanya nampak bentuk cantik je sekata semua tapi khasiatnya dah macam banyak juga hilang sementara processing. Biasanya buah ini kan tempat yang paling berkhasiat sebenarnya antara bahagian perantaraan isi dan kulit luar.  Kalau mesin biasanya wipe out dah bahagian yang closest to the skin/husk.

  Yang beras huma perang kali ini Tukang Kebun beli direct dari tukang tanam, tak ambil untung banyak pun sekadar belanja Tukang Kebun sebotol air mineral je lah. Cuma nak tolong petani tempatan untuk promosikan beras dari padi huma mereka yang usahakan secara tradisional ini. Beras tempatan grown with lots of tender loving care.

~ Beras Perang padi huma dari Tamu Tamparuli ~
(SOLD OUT).

Rabu, 20 Mei 2015

Tak Sempat Makan Pulut

 Hujung minggu lepas sebelah pagi sibuk dengan Sports Day Rayyan diadakan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam. Sebelum itu ingin mengucapkan infinity terima kasih kepada gardeners yang sudi self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama di sekolah tersebut. Tahun ini nampaknya Rayyan lebih ceria kerana diberikan lebih banyak peluang dalam pelbagai acara. Siap dapat masuk acara Tarik Tali untuk semua budak yang berumur 6 tahun 2015. Rayyan paling kering halus je badan berbanding kanak-kanak lain. Takpelah the fighting spirit is always in Rayyan heart. Asalkan Rayyan sihat dan happy, Mama dah bahagia.
  Teringat pula bulan lepas masa check up jantung Rayyan, Doktor kata sumbat bagi banyak chocolate pun takpe. Pastu Mama Rayyan cheeky kata the problem is Rayyan bukan sweet tooth suka makan benda masam-masam. Itu jarang demam selsema banding siblings yang lain. Takdelah tiada pertumbuhan langsung cuma agak perlahan-lahan. Adalah meninggi berat tak naik-naik, rasa dah setahun sama je beratnya just over 13kilogram. Sat lagi Abby lagi berat dari Rayyan. Semoga ayam-ayam di belakang akan mudah rajin bertelur untuk supply Rayyan makan, for that banyaklah tumbuhan mama kena sacrifice. Menurut nutritionist Rayyan dulu, takpe kasi Rayyan makan berapa banyak telur dia nak in a week sebelum 7 tahun. Yang isi putih tu takpe kasi banyak-banyak untuk budak, cuma yang kuning telor tu maximum about 8 yolks per week. Nasib baik memang Rayyan suka makan putih telor je, yang kuning telor kekadang dia tak makan biar je. Itu jelah antara tips pemakanan untuk budak-budak yang susah tambah berat macam Rayyan, Tukang Kebun boleh berkongsi.
  Lepas selesai Sports Day Rayyan, kami on the way balik singgah Stadium Shah Alam yang biasa pagi Ahad ada pasar nak tapau lunch (mood malas masak). Elok je masuk Guthrie Highway hujan turun selebat-lebatnya sehingga sampai rumah. Tak pula Tukang Kebun sangka yang tragedy akan berlaku di Petak F kami yang sedang pokok-pokok jagung nampak tumbuh bahagia sekali dengan cuaca tahun ini. Cuaca tahun ini benih-benih jagung pulut yang tukang kebun semai secara direct sowing sungguh mudah bercambah dan membesar dengan penjagaan minimum. Siram pun tak perlu sebab cukup dengan taburan rezeki hujan yang diterima tahun ini.
 Sebenarnya tahun ini memang Tukang Kebun rasa cuaca amat mudah bagi jagung untuk tumbuh. Walaupun beratus jagung telah bercambah, banyak yang kena cakar-cakar atau baham dengan ayam-ayam yang telah diberi kebebasan meronda di belakang. Itulah nasib bila bela ayam-ayam yang boleh terbang ni (DUGAAN DUGAAN DUGAAN). Rasa nak sembelih je semua, but kena chant chicks and eggs investment banyak kali dalam kepala. So Tukang Kebun ingat bernasib baiklah so far yang di Petak F ni macam ada selamat dari kuku besi mereka tu. Rasa bahagia jugalah bila nampak tumbuhan-tumbuhan boleh makan pelbagai di Petak F ni nampak penuh, dah rasa puas hati sebab kira productive and fully utilised. Sangkar F bersambung dengan Petak F ini pun malam-malam motel itik-itik Muscovy tidur. Dalam Petak F ini selain jagung sebenarnya ada juga pokok-pokok sayur manis, serai, asparagus, mulberry, nanas madu Sabah, ubi bemban, bunga telang, dan lain-lain. Keluasan Petak F ini slightly smaller dari frontyard rumah teres (so no excuse even in a space like this, you can have many plants to grow for your dinner plate).
  Mana tak bahagia, sebab pokok-pokok jagung pulut ini dah pun berbunga. Tukang Kebun suka tengok kantung debunga jantan jagung pulut sangat berwarna merah hati maroonish. Malangnya Tukang Kebun takde rezeki nak rasa kepuasan ianya memberikan hasil, kesan dari hujan ribut Ahad. Bila petang Tukang Kebun sibuk nak masukkan Avian Pets dalam sangkar masing-masing. Sakit kepala tengok pokok-pokok jagung yang ada dah lebih tinggi dari Tukang Kebun dah rebah-rebah ke tanah sampai tidak dapat diselamatkan lagi. Ingat nak check uprightkan masa hari Isnin mana yang boleh, makin teruk rupa kejadian kemalangan di Petak F. Tukang Kebun suspect atas pertolongan ayam menyelongkar kawasan ini sebelum operasi menyelamatkan dapat dijalankan.
  Tukang Kebun pun ada mood down juga jadi malas nak turun kebun dengan tengah sakit kepala nak sorting commitment lain bila tengok ayam-ayam makin naughty. Mula-mula dalam kepala dah setting think positive walaupun tak sempat nak rasa jagung pulut yang boleh dimakan isinya. Tukang Kebun estimate mungkin dah ada bahagian-bahagian anak-anak jagung (baby corn) yang boleh dituai pada stage pembesarannya. Jadi pagi Selasa barulah nak check-check antara batang jagung tu ada baby corn ke tidak.
  Amboi-amboi semua baby corn pun dah kena culik diratah juga. Pasti sedap dan manis ni. Sebelum itu, pesanan dari Tukang Kebun, tak perlu nak cari specific benih untuk baby corn, apa jenis jagung pun akan menghasilkan baby corn. Jika anda mengalami situasi sama seperti Tukang Kebun, tak sempat nak membesar buah jagungnya kerana sebab-sebab tertentu jangan bersedih masih ada hasilnya. InsyaAllah ada babycorn untuk anda tuai. Dah ada rambut-rambut keluar di sisi batangnya tu rajin-rajinlah tengok walaupun buahnya masih kecil muda, ingatlah ada babycorn walaupun tak dapat isi jagung, tongkol yang muda lembut itupun manis rasanya.
  Hai nasib badan Tukang Kebun, bila check-check ditinggalkan yang paling kecik je baby corn terselit dekat batang tak perasan sebab kecik sangat kut. Subhanallah walaupun kecil begini masih muda tongkal jagung ini, bila masak sungguh manis rasanya bila baru tuai dari kebun sendiri. Memang rasa patah semangat when these thing happened. Tapi bila rasa kemanisan babycorn kecil ini memulihkan semangat untuk mencuba-cuba lagi, InsyaAllah ada rezeki lebih banyak lagi. 
  Ini hasil tuaian semalam yang mana sempat nak diambil dari kebun tu. Yang ini memang antara tumbuhan-tumbuhan yang mudah untuk novice gardeners grow in the garden mula-mula asah skill ya. Dalam upih ini ada sengkuang tumbuh sendiri, terung pipit tumbuh sendiri, kacang panjang renek, kacang kelisa, terung telunjuk, kapas, buah mulberry dan buah limau kapas.
  Semalam sebab ada ubi sengkuang buatlah inti popiah. Sambil Tukang Kebun menggulung popiah, Ilhan pula sedang makan dinner. Tiba-tiba perbualan dari Ilhan yang bermula dari soalan ini menyentuh hati Tukang Kebun.

Ilhan : Mama, Kenapa Ilhan asyik dapat No. 5 je dekat Sekolah Agama?

(Dalam hati Tukang Kebun, bosan pula kalau asyik komen kena belajar bersungguh-sungguh lagi, cuba distract dulu cari idea). Mungkin ada kawan-kawan sekelas boleh jadi contoh baik. Tahun ini masuk darjah 2, dah dipisah-pisahkan kelas ikut keputusan masa Darjah 1. Jadi kiranya Ilhan dalam Darjah 2 kelas No. 1.

Tukang Kebun : Ujian hari tu siapa dapat No. 1 Ilhan?

Ilhan : No. 1 tak de.

Tukang Kebun terpinga-pinga : Kenapa pula takde No. 1 .

Ilhan : Kan hari tu masa Ilhan pergi sekolah awal pagi, ada Ilhan kata Ilhan baca Yassin.

Tukang Kebun : Baca Yassin? Bila Mama tak ingatlah yang bila

(dalam kepala mungkin bukan baca Yassin yang biasanya Tukang Kebun ingat dia belajar menghafaz surah Yassin di sekolah).

Ilhan : Yang Papa hantar awal pagi tu, sampai hantar ke kelas Ilhan.

Tukang Kebun : Hari yang kita keluar awal ke Ilhan? Masa nak hantar Rayyan check up di hospital.

Ilhan : Hari itulah ada baca Yassin.

(Tukang Kebun terimbas kembali semasa menunggu Papa Ilhan hantar Ilhan sehingga ke kelas sebab masih awal pagi lagi, belum masuk pukul 7 sebab nak kejar masa appointment jantung Rayyan di Hospital Serdang. Kereta pun ketika itu bersebelahan masjid, sebab Sekolah Agama Ilhan menghadap masjid. Iya masih kuat dalam memory betapa syahdunya bacaan Yassin pada pagi itu. Bila Papa Ilhan masuk kereta pun terus kata mungkin baru ada kematian, syahdu sungguh bunyinya mungkin yang membaca Yassin ahli keluarga jenazah sendiri kami meneka-neka. Just to refresh memory our Ilhan ini pernah diagnosed Language Disorder jadi banyak kami nak kena meneka-neka apa yang hendak disampaikan. Teringatkan yang Ilhan pernah cerita ada rakan kelas lama tak sekolah sakit mata katanya dah lama menderita. Lalu hati ini terdetik bertanya...

Tukang Kebun : Kawan Ilhan yang sakit lama tak ke sekolah tu macam mana sekarang?

Ilhan : Kawan tu sakit kepala lepas sakit mata. Mula-mula duduk Hospital Selangor, pastu Hospital Kuala Lumpur, Lepas tu dekat Ipoh. Ipoh dekat mana Mama? Dekat Seremban ke?

Tukang Kebun : Ipoh dekat Perak. Jauh lagi dari Seremban. Sekarang ni kawan Ilhan tak pergi sekolah lagi ke? Kawan Ilhan tu dapat No. berapa?

Ilhan: Kawan Ilhan itulah dapat No. 1. Tapi dah takde. Hari tu baca Yassin untuk kawan.

Sebak dalam hati baru faham maksud Ilhan No. 1 kenapa takde.  

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Sesungguhnya kawan yang telah pulang ke Rahmatullah ini juga telah memberikan pengajaran kepada Ilhan untuk bersedakah pada pertama kalinya tanpa pengetahuan kami pada asalnya.

Teringat beberapa minggu lepas semasa tengah makan malam Ilhan bercerita,

Ilhan : Dekat sekolah agama hari tu ada kumpul-kumpul duit untuk kawan yang lama sakit mata.

Papa dan Mama saling berpandangan.

Tukang Kebun : Oh kenapa Ilhan tak kasi tahu Papa Mama nak kasi duit. Ilhan ada tak sedekah duit? 

Ilhan : Ada kekadang Ilhan bagi 50 sen, kekadang bagi seringgit.

Lega hati mama papa dengar, Ilhan boleh jadi seorang insan berhati pemurah.

Masih terngiang-ngiang di telinga syahdu bacaan Yassin pada pagi itu, pemergiannya kanak-kanak kecil yang ada masa depan cerah belum berdosa lagi. Pasti ustaz dan ustazah, cikgu-cikgu pun terasa kehilangan anak didik mereka yang cemerlang. Doa Tukang Kebun semoga kedua ibubapa kawan Ilhan dapat ditabahkan hatinya.

AL-FATIHAH.

 Tak sempat nak buat entry ucapan Hari Guru tahun ini. Nak sediakan hadiah untuk Cikgu Ilhan pun tergesa-gesa. Bila kembali rumah lepas Sports Day Rayyan pula, cuaca tak berapa mengizinkan nak ronda-ronda cari bunga segar dari kebun. Jadi atas cadangan anak-anak, Tukang Kebun kitarsemula bunga telur hadiah dari kenduri kahwin saudara di Lukut, Negeri Sembilan Sabtu lepas. Inilah hasil simplenya. Gandingan bunga tak hidup warna biru dan pokok hidup gardenia atau bunga Cina ambil dari nursery sendiri. Bila digandingkan bersama nampak daun-daun gardenia hidup ni macam plastik juga kan. Sampai berapa kali Tukang Kebun pesan kepada Ilhan, pesan dekat cikgu yang ini pokok hidup tau bukan hiasan je. InsyaAllah kalau cikgu Ilhan tanam ini tumbuh subur sampai Ilhan dah graduate dari University ingatkan Ilhan yang bagi pokok bunga cina hidup.

Sebagai teaser untuk cikgu Ilhan:

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena,
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.
  Last weekend memang tak dapat berkebun, Sabtu kenduri kahwin di Lukut. Ahad pula Sports Day Rayyan dan cuaca pula hujan ribut.

Ahad, 5 April 2015

Tuaian Kak Ros Jasin Melaka

  Beberapa hari ini tukang kebun tengah stress out sebab Sangkar D dah jadi war zone. Nanti akan tukang kebun kongsi pengalaman tersebut minggu depan bila dah cool down sikit. Puas Kak Ros bagi dorongan semula nak lift up spirit tukang kebun not to give up malam semalam. Tumpang bahagia tengok Kak Ros susah payah hantar gambar nak tunjuk hasil-hasil dari kebunnya dari biji-biji benih Kebun Bahagia Bersama. Hari ini mari kita lihat perkongsian hasil tuaian dari Kebun Kak Ros. 
  Gambar pertama ubi-ubi sengkuang yang gebu-gebu. Gambar kedua Terung Asam Sarawak atau juga dikenali sebagai Terung Dayak. Gambar No. 3 ialah Cili Cayenne dan Kacang-kacang tanah. Jumaat lepas pun banyaknya Kasih Sayang Kak Ros poskan siap ada biskut-biskut home-made untuk anak-anak, dan pelbagai lagi. Belum lagi kami kesempatan nak bertemu, InsyaAllah suatu hari ini. 
 Setakat ini sahaja dahulu, nak keluar kebun dah ni.

Happy Gardening!

Jumaat, 3 April 2015

Terung Telunjuk

  Sejak kebelakangan ini rezeki hujan yang lumayan dan cuaca yang agak sejuk di sebelah malam bahagia hati tukang kebun tengok pokok-pokok asparagus di kebun rajin keluarkan pucuk tombak-tombak dari tanah untuk dituai. Terung jenis Telunjuk benih asal diterima dari Kak Ros from Jasin with love pun rajin berbunga dan lekat menghasilkan buah untuk kami tuai. Minggu ini menerima banyak kasih sayang lagi dari kebun Kak Ros with love kami terima via Pos Laju. Terima kasih banyak-banyak Kak Ros. Mulberry yang ranum kalau tidak dituai dengan hujan lebat ni memang habislah berguguran di tanah.
  Terung Telunjuk antara jenis terung yang mudah dibela di negara kita, berlainan dengan terung panjang ungu yang dijual di pasar ianya berwarna hijau dan ada belang-belang putih di ekor buahnya. Saiznya pun tidaklah besar , besar sikit dari jari telunjuk agaknya itu sebab dipanggil terung telunjuk. Bunga pokok terung telunjuk tukang kebun perhatikan berwarna putih.
  Di ruang yang ditunjukkan dalam gambar ini ialah barisan pokok-pokok terung telunjuk yang bersebelahan dengan pokok-pokok kapas di Petak 2 seperti diceritakan di posting semalam (related posting klik sini). Yang di Petak 2 ini agaknya pokok dia suka (requirement tanah, cahaya dan air sesuai) hidup sini tumbuh tinggi dari tukang kebun.
 Setakat ini tukang kebun hanya nampak satu gerai je di Pasar Paya Jaras pada hari Sabtu menjual terung telunjuk sambil menjual lemang. Yang gerai lain jual sayur-sayuran biasalah terung ungu yang tak pasti hybrid atau baka kampung. Kebarangkalian hybrid kut terung panjang ungu tu dah jarang peladang komersial gunakan benih baka kampung. Terung telunjuk bila dah tua bertukar warna kuning keemasan. For edible gardener lover, cantik gak bela terung telunjuk untuk hiasi masa Tahun Baru Cina dengan warna keemasannya tu. Orang yang tak biasa tengok mesti "Wah got golden brinjal" bila melawat rumah masa musim perayaan. Background tu ada pokok water poppy dengan bunganya kuning juga boleh dibuat gandingan.

~ Terung Telunjuk ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
  Untuk masa depan bukan sahaja buat simpanan dalam bank tetapi boleh juga buat simpanan makanan (food storage) di kebun. Makanan yang boleh disimpan di dalam tanah ialah seperti ubi sengkuang. Lebih baik simpan ubi sengkuang di dalam tanah dari dalam fridge lagi segar jika banyak sangat hasilnya. Bila nak dipakai baru gali keluar. Pernah tukang kebun tulis mengenai cara simpan sengkuang di posting sebelum ini (boleh baca klik sini). Ini ubi sengkuang bertunas semula masa musim hujan keluarkan tangkai daun baru. Ini pun masa menuai di tempat ini tukang kebun tercicir tak perasan, jadi dah ada tanda tunas ini tukang kebun keluarkan simpanan stock sengkuang KBB dari tanah untuk buat stock popiah lagi. Hujan lebat baru nampak ubinya tersembul keluar sebahagian.
  Salah satu cara nak berjimat lagi bulan ini kami buat stok frozen popiah sengkuang lagi. Bolehlah dearest hubby bawa ke opis juga nak isi perut dekat pantry bila lapar. Dekat kantin company dearest hubby ambik lauk yang sama bila masuk GST 6% jadi naik 50sen. Nak buat stok biskut roti pun process food semua dalam GST 6% unlike fresh produce yang tidak di proses katanya lah kan. Musim-musim hujan ini pun cepat lapar. Mencari-cari makanan dalam gerobok takde, bolehlah goreng popiah sekejap keluarkan dari freezer. Its time to grow your own food.

 Musim hujan sekarang ni pun senang nak cambah biji-biji benih sengkuang dan cepat je naik tinggi. Sengkuang bagus untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia gardening. 

 Kalau asyik fikir lama-lama tangan kita ni sejuk ke tidak, bila-bila tak ada apa yang dapat dituai dari laman kita. Asyik panggil upah orang datang potong rumput. Masa kebun container garden tukang kebun macam luas laman rumah teres, penuh dengan tanaman tak perlu nak suruh orang datang potong rumput, kekadang tukang kebun pakai gunting pruning besar tu je potong rumput sendiri. Good exercise. Tukang kebun pun selama ni tak sangka that I can grow my own food. I never believe before these 2 hands of mine can feed my family by gardening. My own parents pun never thought their daughter can grow food, took them years, now to acknowledge Yes She Can.

 Senang fikir macam ni...

If I don't sow, I won't know.
No Sowing, Nothing Showing.

Most importantly

Any form of gardening, patience is the virtue.

No garden is the same.

~ 15 sengkuang seeds 1 pek for RM3.00 ~
~ April 2015 promotion only 100 sengkuang seeds for RM10.00 ~

Jumaat, 27 Mac 2015

Home-Made Frozen Sengkuang Popiah Stock

  Hari Rabu lepas sambil mengemas Petak 1, tukang kebun tengok ada beberapa pokok sengkuang yang dah macam habis riwayat disemai biji benihnya macam sekitar bulan November ~ Disember tahun lepas rasa-rasanya. Masa bulan lepas ada kemarau seketika kerana malas menyiram, pokok-pokok sengkuang di situ sudah tidak kelihatan beberapa subur tapi dibiarkan sahaja oleh tukang kebun kerana tak cukup tenaga dan masa. Biasanya tanaman sengkuang di belakang kebun selalu diabaikan. Sengkuang kalau terlampau nampak subur pun bahaya juga ia jadi malas nak berubi, mulalah ia seronok nak merimbun hijau dan berbunga-bunga. Ingatkan tiadalah ubinya dengan usianya baru linkungan 4 bulan dan pokoknya seperti segan nak hidup tak merimbun. Terkejutlah juga bila tengok nasib digali tangkai-tangkai pokok sengkuang yang dah nampak habis riwayat ada pula rezeki ubinya walaupun baru 4 bulan rasa puas hati dengan saiz seusia muda begitu. Sengkuang adalah tumbuhan yang bukan gila baja ya untuk mendapatkan hasil ubi dengan cepat.
  Kerana selalu dibiarkan Petak C dalam semak kadangkala tukang kebun tak perasan ada Asparagus Jersey Giant yang boleh dituai. Bulan ini dah mengemas sikit bolehlah nampak pucuk-pucuk baru yang keluar dari tanah untuk dituai. Perbezaaan Jersey Giant dan Mary Washington adalah tips spearnya di mana Jersey ada kemerah-merahan manakala Mary berwarna keputih-putihan tips spearnya.
  Hari keesokkannya Syukur Alhamdulillah ada team members Kebun Bahagia Bersama mempunyai semangat nak buat Home-Made stock frozen popiah sengkuang dengan hasil tuaian dari kebun. Tukang kebun jadi pemerhati sahaja. Bagus juga ini memberikan idea masa bulan puasa akan datang pun boleh buat frozen stock lagi untuk berbuka puasa dan juadah ketika masa raya. Save budget dan save masa tak kelam-kabut. Bulan ini pun ada sudah beberapa lokasi tukang kebun semai biji-biji benih sengkuang yang dah lepas sorting yang reject punya juga bercambah dengan baik.
  Bulan ini Kebun Bahagia Bersama ada tuai batch baru fresh sengkuang seeds available. 

~ Approximately 15 fresh sengkuang seeds 1 packet RM3.00 ~

Bulk seeds on offer for March 2015 only : 100 sengkuang seeds for RM10.00 .

Rabu, 11 Mac 2015

Hasil Tumbuhan dan Haiwan Sabtu Lepas

  Lama tak buat catatan progress work di kebun untuk hujung minggu sebab bulan Februari lepas asyik banyak urusan di hujung minggu tak lekat di kebun jadi kerja banyak tergendala. Antara tuaian pada Sabtu lepas sambil-sambil mengemas selepas memotong rumput beberapa jam ialah ubi sengkuang, terung telunjuk, asam jawa, sayur manis dan ubi kayu. Asam jawa untuk dibuat air soda assam jawa pernah dicerita di posting tahun lepas (klik sini), dearest hubby teringin nak minum. Sekarang di Kebun Bahagia Bersama memang musim buah asam jawa jatuh-jatuh dari pokok cuma tak cukup tangan dan masa nak pergi rajin kutip. Sabtu lepas pun dikerahkan Ilhan dan Rayyan tolong papa kutip yang digoncang-goncang dahan jatuh ke bumi.
  Tukang kebun teringin nak makan home-made kerepek ubi kayu lalu kekanda-ku dituailah sepohon. Permata=permata hati kami suka sangat makan ikan bilis, jadi mereka pun sekarang dah enjoy makan ikan bilis campur ubi kayu stick goreng. Kadang-kadang buat style berlada juga. Kekadang juga makan dengan beras bukit pandan wangi sihat dan cepat kenyang. Kebetulan minggu lepas makan bersama dengan ikan talapia masak merah. Dulu tukang kebun tak suka makan ikan talapia ini, entah tahun ini kami sekeluarga dengan anak-anak dah boleh masuk tekak ikan talapia. 

 Tuan Tanah ada juga pesan kalau dikemaskan dan set up semula filter kolam tembok depan bolehlah kami buat projek bela ikan makan. Kalau kami berdua sahaja at the moment tak larat nak clean up kolam berlumpur tu. Dahlah gelap entah apa ada kat dalam, silap-silap ikan toman yang dulu cousin tangkap campak kat dalam situ pun dah saiz giant kut. Nak kena tunggu semua Kebun Bahagia Bersama Team Members cuti balik gotong-royong barulah boleh nak buat big pool cleaning. Lagipun kami tak faham mechanism kolam tu sekarang nak kena yang menjaganya dulu tunjuk cara dulu (Big Boss). Banyak juga nak menabung repair yang patut dekat kolam itu juga mesti tukang kebun beringat-ingat kalaulah pasang cita-cita bela ikan makan pula.

 Yang teringin nak mencuba Beras Bukit Pandan Wangi masih ada stok lagi 1 kilogram RM12.00 .

 Yang nak tanam ubi kayu sendiri buat home-made kerepek ubi kayu sendiri pun keratan ubi ada kami bekalkan 7 keratan RM5.00 .
 Minggu lepas pula mencuba-cuba sengkuang tumis dengan udang kering bersama cili pula sebagai lauk sayur. Dah rasa inti popiah pula. Tinggal nak masukkan dalam kulit popiah, gulung dan goreng. Mungkin lain kali boleh cuba gitu pula.
 Al-Kisah ingat tak ayam daging KFC live tukang kebun purchase awal-awal bulan ini, terpaksa korbankan 3 ekor Sabtu lepas walaupun saiz tiny gebu lagi. Bila tukang kebun buat inspection keadaan kesihatan mereka, seekor tak boleh bangun walaupun nampak tak moyok (terseliuh ke apa), seekor lehernya pelik macam terkehel senget dan ayam-ayam lain asyik patuk-patuk its butt, pastu lagi seekor ngeri pula tengok isi dekat leher dah terkeluar mungkin terkena dawai yang tak syok tengoknya anak-anak ayam lain asyik patuk lehernya sampai terkeluar segala isi (horrifying cannibal chicks). So berbincang-bincang dengan dearest hubby baik yang mana nampak keadaan tak baik kita sembelih sahaja. Lagipun Rayyan asyik tanya mama dia, bila nak makan KFC mama ni, so cepatlah mereka rasa.
 Jadi kami ambil peluang untuk ajar hero-hero kami cara nak sembelih ayam. Bagilah Ilhan peluang pegang dulu cara nak tolong pegang untuk orang yang sembelih. Masa sembelih tukang kebun yang pegang, nanti takut si Ilhan pegang tak betul masa ayam menggelupur terlepas.
 Disebabkan masih muda lagi anak ayam daging KFC ini nak cabut bulunya pun mudah. Esoknya dibuat Nasi Ayam, budak-budak riang makan dengan gembira ayam daging KFC mama baru bela seminggu katanya sedap. Nasib baiklah diorang ni boleh tengok ayam kena sembelih takde rasa takut dan boleh pula makan dagingnya tanpa fikir apa-apa. Macam ini tak rugilah tukang kebun bela ayam sendiri sebab members semua okay je makan ayam sembelih sendiri. Siap Rayyan tanya ada lagi dah besar ke ayam KFC mama yang boleh sembelih lagi.
 Jadi sekarang tinggallah 39 ekor anak ayam daging KFC tukang kebun dalam sangkar No. 4. Yang 3 ekor ayam daging dikorbankan minggu ini setelah keluarkan organ-organ mereka jumlahnya 1.5 kilogram. Jadi tukang kebun consider agak nilainya RM11.25 (ambil kira harga pasaran sekilo RM7.50). Lepas-lepas ni nak kena buat report dekat hubby balik modal atau tidak bela ayam daging sendiri ni.

Minta maaflah hari ini menunjukkan gambar yang kurang menyenangkan, tapi inilah reality generasi dulu-dulu cara sembelih ayam. Sekarang ni dah siap packing kan? Nak jugalah tukang kebun didik permata-permata hati sendiri macam mana nak sembelih ayam. Itupun berkali-kali Ilhan tanya papa dia, "Macam mana papa tahu sembelih ayam? Tok Ki yang ajar papa cara sembelih ayam ke?" Ilhan bertanya.

Rabu, 4 Mac 2015

KBB Bakal Jadi Live KFC

  Lama tak bersiaran antara sebab Tukang Kebun ambil cuti 3 hari away from berkebun dengan masalah internet tak stable minggu ini. Pergi cuti tak jauh pun cuma menginap 3 malam di Sunway Pyramid Tower hotel nak habiskan point Sunway Vacation Club sambil tunaikan janji papa Ilhan bawa pergi ke Sunway Lagoon kerana Ilhan mendapat keputusan memberangsangkan akhir tahun lepas. Papa Ilhan asyik sibuk kerja di office tak dapat nak bergerak jauh sambil planning last minutes. Kira pertama kalilah permata-permata hati dapat masuk ke Sunway Lagoon. Nasib baiklah kebetulan Tuan Tanah ada balik hujung minggu lepas dan adik perempuan pun dah kembali duduk di Sungai Buloh sebab cuti semester dah habis nak kena mula uni balik. Maka legalah hati ada pengganti tukang kasi makan semua PETS di rumah sementara tukang kebun is on leave. Sukar nak on leave lama-lama sekarang kalau tiada pengganti kasi makan. Semasa sedang kami tengok burung hantu di Sunway Lagoon tiba-tiba Tuan Tanah (papa) call menantu dia.
  Rupa-rupanya Tuan Tanah ketika itu sedang berada di Pasar Pagi Paya Jaras Sungai Buloh nak cari kuih kegemaran apam balik untuk Big Boss bawa ke Sabah. Nak tanya tukang kebun nak tak ayam belanda. Ada tinggal 3 ekor dijual dapat harga RM120. Kalau harga asal seekor RM50 katanya. Ketiga-tiganya betina. Bolehlah tukang kebun kata. Ingat papa nak belanja (puas pujuk minta belanja)...hehehe...tukang kebun kena reimburse bagi duit belanja buku sekolah nanti dekat adik. So sabarlah Iyah ya minggu depan along bagi pocketmoney RM120 ya.
  Sebab pagi semalam along baru tangkap 25 ekor anak ayam daging berumur lebih kurang 4~5 weeks dekat Pet Shop berhampiran sekolah kebangsaan si Ilhan sebelum pick up Ilhan di sekolah agama. Shopping anak ayam daging dah habis belanja RM100. Harga asal diberi RM5. Tapi sebab ambil banyak dapatlah RM4 seekor. Lagipun tokey kedai kata ni dah ada berat 1/2kilogram ni dan cepat besar.
 Projek baru Kebun Bahagia Bersama awal bulan March ini bela ayam daging untuk makan sendiri. Kalau ada lebih, jika tukang kebun offer ada sesiapa berminat tak? Terlintas kami nak cuba bela ayam daging sendiri sebab masa tahun 2013 seminggu kami mesti beli 2ekor ayam. Kemudian masuk tahun 2014 kami seminggu belanja dapur 3ekor ayam setiap minggu. Yalah permata-permata hati pun makin membesar walaupun 3 ekor ayam seminggu for their diet, belum lagi campur seafood untuk diet diorang for week. Harga pasaran sekilo ayam daging pun sekilo RM7.50. Berbincang-bincang dengan husband apa salahnya kita cuba bela ayam daging sendiri lebih untung dan selamat dari suntikan hormone serta apa ntah lagi untuk formula ayam daging cepat besar gebu jika dibela secara commercial. Jadi kami cubalah bela suka-suka dulu dan pantau pembesaran mereka. Sekarang ini di sangkar no. 4 dihuni oleh 3 ekor anak ayam belanda betina dan 25 ekor anak ayam daging. Makin sibuk bertambah Pets dan tanggungjawab.
  Kasihan dekat Kiki dah arwah sebab kena terkam dengan musang dah buta. Kisahnya kami mula-mula hairan mana Kiki pergi beberapa hari. Kebetulan projek weekend dengan Big Boss menebas di belakang. Terjumpalah si Kiki mengeram dalam semak. Sifat ayam belanda betina ini memang suka mencari tempat semak untuk mengeram telur. Lepas tu kalau dialihkan telurnya nanti dia merajuk pula dah tak nak mengeram. Jadi kami kemaskanlah kawasan keliling tersebut siap buatkan Kiki temporary hut untuk berteduh dari kena hujan. Beberapa hari lepas tu Kiki mata kena cakar menjadikannya buta dan lemah beberapa hari. Tukang kebun suspek mesti biawak nak ambil telur si Kiki dan cakar terkena mata Kiki jadi buta. Sebab kuku biawak biasanya dikatakan beracun. Jadi bila combat dengan biawak elakkan dari terkena kuku dia tu. Bak kata Tuan Tanah, Big Boss biawak besar pun tak takut dikejarnya dengan parang sebab sayangkan Pets dia. Disebabkan Kiki buta dan lemah, kenalah attack dengan musang. Tapi musang pun macam tak berapa menjamah tukang kebun tengok leher Kiki. Mungkin masa lepas attack baru musang tu sedar mungkin Kiki not a very good specimen to suck blood ada contamination poison lagi kut dalam blood system Kiki. Ini kisah dah lama rasanya dah sebulan lebih Kiki meninggalkan kami.
 Tengok species macam ayam mutiara exotic di Sunway Lagoon ini teringin pula nak tambah collection jenis ayam-ayam hehehe...Sekarang ini kami dalam proses hunting anak-anak ayam mutiara pula nak bela di belakang. Kalau ada sesiapa tahu mana nak dapatkan bekalan anak-anak ayam mutiara informlah kami.
 Ohhhh yang ini tak boleh bela lagi ya kids. Habis tanaman di belakang tu botak-botak belaka nanti. Nak kena buat kandang special dahululah ya. Ini budget besar belum lagi. Main tunggang je lah dulu dalam Sunway Pyramid Chinese New Year celebration decoration.
 Antara tuaian segar di Kebun Bahagia Bersama minggu lepas adalah seperti sengkuang dan Bok Choy Jepun Vitaminna. Sengkuang tukang kebun tak semai pun biji benihnya. Yang ini tumbuh sendiri di bawah pokok belimbing buloh dari biji-biji benih yang meletop-letop dari kantung tidak dituai (lokasi di sini). Biji benih sengkuang baru dituai minggu lepas dan biji benih bok choy vitaminnia juga available.
~ Sengkuang ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
~ Bok Choy Tsukenna Vitaminna ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM1.00 .

Jadual Self-Collect minggu ini:

~ Rabu 4hb March 2015 di Sungai Buloh antara pukul 8:30 malam ~ 9:00 malam.

~ Jumaat 6hb March 2015 di Saujana Utama antara pukul 9:45 malam ~ 10:15 malam.

~ Sabtu 7hb March 2015 di Sungai Buloh antara pukul 5:30 petang ~ 6:00 petang.