Sejak kebelakangan ini rezeki hujan yang lumayan dan cuaca yang agak sejuk di sebelah malam bahagia hati tukang kebun tengok pokok-pokok asparagus di kebun rajin keluarkan pucuk tombak-tombak dari tanah untuk dituai. Terung jenis Telunjuk benih asal diterima dari Kak Ros from Jasin with love pun rajin berbunga dan lekat menghasilkan buah untuk kami tuai. Minggu ini menerima banyak kasih sayang lagi dari kebun Kak Ros with love kami terima via Pos Laju. Terima kasih banyak-banyak Kak Ros. Mulberry yang ranum kalau tidak dituai dengan hujan lebat ni memang habislah berguguran di tanah.
Terung Telunjuk antara jenis terung yang mudah dibela di negara kita, berlainan dengan terung panjang ungu yang dijual di pasar ianya berwarna hijau dan ada belang-belang putih di ekor buahnya. Saiznya pun tidaklah besar , besar sikit dari jari telunjuk agaknya itu sebab dipanggil terung telunjuk. Bunga pokok terung telunjuk tukang kebun perhatikan berwarna putih.
Di ruang yang ditunjukkan dalam gambar ini ialah barisan pokok-pokok terung telunjuk yang bersebelahan dengan pokok-pokok kapas di Petak 2 seperti diceritakan di posting semalam (related posting klik sini). Yang di Petak 2 ini agaknya pokok dia suka (requirement tanah, cahaya dan air sesuai) hidup sini tumbuh tinggi dari tukang kebun.
Setakat ini tukang kebun hanya nampak satu gerai je di Pasar Paya Jaras pada hari Sabtu menjual terung telunjuk sambil menjual lemang. Yang gerai lain jual sayur-sayuran biasalah terung ungu yang tak pasti hybrid atau baka kampung. Kebarangkalian hybrid kut terung panjang ungu tu dah jarang peladang komersial gunakan benih baka kampung. Terung telunjuk bila dah tua bertukar warna kuning keemasan. For edible gardener lover, cantik gak bela terung telunjuk untuk hiasi masa Tahun Baru Cina dengan warna keemasannya tu. Orang yang tak biasa tengok mesti "Wah got golden brinjal" bila melawat rumah masa musim perayaan. Background tu ada pokok water poppy dengan bunganya kuning juga boleh dibuat gandingan.
~ Terung Telunjuk ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
~ Terung Telunjuk ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
Untuk masa depan bukan sahaja buat simpanan dalam bank tetapi boleh juga buat simpanan makanan (food storage) di kebun. Makanan yang boleh disimpan di dalam tanah ialah seperti ubi sengkuang. Lebih baik simpan ubi sengkuang di dalam tanah dari dalam fridge lagi segar jika banyak sangat hasilnya. Bila nak dipakai baru gali keluar. Pernah tukang kebun tulis mengenai cara simpan sengkuang di posting sebelum ini (boleh baca klik sini). Ini ubi sengkuang bertunas semula masa musim hujan keluarkan tangkai daun baru. Ini pun masa menuai di tempat ini tukang kebun tercicir tak perasan, jadi dah ada tanda tunas ini tukang kebun keluarkan simpanan stock sengkuang KBB dari tanah untuk buat stock popiah lagi. Hujan lebat baru nampak ubinya tersembul keluar sebahagian.
Salah satu cara nak berjimat lagi bulan ini kami buat stok frozen popiah sengkuang lagi. Bolehlah dearest hubby bawa ke opis juga nak isi perut dekat pantry bila lapar. Dekat kantin company dearest hubby ambik lauk yang sama bila masuk GST 6% jadi naik 50sen. Nak buat stok biskut roti pun process food semua dalam GST 6% unlike fresh produce yang tidak di proses katanya lah kan. Musim-musim hujan ini pun cepat lapar. Mencari-cari makanan dalam gerobok takde, bolehlah goreng popiah sekejap keluarkan dari freezer. Its time to grow your own food.
Musim hujan sekarang ni pun senang nak cambah biji-biji benih sengkuang dan cepat je naik tinggi. Sengkuang bagus untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia gardening.
Kalau asyik fikir lama-lama tangan kita ni sejuk ke tidak, bila-bila tak ada apa yang dapat dituai dari laman kita. Asyik panggil upah orang datang potong rumput. Masa kebun container garden tukang kebun macam luas laman rumah teres, penuh dengan tanaman tak perlu nak suruh orang datang potong rumput, kekadang tukang kebun pakai gunting pruning besar tu je potong rumput sendiri. Good exercise. Tukang kebun pun selama ni tak sangka that I can grow my own food. I never believe before these 2 hands of mine can feed my family by gardening. My own parents pun never thought their daughter can grow food, took them years, now to acknowledge Yes She Can.
Senang fikir macam ni...
If I don't sow, I won't know.
No Sowing, Nothing Showing.
Most importantly
Any form of gardening, patience is the virtue.
No garden is the same.
~ 15 sengkuang seeds 1 pek for RM3.00 ~
~ April 2015 promotion only 100 sengkuang seeds for RM10.00 ~
8 ulasan:
Salam ukhuwah,
baru nak berjinak dengan tanaman sejak pindah rumah tinggi. Sedang mencari alternatif dan tunjuk ajar sifu..
:D
Popia sengkuang mmg sedap Pn Diana. Harap sengkuang di kbr cepat berisi dan bolehlah saya buat popia isi sengkuang.
Kakak rasa dah berpuluh tahun kakak tak sentuh terung telunjuk ni Dee. Dulu masa kakak kecik-kecik bapak kakak ada tanam tapi sekarang macam dah tak pernah jumpa. Kulit dia keras kan bila dah kuning. Tapi cantik:)
Kakak macam nak ngap aje sengkuang dan carrot yg dah siap utk inti popia tu. Makan gitu aje pun sedap kan:)
Bunda jarang tengok dan jarang beli....tapi makan suka, selalu kalau g makan nasi campur jumpalah...
terung telunjuk ni boleh dimakan ka
jafmy
Selalu jumpa terung ni kat pasar tapi belum pernah beli dan makan..
Salam Diana, boleh bagi email address..akk nk order seeds. Tq. Kak Nor.
Salam Bahagia Jazzeyra AJ,
Syukur Alhamdulillah makin hijau dan nyaman bumi yang dipijak bertambah tanaman.
Perut pun kenyang.
Salam Bahagia Carlz Jafran.
Memang sedap bila dibuat sendiri puas hati.
InsyaAllah moga cepat berubi besar sengkuangnya.
Salam Bahagia KakZakie.
Ya makin tua makin keras kulitnya sambil mata jadi lebih bling bling hehehe...
Sengkuang yang baru tuai terus diracik-racik wangi baunya menyelerakan.
Generasi Diana ini lagilah ramai tak kenal terung telunjuk agaknya.
Salam Bahagia Bunda.
Masakan kampung mesti ada yang pakai terung telunjuk ni kan. Sedap lembut manis.
Salam Bahagia Jafmy.
Terung telunjuk ini buat perut kenyang :).
Macam-macam lauk boleh dibuat.
Salam Bahagia Kak Mala.
Mudah nak dapat terung telunjuk ini dekat pasar di Langkawi ya.
Yang terung ini baka kampung selamat makan kut dari purple hehehe....
Salam Bahagia Kak Nor.
Email address (kebunkmg@gmail.com).
Catat Ulasan