No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 13 April 2015

Nasi Ayam with Asparagus

 Sabtu lepas kami mengemas di sekitar kawasan sangkar besar yang baru itik-itik telur dipindahkan hujung minggu sebelumnya (related posting klik sini). Sambil-sambil itu kelapa tua yang dah berguguran dikumpulkan di tempat stock kelapa tua untuk santan segar dan makanan ayam. Pisang yang tumbang ke tanah sebelah terpaksa pula ditebang dan cuba peram buahnya takut mengganggu kebun orang lain pula. Beberapa anak pokok pisang nangka yang tumbuh dikelilingnya juga dipindahkan ke tempat lain. Kemudian sebelah petang dearest hubby sembelih 2 ekor ayam daging.
 Ahad pagi pula ada urusan sekejap tidak dapat turun ke kebun, bila balik sudah tengahari. Jadi masa tengahari tersebut digunakan pula untuk menyembelih 4 ekor ayam daging lagi untuk stok peti ais. Masing-masing pegang 2 ekor ayam yang telah dipilih dikeluarkan dari kandang di bawa ke belakang rumah di bawah pokok durian. Sambil satu-persatu ayam disembelih, Ilhan tolong jaga ayam duduk bawah bakul baju kejap dari terkeluar. Anak-anak pun dah biasa sekarang tengok cara ayam disembelih.
 Sementara tunggu dearest hubby kemas-kemaskan bulu ayam daging yang sudah disembelih, tukang kebun masak seekor ayam yang disembelih pada hari Sabtu. Kemudian sementara tunggu dearest hubby selesaikan semua, ambil seekor ayam yang baru disembelih dan rebus untuk persiapan nasi ayam dinner pula. Pada hari Ahad 2 ekor ayam daging kami sekeluarga nikmati bersama-sama untuk lunch dan dinner. What a luxury kan ayam daging segar bela dari kebun sendiri. Lenguh juga nak cabut-cabut bulu direct 4 ekor ayam, tapi bila papa tengok Ilhan, Rayyan dan Abby makan daging ayam dengan seleranya rasa puas hati. Rayyan tak kuat makan pun terkejut dengar nak tambah nasi lagi sambil makan ayam. 
  Hujung minggu baru-baru ini semua ayamnya sihat-sihat belaka. Dearest husband kata ayam daging kita bela ini lemaknya lebih tebal berbanding dengan yang dijual komersial di kedai. Mungkin sebab pemakanan agaknya, tak tahulah sebab ayam daging ni suka makan tombong dan isi kelapa jadi lemak berkrim agaknya. Kemudian kaki-kaki ayam yang baru sembelih ni tak nampak pucat macam dijual di pasar warnanya kuning bersinar. Simpan stok kemudian untuk masak lauk kaki ayam pula. Tukang kebun masih tak berapa reti makan kaki ayam, jadi moga anak-anak tak jadi macam mama dia nak kena educate nothing go to waste. Help cadangan-cadangan masak apa best dengan kaki ayam ni?
  Cuma sampai sekarang kami masih tertanya-tanya kenapa sayap ayam daging ini rapuh mudah patah tak seperti kepak ayam yang dijual secara komersial. Mungkin sebab ayam-ayam yang dibela di Kebun Bahagia Bersama ini tak pernah disuntik apa-apa. Dengar yang komersial berapa kali selalu bahagian sayap kena suntikan jadi mungkin pejal jadi sayapnya.
 Sebelah petang pula sambil-sambil panggil AVIAN PETS di belakang masuk tido dalam sangkar tukang kebun lekas-lekas tuai Asparagus yang ada. Seronok 3 jenis asparagus dapat dituai macam Connover's Collosal, Mary Washington dan Jersey Giant serentak semalam for dinner sayur dengan Nasi Ayam. Takde prepare special sangat pun. Kuah yang ada terlebih peram untuk ayam tukang kebun buat campur je jadi bahan kuah goreng asparagus.
 Seperti Ahad lepas, sebelah petang hujan ribut datang lagi. Kelam kabut berkejaran nak menuai buah-buahan yang ada di keliling rumah. Tukang kebun menuai buah-buah katak puru di depan rumah, Dearest hubby dan Ilhan tuai buah-buah mempelam telur dekat dapur. Kemudian berkejaran kami suami isteri ke kebun belakang tuai buah canistel pula dah rintik-rintik, kemudian boom hujan. Abby peminat setia buah katak puru setiap minggu kena buat katak puru assam boi untuk Abby.
  Hari ini pengeposan untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama kandungannya ialah Buah Canistel, Katak Puru dan Mempelam Telur. Minggu ini rezeki Katak Puru banyak dari minggu lain jadi rezeki giliran yang menunggu Pasar Online Kebun Bahagia Bersama dipos hari ini lebih dari minggu lain (InsyaAllah kalau internet stable, malam ini tukang kebun email tracking no.). Ribut hujan tak sempat nak pusing-pusing petik yang lain. Yang tak terima minggu ini dah reserved awal lagi sebelum semalam, InsyaAllah minggu depan Kebun Bahagia Bersama pos. Jadi slot depan dah fully reserved. 
   
 Minggu ini kami buka semula Pre-Orders Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk 1 kilogram buah canistel + hampir 1 kilogram tuaian segar of the weekend dari Kebun Bahagia Bersama (RM7 Jumlah kandungan 2 kilogram fresh goodies dari KBB) + kos penghantaran dalam kawasan Semenanjung Malaysia sahaja RM13 , jadi jumlah 1 pek Pasar Online ialah RM20. Boleh buat pesanan email (kebunkmg@gmail.com).

  Tukang kebun baru siap buat 3 balang mangga assam boi tadi dari tuaian semalam. Niat di hati ingat sebalang nak kongsi rezeki dengan office mate dearest hubby, lagi sebalang untuk Nanny yang jaga Rayyan lepas habis tadika di Shah Alam, dan sebalang stok dapur Kebun Bahagia Bersama. Ramai peminat asam dalam kebun ini. Sejak mempelam dan katak puru ni rajin berbuah, setiap minggu kami buat mangga dan katak puru assam boi. Abby rajin snacking ini tiap hari. Buat sendiri tak takut sangat takde bahan pengawet tiruan. 

4 ulasan:

gina marna berkata...

Kecur liur tgk pelam asam boi tuu...kami kat ofis pun kejap2 mkn colek pelam dgn akak2 cleaner :).

Kaki ayam tu kalau buat sup..rebus lama-lama sampai terlerai isi dr tulang tuu...perhhh sedapnye Diana.

Bunda_nora berkata...

Nasi ayam...ermm masak sendiri puas makan anak beranak...

Jeruk pelam tu....buat kecur alio jer ...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Gina.

Dah musim mangga ke kat Kemaman sana?
Mesti banyak buah mangga di Terengganu sana kan.
Seronok makan ramai-ramai ni.
Ingat nak buat sup juga ada bahan terlupa nak beli tadi.

Salam Bahagia Bunda,

Memang puas makan bila masak sendiri :).

Unknown berkata...

Wasap 0134924807 saya nak beli jeruk mangga