Bulan April ini tukang kebun fikir-fikir untuk memberi dorongan lebih ramai cuba-cuba menanam makanan sendiri tidak kiralah walaupun ada ruang 1 meter persegi juga pasti boleh. Tiada tanah (ground) pun pasti boleh isi tanah dalam bekas yang kitar semula untuk menanam. Tak perlu nak fikir mula fancy-fancy sangat, cuba-cuba dengan bekas kitar semula pun dah memadai asalkan simpan budget untuk tanah yang subur. Hampas dapur jangan dibuang sebelum bekas diisi dengan tanah, separuh bekas bawah tu isilah hampas dapur ke daun kering ke apa sahaja yang boleh reput menjadi kompos. Beginilah juga bagaimana tukang kebun mula berkebun dahulu dalam container garden. Pantang nampak bekas polystrene dahulu pasti bawa balik.
Kata GST akan buat harga runcit turun, mmmmm in your dream jelah. Tak mungkin takkan pengilang pun nak bankrap everything link tu each other. So here is a cliche, GST-Go Sow Turnip. Tapi pilihan tukang kebun jenis turnip kali ini adalah jenis turnip tradisional Jepun. Dalam pengalaman Tukang Kebun di cuaca tanah rendah ini, turnip tradisional Jepun lebih mudah dibela berbanding dengan yang jenis Western Turnip. Tambahan pula tanam turnip tradisional Jepun ini Double Happiness. Sebabnya bukan sahaja akar turnip boleh dimakan tapi daunnya juga sedap dimakan. Lebih kurang macam sawi je daunnya kalau Turnip Tradisional Jepun. Kalau yang western Turnip daunnya boleh dimakan tapi cepat pahit dan berbulu-bulu, taste bud tukang kebun kurang gemar. Daun Turnip Tradisional Jepun biasanya dicampur dalam sup atau sedap juga dijerukkan. Dalam masa kita hendak ubah lifestyle dengan ada GST ini, nak elakkan pembaziran bila banyak daunnya tak tau buat apa kita buatlah jeruk untuk simpanan masa depan bila kekurangan bekalan stok di dapur. Itu sebabnya Double Happiness tanam Turnip Tradisional Jepun seluruh bahagian tumbuhannya boleh dinikmati. Yang seronok juga sebulan lebih usianya dah boleh mula dituai.
Bulan April ini untuk membantu novice gardener or not novice melalui tekanan GST yang dikenakan, Kebun Bahagia Bersama buat April Promotion dengan apa-apa jenis turnip tradisional Jepun yang ada di dalam stok, anggaran, 50 biji benih dalam1 pek dengan harga RM1.
Turnip Tradisional Jepun dalam stok bulan April adalah seperti berikut:
Hinonakabu 日野菜蕪
(Merah Putih)
|
Info lebih lanjut (klik sini).
TsudaKabu 津田蕪 (Turnip Tanduk Merah Putih)
Yang ini dwi-warna akarnya seperti Hinonakabu. Tetapi TsudaKabu ini ekornya lentok dan daunnya berwarna hijau. Hinonakabu daunnya berwarna merah. Kadangkala orang Jepun panggil turnip tradisional ini Turnip Tanduk.
HonBeni 本紅かぶ(Merah)
HonBeni AkaMaru 本紅赤丸蕪 (Merah)
Akar dan batang daun HonBeniAkaMaru berwarna merah.
Promosi untuk bulan April 2015 ini sahaja:
Boleh campur mana-mana jenis turnip atau radish masih ada dalam stok jika beli 5 pek (RM5) dapat percuma 2 pek mana-mana jenis turnip atau radish pilihan sendiri. Jadi sebenarnya for RM5 dapat 7 pek turnip/radish. Jika lupa nak beritahu 2 pek percuma tu nak yang mana satu, tukang kebun kena pilihkanlah ya.
4 ulasan:
Nsalam Kak Diana,
Simpan utk saya .ntsy Cuba BG final listing scepat mungkin.tq
-nyza sp
simpan lima pek (plus 2 free?) turnip jepun campur-campur ye Diana.
Kak Diana,
Niza nak 5 pek + free 2. Masih finalise listings.
Tq
-nyza sp
Salam Bahagia Nyza dan Kak Muna,
Boleh no worries.
Catat Ulasan