No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 15 April 2015

Inti Lepat Pisang jadi Lempeng Pisang Inti Kelapa

  Lepas hantar Ilhan ke Sekolah Kebangsaan tutup pagar depan, jalan ke arah berhampiran tempat letak kereta, bunga lotus dan di sebelah bawahnya bunga bawang hippeastrum mekar bahagia hari ini.
 Kemudian mari bersiar ke kebun Gardener Zihan di Sekinchan yang berkongsi mekar sunflower biji benih yang dikongsikan oleh Eira beberapa bulan lepas (related posting klik sini).
 Tukang kebun pun tumpang bahagia tengok Gardener Neta dah boleh tuai cotton bolls dari anak pokok yang dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama tahun lepas. Sekarang dah besar bagai juara dan menghasilkan banyak kapas untuk kegunaan Gardener Neta sekeluarga di Lembah Klang.
 Antara tuaian Kebun Bahagia Bersama pada Isnin lepas seperti citrus, terung pipit, terung telunjuk dan petola segi. Terung telunjuk dan terung pipit dimasak ala pajeri.
 Tuaian pada hari Selasa pula seperti daun remayung merah, asparagus, sengkuang dan jambu air 'Pink Rose Apple'.
 Challenge minggu ini pula ialah nak habiskan setandan pisang nangka yang dah mula masak rebah pada ribut Ahad 5hb April 2015 (related posting klik sini). Snack dearest hubby bawa ke office pada hari Selasa sebalang mangga asam boi; hari Rabu pisang nangka goreng; esok hari Khamis lepat pisang. 
 Petang tadi lepas Tukang Kebun masuk rumah, housekeeper Kak Mizna dah selesai buat inti untuk lepat pisang. Tukang kebun tak buat pemerhati je sebab baru selesaikan kerja luar.

 Bahan-bahannya:

Pisang Nangka
Sebiji kelapa parut
Brown Sugar (ikut citarasa manisnya)
Tepung Gandum
Secubit garam (nak kasi rasa lemak)
Daun Pisang
Nak mudah semua masuk dalam blender, letak air masak sikit-sikit supaya tak jadi cair.
  Dah lama tukang kebun teringin nak makan lempeng pisang berinti Kelapa macam di "Teratak Bunda". Tapi lempeng pisang inti Kelapa tukang kebun lainlah ambil short cut atau bak kata orang putih 'Kill 2 birds in one stone'? Untuk style betul bolehlah jenguk dapur Bunda di Teratak Bunda ya. 

  Memandangkan tukang kebun pun tak de appetite nak makan nasi, jadi Kak Mizna kata inti lepat pisang ini pun sedap juga dibuat ala lempeng pisang. Maka Kak Mizna masakkan juga lempeng untuk tukang kebun beralas daun pisang di atas non-stick pan. Wah ~~~~~wanginya bau lempeng masak atas daun pisang. Abby berebut makan dengan tukang kebun sambil Kak Mizna isi inti lepat pisang dalam daun pisang. Dah habis selempeng, tukang kebun buat lagi satu kongsi dengan Abby.
 Ginseng jawa yang dituai sambil kemaskan Petak 1 tadi, sayur untuk dinner malam ini. Akar Ginseng jawa simpan boleh buat Phoenix Feet Soup nanti (related posting klik sini).

18 ulasan:

Nudabuffy berkata...

Salam bahagia Tukang Kebun. Sekarang ni musim hippeastrum berkembang di mana-mana.. Melilau-lilau mata tengok bunga orang berkembang. Dekat rumah ada dua tangkai baru lepas mekar (merah dan oren), bakal kembang lagi setangkai merah.

carlz berkata...

Cantik betul kapas matang dia, aku punya habis disengat serangga menyebabkan kapasnya bergumbal hingga tidak boleh guna juga penuh dengan anak-anak serangga dijadikan rumah tumpangan pula... adehhhh

Unknown berkata...

selamat pagi diana
lama tak singgah sini busy segala macam kerja, bunga2 yg berkembang mmg menarik dan tertarik, tapi nak tanam? aduhh kerja dlm umah belum beres tak tertanam rasa nya, apa2 pun lepat dan lempeng tu sedappp suka yg ada pisang2 ni

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak memang kagumlah Diana ni. Bukan saja pandai bercucuk tanam tapi juga tahu nak menggayakan segala tanaman - digunakan sepenuhnya. Berbaloi betul kalau macam ini. Bersih dan sihat.

Unknown berkata...

Saya bercita-cita nak jadi mcm akak. Hehe tp xde kebun yg luas.

@na berkata...

mmg mengenalla strategi kill 2 birds 1n one stone tu diana hehehe

Nani berkata...

sedapnya lempeng pisang tu, lagi2 makan waktu panas2...emm, emak saudara saya panggil lempeng pisang tu Kuih Puteri Hangus..hihiii..

Suzie berkata...

Pisang saya pun tumbang ...2 pokok .tapi dah hampir tua so 2-3 hari simpan dah kuning .Sedap lempeng tu ...

imm berkata...

akakk.. hippeastrum merah imm dah kembang mekar jugak..senyum simpul kite..kejap2 jenguk laman ikut tingkap (^___^)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nurul.

Memang cuaca sekarang buatkan Sleeping beauty bangun berbunga membuatkan ramai gardeners happy. Yang ni pun dah setahun lebih tido memanjang. Bunga ini senang nak belakan biar tak payah siram pun.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Carlz.

Antara masalah cotton adalah serangan dari white aphid atau shield bug. Air circulation dan pencahayaan yang banyak penting supaya mereka tak suka bertapa di pokok itu.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Noor.

Sekarang dekat sini sebelah siang panas. Tak berapa daya sangat nak buat kerja di luar lama. Kekadang bunga yang dah lama tak berbunga dah mula bunga semula pun tak perasan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Diana tak pandai sangat bab masak ni main campak -campak je asal rasa tak pelik hehehe. ...
Masak sendiri bila ramai baru rasa puas makan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia We Linnasya.

InsyaAllah boleh tanam macam-macam. Vertical garden pun bagi lebih banyak ruang untuk bercucuktanam.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia @na.

Hahaha. ..nak cepat perabihkan bahan. Nanti banyak nak kena melepat.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nani.

Lain kali nak juga panggil nama glamour Kuih puteri hangus.
Betul makan masa panas lagi syok.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Suzie.

Masih ada baki nak habiskan pisang nangka yang tumbang hari tu.
Sekarang menanti ada 2 jenis pisang tak lama lagi nak masak.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Imm.

Dah jenguk hippest rum IMM indah sungguh.