Syukur Alhamdulillah tahun lepas ada rezeki melawat negara Bangladesh. Tukang Kebun sendiri pun tak sangka dalam kehidupan ni dapat jejak kaki ke negara Bangladesh sebab tak pernah masuk dalam bucketlist. Kali ini lawatan ke Bangladesh pun atas dasar kerja bukan bercuti. Kali ini temankan kawan yang teringin nak sertai persidangan antarabangsa di Bangladesh Agriculture University. Masa hujung tahun 2018, kawan baik ni pun temankan Tukang Kebun realisasi impian ke Bosnia (related posting klik sini) , jadi kali ni Tukang Kebun pula teman kawan tunai impiannya. Mula-mula hubby Tukang Kebun tak berapa nak bagi pergi sebab risau keselamatan, lepas tu bila tengok senarai co-organizer ada senior kami pun ahli jawatankuasa persidangan barulah suami bagi restu boleh minta tolong seniornya tengok-tengok kan keselamatan isteri nya di negara orang sebab kali ini tak ikut sekali.
Halaman
No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.
We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.
If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.
All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.
Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.
Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.
Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.
Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Bangladesh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bangladesh. Papar semua catatan
Selasa, 10 November 2020
Bentang Hasil Penyelidikan di Bangladesh
Pergi ke Bangladesh perlu mendapat Visa dari kedutaan Bangladesh. Boleh juga dapatkan di Lapangan Terbang Bangladesh lepas landing di immigration. Tapi khuatir nanti ada dokumen yang tak lengkap naya pula tak bagi masuk kena balik Malaysia pula. Tukang Kebun buat visa masuk Bangladesh di Bangladesh Embassy di Kuala Lumpur sahaja yang letak berdekatan sahaja dengan Perpustakaan Negara atau Institute Jantung Negara (IJN). Sebelah pagi hantar permohonan visa. Kemudian staf inform pukul berapa boleh ambil semula dokumen perjalanan di sebelah petang. Di website Bangladesh Embassy ada senarai dokumen-dokumen yang perlu disediakan.
Selepas tibanya di Lapangan Terbang Bangladesh, tuan rumah persidangan yang Tukang Kebun sertai ini jemput dengan van bersama peserta-peserta lain. Dalam perjalanan dibawa singgah makan tengahari yang juga tuan rumah belanja. Di Bangladesh jika order soft drink ianya dihidangkan dalam botol kaca kecil, tinggi sedikit sahaja dari tin minuman di Malaysia. Pertama kali bagi Tukang Kebun rasa pengalaman jalanraya yang sangat scary semua macam nak berlumba-lumba jenis kenderaan di darat tak kira saiznya. Masing-masing tak nak kasi jalan. Sampai himpit-himpit kekadang kita boleh sentuh bas sebelah kiri kanan cuma beza pembaris pendek je atau jarak side mirror. Lepas tu asyik hon memanjang sahaja dengan kenderaan yang sesak tak kira waktu walaupun bukan rush hour. Semua penumpang-penumpang antarabangsa pakat cuba nak tidur je kena pasrah je dengan suasana driving di Bangladesh. Bikin pening kepala dan boleh buat sakit jantung. Oleh kerana Bangladesh mempunyai permasalahan peluang pekerjaan, kita akan lihat banyak perkhidmatan beca di sepanjang jalanraya. Bandar Bangladesh memang jauh ketinggalan dari segi pembangunan, kekadang rasa macam kita kembali zaman 1970-1980 an atau movie klasik Back to the Future. Terasa sangat syukur kita dilahirkan di negara Malaysia.
Walaupun jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dhaka/Bangladesh ke tempat persidangan, Bangladesh Agriculture University lebih kurang 120km ambil masa 5 jam lebih kerana dalam bandar sahaja dah jem teruk. Kemudian lepas keluar bandar pun banyak juga kenderaan dan kadangkala lembu-lembu melintas jalanraya utama. Peserta-peserta dari luar negara penganjur tempatkan di Guesthouse Bangladesh Agriculture University. Dari segi keselamatan peserta, kawasan tersebut dikawal ketat oleh sekuriti Universiti yang standby berdekatan.Nama persidangan yang Tukang Kebun sertai ini ialah International Conference on Sustainable Agriculture (ICSA) 2019. Yang kami terlopong seketika ialah semasa opening ceremony masa menteri sedang berucap siap ada pengambaraan berita dengan pembaca berita buat liputan dengan berlatarbelakangkan stage di tengah-tengah peserta. Mula-mula hairan kenapa selamba je ada orang bercakap-cakap berdiri sambil pegang microphone dengan orang-orang besar sedang masih berucap ni.
Pembayaran yuran persidangan dalam Dollar Amerika, Tukang Kebun tak berapa ingat tak lebih $250 rasanya dengan cash semasa pendafataran sebelum bermulanya opening ceremony. Mula-mula Tukang Kebun ingat ini cuma yuran penyertaan sahaja rupa-rupanya dah termasuk semua makan minum, penginapan dan pengangkutan darat dalam Bangladesh selama aktiviti persidangan ini iaitu 5 hari 4 malam. Tukang Kebun kan cuma tukar RM500 cash pocket money ke mata wang Bangladesh. Jadi jumlah kos Tukang Kebun pergi ke sini dengan tanggungan sendiri termasuk yuran penyertaan, return flight tickets (Malaysia Airlines kebetulan paling murah) dan pocket money tidak lebih RM2500. Murah juga jika dibandingkan sesetengah perbelanjaan penyertaan persidangan antarabangsa di dalam Malaysia.
Cuma ada satu pengalaman yang Tukang Kebun tidak boleh lupakan ketika menghadiri persidangan ini. Semasa opening ceremony persidangan ini Tukang Kebun nak ke tandas. Lalu Tukang Kebun tanyalah AJK yang duduk dengan area kawasan pendaftaran. Lepas tu yang disuruh iring Tukang Kebun tu orang lelaki. Tandas tu pun memang dia ada tunjuk arah dekat je nak bersebelahan kaunter pendaftaran. Dah disuruh masuk Tukang Kebun pun masuklah tandas tu, kurus semangat terus Tukang Kebun pusing belakang dan patah balik. Nasib baiklah bukan anak dara dah mak dara. Itupun disuruh masuk lagi sekali tandas tu dan dia tunjuk pergi masuk di bilik tandas bertutup hujung sekali. Tukang Kebun geleng-geleng kepala lagi menunjukkan tak mahu masuk lagi. Pelik sikit budaya mereka ni, sebab bila masuk tandas tu terus tandas laki dan berderet tetamu-tetamu lelaki lain yang berkemas berpakaiaan kemeja kiri kanan tengah menghadap dinding buat urusan "nature call", walaupun tak nampaklah benda tu. Orang perempuan kena lalu tengah-tengah jalan lapang tu ke penghujung untuk masuk tandas bertutup. Tak sangka pula kekadang tandas lelaki dan perempuan dalam bilik yang sama. Bila tengok tingkahlaku Tukang Kebun agak pelik, barulah salah satu AJK perasan dia kata pergi bawa tandas lain, ini bukan peserta tempatan tetapi luar negara (nasib wajah Pan Asian dan gaya student-syok sendiri ahaks). Lalu lelaki pengiring tu pun bawa Tukang Kebun ke tandas VIP naik tangga sebelah pentas yang memang ada asing lelaki dan perempuan. Bila kembali semula ke tempat duduk, kawan tanya asal muka ko lain macam pula ni hahaha...terkejut beruk punya pasal. Rupa-rupanya baru-baru zaman ini diorang cuba kasi kemasukkan peluang tingkatkan bilangan pelajar-pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi. Dulu-dulu tak perlu fikir sangat masa buat bangunan nak bahagi tandas lelaki dan wanita asing-asing.
VIDEO LINK : https://youtu.be/6UE2f69ameY
Antara yang Tukang Kebun kagum di sini adalah tersangat kurangnya penggunaan produk plastik terutamanya dari segi bungkusan atau packaging. Sebagai contoh, semasa makan tengahari, peserta-peserta diedarkan makanan dengan bukan menggunakan plastik tetapi beg kain seperti gambar di atas. Kemudian makanan dibungkus bukan dengan menggunakan plastik tupperware atau polisterin tetapi menggunakan aluminium foil. Cuma air mineral mereka bungkus gunakan plastik. Air minuman perisa lain samaada kotak atau botol kaca. Jika membeli belah pakaian pun pakai paperbag. Ada juga dinner dengan persembahan budaya yang boleh ditonton dalam video di atas kompilasi video-video yang Tukang Kebun teringat nak ambil sepanjang lawatan di sana. Ada satu persembahan lagu rakyat tu yang asyik sebut Bangladesh tu asyik terngiang-ngiang dalam ingatan.
Selepas habis persidangan terus dibawa kaum hawa window shopping di bandar Mymensingh (related posting klik sini).Keesokan harinya kami dibawa melawat kampus Bangladesh Agriculture University. Sempat juga melihat bagaimana kuliah dijalankan. Boleh kelihatan kaum hawa dalam satu perempat (quarter) jumlah dalam kelas. Agak berbeza di mana kalau di Malaysia pula majoriti 70% kaum hawa di universiti. Sedangkan di Jepun juga kekadang masih ada gender bias dalam apa-apa bidang dan tak ketara bilangan wanita berbanding lelaki di university awam. Ini adalah keunikan Malaysia di mana kaum hawa di Malaysia lebih banyak peluang dan gender equality adalah norma biasa. Pelajar-pelajar universiti kita juga kelengkapan lebih bagus berbanding dengan mereka di Bangladesh guna kipas je. Kita penghawa dingin tak berfungsi pun boleh hilang kesabaran kadang-kadang hehehe...
Semasa lawatan makmal, di luar bilik ada beberapa poster menarik perhatian Tukang Kebun sebagai contoh jenis-jenis pokok gladiolus yang bunga kegemaran Tukang Kebun ni. Kemudian senarai tawaran kursus-kursus untuk ijazah sarjana muda sains pertanian di bawah department sains tanah. Nasib baik tak buat pembentangan hasil penyelidikan secara poster tetapi oral. Nanti segan sebab poster dari peserta tempatan jenis material kanvas mahal dan besar 2 kali ganda dari yang biasa saiz A1 kat Malaysia tu. Material kanvas murah agaknya di Bangladesh. Kami juga dibawa melawat ke Taman Botani, Bangladesh Agricultural University (Related Posting - Klik Sini).
Sehari selepas persidangan selesai, ada pensyarah bawa kami sarapan di rumahnya. Ada kuarters yang disediakan untuk pensyarah yang duduk di dalam kawasan university. Kami juga dibawa melawat ke faculty veterinary. Rupa-rupanya baru beberapa tahun sahaja telah dibuka pengambilan pelajar-pelajar dari Malaysia untuk mengambil bidang verterinary di Bangladesh Agriculture University yang diiktiraf (accredited) oleh Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia. Peluang nak ambil bidang jadi Doktor Haiwan di Malaysia agak terhad di universiti tempatan. Jadi mereka yang ingin mengambil bidang ini dengan biayaan sendiri akan terpaksa ke luar negara yang kebiasaannya Indonesia. Setelah Tukang Kebun tanya pelajar-pelajar di Malaysia kenapa pilih Bangladesh ialah mereka kata yuran dan perbelanjaan di Bangladesh adalah lebih murah berbanding jika di Indonesia. Kami doakan supaya adik-adik ini mencapai impian mereka, jauh merantau mengejar cita-cita.
Dalam perancangan untuk next International Conference on Sustainable Agriculture (ICSA) akan diadakan pada 2021 di Nepal pula jika ada yang berminat. Kalau ada rezeki Tukang Kebun teringin juga nak serta kena menabung awal-awal dah ni.
Rabu, 28 Oktober 2020
Botanical Park Bangladesh Agriculture University
Semasa menghadiri persidangan di Bangladesh Agriculture University (BAU), Mymensingh peserta-peserta dari luar negara ditempatkan di guest house Bangladesh Agriculture University. Walaupun bangunan dan interior guest house BAU seperti zaman 1970-an, ianya masih dijaga dalam keadaan yang baik. Bolehlah ada rasa feeling retro sikit. Malahan taman laman kawasan guest house BAU juga dijaga dengan rapi kerana memang ada tukang kebun yang menjaga. Yang amat menarik perhatian Tukang Kebun ialah kolam yang meriah dengan bunga teratai warna pink ini. Ada juga katak melompat-lompat di atas kelopak daunnya. Juga kelihatan seperti ikan keli lebih besar dari lengan Tukang Kebun banyak timbul-timbul buka mulut yang menakutkan macam ular sehingga tak berani nak hulurkan tangan dekat air nak capai-capai bunga teratai ini.
Berhadapan dengan bangunan Guest House BAU pula kelihatan Sungai Brahmaputra yang masih lagi dijadikan penghubung menggunakan bot atau sampan membawa barangan. Depan kawasan sungai ini dalam laman Guest House BAU ada pengawal-pengawal keselamatan membawa senjata api sentiasa memastikan keselamatan pelawat-pelawat antarabangsa. Ada juga banyak pokok buah limau sedang berbuah di taman Guest House BAU ini.
Bangladesh Agriculture University di dalam kampusnya ada botanical garden. Bolehlah kasi buang kalori berjalan-jalan di dalamnya sambil melihat koleksi tumbuhan-tumbuhan di sini. Asyik kena bagi makanan berat sedap-sedap je hehehe....Itupun mula-mula tuan rumah suruh tunggu naik van, kami kata tak pelah bukan jauh sangat pun.
Papan di atas adalah jenis-jenis tumbuhan perubatan yang ada di koleksi taman botani, Bangladesh Agricultural University.
Laju sangat kami berjalan sebab nak mengejar masa jadi Tukang Kebun pun tak sempat nak ambil gambar sangat. Tambahan pula, ramai sambil berjalan ajak berborak dan berkenalan. Yang menarik perhatian Tukang Kebun adalah batu bata di Bangladesh pun ada cap SONY.
Botanical Park ini juga bersebelahan dengan Sungai Brahmaputra. Tenang sahaja airnya nak banding dengan sungai di Malaysia yang berada di kawasan hulu. Tahukah teman-teman bahawa kawasan hutan bakau terbesar di dunia adalah terletak di negara Bangladesh iaitu di tempat dipanggil Sundarbans dan telah dapat anugerah UNESCO World Heritage Centre. Air Sungai Brahmaputra ini juga mengalir keluar ke arah hutan bakau terbesar tersebut. Tukang Kebun pun baru tahu masa check tempat menarik di Bangladesh sebelum pergi ke Bangladesh.
Taman Botani ini tak lah luas sangat kalau ikut standard taman di Malaysia, peranan utama adalah sebagai simpanan benih supaya tak pupus. Terdapat juga beberapa kawasan yang seperti memerlukan maintainance. Ada juga taman kaktus dan taman orkid di dalam Taman Botani ini. Semasa Tukang Kebun lawat banyak jenis pokok menjalar atau melilit sedang berbunga di pelbagai sudut taman botani ini seperti garlic vine, air mata pengantin, bauhinia kockiana dan lain-lain.
Semasa nak balik ke guest house, mungkin rezeki kami nak merasa naik beca berkuasa dynamo di Bangladesh ni, van terkunci pula dari dalam kuncinya tertinggal. Harga naik beca ini pun terlalu murah berpuluh kali ganda beza dari harga naik beca di Melaka. Harga sebungkus saiz kecil roti gardenia kat tempat kita pun tak sampai (sayu gak rasa). Bergoyang-goyang jugalah rasa macam nak menari Bollywood pula takut terbolos jatuh ke bawah hehehe....sudahlah naik dua orang di belakang dah lebih 100 kilogram.
Makan malam tukang masak di guest house sediakan semuanya masakan original Bangladesh. Tukang Kebun perasan yang daging ayam mereka masak berbeza dari ayam daging beli kat supermarket. Jenis ayam mereka gunakan memang tak pakai suntik hormon bentuk rangka pun ayam kampung yang masih muda. Rata-rata makanan mereka memang akan jenis berempah. Pekerja-pekerja di guest house semuanya orang lelaki, dari memasak, dari yang housekeeping dan melayan hidang makanan.
Isnin, 26 Oktober 2020
Mymensingh, Bangladesh Window Shopping
Dah setahun berlalu baru dapat kongsi pengalaman Tukang Kebun pergi ke Bangladesh atas urusan kerja. Masa pergi ke sini tak de pun sempat nak buat perancangan nak ke mana-mana dan kami cuma berada di Bangladesh ini selama 5 hari 4 malam dan aktiviti kerja dah padat. Hampir sepanjang masa berada di bandar ke-4 terbesar di Bangladesh iaitu Mymensingh. Fabulous hospitality dari top management Bangladesh Agriculture University (BAU) serta faham yang kaum hawa ni suka shopping, maka ada dekan mohon bantuan isterinya bawa yang kaum hawa ni pergi membeli belah di bandar Mymensingh. Pihak universiti sediakan pengangkutan van ada driver dan siap dengan pengawal sekuriti lagi untuk jaga kami.
Sebelum masuk ke Bandar Mymensingh, madam dekan bawa singgah ke butik kecil sepupunya dahulu. Mula-mula kami hairan bila sampai sebab tak rupa kedai, rupa-rupanya butik kecil tu di belakang rumah. Kain dilipat-lipat tersusun seperti gambar di atas. Nak pilih kenalah keluarkan satu persatu. Siapa yang nak beli kain lepas tu terus singgah tempah jahit pun boleh siap dalam 24 jam dengan harga upah menjahit murah sahaja (tak sampai RM25 upah jahit, dengan demand cepat siap) di bazaar kecil berdekatan kampus university yang tukang jahit di kedai rata-rata golongan lelaki. Di sini sempatlah Tukang Kebun beli 2 helai baju lengan panjang macam ala-ala punjabi tu dengan sulaman penuh kain cotton di bahagian depan baju labuh hingga bawah lutut dengan harga RM40 sehelai sahaja. Nanti pakai dengan seluar panjang atau kain skirt nampak macam baju kurung moden. Murahlah harga kain dan pakaian di Bangladesh ini berbanding dengan jika di Malaysia ikut kualitinya yang baik. Semua teman rambang-rambang mata.
Cuma agak pelik sikit budaya di sini di mana kalau kita beli banyak jadi harga naik pula. Mula-mula Tukang Kebun ingat salah dengar jadi senyap sahajalah sebab macam mula-mula harga sehelai lebih murah dari yang disebut. Lepas tu ada teman beli hampir sedozen macam beg kecil untuk cenderamata, teman ingat kalau beli banyakkan harga ada murah sikit dari harga asal. Tapi sebaliknya jadi harga sebuah jadi naik pula bila beli makin banyak gitu. Teman tu mula terpinga-pinga juga sebab sebelum dia pilih dia rasa disebut harganya sekian sekian. Tapi Tukang Kebun pun kata memang Tukang Kebun pun rasa dia sebut harga asalnya seperti yang teman ingatkan tu jadi dia tak silap dengar. Terpaksalah teman cancel beli sebab dia rasa macam tak berbaloi pula beli banyak tapi harga satu jadi naik pula sebaliknya. Kami pun tak faham kenapa begitu sebab penjual pun tak berapa fasih berbahasa English. Based on madam as interpretor katanya penjual kata dia rugi kalau beli banyak dengan harga yang mula disebut (mmm...kami pun tak cakap banyak sangat lagipun dah ada yang membeli di situ jadi kalau ada yang tiba-tiba tak jadi pun takde la awkward kan). Lagipun kalau kedai kampung begini takde tag harga, jadi lain kali elok tanya dulu kalau beli berapa ketul confirmkan harganya sebelum mula buat pilihan. Jangan ditanya sehelai berapa sahaja dahulu, kalau nak rasa beli banyak tanya lagi berapa kalau beli sekian, sekian ya.
Bandar Mymensingh ini sangatlah sesak dan padat dengan manusia. Walaupun jaraknya taklah jauh dan bukan rush hour dari kampus universiti tetapi nak pergi asyik traffic jem sahaja sepanjang perjalanan. Berhimpit-himpit kereta dan di antaranya kekadang terselit beca. Takut tengok macammana polis traffik buat kerja kat simpang empat. Bandar Mymensingh ini kalau ikut standard bandar Malaysia memang jauh ketinggalan lah. Picture speaks louder than words kan. Kalau di Malaysia pakai kereta grab dan teksi adalah lumrah biasa sudah sekarang. Di Mymensingh mana ada kereta grab lagi, pengangkutan awam macam teksi masih style beca atau tuk tuk la kereta size kecil macam gambar di atas. Cuma bandar Mymensingh ni agak berdebulah, elok juga pakai mask kalau mereka yang ada masalah pernafasan.
Jika di Bangladesh ini memang kebiasaan tengok ramai lelaki pakai kain sarung sahaja melakukan aktiviti seharian bergerak ke mana-mana. Menyesal juga tak beli kain sarung sebab yang kualiti bagus bila di pegang lembutnya like silk walhal pure cotton dan jenis yang pakai selesa sejuk. Tukang Kebun tak berani sangat nak belanja duit ketika ini nak kena kawal sebab hanya RM500 sahaja tunai Tukang Kebun tukar ke duit nilai Bangladesh untuk survive 5 hari 4 malam excluding duit nak bayar yuran penyertaan cash. Kebetulan masa bawa keluar ni pun Tukang Kebun cuma bawa separuh je cash, lain simpan tersorok dalam beg di bilik berkunci. Khuatir tak tahu nak budget duit makan atau penginapan masa ke sini. Lagipun Tukang Kebun pun takde kad kredit semua cash sahaja di tangan. Tambahan pula memang masa pergi ni kekeringan sebab belanja ke Bangladesh ni semua Tukang Kebun gunakan duit sendiri dari return flights, yuran penyertaan persidangan, visa dan lain-lain. Takde kena sponsor langsung, cuma diberi kelulusan pergi sahaja (redha je lah walaupun kita pergi atas urusan ini pihak lain yang dapat juga point MyRA). Teman-teman lain pun begitu juga kebanyakkannya kena kumpul duit sendiri out of own pocket money.
Madam dekan bawa kami singgah makan di sebuah restoran. Restoran di Mymensingh ini tandas lelaki dan tandas perempuan dipisahkan di bahagian lain. Ada juga surau bilik kecil untuk bersolat. Lupa dah nama apa yang isi pes ayam ni dibakar macam ala-ala kebab sedap masuk tekak Tukang Kebun. Tandoori dan nan tu kalau kat negara asal memang confirm sedap. Rupa-rupanya makan minum kami pun semua ditanggung oleh pihak penganjur. Syukur Alhamdulillah sebab ada antara pensyarah di Bangladesh Agriculture Universiti pernah berkhidmat sama institusi dengan kami jadi maklumlah pengorbanan yang terpaksa dikeluarkan di sini tanpa sponsor. Tukang Kebun pun terkejut sebab memang duit makan satu sen pun tak keluar dari dompet sendiri dari jejak bumi Bangladesh sampai berlepas kembali ke tanahair semuanya diuruskan oleh Bangladesh Agriculture Universiti. Memang hospitality yang diberikan tu sangat baik tiada yang kurang malah terlebih-lebih. Berebut-rebut mereka nak cuba dapatkan masa untuk bawa makan ke rumah mereka. Namun masa terlalu singkat dan jadual sudah terlalu padat.
Branch kedai yang mereka sarankan pelancong pergi untuk mendapatkan barangan kualiti bagus ialah di kedai bernama Aarong. Kedai Aarong ini pun supply produk mereka di tahap international secara online. Apa yang istimewanya kedai Aarong ini adalah gaji yang diberikan kepada wanita-wanita di kampung untuk buat produk kedai Aarong adalah setimpal dengan hasil atau gaji bersesuaian. Masalah besar di Bangladesh adalah kekurangan peluang pekerjaan. Terutamanya bagi kaum wanita agak tersisih dan adalah tenaga buruh murah berbanding kaum adam. Jadi kaum wanita biasanya kurang mendapat peluang pekerjaan, kalau yang perempuan dapat bekerja professional memang bukan alang-alang tu, memang hebat. Keluar dari International Airport di Dhaka pun poster besar terpampang Women Empowerment bagi mencapai United Nation Development Progamme (UNDP), Sustainable Development Goal. Kerja macam pelayan restoran pun semuanya rata-rata lelaki. Jarang-jarang nampak orang wanita bekerja. Baju-baju di Kedai Aarong ni quality standard lebih hebat dari kedai yang brand bunyi East India di Malaysia tapi harganya 5 kali ganda lebih murah. Sempatlah belikan atuk Abby, papa Abby, Abang-abang Abby sehelai seorang baju kemeja lengan pendek. Baju-baju kemeja Abang-abang Abby pun pure cotton yang memang kualiti import ke negara Eropah baru berharga RM25 sehelai. Kesian Abby mama tak de cash sangat jadi belikan fabric toys je la ya. Selain dari baju, banyak juga cendermata lain boleh dipilih seperti fabric notebook dan lain-lain.
Ini rupa kedai kain di Bangladesh. Macam kedai kain jakel la. Tukang Kebun tukang perhati je sebab dah kekurangan cash bawa, walaupun teman ada kata guna je dia punya dulu. Pelbagai jenis fabrik menarik tengok. Ada pelbagai pilihan untuk buat baju sari juga kainnya. Ada juga kain cotton untuk mohon potong berapa meter kita nak. Cuma di sini kita tak boleh suka-suka pegang sendiri. Nak kena tunjuk mana dan mereka akan hamparkan depan kita nak tengok coraknya lebih dekat. Agak susah juga lah nak pilih sebab tak biasa dan cara susunan mereka lipat dalam almari. Kalau yang pandai menjahit baju memang syok pergi sini boleh rambang mata. Tukang Kebun tumpang tengok kain sutera sari pun mata dah bersinar-sinar. Nasib masih boleh berfikiran logik lagi, dalam hati berdebat bilalah nak pakai kalau beli pun. Kalau nak tengok live boleh click video di bawah.
Cuma satu sahaja tak tahan masa dalam kedai kain ni sebab dia bukan dalam bilik aircond dan terbuka luas pintu kedainya. Jadi agak berhabuk dalam kedai ini walaupun kain warna-warni rambang mata. Lagi-lagi bila dia tarik kain tu dari almari pastu hempas ke bawah lantai rasa berdebu seketika. Memang nak tutup mulut rasa, elok pakai masks bila keluar shopping di Mymensingh yang bukan dalam keadaan aircond ya. Kalau kedai Aarong tu berhawa dingin dan ada tempat simpan beg di pintu masuk.
Bila masuk waktu Isyak pun masih ramai di bandar Mymensingh ini dan bunyi kenderaan buatkan azan Isyak tak beberapa kedengaran seperti video di bawah ini. Sementara menunggu teman-teman lain memilih kain atau pakaian digemari ingatkan nak berdiri depan luar kedai. Tapi kasihan pula kat pengawal sekuriti yang membawa kami ni macam tak senang duduk risau kerisauan sebelah mata tengok di luar dan sebelah mata di bahagian dalam. Tukang Kebun pun tak sampai hati lebih baik memudahkan urusan pengawal sekuriti tu sebab memang kalau diperhatikan perempuan yang tak pakai tudung macam Tukang Kebun ni macam tak berapa selamat keseorangan. Majoriti di sini masih ada yang terlalu extreme.
Nasib baiklah tak banyak cash di bawa memang lawa-lawalah design bajunya bikin sakit dompet. Kualiti textile yang dijual di butik Bangladesh memang bagus dan coraknya sangat menawan lebih-lebih lagi rasa macam gaya Bollywood. Harga pun mampu milik.
Tukang Kebun malas nak tukar balik saki baki duit cash nilai mata wang Bangladesh sebab buat rugi je bagi komisen lagi kat money changer. Jadi di airport Tukang Kebun beli cadar katil yang bersulam seperti gambar di bawah testing pakai sebelum cuci. Cadar ni bukan printed tapi semuanya disulam.
Tak banyak pun Tukang Kebun membeli sebab bawa mata wang Bangladesh cash tak banyak. Tapi .....honestly deep down in my heart menyesal besar tak korek tabung lagi bawa ke sana. Mungkin itu sahajalah lawatan seumur hidup ke sana kan.
Langgan:
Catatan (Atom)
