Awal-awal pagi Rabu minggu ini kami bergerak ke Tamu Tamparuli. Syukur Alhamdulillah dalam musim hujan ini, cuaca pagi Rabu amat cerah. Air sungai masih besar tetapi masih kereta dapat limpas sungai.
Abang-abang Abby pernah sudah ambil gambar di atas jambatan gantung Tamparuli yang antara terkenal di negeri Sabah ini. Ambil jugalah gambar untuk kenangan si Abby.
Beginilah suasana pagi Rabu di Tamparuli setiap minggu, ramai pekebun turun ke sini untuk menjual hasil-hasil tuaian mereka.
Terasa minggu ini di Tamu Tamparuli lebih ramai pekebun yang turun. Walaupun tidak menjual cuma turun ke Tamu membeli keperluan, ramai juga meneman kawan-kawan mereka meniaga hasil tuaiannya. Minggu ini nampaknya ada juga yang menjual pinang masak atau muda.
Tukang Kebun perhatikan minggu ini banyak bekalan jenis pisang boleh didapati di Tamu Tamparuli. Bibit-bibit pisang ada juga pekebun yang menawarkannya. Dapat jugalah Tukang Kebun menambah koleksi jenis pisang baka dibawa dari Sabah dibahagikan untuk ditanam di Kingfisher, Sabah dan juga di Sungai Buloh.
Subur dan lumayan sungguh hasil tuaian kunyit dari pekebun ini. Bukan sahaja rizom kunyit ditawarkan tetapi ada juga bunga kunyit. Tambahan lagi untung sungguh pembeli bila beli daun kunyit masih ada juga bahagian rizom kunyit yang boleh digunakan juga.
Tukang Kebun perhatikan di Tamu Tamparuli jagungnya lebih rupa kepada jagung kampung bukan seperti jagung manis yang berlambak di Tamu Tuaran. Minggu ini banyak ubi mirip seperti ubi badak dijual di Tamu. Dalam bahasa Dusun-Kadazan ubi ini dipanggil 'kasau'. Jenis limau mirip limau kapas lebih banyak terserempak berbanding dengan limau nipis.
Di Tamu Tamparuli tidak janggal lagi bila kelihatan ada nursery bergerak yang juga berjual bibit bunga agaphantus atau Lily of the Nile yang banyak menghiasi kawasan Kundasang. Lily of the Nile ini dijual secara tanpa tanah atau bare-rooted sahaja dengan keadaan sedang berbunga.
Minggu ini limited stock available untuk dipos hari Isnin depan ataupun self-collect pada Sabtu /Ahad depan ialah seperti:
Bawang/Bibit bunga Crinum seperti gambar di bawah:
1 bawang RM15.
Info bunga crinum boleh klik sini.
Back in demand juga adalah bawang berlian dan halia bara.
Kali ini selagi stok masih available adalah bawang berlian. Kali ini dibekalkan seikat seperti di gambar bawah. Boleh digunakan terus untuk masak atau berubat. Nak tanam jadikan bibit pun boleh. InsyaAllah kalau tanam semula dapatlah tengok bunga putihnya yang cantik kembang sebelah petang.
Tips untuk teruja bawang berlian berbunga dan sebagai ubat tradisional klik sini.
~ 1 ikat bawang berlian RM12 ~
Juga merah menyala-nyala si Halia Bara atau juga dikenali Halia Merah rizom segar available semula.
10 ulasan:
Assalamualaikum....dah balik kampung yer...
Nak beli dua 2 jenis pokok tu boleh....nanti email kat saya di pidzqrst@yahoo.com harganya dan seumpamanya....
balik kampung....sekali je pergi sabah...pergi pasar gaya je....suka nenas n cili api sabah hehe
Salam jagung kg tu mmg kegemaran.
Diana balik kampung kah tu....jagung pulut ada jumpa kah?
Memang suka kalau tengok org menjual dipasar hari...mcm2 boleh tengok. Kak pun satu kemestian bila balik kg...
K mar booking Crinum dan bawang tu ya.. bestnya balik kampung...
Agaknya kalau kakak yg dpt jejak tamu Tamparuli ni kan Dee mahu 2-3 jam kakak berada di sini aje. Macam-macam ada, boleh rambang mata dibuatnya.
chantek gmbr model atas jambatan gantung bahh ., ;p
Waalaikumsalam Kak Fida.
Okay kami reserved untuk Kak Fida.
Salam Bahagia Kak Suzie.
Ya sini banyak pilihan jenis nenas dan cili api.
Salam Bahagia Carlz.
Jagung kampung lebih sedap tak cepat muak bila makan.
Salam Bahagia Nasa Mulia.
Ya hujung bulan lepas balik kampung.
Mudah nak dapat jagung pulut bulan ini.
Salam Bahagia Kak Mala.
Ya nak melepaskan cravings bila balik kampung banyak membeli di pasar.
Salam Bahagia Kak Mar.
Nanti Diana carikan untuk Kak Mar ya.
Salam Bahagia KakZakie.
Betul kak setiap negeri ada keunikan barang-barang yang boleh didapati.
Memang boleh berjam berjalan mencuci mata.
Salam Bahagia Tiga Lalat.
Lucky model sporting tak gayat nak berposing.
Catat Ulasan