No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 18 November 2015

Shiro September OffSpring

   Hari ini mood nak cerita pasal next batch ayam kampung dara Kebun Bahagia Bersama pula yang kami panggil batch 'Shiro September OffSpring'. Dalam Bahasa Jepun 'Shiro' ialah warna putih. Dalam batch yang lahir sekitar awal bulan September ini nampak ketara ada anak-anak ayam kampung putih yang bapanya si Shiro dalam gambar di atas. Shiro umurnya agak-agak dalam 7 bulan. Manja bukan main si Shiro ni boleh angkat duduk atas riba belai-belai. Di dalam gambar-gambar posting ini, yang ayam remaja berwarna putih tu bolehlah tau bapanya siapa. Batch 'Shiro September OffSpring' kali ini yang mana berwarna putih akan disimpan buat induk masa depan terutamanya yang betina.
  Pada awalnya batch 'Shiro September OffSpring' membesar bersama-sama batch 'Merdeka' (related posting klik sini) sebelum dipisahkan ikut saiz dan umur. Batch yang 'Shiro September OffSpring' ini diet mereka juga agak sama untuk membesarkan mereka seperti batch 'Merdeka'.
  Rumput-rumpai atau bayam liar yang dicabut sambil membersihkan kawasan akan diberikan kepada anak-anak ayam batch 'Shiro September OffSpring' ini. Seperti biasa ada juga yang nak menumpang makan sekali sebelum diagih-agihkan kepada yang lain. Siapa boleh nampak si Shiro juga berada dalam gambar di atas? Angsa-angsa juga semua ada nama ada features masing-masing yang boleh kami bezakan.
 
  Lepas perah santan biasanya hampasnya akan diberikan kepada anak-anak ayam. Tempurung yang isi kelapa yang tak terkukur juga tidak dibazirkan dan diberikan kepada anak-anak ayam supaya mereka membesar manis lemak berkrim. Feedback yang diterima untuk batch 'Merdeka' lepas , bila dipanggang/bakar manis isinya dan lembut untuk dimakan. Begitu juga bila digoreng lama masih lembut isinya. Kucing pun boleh makan kaki ayam sampai licin tanpa masak pun terkejut Tukang Kebun tengok sebab saiznya masih kecil dan tulang juga belum begitu keras. Untuk ayam kampung tak cepat membesar seperti ayam daging tapi rasa dagingnya amat beza dengan ayam daging. 

 Juicy sweet tender lean healthy chicken meat rasa ayam kampung bela kali ini, rasa puas hati membelanya. Puas hati juga rasa sebab kali ini besarkan ayam dengan anak Ilhan dari kutip telur hingga masuk perut untuk part of his education. Bila serahkan upahnya bantu bela ayam, blur muka Ilhan ini untuk duit apa Mama. Usaha Ilhan jaga ayam sampai besar. Nampaknya duit baito/kerja sambilan dengan Tukang Kebun, si Ilhan kumpul beli buku sendiri tak diminta duit dari kami.
  Anak-anak pun asyik tanya bila boleh makan batch ayam 'Merdeka' lagi. Kenalah kata tunggu dulu next batch 'Shiro September OffSpring'. Batch ayam 'Merdeka' ada 4 ekor Tukang Kebun simpan nak kasi besar jadi induk. Ilhan pun tak bagi ayam 'Merdeka' tu disembelih terutamanya yang nama si Porche yang jinak. Si Porche tu kalau Ilhan meronda main di belakang dikendong-kendongnya macam pet dah.
  Terima kasih banyak-banyak pada Sis Z dari TTDI hadiahkan brown rice organik untuk makanan ayam masa collect pesanan batch merdeka dulu. Pertama kali juga sebenarnya Tukang Kebun tanak jenis beras ini. Bolehlah masak 4 kali untuk berikan kepada ayam batch 'Shiro September OffSpring'.
  Terharu juga rasa bila Sis Z offer nak bagi beras untuk berikan ayam-ayam di Kebun Bahagia Bersama makan. Seronok ayam-ayam batch 'Shiro September OffSpring' dapat tukar selera makan brown rice. Terima kasih banyak-banyak Sis Z. 
  Kebetulan hujung tahun ini memang asyik berterusan sahaja musim buah-buahan. Bila musim jambu-jambu habis pula, musim buah-buahan lain pula. Kemudian banyak buah mempelam telur tak terkait bulan ini sebab tiada masa banyak yang dah ranum betul jatuh banyak setiap hari, dari membazir kami kutip-kutip dan berikan kepada batch 'Shiro September OffSpring'. Seminggu dua ini juga dalam diet 'Shiro September OffSpring' ialah buah-buah belimbing besi seperti gambar di bawah. Antara jenis buah-buahan yang kerap dalam diet mereka sejak lahir membesar juga ialah buah canistel dan ciku sehingga sekarang. Lumayan buah-buahan dapat dimakan batch 'Shiro September OffSpring' diberikan. Antara resepi semulajadi Kebun Bahagia Bersama untuk buat ayam kampung manis dagingnya beri banyak makan buah-buahan hampir setiap hari. Organically grown tanpa suntikan apa-apa untuk membesarkan mereka.
  Syukur Alhamdulillah tak pernah disangka untuk pesanan hasil ayam-ayam dari Kebun Bahagia Bersama setiap bulan semakin meningkat sejak mencuba-cuba pada mulanya untuk Raya Aidilfitri tahun ini. Infinity Terima Kasih semua di atas tunjuk ajar, dorongan dan sokongan diberikan kepada novice farmers ini. Sehingga sekarang masih Tukang Kebun ingat Sis Z dari TTDI lah yang buat pesanan pertama ayam kampung dari Kebun Bahagia Bersama sejak bermulanya projek kecil-kecil ini. Kebun Bahagia Bersama team members masih banyak perlu belajar dan improve nak manage ternak ayam-ayam ni.
    Belanja gambar Security Guard anak-anak ayam yang masih saiz kecil dipindahkan ke kandang besar. Risau juga kekadang takut tikus pergi makan anak-anak ayam. Jadi adalah peronda sukeralawati di kandang menunggu tikus muncul. Si Panther ini jaguh tangkap tikus ini cuma tak  larat kalau dibawanya masuk rumah. Ada minggu lepas kebetulan Tukang Kebun nak pergi jenguk batch 'Shiro September OffSpring', tiba-tiba berdekatan kandang ada biawak larikan diri sambil mengonggong sesuatu di mulutnya. Mulalah risau kalau biawak ni boleh selit masuk kandang. Lalu secara automatik badan ini berlari mengekor arah biawak lari takut larikan anak ayam ke. Tak nampak kelibat, kemudian nampak macam ada bunyi benda terjun masuk kolam air (masa kemarau tempat bakar sampah) di sebelah. 

  Bila Tukang Kebun jenguk ke dalam kolam, pelik pula tengok tengah kolam dalam tiba-tiba ada tikus seekor tengah cuba naik atas dahan terapung dalam air timbul. Lalu Tukang Kebun tengok je lah apa tikus tu nak buat. Agaknya lama sangat kut Tukang Kebun tak pergi-pergi, timbullah si biawak keluar dari air sebelah tikus tu. Rupanya menyorok dalam air, lalu si biawak tu gigit tikus bawa lari tempat lain. Makan tikus yang buat rumah dekat-dekat kandang tu takpe, jangan kacau anak-anak ayam Tukang Kebun sudah ya wahai biawak.

  Laporan sedikit mengenai proses pembesaran batch 'Shiro September OffSpring' untuk dikongsikan bersama-sama bakal miliknya kemudian.

11 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Eh... untung betul ayam pun makan brown rice.
Kakak pun makan brown rice tau tapi brand tak sama
Mahal dari beras wangi..

Tanpa Nama berkata...

family kt kg pun ada bela ayam jgk tp masalahnya adik beradik xnk mkn ayam kg sbb konon2 mkn mcm. Saiz ayam pun x menentu sbb dh terkacuk dgn ayam katik. Nk jual pun org tanak sbb kecik (badan besar kaki katik)

Normala Saad berkata...

Amboi..ayam pun makan brown rice...diet ke tu...

Bunda_nora berkata...

Untung lah siayam2 tu dapat makan brown rice... mesti kalau dijual bernilai ni...sehat2..

Julie22 berkata...

Assalamualaikum kak Diana,
Cantik2 & sihat2 ayam shiro kakak ni, rasa daging ayam ni mesti marvelous ni, sebab mkn pun dijaga, mmg bertuah ayam2 ni dpt tuan mcm kakak hehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Syukur Alhamdulillah makin sihat belaka ayam tersebut

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Saiz ayam kampung ni tak kisah masih sihat sedap dimakan.
Tidak seperti ayam daging komersial makin gemuk makinlah banyak cucuk dan pelbagai kimia hormone synthetic masuk dalam badan. Apatah lagi jenis ubat-ubat diberikan supaya tak mudah mati dan sakit.
Elok juga kiranya kita ada perasaan curiga juga apa yg dikasi formula pellet untuk bagi ayam daging gemok cepat. Nampak sahaja bersih pellet food ayam tapi ada kemungkinan bahan buangan sisa modal murah digunakan dalam acuan bahan makanan ayam siapalah yg tahu.
Sebelum keluar dalam bentuk dedak atau pellet food apa bentuknya kita pun tak tau.

Ayam kampung sudah diproses tak jual ikut bentuk tapi kira beratnya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Syukur Alhamdulillah murah rezeki ayam.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Bunda_Nora,

Makanan bukan diproses moga memaniskan lagi rasa dagingnya.

Waalaikumsalam Julie.

Mana yang terdaya dapat dijaga je ayam ni Julie.
Kasihan pula rasa kalau tak diberi makan macam-macam.

marissaislam berkata...

Saya memang tak makan ayam komersial..

Beli ayam2 organik Azzain Alhijrah harap2lah seperti yang mereka marketing iklankan ayam2 mereka bersih dan hormone free..

Kalaulah dekat dgn Sungai Buloh bolehlah beli ayam2 Kebun Bahagia Bersama..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia MarissaIslam.

Ayam komersial memang banyak kena suntikan sebab nak cepat dibesarkan.
Jadi tak de rasa sangat berbanding dengan ayam kampung.