Selepas menikmati pemandangan dari atas kawasan sekitar Kuil Sensoji Asakusa dari bangunan Asakusa Culture Tourist Information (related posting klik sini), tibalah saat nak mingle dengan pengunjung lain.
Di depan Kaminarimon ni memang tempat ambil gambar kenangan yang antara terkenal semasa berjalan-jalan di Tokyo. Punya padat dengan manusia memang payah nak ambil gambar depan ini kalau tiada kesabaran tunggu giliran. Ini adalah kali pertama Tukang Kebun ke sini dan memang dear hubby nak tunaikan hasratnya bawa ke sini sebab masa hubungan girlfriend boyfriend tak kesempatan nak bawa masa berkunjung ke Tokyo.
Rambang mata tengok pilihan street food di sepanjang Nakamise Dori ni menuju ke kuil utama. Banyak juga pilihan cenderamata untuk pelancong di sini. Kami tak beli cendermata di sini hanya banyak menghabiskan masa mencari makanan untuk snacking isi perut dulu sebelum makan proper dinner.
Tukang Kebun syorkan cuba "Kibi Dango Azuma". Kuih tradisional Jepun ini yang berbentuk bola susun macam satay diperbuat dari beras dan disaluti dengan tepung bijirin, kemudian disalut dengan macam serbuk rasa kekacang ini. Mula-mula kami beli satu set je dulu, satu cucuk sorang untuk testing. Anak-anak suka sangat, papa kena lah beratur balik beli lagi untuk puaskan hati mama dan anak-anak. Sehingga sekarang si Ilhan terbayang-bayang teringin nak makan lagi 'Kibi Dango Azuma' ni. Tengoklah kalau ada rezeki mama dan papa pergi Tokyo di kawasan Asakusa ni bolehlah bawa balik sebagai souvenir untuk Ilhan.
Tidak berapa jauh dari gerai "Kibi Dango Azuma", ada gerai jual kuih tradisional Jepun yang bahannya beras juga iaitu manju dengan inti kacang hitam dan digoreng disaluti pelbagai perisa seperti green tea, sesame seeds dan lain-lain. Kebetulan Tukang Kebun tengok diorang baru angkat lepas goreng kuih "AgeManju", lekas-lekas pergi beli seorang satu. Anak-anak pun suka makan. Seronok makan panas-panas masa tengah sejuk-sejuk ni.
Area kedua-dua kedai ini berada di bahagian tengah-tengah Nakamise Dori. Clue dekat dengan nama jalan gambar No. 3 dan No. 6. Hari kedua terakhir di Jepun ni asyik melahap ja ...gaya Jalan-Jalan Cari Makan. Bekalan makanan yang dibeli di Department Store Mitsukoshi cawangan Ginza pun masih paperbeg Ilhan usung ke sana sini (related posting klik sini).
Tukang Kebun perhatikan kalau cendermata atau street food lebih murah sikit di bahagian tengah Nakamise Dori berbanding yang dah dekat menghampiri bangunan Kuil Sensoji utama.
Anak-anak mesti tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan si Raijin dan Fuujin yang selalu on guard di pintu gerbang masuk kuil.
Pintu gerbang yang paling dekat dengan bangunan utama Kuil Sensoji, sebelah boleh bergambar dengan bangunan pagoda 5 tingkat dan sebelahnya nampak Tokyo Skytree.
Merah menyala light up bangunan Kuil Sensoji dan pagoda. Cuma kalau ada maple tree lagi best masa musih luruh ni untuk compliment ikut musim. Cuma bagi pendapat Tukang Kebun kalau maple tree tak menyerlah sangat di kawasan Tokyo masa musim luruh untuk dinikmati, berbanding dengan pokok gingko yang kuning daunnya bertukar di kala musim luruh.
Walaupun kuil tutup pukul 5 petang, masih ramai pengunjung dari luar buat tilik nasib dengan "mikuji" untuk seronok-seronok sahaja. Di belakang ambil "mikuji" ada deretan pokok gingko dengan daunnya kuning striking dengan Tokyo Skytree background.
Pelbagai pilihan tangkal ikut harapan yang diperlukan masing-masing bersama harganya yang tertera.
Walaupun pintu dalam Kuil Sensoji dah ditutup, masih ramai lagi berbaris untuk menyuarakan doa harapan mereka.
Jika tahan sejuk boleh nikmati light up berdekatan pokok gingko untuk menikmati musim luruh di Tokyo apabila daunnya sudah tukar ke warna kuning terang.
Kami beransur keluar dari perkarangan Kuil Sensoji dalam pukul 6:30 malam. Itupan dah rasa macam pukul 9 malam.
Berdekatan dengan pagoda bertingkat 5 ke arah keluar exit sebelah kiri Kuil Sensoji ada beberapa pokok Camellia Jepun atau dalam bahasa ibundanya "Tsubaki". Selain dari nama panggilan anak perempuan dari bunga terkenal dengan "Sakura", "Tsubaki" juga ada nama pilihan anak perempuan.
Jangan lupa ya, jika ada di Tokyo hujung bulan November melancong, boleh menikmati Winter Rose/ Camellia ini ya. Juga daun kekuningan pokok Gingko.
Kalau stok mawar merah separa memanjat ada stok sekarang di Kebun Bahagia Bersama.~ 1 bekas pokok mawar merah separa memanjat RM8.00 ~
2 ulasan:
kak.... sya baca tajuk ntry akak
kuih sensoji asakusa... pastu scroll dulu tgk gambar
eh.... takde kuih pun... scroll lg nampak psl kuil n bunga2...
lps tu baru tgk tajuk tu semula....
gelak besar sorang2... hhahahahhaha
dasar..... tu lah lenkali baca la betul2 kan... kuil jd kuih lak...
mmg ada banyak ye kak pokok gingko tu kt area2 kuil atau mmg merata ada pokoknya kt situ ye....
Salam Bahagia Dana,
Hehehe ada gambar kuih tradisional macam satay tu tapi kecik sangat tak perasan tapi bukan nama kuih sensoji asakusa la.
Tengok tempat Dana tak semua kuil ada pokok gingko.
Daerah lain-lain punya kuil, koleksi jenis tanaman pokok pun berbeza Dana.
Cuma kawasan Tokyo ni kalau kawasan taman-taman terutamanya memang suka landskap pokok gingko.
Ada satu kawasan jalan berderet diapit pokok-pokok gingko dalam Tokyo jadi popular spot ambil pengambaran drama terutamanya musim luruh.
Mungkin di Tokyo ni lebih suka pokok gingko dari maple sebab pokok maple tak berapa cantik kemerahannya di sini.
Catat Ulasan