Pokok bunga walking iris adalah sesuai bagi mereka yang sibuk atau tukang kebun yang malas siram macam tukang-tukang kebun Bahagia Bersama. Pokok bunga walking iris apabila sudah matang (well-established) tidak perlu banyak siraman air walaupun pada musim kering (drought-tolerant). Seminggu 3 kali siraman pun dah boleh hidup bahagia. Pokok bunga yellow walking iris rajin berbunga sepanjang tahun bila rajin pruning bunga-bunga yang sudah layu. Kalau tak dipotong bunga layu, pokoknya fokus nak berjalan-jalan hinggap tanah bagikan anak-anak pokok yang baru dari nak beri bunga baru. Itu sebabnya dipanggil walking iris, ini adalah salah satu cara bagaimana ianya berbiak selain dari biji benih atau pun division pokok.
Semasa bunganya kuncup pun nampak menarik seperti dome masjid. Pokok bunga walking iris tak fussy dengan sinaran matahari yang diterimanya. Dalam Kebun Bahagia Bersama, pokok-pokok yellow walking iris tumbuh dalam pelbagai keadaan penerimaan cahaya matahari dari full sun hinggalah ke filtered light dan kesemua keadaan ianya kembang berbunga. Tapi yang keadaan full sun paling meriah bunganya. Gambar di bawah adalah pokok-pokok walking iris yang overdose dengan tahi ayam mutiara (ayam mutiara suka tenggek atas pagar sebelah tu). Yang diberi tahi kambing lebih meriah dan selalu berbunga berbanding dengan yang dibaja dengan tahi ayam.
Pokok Yellow Walking Iris menarik sekiranya ditanam bersebelahan pathway (corridor) atau taman yang mempunyai kolam. Boleh juga hiasi sudut taman yang ditutupi dengan pebbles (batu kecil) dengan kelilingkan pebbles pada pokok yellow walking iris. Dalam satu bekas yang ditawarkan, sebenarnya ada lebih dari satu pokok (mungkin ada 2~4 pokok). Tukang kebun akan pilih yang paling robust dulu untuk penghantaran jadi tak pasti yang mana akan dihantar.
~ Pokok Yellow Walking Iris ~
1 bekas RM9.
7 ulasan:
saya nak satu
Salam Diana,simpankn saya satu
Tukang kebun ada reserve untuk Awin dan Narshifa.
ada lg tak utk saya??
Masih ada lagi Ummu Ahmad.
salam... tolong saya, my walking iris mcm sudah segan hidup... saya nak selamatkan dia.. saya masukkan dia dlm pasu , mungkinkah sbb dok tempat teduh.. bantu saya
Salam Ummu Ahmad,
Cuba tengok persikataran akarnya ada tak 'red mites' serangga warna merah kecik-kecik. Kekadang dekat tempat teduh musim kemarau suka menapak dekat bahagian dasar bawah pokok yellow walking iris. Boleh sembur-sembur air cuci akarnya yang kena serangan dan pindahkan ke tanah yang selamat tiada red mites.
Catat Ulasan