No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 10 September 2013

Jagung Heirloom Red Aztec

 Benua Amerika Selatan kaya dengan pelbagai jenis jagung-jagung purba atau nenek moyang jagung-jagung moden sekarang. Pelbagai usaha juga sedang dijalankan untuk memastikan jagung-jagung purba tersebut tidak akan hilang. Yang meminati tamadun purba mesti nama 'Aztec' tidak asing di telinga mereka kerana 'Aztec' adalah salah satu tamadun yang mempunyai bangunan yang hebat jika dibandingkan teknologi dahulu yang tiada traktor-traktor besar seperti sekarang. Antara tanaman yang penting dalam culture mereka zaman tersebut juga adalah jagung.  Jagung heirloom red aztec adalah jenis besar dan berwarna merah. Kalau nak nikmati makan isinya fresh makan masa muda semasa isinya tidak keras dan sedang mengeluarkan cecair seperti susu isinya. Kalau dah tua boleh buat tepung jagung home-made atau hiasan di dapur ataupun bagi makan ternakan. Bukan itu sahaja boleh menikmati jagung ini, kalau dah banyak sangat anak-anak jagung keluar dari satu pokok, bolehlah tuai sebagai baby corn kalau nak.  Kebiasannya peladang jagung untuk mendapatkan jagung saiz yang besar atau standard mereka akan buka anak-anak jagung jika terdapat banyak di satu pokok. Supaya pokok tersebut tak perlu agih-agihkan tenaga untuk membesarkan buah jagung kesemuanya. Tapi boleh memberikan lebih tenaga kepada 1~2 jagung supaya membesar dan membesar sampai limitnya.
  Dah beberapa kali tukang kebun mendapat persoalan mengenai macam mana nak dapat biji benih untuk baby corn? Tak perlu cari jagung specific untuk baby corn. Apa-apa sahaja jagung pun boleh dituai sebagai baby corn selagi semasa dituai buah jagungnya muda dan kecik lagi serta masih lembut seperti dalam gambar. Semasa percutian tukang kebun ke Sabah tahun ini, kami ada pertama kali jalan-jalan ke tamu Kota Marudu yang ada diadakan setiap hari minggu. Kota Marudu adalah antara pengeluar jagung terbesar di Sabah. Menarik pula bila nampak petani menjual baby corn masih belum lagi dibuka sarungnya. Tambahan pula tengok buahnya pun nampak masih macam baru je petik dari kebun.
  Mari kita selak sarung buah jagung...tadaaa...nampak sangat fresh. Tidak seperti dekat supermarket dah packing cantik-cantik tapi tak setanding seri yang dibeli dari petani di Tamu. Yang elok kalau nak tuai baby corn, eloklah jagung jenis saiz besar. Kalau baby blue jade corn kecik sangatlah pula baby corn tu kan. Blissful, terkenang fresh baby corn dalam sayur campur masakan mama tukang kebun.

~ Jagung Heirloom Red Aztec ~

Anggaran 10 biji benih satu pek (RM3.00).

8 ulasan:

SriKota Garden berkata...

saya nak satu peket

Aku P@aN berkata...

nak satu pack

Ibu Qistina berkata...

saya pun nak satu. tq

Tanpa Nama berkata...

Teringin nk tanam jagung, kacang dan betik tapi beruk liar banyak sangat :( dpt tengok blogger lain berjaya dgn tanaman2 ni pun da cukup utk cuci mata.. -eila

aida_aminshah berkata...

nak dua pek diana..thank you..

Tanpa Nama berkata...

Salam bahagia Diana,

Saya nak order dua pek ya.
Thanks. (Samiah: red_888_soul@yahoo.com)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Tukang kebun ada simpankan untuk Cikgu, Farhan, May, Aida dan Samiah.

Sabarlah dulu Eila, dekat sini pun mengalami nasib yang sama dulu bila ada kawasan digondolkan untuk buat perumahan baru. Tapi sekarang dah OK nampaknya walaupun nampak jiran depan ada monyet datang rumah dia.

Avia Mishat berkata...

Avia nak 1 diana..