Pada tahun 2019 memang sangat sibuk sehinggakan bibit-bibit bunga yang Tukang Kebun bawa balik dari Jepun pun tak sempat tanam sehinggakan lupa pun ada. Salah satu pokok bunga jenis bawang bibitnya yang Tukang Kebun biarkan tersimpan dalam kotak ialah bawang bunga pokok rain lily. Kebiasaan warna pokok bunga rain lily yang terdapat di Malaysia adalah berwarna merah jambu dan putih (related posting klik sini). Salah satu warna pokok bunga rain lily yang Tukang Kebun bawa balik dari Jalan Jalan Jepun 2019 adalah berwarna apricot. Setelah setahun lebih membawa balik bibit bunga rain lily apricot ni yang terlupa pada masa musim PKP barulah kami tanam.
Bawang bunga rain lily amat mudah ditanam dan disemai. Mungkin masalah ketika pergerakan terhad semasa PKP ialah untuk mendapatkan sumber tanah atau pasu. Bagi gardener yang menanam dalam container jangan risau boleh sahaja kitar semula botol-botol yang ada sebab pokok bunga rain lily tak perlukan bekas yang dalam.
Tiada stok tanah di rumah?
Tidak apa boleh sahaja gali tanah di mana-mana dari longkang pun boleh. Tips yang Tukang Kebun syorkan ialah setengah bahagian bawah dari bekas itu boleh isi padat-padat bahan organik buangan makanan dari dapur atau dari kebun. Kemudian timbus dengan tanah yang dikorek dari tepi jalan atau longkang. Pada permulaannya bawang bunga rain lily memang tidak memerlukan tanah yang subur pun untuk berbunga. Lama-kelamaan proses pereputan bahan-bahan organik ini akan menjadikan tanah liat yang berwarna merah itu kepada kehitaman seperti yang dikongsikan seperti di video bawah.
Link video : ( https://youtu.be/m5KfPtYYtKc)
Video di atas Tukang Kebun kongsikan experiment di mana Tukang Kebun tanam bawang rain lily dengan tanah longkang dan tanah yang dibeli dari supermarket. Hasil kaedah penanaman bunga rain lily yang ditanam dengan tanah longkang rajin berbunga sehingga sekarang. Inipun Tukang Kebun tak jaga biarkan sahaja di atas tembok tinggi kena pancaran matahari sepanjang hari dan bergantung kepada sumber air hujan sahaja.
Kebun Bahagia Bersama ada juga bekalkan tanah bakar 1 beg RM5.00 yang memang berat lebih 5kilogram. Cuma bulan ini kami tak bekalkan sehingga keadaan penyebaran Covid-19 terkawal.
25 ulasan:
Camtiknya warna bunga tu... Berkenan pula dgn warna aprikot ni :)
bibit dia memang dr bulb saja kah.
this is nice but i want to grow sunflower but this lily is nice ... aaaa
cantik betul, teringin nak ada :)
Oh, jadi lili hujan mudah ditanam .., selama ini aku mengira jika tanaman berbunga cantik itu sulit tumbuh.
Terimakasih untuk penjelasannya.
Rare kalau kat Malaysia ada warna apricot ni. Jauh bawa bunga ni balik kak. Kiranya jenis bunga yang senang nak tanam dan tak perlu perjagaan sangat pun kan.
cantik warna apricot tu TK, elok tahan juga benih nya ye :)
Cantik bunganya!
Cantiknya..Kiranya senang nak jaga la ye?
Nak Tanya.. ada jual.pokok rama2 Tak? Purple shamrock
Beautiful.
elok hidup hasil tanaman dr TK, terbaik!
Salam Bahagia Puan Hazel,
Nice pastel color.
Salam Bahagia Sis Nasa,
Boleh juga membiak melalui biji benih. Tapi yang jenis apricot ni tak pasti menghasilkan benih atau tidak. Cuma kalau bulb dia akan sebiji macam maknya.
Salam Bahagia Sis Atie,
Lily ni kecil sahaja, tapi boleh juga tanam sunflower dalam pot jenis baka kecil.
Salam Bahagia Syaz,
Senang ja nak jaga si kecil ni.
Salam Bahagia Pak Himawan,
Yang ni tidak sukar menanam nya kalau cuaca tropika ni.
Salam Bahagia Sis Diana,
Tak cium pula dia hahaha... Rasanya tak de la bau yang kuat kena dekat2 dia.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Dah peminat tegar kalau berjalan di negara orang mesti ambil kesempatan nak bawa koleksi yang belum ada.
Salam Bahagia Kak Ana Jingga,
Simpan di tempat kering dan terlindung dari cahaya.
Salam Bahagia Kak Amie,
Harap membiak banyak dengan cepat2 supaya merimbun berbunga kelak.
Salam Bahagia Cik TK,
Ya rainlily memang mudah tak yah nak risau menyiram, biar kan di tengah cahaya dapat air dari hujan. Cuma kekadang sebelum dia merimbun dengan keluarga dia kena bantu weeding.
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Ada koleksi tu. Tapi setakat ni kami tak mula bekalkan lagi. Tambahan pula kami ni dalam kawasan PKPB.
Yes simply beautiful.
Salam Bahagia Sis Shida,
Sifatnya yang tak cerewet. Mudah nak dijaga.
Catat Ulasan