Syukur Alhamdulillah tahun lepas ada semangat nak pergi tolong makcik Tukang Kebun (adik perempuan mak) pergi mengetam padi huma atau padi bukit. Dah lama Tukang Kebun nak ikut makcik pergi ke tanah yang baru dibersihkan semula selepas lama terbiar tapi diorang semua macam tak yakin Tukang Kebun boleh sampai sebab dah tembam berganda-ganda dari zaman Sumandak. Ini jadi motivasi Tukang Kebun mula sertai acara larian pada tahun 2018 (related posting klik sini) untuk bagi keyakinan mereka bawa Tukang Kebun sekali ke kawasan pendalaman bernama Pirampangan ini di daerah Kiulu.
Perjalanan ke kawasan Pirampangan di mana padi bukit di tanam tahun lepas oleh makcik Tukang Kebun adalah tidak bersambung terus dengan jalan tar dan jalan merah. Dari kawasan dekat access jalan merah kena letak kereta kemudian jalan kaki ulang alik dalam 100 minit kalau tak berhenti langsung rehat. Ada jugalah lebih 10km sekurang-kurangnya kena cover dan phone coverage pun kurang baik, hilang-hilang. Sekiranya river crossing seperti gambar di atas tak lepas sebab hujan maka kenalah tambah lagi perjalanan 40 minit ulangalik jalan kaki dari jalanraya utama. Nasib baik setiap kali musim mengetam adalah musim kering jadi bolehlah kereta lintas river crossing seperti gambar di atas.
Kemudian kereta akan ditinggalkan di tepi jalan merah di mana lorong paling dekat untuk teruskan perjalanan jalan kaki. Kali ini mak pun semangat nak pergi Pirampangan semenjak zaman remaja mak tak ke sana nak tengok tanah adat yang ditinggalkan oleh nenek. Mak sedang dalam proses permohonan geran tanah tersebut yang ada keluasan lebih 50 ekar supaya boleh dibahagi-bahagikan. Arwah atuk Tukang Kebun dah apply geran masa dulu tapi malangnya meninggal dunia dalam usia muda 40 tahun lebih. Kemudian tiada siapa follow up, bila mak dah balik duduk di kampungnya buat permohonan refer balik permohonan dahulu. Awal pagi lagi mak dah bangun sediakan bekalan makanan yang untuk kami bawa dan untuk bahagian atuk (babysitter) yang menjaga cucu-cucu yang kecil tak ikut sekali di rumah.
Perjalanan ke Pirampangan masuk kawasan hutan jadi macam jungle trekking lah. Kalau musim hujan banyak aliran air akan jadi beberapa tempat macam air terjun dah.
Naik turun bukit kami. Ada juga beberapa kawasan yang dah diteroka oleh tuan-tuan tanah sepanjang jalan tapi tak banyak. Rumah pun sepanjang perjalanan yang Tukang Kebun nampak adalah seperti gambar di bawah kawasan landai berdekatan sungai. Gambar ini Tukang Kebun ambil semasa berada di lereng bukit. Nak jalan lereng bukit ini pun kena hati-hati sungguh sebab kena jalan ala-ala model catwalk sebab jalan sempit yang sebelah tepi dah gaung. Mak pun komen ini kalau atuk Abby dan yang kanak-kanak kecil susah nak bawa ni bahaya kalau tergilincir.
Berpeluh-peluh akhirnya sampai juga. Bila sampai ada rasa macam satu fasa hiking semula nak kena naik bukit pastu turun lagi kalau nak ke pondok rumah makcik. Naik turun bukit. Nasib ada pondok nak berteduh di atas dari kepanasan dan berehat.
Makcik Tukang Kebun kekadang kalau ada kerja berkebun atau mengetam di sini mereka tidur sahaja di sini. Anak-anak lelaki makcik gotong royong buatkan rumah pondok supaya tak perlu banyak masa setiap hari nak ulang alik. Nak bawa bahan atap zink dan papan kayu pun bukan kerja mudah kena mengangkat jalan kaki punya jauh.
Di sini tiada sumber elektrik. Jika masak pakai unggun kayu api sahaja. Sumber air pun dari aliran sungai kecil. Tandas kena faham-faham sendiri ya. Lain kali nak juga buat aktiviti cari ketam sungai. Lama tak tangkap ketam sungai. Yang dekat dengan kawasan perkampungan dah takde dah nak dapat mudah ketam sungai banding macam zaman kanak-kanak riang Tukang Kebun dulu.
Dekat kawasan rumah pondok ada macam-macam jugalah jenis tanaman makcik Tukang Kebun. Di gambar bawah ini adalah pokok-pokok kacang tanah. Cuma di sini kalau tidak berjaga habis tumbuhan makanan yang berubi macam ubi keladi, ubi keledek dan lain-lain kena dibersihkan oleh babi hutan.
Hehehe...nak senang ketam padi buat dekat area yang tak berapa cerun dulu yang landai untuk warming up.Kerja yang banyak guna tenaga yang kena banting padi asingkan bijirin padi dari tangkai pokok padi. Nak pukul-pukul kasi leraikan.
Kami punya kerja ragut-ragut pokok padi tu dan kumpulkan. Kemudian bawa ke tempat nak banting padi. Boleh nampakkan suasana kawasan padi bukit ini dikelilingi hutan.
Jika di kawasan cerun bukit kaki yang penat nak tahan dari tergelincir kena hati-hati ya sambil potong-potong pokok padi dah ranum bijirinnya.Ilhan kita bagi kerja ambil-ambil tangkai yang masak je. Inipun dah cepat kepenatan berapa kali pujuk maknya nak balik dah. Mama Ilhan apa lagi ambil kesempatan berceramah, baru Ilhan rasa macam mana susahnya nak dapat makan nasi, lain kali jangan membazir nasi, itu suruh makan nasi kena licin , nenek kata nasi menangis nanti...Ilhan pun dah nak nangis kan ketam padi lama-lama.
Di atas tanah padi bukit ini ditanam anak-anak pokok getah. Sementara anak-anak pokok getah tak tumbuh tinggi lagi tahun 2020 ini juga ada tanam padi bukit ditanam di Pirampangan ini. Kalau ada rezeki musim menuai tahun depan, suami Tukang Kebun kata kali ini dia nak ikut pergi Pirampangan gotong-royong mengetam padi. Tahun 2019 papa Abby tak dapat ikut sebab pergi umrah.
Sebelah petang dalam pukul 3 dah mula hujan turun rintik-rintik jadi kami mula beransur balik. Seperti biasa dalam perjalanan balik sempatlah nenek Abby tapau tumbuh-tumbuhan hutan untuk ditanam balik di kebun nya.
Bolehlah mandi sungai bila dah balik rumah melayan lagi yang Rayyan dan Abby kena tinggal tunggu di rumah bersama Atuk.
14 ulasan:
Pengalaman yang sangat berharga. Tidak banyak orang dapat merasai suasana seperti ini. Saya yang melihat gambar-gambar ini pun rasa sangat seronok. Patutlah harga beras bukit mahal, rupanya untuk menghasilkannya tidak semudah yang disangka. Tulang empat kerat dan keringat yang mengalir tidak boleh dibayar dengan harga yang rendah.
Perjalanan yang jauh dan mencabar perlu masuk hutan hiking semua tu. Tapi seronoknya ada pengalaman macam ni. crossing sungai tu macam best tapi bahaya bila musim hujan tu jadi takut juga nak crossing.
Sy nampak pokok scindapsus dan padi tu sy nampak cantik buat props gambar makanan. hihi..
amazing gila experience ni! how i wish i can join the trip
Pengalaman yg berharga ni..ketam padi..tgk kehijauan alam..mandi manda..best la TK..aktiviti mcm ni lama dah...saya xbuat..atok nenek pn dah xde..dua2 side..
Seronoknya baca entri ini! Dahulu bila belajar pasal padi huma atau padi bukit yang ditanam di lereng bukit, memang tak dapat imagine bagaimana. Ini saya dapat tengok the whole experience sekali 😊
Salam Bahagia Kak Amie,
Ya pengalaman yang sangat berharga nak bagi anak-anak rasa macammana susahnya penghasilan nasi bukit ni. Kalau nasi bukit memang diorang dah kena ingrained mesti jangan membazir, nak dapat pun bukan mudah, harganya kalau di beli boleh tahan tapi berbaloi.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Ya bahaya kalau musim hujan sebab tiba-tiba air mengalir laju bak air terjun. Memang cantik kalau dapat buat props dengan gambar makanan padi dan scindapsus.
Salam Bahagia Atie,
Di Sabah dan Sarawak banyak agritourism untuk experience begini. Bagi rasa pelancong rasa pengalaman menanam padi atau menuai padi.
Salam Bahagia Sis Shida,
Adik beradik mak yang ikut jejak nenek ada seorang yang masih buat aktiviti tradisional lagi. Bolehlah kita menumpang ikut sama gotong royong. Yang bestnya nanti makcik akan kongsi beras yang baru dituai. Nikmat makan beras baru di ketam.
Salam Bahagia Sis Farrah,
Ramai pelancong ke Kundasang kekadang tak perasan yang nampak macam lalang tepi Jalan dalam perjalanan lereng bukit ke Kundasang tu sebenarnya padi masa masih hijau tak ada bijirin nya lagi.
Suka betul saya entry ni. Ia meingatkan pengalaman saya masa budak budak dulu ikut emak kesawah . Suka main dalam sawah terutama musim menanam padi. Musim menuai kering dan panas. Main serunai batang padi. Oh ya orang dulu dulu selalu ingatkan anak anak mereka bila makan nasi jangan tumpah , nanti nasi menangis . . .
Salam Bahagia Aunty meintheswim,
Masa kecil jarang dapat ikut yang tanam padi sawah sebab melambatkan orang buat kerja hehehe... Sebab jadi main pula. Betul tu Aunty, Ilhan ni dah remaja pun makan nasi masih tumpah2 lagi ke bawah.
Wow.. ni betul2 kehidupan alamo.. jauh dari kemudahan .. semua kena usaha sendiri
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Ya bekalan elektrik dan bekalan air tidak ada. Betul2 kena back to nature.
Catat Ulasan