Event larian yang terakhir Tukang Kebun dan suami sertai bagi tahun 2018 ialah di kawasan kampung yang terletak di paras tinggi berdekatan dengan Gunung Kinabalu iaitu Kampung Mesilou. Terasa macam dekat je dengan Si Kinabalu bila dongak ke atas.
Pada waktu pagi terasa macam berada di atas kayangan dengan kabus menebal di bawah seperti diliputi awan. Terdapat banyak juga homestay di kawasan ini bagi yang bakal merancang untuk Cuti cuti Sabah. Kali ni pergi acara larian macam dating berkepit macam orang muda sebab berdua tak bawa anak-anak. Anak-anak masih tidur di homestay lagi dan Abang Ilhan kali ini tolong tengok-tengokkan adik-adik lepas bangun.
Sangat nyaman dan sejuk pada waktu pagi. Kalau orang yang tiada lemak macam suami Tukang Kebun memang sepanjang trail larian pakai light sweater je. Kalau berlari sentiasa tak pelah ni sebab meneman bini yang pace slow macam kura-kura sambil menikmati pemandangan yang indah, peluh si suami pun tak keluar jadi sejuk je badan.
Tukang Kebun suka kawasan trail larian di gambar atas ni setanding macam tengok gambar dekat South America yang ala-ala Machu Pichu walaupun tak pernah pergi. Bukit-bukit bersebelahan tersusun macam piramid. Di kawasan ini dipanggil Sosodikon Hill atau Pyramid Hill. Ada ecoutourism community based management di sini di mana tempat ini dijaga oleh penduduk kampung. Ada admission fee (murah sahaja) untuk mendaki Sosodikon Hill ini. Yang rasa tak kesampaian puncak Kinabalu, boleh cuba daki Sosodikon Hill di Kundasang pada awal-awal pagi untuk menikmati pemandangan matahari terbit yang memukau.
Borneo Highland Mesilou Marathon ni trail dia memang pemandangan sangat cantik, just enjoy walking and the marvellous view. Tapi kali ni ada progress la tak de la berjalan ja memanjang, ada bahagian yang rata Tukang Kebun berlari anak-anak juga la. Trail dia tak susah untuk beginner. Jika dibandingkan dengan Ultra Trail lain yang Tukang Kebun join untuk 2018, rasa second paling senang selepas dengan Kiulu Adventure Challenge 2018.
Cuma ini kali jarak yang paling jauh Tukang Kebun pernah cuba untuk Ultra Trail yang ini 15km. Sebab yang Borneo Highland Mesilou Marathon cuma ada 3 jarak kategori iaitu 15km, 25km dan 50km. Moga tahun 2019 ini kalau Tukang Kebun tak malas-malas build up stamina dan training kononnya hujung tahun ini nak join lagi Borneo Highland Mesilou Marathon yang jarak 25km. Kali ini kalau ada rezeki nak bawa mak juga join sekali sebab mak tak pernah sampai ke Kampung Mesilou yang aras dari permukaan laut yang perkampungan tinggi ni. Mungkin Ilhan lari teman nenek jarak paling dekat yang dalam 15km.
Yang suka berkebun, memang trail laluannya menariklah sebab lalu kebun-kebun sayur-sayuran orang pun ada. Gambar di atas ni kebun tomato, manakala di bawah ini kebun kubis.
Cuma bila lalu kebun-kebun kubis ni Tukang Kebun dah mula rasa pening-pening kepala penangan semburan racun untuk serangga perosok. Kerap betul disemburnya nampak kelibat pekerja-pekerja yang dari raut muka bukan orang tempatan. Sampai lupa terus nak beli sayur-sayuran bawa balik untuk mak. Bila balik KK, mak yang juga baru balik dari Kiulu tanya kenapa dalam peti ais takde stok sayur langsung bukan kamu orang baru balik dari Kundasang ka. Tak pe lah mak bikin takut nak makan, ntah berapa kali kena spray tu. Tengok semua macam baru kena spray racun. Makan apa yang ada ja. Kalau pernah berpengalaman tanam kubis banyak-banyak memang kita tahu bukan senang nak kasi nampak cantik macam di kedai tu. Teringat zaman Tukang Kebun sayur kubis ni secara organik selalu kena manually check buang ulat pakai tangan.
Jika lobak merahTukang Kebun berani beli lagilah sebab serangga perosak dia tak banyak. Seronok tengok batas-batas carrot ni. Sekarang Tukang Kebun faham kenapa carrot tempatan yang dijual bentuknya memang tak pernah lurus. Sebab tanah di sini memang berbatu-batu menjadi cabaran untuk tanaman yang jenis berakar seperti lobak untuk tumbuh secara lurus ke bawah. Tetapi lobak merah tempatan yang rupanya tak cantik ini lah rasanya lebih ada flavour dan manis berbanding lobak merah yang kebanyakkan di import dari Australia.
Biji benih lobak merah yang ada stok sekarang ialah baka dari kawasan sub-tropika Jepun iaitu "Yellow Okinawa Island Carrot". Warnanya bukan orange pekat tapi ke arah kekuningan.
~ 100 biji benih Yellow Okinawa Island Carrot RM3.00 ~
Seronok jalan hiking macam ini sambil lalu kebun sayur-sayuran menjamu mata dengan Gunung Kinabalu tersergam indah di depan mata. Syukur Alhamdulillah cuaca amat baik semasa larian pada hari tersebut sepanjang larian Gunung Kinabalu ternampak jelas tidak diliputi awan. Jalan berbatu-batu jika masa gempa bumi kuat amat bahaya jika batu-batu ni berguling jatuh ke bawah.
Batas anak-anak pokok beetroot. Ya Kundasang juga sekarang dapat membekalkan beetroot hasil tempatan kepada orang Sabah tidak perlu import.
~ 1 pek biji benih Benih Beetroot Detroit RM3.00 (anggaran 30 biji benih 1 pek) ~
Gambar di bawah ini sama ada batas sayur pokok cauliflower atau broccoli. Cantik dengan hiasan bersebelahan ada pokok-pokok bunga cosmos.
Suami kesayangan beri target kita kena sampai sebelum pukul 10:30pagi, kesian nanti anak-anak tunggu lama sangat katanya. Syukur Alhamdulillah sebelum pukul 10:30 pagi dah sampai ke garisan penamat. Rasa macam jelly dah kaki, kekadang turun bukit, kaki sendiri bergerak lari anak-anak tanpa fikir apa-apa dah tak sabar nak habiskan cepat-cepat agaknya. Ada banyak gerai-gerai menjual makanan berdekatan garisan penamat. Bolehlah tapau untuk makan bersama anak-anak yang setia menunggu di tempat homestay.
Sebenarnya untuk tahun 2018 mula-mula takde pasang resolusi nak bergiat dalam acara larian pun. Entah tak tau angin apa saja-saja nak cuba masuk yang Borneo Ultra Trail Marathon sebab kat kampung mak sendiri tiba-tiba jadi ketagih pula. Pastu pasang hajat kononnya sebulan sekali lah cuba masuk acara larian yang bermula dari March hingga December patutnya Tukang Kebun ada total 9 larianlah kan untuk 2018. Ngam ngam 9 larian, patutnya 10 larian. Tapi 1 acara larian tu kena tunda ke 2019 pula eventnya. Mmmmm... harap-haraplah dapat berterusan untuk tahun 2019 ni sebulan sekali untuk jadikan 12 acara larian bagi tahun 2019 jika rezeki masa, kewangan dan kesihatan mengizinkan.
2018 Run Event:
11th March 2018 ~ Borneo Ultra Trail Marathon 2018 (link)
7th April 2018 ~ BADI Ultra Trail Challenge (link)
8th April 2018 ~ Seri Mengasih Spectacular Heroes Run (link)
29th April 2018 ~ Rail Run Papar 2018 (link)
12th May 2018 ~ Quodtro Run Chapter 1: Sensation of Colour (link)
30th June 2018 ~ Nexus Beach Run 2018 (link)
8th July 2018 ~ Martial League Run 2.0 (link)
15th July 2018 ~ 30th PJ Half Marathon 2018 (link)
29th July 2018 ~ Kids Obstacle Run 2018 (link)
4th August 2018 ~ Shah Alam Breakfast Run 2018 (link)
11th August 2018 ~ Brooks KL City Run 2018 (link)
1st September 2018 ~ The Most Beautiful Trail 2018 (link)
6th October 2018 ~ UCSF Turtle Run 2018 (link)
13th October 2018 ~ Hari Sukan Negara 2018 (link)
2nd December 2018 ~ Kiulu Adventure Challenge 2018 (link)
16th December 2018 ~ Borneo Highland Mesilou Marathon 2018 (link)
SELAMAT TAHUN BARU CINA
6 ulasan:
Wah bestnya....kalau saya ikut mesti ndak dapat lari, berjalan saja sambil ambil gambar sebab trail cantik sangat.
Tahniah kerana berjaya. Sembilan event, banyak tu.
Thanks for sharing the beautiful photos. Sabah is indeed a beautiful place.
Salam Bahagia Sis Nasa Mulia,
Tukang Kebun pun tak berlari setakat jalan sahaja banyak. Nanti beriya sangat kaki cepat lenguh berlari atau cramp nak angkat lemak kat peha yang banyak. Kita ikut pace kita ja asalkan selamat sampai.
Salam Bahagia Aunty meintheswim,
Tukang Kebun pun can't get enough dengan scenaries mana-mana nampak si Kinabalu rasa macam baru lengkap gambar kalau ada Kinabalu dekat background.
Hope this year pun masih dapat berterusan join running events.
Sudah lama tidak dengar cerita...
Sibuk dengan tugasan kerja dan urus anak2 yang makin cepat membesar.
Catat Ulasan