Dari mula terjebak dalam menanam sayur-sayuran sendiri di rumah, timun wonder white yang berwarna ke arah putih adalah antara jenis timun kegemaran kami. Tanam timun yang berbeza dari yang mudah didapati di pasar sangat seronok kerana setiap jenis timun yang dituai segar ada rasa kelainan sendiri. Kalau orang tanya tukang kebun kenapa bersungguh-sungguh nak tanam timun juga, ini adalah sebabnya tak akan tukang kebun dapat makan timun kegemaran tukang kebun ini kalau bukan dari tangan sendiri. Selain dari jawapan selamat makan timun sendiri, free of pesticide spraying.
Pokok timun white wonder yang mula menjalar seakan kanopi di atas pokok capsicum banana.
Food for thought:
Soalan yang kerap tukang kebun terima: pakai racun/ organik spray apa di tanaman sebagai kawalan?
Jawapan : Tukang kebun tiada amalkan spray apa-apa di atas tanaman.
Sebab utama tukang kebun tidak spray mahupun secara organik ialah untuk menjaga hubungan akrab dengan serangga baik yang bersayap dan beneficial gardening insect lain. Apabila kita spray untuk tujuan utama menghapuskan serangga-serangga perosak, tetapi sebenarnya juga akan effect kepada serangga produktif yang berguna di dalam sistem ecology di kebun. Spraying does not discriminate between the good and the bad guy. Beberapa tahun lepas semasa permulaan alam berkebun, ada juga tukang kebun memakai garlic atau chilli spray kepada tanaman untuk mengurangkan bena/aphid dan yang sejenis perangai dengannya. Kebetulan ladybug yang baik juga ada baru sahaja nak berjinak-jinak di tanaman tersebut memainkan peranan untuk makan bena/aphid tersebut. Setelah di spray ladybug terbang melarikan diri ke tanaman lain yang tidak disentuh oleh organic spray. Dari observation tukang kebun episode main kejar-kejar dengan ladybug dan menunggu kedatangan si lebah, tukang kebun punya kebun menerima lebih banyak kunjungan kawan-kawan kecil baik yang bersayap semasa tidak spray apa-apa berbanding dengan apabila spraying terasa sunyi tanpa kehadiran meriah mereka di kebun. Cuba kita fikir posisi mereka, kalau kita jadi mereka adakah kita akan suka kepada makanan (bena/aphid) yang too much flavouring coated with garlic or cili? Tentulah tak mahu juga kan, baik terbang cari makanan lain.
Memang nampak cantik tanam tanaman yang sama berderet-deret seperti chains tapi maintenance tak mudah. Kalau tanam pelbagai di dalam satu ruang somehow you break the chains untuk serangga perosak dari merebak dengan cepat. Ini yang diamalkan dalam konsep permaculture...mmm more like hutan rimba untuk tukang kebun pemalas seperti saya. Dalam kebun ada yin ada yang, both give the natural balance in ones garden. Kebun Bahagia Bersama is never a perfect garden, does not thrive to be a perfect garden, but one that always evolved as time goes by together with mother nature.
~ Biji Benih Timun White Wonder ~
Anggaran 10 biji benih 1 pek RM3.00 .
4 ulasan:
tukang kebun...saya nak yg ini tambah dengan petola yang hari tu py...arugula 1pek...
Salam diana,
Eila nak 1 peket timun white wonder.tq
Nanti tukang kebun hantar email baru dekat Ratu ya.
Salam Eila.
Ok nanti Diana email.
Catat Ulasan