Tukang kebun sebenarnya tak sedar yang pokok-pokok alpine strawberry di Kebun Bahagia Bersama dah mula berbuah kembali apabila hujan mula kerap membasahi kebun di sini. Bila belek-belek hanging basket yang dah uzur ni baru perasan dah ada buah sedang membesar sebulan lebih lalu. Rasanya tak sesuai pakai hanging basket macam ni dengan cuaca di Lembah Klang baru lebih setengah tahun dipakai dah rabak duduk bergayut di bawah pokok Cempaka Putih.
Semasa musim panas dan kering (Jun~Julai), pokok alpine strawberry tidak beberapa rasa hendak berbunga di cuaca Lembah Klang ini. Tetapi sebaliknya ketika itu, pokoknya akan mula fokus tenaganya untuk merimbun (multiply) seperti menghasilkan pokok-pokok yang baru. Oleh itu, salah satu kaedah untuk mendapat pokok-pokok baru ialah secara pembahagian (division) dari rumpunan pokok alpine strawberry. Timing nak separate pokok-pokok alpine strawberry kali ini, tukang kebun hampir terlambat sebab dah mula nak menghasilkan bunga sebab menanti cuaca kembali hujan di KBB. Dibahagikan juga sebab nak kena pindahkan tempat memandangkan basket pun dah nampak horror sangat terbiar 3 bulan rupa macam tu (nampak sangatlah pretty neglected). Sebenarnya tunggu musim hujan baru nak pindahkan.
Syukur alhamdulillah setelah dipindahkan dengan pembahagian pokok-pokok baru, dah mula berbunga dan berbuah alpine strawberry. Pokok alpine strawberry akarnya tak panjang jadi boleh ditanam dalam pasu kecil pun tak mengapa cuma nak kena rajin siram kalau beberapa hari tak dapat air. Membesarkan pokok alpine strawberry dari biji benih tak sukar, apa yang penting ialah kesabaran. Tukang kebun pertama kali semai biji benih alpine strawberry di cuaca Mediteranean pun lepas ingat tak bercambah, setelah 3 bulan baru bercambah (sowing time tersilap siapa suruh semai masa pertengahan musim luruh). Selepas dari pengalaman tu dan pelbagai kisah, baru tukang kebun makin kenal dengan alpine strawberry tabiat hidupnya dan dapat mengagak masa paling sesuai untuk menyemai biji benihnya, semai dalam seminggu-dua jika semua condition ok kebarangkalian tinggi bercambah. Kalau tak, nanti 3 bulan lebih pula baru nampak pulak anak pokoknya. Di Kebun Bahagia Bersama tropical weather masa semaian paling optimum cuacanya ialah bulan November ~ Januari. Masa stage seedlings memang pertumbuhannya lambat sebab pokoknya lebih fokus kepada pertumbuhan akar. Nampak macam duduk diam, dalam diam berakar. Semaian alpine strawberry dari biji benih bulan Disember tahun lalu ada tukang kebun berikan kepada seorang kenalan guerrilla gardener berbangsa Cina yang duduk di Puchong, kenalan pun kata pertumbuhannya lambat bila singgah ke rumahnya di bulan Syawal nampak dah saiz nak matang sudah pokoknya dalam hanging basket. Tersenyum tukang kebun melihat keseronokkan seorang ayah membesarkan alpine strawberry untuk anak-anak perempuannya.
Biji-biji benih alpine strawberry adalah halus, jadi elok ditabur sahaja pada tanah jenis yang ada campuran pasir dan gembur mudah untuk biji-biji benih tersebut bercambah. Tapi pastikan bekas semaian bila disiram airnya tidak melimpah keluar di atas nanti hanyut keluar pula biji-biji benihnya.
Rasanya tukang kebun dah hubungi semua yang telah membuat pre-orders biji benih alpine strawberry sebelum ini kecuali yang email tidak dapat dicari hampir sebulan lalu. Jadi yang belum dituntut tukang kebun beri peluang kepada gardeners lain untuk mencuba. Pokok alpine strawberry not on offer, cuma biji benih sahaja. Ada 2 jenis heirloom alpine strawberry dibekalkan untuk bulan ini.
~ Ali Baba Alpine Strawberry , anggaran 50 biji benih 1 pek RM3.00 ~
~ Ruegan Alpine Strawberry, anggaran 50 biji benih 1 pek RM3.00 ~
32 ulasan:
Saya nak 1 pek untuk setiap jenis strawberry tersebut.
Biji benih alpine strawberry (ali baba) yang saya beli dari tukang kebun bulan lepas bercambah dalam masa 6 hari saja. No special treatment, just tabur je. Terkejut juga sebab I was expecting like 3-4 minggu gitu baru cambah.. Syukur.. Sekarang seedlings dah berumur 10 hari dan dah already ada daun ketiga. But so small kalau ambil gambar pun tak Nampak sangat... Germination rate..80% which is really good for me. Azila
Salam Diana...saya nak mana-mana satu jenis tu..nk try. please emel, nk tgk apa lg yg available :).
Walau hujan lebat gigih nk bercucuk tanam..hehe
Puas hati tengok buah bergayut2 comel je.
saya punya pon dah bercambah..so cinonit..tak sabar nak tunggu dia besar dan berbuah. tq diana
1 pek tiap jenis ok
assalam diana..
simpankan untuk akak 1 pek setiap jenis yer..tq diana.
Salam bahagia Diana,
Saya nak order:
- 1 pek benih Ali Baba Alpine Strawberry
- 1 pek benih Ruegan Alpine Strawberry.
Thank you.
(Samiah- red_888_soul@yahoo.com)
Waalaikumsalam dan Salam Bahagia.
Ada tukang kebun simpankan untuk Gardener Ayu, Nitesky,Kak Maszz dan Samiah.
Syukur Alhamdulillah , kami tumpang Bahagia Azila dengar khabar berita percambahannya elok di tangan Azila.
Ya seedlings halus je kan, kekadang rasa macam gosok-gosok mata takut tersalah pandang :) .
Gina, hujan-hujan ni rasa seronok sikit nak berkebun tak panas, pastu tak perlu nak siram :) .
Kak JunAina ~ Seronok tengok budak-budak riuh rendah :).
Waliz ~ Moga dengan cuaca mild sekarang cepat ia membesar :) .
salam,
saya ada hantar email-memesan biji benih,
rosniwatiamir@yahoo.com
salam..
masih adakan benih strawberry ni?? kalau ada simpan utk sy 1 pek setiap 1 boleh?? tq
Masih ada Nor Najihah. Contact kebunkmg@gmail.com for further enquiries.
sy dh email order..please check ye..tq :)
Salam...
Masih adakah benih strawberry ini? Kalau ada simpankan utk saya 1 pek setiap 1 boleh? terima kasih...
assalammualaikum sis diana..
hampir habis semua n3 dlm blog kebunbahagia sy baca. baru berani nk order. banyaknya jenis2 pokok dan tumbuhan di kebunbahagia, bila level sy cuma kucai, sawi, bendi dan tomato. hihi.
boleh simpankan sy 1 pek utk setiap jenis strawberry ni? sy masih leka nk pilih benih2 lain kelak. hubungi sy alis_mysara@yahoo.com, untuk senarai benih yg ada dalam simpanan sis. terima kasih ;)
Abhanizam ~ Masih ada biji benih alpine strawberry boleh hantar pesanan ke (kebunkmg@gmail.com) untuk butiran lanjut.
Waalaikumsalam Sis Alis.
Berapa lama masa diperlukan untuk hampir habis semua entry dalam blog ini? Rasanya sejak 1st entry dah lebih 400 postings.
Stoknya masih ada.
Kami dah hantar latest catalog kepada email yang diberikan.
Saya juga mahu 1 pek Ali Baba Alpine Strawberry dan 1 pek Ruegan Alpine Strawberry. Boleh beritahu cara untuk buat bayaran. boleh email kat saya.. myoudean@yahoo.com
Sudah kami email Sej Bera.
saya ad wt research pasal strawberry.. byk bnda nk ty ni. tggl num fon bole ??
saya ada antaq email- utk tahu masih ada lagi x biji benih alpine strawberry dan cara untuk membuat bayaran.(ekabaskani@gmail.com)
Assalamualaikum,
Kak diana,ada lg benih nye tak..nak setiap satu hanna87_nz@yahoo.com
Tolong email ke noorazila@ltat.org.my cara nak order dan jenis benih yg ada..tq
Assalamualaikum saya nak beli biji benih strawbery.. masih ada ?
Assalamualaikum....sy nk beli benih ali baba strawberry bleh..
Assalamualaikum...sy berminat nk beli biji benih utk kedua2 jenis strawberry tu.mcm mne nk order Dan cara pembayaran..
Xde dah benih alpine ni??
Assalamualaikum.
Ada limited stok kembali biji benih alpine strawberry minggu ini.
Yang meninggalkan email sudah kami informed.
Bole bg no whtsp..atau whtsp sy 014 6580276.. Sy nk klu msih ad jual
Msih ad tk..sy nk
Sy Nk klu ad ...whtsp sy 0146580276
Salam Bahagia.
Benih alpine strawberry untuk bulan ini ada stock.
Boleh buat pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com).
Assalammualaikum. saya nak benih
~ Ali Baba Alpine Strawberry ,benih 2 pek
~ Ruegan Alpine Strawberry,benih 2 pek
ini no handphone saya 0195474370
dan ini email saya amybprocket@gmail.com.my
Catat Ulasan