Kadang-kadang bentuk buah lemon jenis ini kerap ada yang mengingatkan limau kapas sebelum bertukar sepenuhnya kepada warna kuning. Tetapi sebenarnya ini adalah juga sejenis pokok buah lemon. Syukur alhamdulillah pokok buah lemon ini berbuah sepanjang tahun bila dah sampai usianya yang matang, cuma beza musim bilangan buahnya agak berbeza. Di cuaca Kebun Bahagia Bersama, production buah lemon musim lebat atau peak season ialah antara bulan November sehingga bulan March. Kekerapan hujan memainkan faktor yang penting di kebun kami ini yang kebanyakkannya hidup sendiri tanpa belaian. Tukang kebun tak pasti variety pokok lemon ini, jadi selalu tukang kebun refer as 'Round Pointed Lemon' sebab bentuknya bulat dan hujungnya ada ekor sikit. Berbeza dengan jenis-jenis pokok lemon di Kebun Bahagia Bersama, pokok ini semasa musim tidak panas dan kering dapat menghasilkan lebih dari 3 buah dalam satu gugusan, kalau musim yang pollinators rajin bekerja, satu gugusan sehingga 7 buah. Tetapi jumlah buah yang diberikan adalah lebih banyak berbanding dengan pokok buah lemon berbentuk bujur telor di kebun. Saiz buahnya tidaklah sebesar yang dijual di pasaraya diimport dari luar negara di Malaysia, jika tukang kebun buat perbandingan adalah seperti saiz lemon variety yang biasa dijual di pasaraya Jepun.
Semoga batch pertama anak-anak pokok lemon lalu telah selamat menyesuaikan diri di tempat baru. Batch pertama anak pokok-pokok lemon yang telah ditawarkan tempoh lalu kesemuanya sudah pindah bekas terakhir ke kebun-kebun lain pada minggu ini. Oleh itu, minggu ini tukang kebun release batch kedua anak-anak pokok lemon yang biji benihnya adalah dari pokok round pointed lemon gambar di atas. Ada kebarangkalian mereka akan tumbuh tidak menyerupai bondanya sebab tumbuh dari open-pollinated seeds, tetapi moga lebih mudah tumbuh di mana-mana kawasan di tanah rendah Malaysia seperti di Kebun Bahagia Bersama. Rasa-rasanya batch kedua ini, date of birthday-nya sekitar dalam bulan Julai dan ketinggian semuanya sudah melebihi 15cm. Musim-musim hujan ini lebih cepat nampak pokoknya membesar. Seperti biasa ulat yang bertanduk tu suka sangat daun-daun dari anak-anak pokok lemon, jadi tukang kebun penyek je ulat tu on the spot. Pernah baca dahulu, tak kan satu mahkluk tu sukakan bau bangkai yang spesies yang sama dengannya. Grow without any chemical or organic spraying, without any baja kimia.
~ Organic Round Pointed Lemon Tree ~
1 bekas RM15.00 .
Kos penghantaran RM15.00 .
Untuk jimatkan combine shipping kos penghantaran dengan menggunaka Prepaid Box Pos Laju Medium Saiz (RM20) boleh muatkan 2~3 pelbagai pokok bergantung kepada saiz yang ada di dalam stok terkini.
Tiada penambahan kos penghantaran untuk pesanan biji-biji benih.
12 ulasan:
Bestnya, limau nipis berbuah pun tak nak , puas dah letak baja. Ulat pun banyak.
Nak tanya, brapa lama pokok lemon ni akan start berbuah?
Wah, meriahnya buah lemon nih - sah beribu-ribu lemon. Kalau polyembrionic - satu biji keluar dua tiga anak pokok, the largest one is usually the nucellar seedling which is an exact clone of the mother plant. Meyer is monembrionic, ponderosa is sometimes weakly polyembrionic.
Diana selalunya berapa lama, lemon akn berbuah?
Subur betul pokoknya...
Cantiknya lemon.. teringin nak ada sepokok kt rumah. Saya ada bawa balik Meyer lemon dari New Zealand.. mmg sangat suka buahnya, very fragrant, kulitnya nipis and tak pahit sangat... Saved the seeds tapi tak tahu cara nak semai... just masukkan dalam bekas semaian je ke? Or kena special treatment cam buah apple? Azila
Suzie ~ Mungkin usianya belum penuh matang. Bila dah bersedia pokoknya InsyaAllah beribu-ribu limau nipis diberi.
B-ha & @na ~ Bergantung juga tengok environment pembesarannya cukup cahaya, nutrient atau air dan faktor lain-lain. Kalau semua mencukupi dan green mungkin dalam average 6-8 tahun dah berbuah agaknya tengok rezeki masing-masing dari semaian biji.
Sean ~ Masa peak memang kebun kaya lemon tak terpakai. Bestnya kalau macam zaman dulu boleh impi 1 lemon tu menjadi cash...hehehe.. No wonder Meyer only supply as clone.
Azila ~ Tak de treatment special, semai macam biasa sahaja. Cuaca kita ni OK dia tak kisah.
Diana...nak sepokok ye
Untuk Awin boleh je.
pokok limau kapas rupanya.. bau dia mmg tengik dan cengih, x sesedap lemon asli. blkg umah mak aku ada sepokok.. buah berketoi2.. limau nie buat acar sedap la sbb x pahit.
Salam.
Mirip rupanya dengan buah limau kapas menjadi kekeliruan. Baunya tak tengik dan cengih atau orang kata zesty seperti adik-beradik limau nipis atau limau kasturi. Lebih kepada bau lemon dan perahan jus airnya juga lebih banyak. Ada juga buah lemon nampak serupa dengan buah nipis seperti 'Tahiti lemon'. Bila diperah jusnya jika ada luka ditangan tidaklah terasa begitu sakit berbanding dengan perahan limau nipis. pH airnya berbeza.
Ni ke yg di katakan lemon Australia
Salam Bahagia Alif Idris.
Ini bukan lemon Australia.
Catat Ulasan