No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 22 November 2013

Sowing Seed Suggestion and Pasar KBB End November

 Bagi part-time gardeners tibanya hari Jumaat dan esoknya dah free dari tugasan kerja mesti dah melayang-layang memikir rancangan activity yang boleh dibuat di kebun masing-masing. Cuma sebagai cadangan untuk cuaca yang mirip dengan Kebun Bahagia Bersama di lembah Klang ini ialah semailah biji benih carrot secepat mungkin bulan ini. Carrot akan mengambil sekurang-kurangnya 16 minggu dari mula semai hinggalah ready untuk dituai. Musim hujan InsyaAllah hingga March ada lagi jadi mudah untuk pertumbuhan carrot. Gambar di atas rasanya carrot Paris Top Market yang disemai biji benihnya bulan ini sedalam anggaran 0.3~0.5cm dalam tanah. Untuk tanaman yang ditanam akarnya dituai lebih baik tanam dalam tanah daripada ditabur. Bulan ini stok baru carrot Kuroda kembali dalam list. Tengok moon phase hujung minggu ini, memang molek untuk menanam biji benih carrot.
 Hampir terlupa yang ada semai lettuce bersebelahan jarak ada sikit dengan ruang carrot. Kali ini carrot bercambah dulu berbanding dengan lettuce disemai pada hari yang sama. Bulan yang sesuai untuk tanam sayur lettuce.
 Minggu ini dah officially masuk musim buah-buahan peak dekat Kebun Bahagia Bersama sampai tak perasan banyak pokok-pokok terutamanya manggis dan pelbagai jenis rambutan dah ranum buahnya. Adik bongsu tukang kebun setiap kali pulang dari peperiksaan SPM masuk pagar kutip manggis banyak jatuh di bawah pokoknya berdekatan pagar rumah sambil hilangkan stress agaknya. Tukang kebun pun tangan dah lenguh berkilo manggis dan rambutan dok kopek untuk anak-anak kalau dilayan tiap hari. Setiap pagi Syukur Alhamdulillah minggu ini ada satu mangkuk penuh buah mulberry untuk sarapan 15 months old Abby minggu ini. Agaknya mama Abby asyik pulun bagi banyak natural vitamin untuk Abby, hilang batuknya cepat tanpa perlu beri ubat. Sejak cuti sekolah ni tiada masa nak pusing-pusing kebun, semalam baru perasaan buah katak puru dah banyak yang masak dan ada kena santap sudah. Buah-buah lemon pun sejak kebelakangan ni sampai jatuh-jatuh tergolek dekat tanah baru nak kutip ketiadaan masa. Rasanya limau kasturi dekat belakang nun sana pun mesti banyak buahnya. Asam jawa pun tengah lebat berbuah. Ubi kayu yang tukang kebun tanam lebih kurang 9~10 bulan pun masa yang sesuai untuk tuai, hari tu ada tuai memang masa paling ngam. Adik-beradik keluarga pelbagai jenis kacang pun meriah memberikan rezeki. Nangka pun memanggil-manggil untuk dituai.  Ciku pun macam meriah sahaja lagi buahnya. Tukang kebun buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Goodies Mixed untuk yang berminat delivery minggu depan boleh merisik (kebunkmg@gmailcom). More than 5 different goodies mixed in a box, ada 2 jenis pakej offer ; Goodies mixed hampir 2 kilogram guna prepaid box pos laju Small Size (RM20) or Goodies mixed yang boleh isi hampir 5 kilogram guna prepaid box pos laju Medium Size (RM30.00).  Err...biasanya buah katak puru dan lemon adalah antara hot item Pasar Kebun Bahagia Bersama, jadi kalau ada hasilnya untuk shipment Monday/Tuesday will be divided equally if ramai yang letak that hot item as priority.

Menguji mata: Ada berapa angsa dalam gambar?

12 ulasan:

Unknown berkata...

2ekor angsa.

Kebun Ibu berkata...

ada dua ekor angsa tu Diana..hehehe..sedap nampak buah katak puru tu(buah nam-nam)...

Unknown berkata...

angsa?? mana? tak nampak pun.. adeh

ct aju berkata...

haha...ade 2 ekor angsa...bestnya buah2 fresh...rindu kat kg plak

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Saya ada tanam carrot tapi tak biji benih sangat susah nak bercambah. Any good tips tak? Thanks.

http://backyardgartner.blogspot.com/

TukangKebun berkata...

2 ekor angsa yang membuka sayapnya macam boleh terbang kan Julie.

TukangKebun berkata...

Sedap boleh makan gitu dengan ulam lain cicah sambal pun berselera Kak Halinda

TukangKebun berkata...

NJ , dekat sebelah kanan ada angsa.

TukangKebun berkata...

Musim buah-buahan kat area perkampungan kami . Orang jual durian naik motor keliling kampung CT Aju.

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Tariq.
Carrot suka tanah ke arah berpasir dan moisture secukupnya untuk biji benih bercambah mudah.

carlz berkata...

tumpang tanya, buah yng mengerutu tu apa nama dia? boleh makan mcm tu ja ka?

TukangKebun berkata...

Buah menggerutu itu dipanggil nam nam atau katak puru.
Makan begitu sahaja.
Bila masak rasanya masam manis.