No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 22 Februari 2013

Asian Carrot ~ ‘Kuroda’ Carrot


 Carrot Kuroda lebih dikenali sebagai Asian carrot mungkin sebab kesesuaian carrot ini tumbuh di kawasan Asia yang berkelembapan tinggi dan cuaca panas. Carrot ini sesuai ditanam dengan cuaca di negara kita. Tukang kebun pernah cuba semai biji benih carrot Kuroda di pertengahan musim panas dan kering di Adelaide kiranya musim paling peak panaslah. Syukur alhamdulillah berbanding dengan carrot jenis lain carrot kuroda peratusan percambahannya paling baik walaupun mengambil masa 3 minggu untuk menunggu dengan siraman 2 kali sehari di waktu pagi dan lewat petang pada musim panas dan kering. Selalunya bila semai biji carrot dengan cara biasa direct sowing dan timbus dengan tanah di mana-mana bulan tidak kira panas atau sejuk di kebun lama Adelaide, purata menunggu biji benih carrot bercambah adalah 2~3minggu. Tidak semestinya cuaca sejuk senang carrot nak tumbuh, bagi pengalaman tukang kebun hasil carrot musim panas dan musim sejuk sama sahaja ikut jenis-jenis carrot yang ditanam. Yang penting cukup air dan tanah tidak kering serta nak kena hati-hati dengan nisbah nutrient baja.
 Tukang kebun terkejut sejak balik ni pula, dari bulan December dan February bila semai biji benih carrot new kuroda rasa luar biasa pula tengok percambahannya dalam anggaran seminggu dah bercambah  speeding percambahan carrot Kuroda di sini. Tambahan pula tukang kebun tidak siram pun cuma harapkan hujan, kalau hari tiada hujan pun ku biarkan sahaja sampai hujan turun. Bila tukang kebun fikirkan sebab negara kita kelembapan tinggi jadi moisture tanah tidak cepat kering dan tanah cukup basah untuk biji benih carrot tersebut bercambah ketika masih ada musim hujan di lembah Klang ini. Dekat tanahair kita ni bila hujan lebat turun satu baldi pun cepat sahaja penuh. Dekat Adelaide kalau hujan turun dapat 5mm dalam tanah basah pun dah kira untung.
Ini percambahan biji benih sama batch yang ditawarkan kali ini secara kaedah direct sowing di atas raised bed yang dikelilingi jaring besi. Ini baru pertama kali tukang kebun tengok ada berapa yang bercambah sebab ‘weed’ pun dah tinggi sampai melindungi anak-anak pokok carrot yang berjaya tumbuh sendiri hingga hari ambil gambar ni baru siap weeding raised bed ini cepat-cepat sementara Baby Abby in good mood lagi.
New Kuroda carrot seedlings

Sebenarnya atas raise bed yang carrot Kuroda sedang tumbuh ini, tukang kebun ada semai long scarlet radish juga. Kalau baca buku gardening banyak yang syorkan tanam radish jenis kecil antara carrot untuk menjimatkan ruang memandangkan radish jenis-jenis ini pertumbuhannya cepat untuk dituai. Tapi ada satu sebab kenapa tukang kebun tanam radish pada raise bed ini juga setelah kerap menerima banyak pertanyaan:  Kenapa radish ataupun carrot yang ditanam lama tapi tidak berisi?
Raise bed ini baru mula ditanam atau dipindahkan anak-anak pokok dalam masa 3 minggu. Minggu ini tukang kebun dah nampak beberapa long scarlet radish akarnya mula berisi dan telah tukang kebun cabut 2 akar radish keluar dan bersyukur ada sudah pertumbuhan akarnya setengah saiz dari besar average walaupun muda lagi. Ini dapat melegakan diri sedikit dan meyakinkan kandungan nisbah nutrient tanah adalah bersesuaian untuk jenis tanaman yang dituai akarnya seperti radish dan carrot. Tanaman jenis ini juga memerlukan pancaran matahari yang cukup. Sekiranya nisbah nitrogen terlampau banyak, tanaman radish dan carrot akan nampaklah subur sebab daunnya banyak tapi proses pertumbuhan akarnya akan terbantut sebab pokoknya banyak fokus bagi daun sahaja. Atas raise bed tersebut digemburkan dengan tahi kambing dan baja kompos organik.
Carrot Watermelom

Tukang kebun dulu pernah juga tanam carrot kuroda dan pokok tembikai seperti di atas bila belek-belek gambar archives lama.
~ Biji benih New Kuroda Carrot ~
RM3.00 satu pek dengan anggaran 100 biji benih.
STOK ADA.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Diana..akak nak satu pek ye benih nie...- k.haslinda

Nudabuffy berkata...

Kebetulan pul, hubby bagi laporan, scarlet radish yang beli dengan diana last month ada yang dah besar kelengking saya. Kecil je tapi untuk saya yang first time tanam radish sangat menggembirakan hati.. TQ sebab membekalkan biji benih yang best.

Awin berkata...

I want one pack please :)

Ibu Qistina berkata...

nak satu.

Tq

Unknown berkata...

kalau guna balance fertilizer boleh (contoh npk 15-15-15)?
kalau guna baja tahi kambing perlu direputkan dulu>?

Tanpa Nama berkata...

reserve utk pakcik satu Diana

teenine@gmail.com

gardener berkata...

Saya nak satu

aida_aminshah berkata...

Nak dua paket diana! Tq

TukangKebun berkata...

Nudabuffy~ Syukur Alhamdulillah cepat pertumbuhannya di kebun Nurul. Yang scarlet radish ni memang jenis bukan besar kecik je.

Natch Amethyst~ Baja tahi kambing perlu direputkan dahulu. Tapi kalau dah sebulan boleh sudah mula nak campur tanah di batas. Saya tak pernak pakai balance fertilizer. Tapi mungkin boleh juga untuk carrot.

Kalau ada InsyaAllah tukang kebun dah letak dalam senarai biji benih yang telah dipesan dalam bulan february.