Minggu lepas boleh dikatakan setiap minggu hujan dan cuaca tak beberapa panas boleh dikatakan nyaman membuat kerja luar. Pokok alpine strawberry pun teruja untuk berbunga kembali. Ada jugalah buahnya tapi boleh dikira dengan jari sekali sebab pokok-pokoknya belum banyak lagi tak semewah di kebun lama. Dapatlah juga tukang kebun Rayyan dan Ilhan lepaskan rasa rindunya makan alpine strawberry sekejap. Pokok alpine strawberry ni kena rajin buang daun yang dah tua untuk pokoknya rajin berbunga. Bila dibuangnya selalu daun yang dah tua , anak daun-daun yang baru akan tumbuh seperti di dalam gambar dan InsyaAllah bagi bunga untuk berbuah lagi.
Tukang kebun tidak tawarkan biji benih alpine strawberry lagi dalam tahun 2013 ini sebab buahnya untuk anak-anak seperti yang telah tukang kebun jelaskan semasa mengambil pesanan alpine strawberry untuk posting tawaran pertama alpine strawberry dahulu. Bila kami kembali ke tanah air, kami nak cuba tanam banyak pokok alpine strawberry untuk tukang-tukang kebun kecil kami sebab kami cuba amalkan makan apa yang dalam musim kebun kami. Kalau ada tiba-tiba dalam senarai biji benih pun sebab mungkin dengan tidak sengajanya tukang kebun atau anak-anak ada terlepas pandang jadi adalah benihnya untuk dikumpul. Tukang kebun tiada ambil reservation untuk alpine strawberry siapa ternampak dahulu dalam senarai, rezeki gardener itulah kalau berminat.
Kalau keratan batang mulberry InsyaAllah bulan March atau April akan datang ini akan tukang kebun dapat tawarkan. Sekiranya ada yang berminat atau nak cop dulu keratan mulberry bolehlah tinggalkan komen di kotak bawah. Tukang kebun baru minggu lepas propagate keratan batang-batang mulberry sikit je bulan ni dalam bekas sebagai permulaan.
Gardener-gardener yang telah lama berkenalan dan mengikuti blog kami dari Kebun Malay-Kadazan Girls dan hinggalah permulaan Kebun Bahagia Bersama, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan understanding yang diberikan untuk kami sehinggalah sekarang. Mungkin ramai gardener yang baru berkenalan tidak tahu yang banyak biji benih dikumpul adalah dari kebun kami sendiri seperti biji benih alpine strawberry, jadi stoknya ikut mood tukang-tukang kebun dan rezeki dari kebun. Disebabkan begitu jua dengan biji-biji benih yang lain kadangkala tiada tukang kebun masukkan stoknya kembali atau banyak jenis-jenis baru yang masuk sebab tukang kebun suka mencuba pelbagai jenis benda yang baru. Mengumpul biji benih adalah satu hobi tukang kebun. Sambil tengok anime duduk berehat dengan kemas biji-biji benih. Kalau biji benih yang bersaiz besar kadang kala tukang-tukang kebun kecil yang tolong kemaskan atau tolong packing. Rasa seronok memerhatikan mereka faham apakah makna “seeds” itu dan bagaimana “seeds” itu akan berubah menjadi sumber makanan kita. Lega hati ini anak-anak tahu yang kacang pea bukan keluar dapat dari dalam freezer atau sayur-sayur bukan tumbuh dari atas rak supermarket.
13 ulasan:
jelesnya tgk buah yg merah tuuu..... kena buang daun tua rupanya. nak try kat strawberry yg beli dr cameron tu. thanks diana bg tip :)
Ada benih kacang pea ke?
Kalau ada nk satu
Kawaiii je strawberry tu...dpt laa ye rayyan mkn kn...aku ade beli seed dr cameron tp tak try lagik tanam...nk kene cari hanging pot satu
Nampak mcm sedap...teringin jugak nie...
saya ni menunggu nak order benih alphine strawberry, sedihnya...kene tunggu tahun depan la yer
Rini~ Strawberry ni nak kena rajin pruning lebih lagi buang yang daun dah layu atau kering tu.
Bahulu~ InsyaAllah bulan depan ada benih kacang pea.
Yus~Semai je dulu kat pot mana-mana sementara cari hanging pot.
UmmuAidan~ Melt in the mouth je rasanya ni.
SmRose~ Tahun ni banyak masuk mulut je buahnya. Tiada chance nak menyimpan benihnya.
Saya nk cop keratan mulberry.
Zamzurina~ OK tukang kebun simpankan.
diana kalau ada benih strawbery tolong simpain kan untuk saya yer
liena razi
one pack of seeds kalau ada ya.tq
lyzaalogan@gmail.com
i pon nak satu pack kalau ada.thanks
saya pun nak juga...kalau tak ada biji benih, nak anak strawberry tu boleh ke?
Salam Bahagia SM ROSE, Chantique, Waliz dan Arif tukang kebun dah email mengenai stok alpine strawberry yang baru masuk.
Catat Ulasan