Beet root forono isinya berwarna merah tetapi berbentuk cylinder bukan bulat seperti yang biasa diperolehi di pasaraya. Ianya juga seperti berdarah semasa memotong akarnya. Beet root forono adalah yang di mana tukang kebun ada tunjuk dengan anak panah berwarna pink. Keluarga beet root mempunyai pelbagai jenis bentuk dan warna, satu keseronokkan menanam pelbagai jenis apabila dapat menuai hasilnya dengan serentak.
Gambar ini menunjukkan beet root yang ditanam di atas jenis clay yang keras boleh nampak rekahan tanah yang terjadi apabila akar beet root makin membesar. Bila tanah keras akar beet root pun akan terkeluar dari permukaan tanah juga. Jangan risau beet root boleh hidup seperti tanah begini asalkan cukup keperluan airnya.
Biji benih Beet Root Forono yang sama batch dengan biji benih yang ditawarkan baru sahaja bercambah.
~Biji benih Beet Root Forono~
STOK HABIS
STOK HABIS
RM3.00 satu pek dengan anggaran 30 biji benih (Limited 1 pek for 1 gardener).
18 ulasan:
Nk satu
saya mau 1 pack. TQ
Saya nk satu pack. Daunnya boleh makan x diana?
saya nak satu..ini batangye yang chef anna olson makan ngan gula kan?
Salam diana,eila juga mau 1..(tgn merah belakang kira,kasi ini pokok idup dulu..hehehe)
Avia nk satu .
Wondering ini kali pertama kakak lihat. Betul-betul tertinggal... Tq for the info (from your another blog).
Saya nak satu
Hello Diana...
Nak tanya, you ada tak benih rosemary, oregano & english parsley? ;-)
Tukang kebun simpankan untuk bahulu, Nudabuffy, Zamzurina, Ratu, Eila, Avia dan Gardener.
Zamzurina~ Kalau masa seedlings, bila buat 'thinnings' daunnya boleh campur dengan salad. Daunnya boleh makan sebab Beetroot ni adik beradik Chard/Swiss Chard.
Ratu~ Saya tak kenal siapa chef anna olson.
Eila~Nanti bila nak masak, jangan pakai t-shirt putih pula. Pengsan orang tengok ingat berdarah...hehehe...
KakZakie~Info apa ya tergaru-garu kepala ;).
Mysweeticing~ Benih greek/italian oregano ada. Benih untuk flat/curly parsley leaves ada. If you like the list boleh email kebunkmg@gmail.com
Diana, ada lagi tak? Nak 1
Sejuk mata bila masuk kebun Diana ni, mcm2 yg pelik2 semuanya ada. teringin jugak nak tanam ni tapi kena siapkan tempat menanam dulu nmpknya.. :))
nie mcm family radish kan...sedap makan macam mana nie tukang kebun...
Diana.... Nk jugaklah italian oregano tu
Bib Mohamed sorry yang ni dah habis.
Azlina~Mungkin sebab tukang kebun ni orangnya pelik sedikit jadi banyak benda pelik...hehehe...Langkah yang bagus prepare tempat tanam dahulu.
UmmuAidan~ Ini lain dari family radish. Kalau yang ni warna merah macam berdarah tangan kita bila nak potong isinya.Tukang kebun kalau malas selalu roast sahaja. Buat campur dengan buah lain sebagai juice pun sedap juga sebab beetroot ni manis kandungan gula natural tinggi.
Zamzurina~ Italian Oregano boleh.
tak pe, tunggu next round...
Assalamualaikum.
Sy ingin tahu mana boleh dpt ubi beet ini di malaysia terutama selangor.
Harap anda dpt bantu...
Email sy : mhdfaz_l66shh@yahoo.com
Nak satu beets
Catat Ulasan