Setiap minggu rasanya banyak kali trip nak dibuat dengan wheel barrow untuk mengutip kelapa-kelapa tua jatuh di keliling rumah yang kalau tak dikutip jadi nampak serabut pula jika tidak dikumpulkan pada satu tempat. Tukang-tukang kebun pula jenis jarang memasak masakan yang memakai santan paling banyak pun satu atau dua kali seminggu. Oleh itu, kalau ada sesiapa yang nak buat kenduri kendara atau ada perniagaan catering atau restoran bolehlah dapatkan kelapa tua untuk dibuat santan dengan tukang kebun di Kebun Bahagia Bersama ya.
Kelapa tua yang banyak kadang kala dibelah untuk diberikan kepada binatang perliharaan untuk makan. Isi kelapanya pun tebal. Bila dimesin isinya satu kelapa boleh dapat banyak parutan isinya. Jualan kelapa tua akan dimasukkan ke tabung bekalan makanan binatang perliharaan. Tukang kebun ingat nak beli ayam ataupun itik telur lagi.
50 sen satu kelapa tua.
Sekiranya yang dah siap parut sebiji kelapa tambah upah 50sen (setelah pesanan diterima in advance dan setelah upah diterima).
Untuk maklumat selanjutnya email (kebunkmg@gmail.com).
10 ulasan:
menarik nih!!! semoga dipermudahkan allah,mungkin tukang kebun akan berminat sekiranya ada masa utk buat minyak kelapa .
Banyaknyer kepala ...mesti banyak pokok kelapa kat kebun kan...
Menarik jugak ni.
Diana; benih dah sampai, terima kasih atas pemberian complimentary..
Nak tanya yang dalam pod itu kekacang jenis apa ya? Dia memanjat?
Dalam bertanyakan kekacang, Diana ada benih Edame (soy bean yang jenis makan fresh)?
Mommychic~ Tukang kebun lama dah teringin nak cuba-cuba buat minyak kelapa tapi nak kena minta tunjuk ajar dari yang pandai dulu.
UmmuAidan~ Kepala tak banyak , tapi kelapa banyak hehehe... ;).
Zamzurina~ Kelapa tu dah bergolek-golek sampai Rayyan selalu tersepak jatuh.
Dr. H~ Sama-sama, syukur Alhamdulillah selamat sampai.
Dalam pod tu biji benih sengkuang dan memanjat juga pokoknya.
Biji benih edamame ada tapi saya nak kena kumpulkan biji benih yang banyak dulu sebelum dapat masukkan dalam listing.
salam..kelapa ada lg? Mak nak buat kenduri hujung bulan nih..
Lynn~ Syukur alhamdulillah kelapa selalu ada sampai Rayyan berlari kena kejar dengan Turkey asyik tersungkur tersepak kelapa-kelapa yang jatuh. Berapa hari bulan dan nak hantar ke mana dear?
Tgh confirm with my mum bila tarikhnya. Ingat nak ambil sendiri boleh? Kalau ada apa2 yg sesuai ms tu blh terus beli. Dr Subang ke Sg Buloh bukannya jauh, 30 min jer.
Lynn confirm datenya nanti I check whether I be at home or not cos usually weekends nowadays banyak program di luar.
wah menarik ni tuan.
anyway, saya dah email inquiry through email.
Ini email saya azwanbiz91@gmail.com
Sudilah kiranya TT dapat reply :)
Catat Ulasan